PENGENALAN
Dalam era kehidupan masa kini, tenaga elektrik merupakan keperluan asasi untuk
menikmati nilai hidup yang lebih selesa dan berdaya maju seiring dengan peredaran masa
serta perubahan alam sekitar. Namun begitu, kita harus sedar bahawa elektrik amat berbahaya
dan boleh membawa maut sekiranya disalahguna.
1
FAKTOR KESELAMATAN BAGI KILANG ELEKTRIK
Selain dari itu faktor kemudahan penyelenggaraan juga perlu dititikberatkan bagi
memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan serta kemudahan mendapatkan alat
ganti. Kesilapan dalam sesuatu reka bentuk pemasangan boleh menyebabkan seringnya
berlaku gangguan bekalan, kemalangan elektrik dan kebakaran bangunan. Lazimnya
rekabentuk pemasangan elektrik berpandukan peraturan-peraturan berikut:
• Piawan tempatan
Sewaktu memotong penebat kabel, kita mestilah menggunakan alat khas dan
sentiasa berhati-hati supaya tidak mencacatkan pengalir. Pengalir tercacat akan
kurang daya ketahanannya untuk membawa arus dan seterusnya akan menyebabkan
2
kebakaran.Alat tangan yang digunakan hendaklah daripada jenis yang tangkainya
bertebat serta masih sesuai dan selamat digunakan.
Pakaian sewaktu bekerja mestilah sesuai seperti pakaian “overall” atau lain-
lain. Cincin, gelang, jam tangan atau yang seumpamanya janganlah dipakai sewaktu
bekerja. Kasut bertapak nipis bertumit tinggi serta berpaku tidak dibenarkan dipakai,
sebaliknya kasut yang bertapak tebal dan berjahit di sekelilingnya lebih digalakkan.
Jika sekiranya menggunakan baju berlengan panjang, lengan baju itu hendaklah
dilipatkan ke atas.
3
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI DALAM KERJA-KERJA
PEMASANGAN ELEKTRIK
Tangga – adalah contoh alat untuk sampai ke tempat yang lebih tinggi, ia mestilah
sentiasa dalam keadaan baik dan seboleh-bolehnya tidak bercat. Semasa digunakan mestilah
disaukkan ke bangunan dengan tali atau rantai atau dicondongkan. Di tempat-tempat licin
mestilah disokong oleh penyokong tambahan untuk mengelakkan dari tergelincir atau boleh
juga ditegapkan dengan menggunakan tapak yang berada pada jarak 1/3 dari panjang tangga.
Pengguna mestilah tahu cara bekerja di atas tangga sebelum ia menggunakannya iaitu dengan
menjuntaikan sebelah kakinya di antara anak tangga. Jadi apabila tangga itu mengelongsor ia
tidak akan merbahayakan pengguna tersebut.
Litar – sebelum bekerja pastikan litar itu mati. Seberapa yang boleh matikan suis
utama dan kuncikan. Seelok-eloknya tanggalkan fius dan simpan atau tutupkan pemutus litar.
Bekerja pada litar yang hidup amat merbahaya dan dilarang kecuali di waktu kecemasan dan
kerja tersebut dilakukan oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja dengan mematuhi
langkah-langkah berikut:-
4
KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN
Dilindungi dari kekaratan, jika perlu. Tidak ada tambahan litar kecuali
mendapat kebenaran.
5
PERATURAN KESELAMATAN INDUSTRI BAGI KILANG ELEKTRIK
Jangan gunakan udara tekanan tinggi untuk membersih pakaian anda dan jangan
menghalakan ke mana-mana bahagian tuduh anda atau pekerja lain.
Semua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak getah di kakinya atau tangga yang
rosak jangan digunakan.
Berdiri atau bekerja di atas anak tangga paling atas adalah merbahaya dan dilarang
sama sekali. Jangan gunakan tangga dalam keadaan yang kurang selamat.
Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas: pelantar dan pancak digunakan
apabila perlu.
Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga
atau perancah.
6
Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel sebagai jalan pintas adalah mer bahaya
dan dilarang sama sekali.
Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga
atau perancah.
Semua kenderaan yang masuk dan bergerak di sekitar kawasan kilang tidak boleh
melebihi had laju yang ditetapkan.
Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila hendak pulang dan mesin itu tidak
digunakan lagi.
Ketika mengendalikan bahan kimia, pastikan anda memakai alat perlindungan diri,
seperti googel kimia, apron, but getah dan sarung tangan dan lain-lain. Gunakan alat
pernafasan jika perlu.
Meludah dan membuah sampah di dalam kawasan kilang adalah di larang sama
sekali.
Jangan gunakan bahan yang mudah terbakar atau meruap untuk kerja mencuci.
Gasine, cecair mudah terbakar, gas dan dll. Hendaklah disimpan di kawasan khas.
Kertas, kayu, pepejal dan bahan mudah terbakar jangan disimpan di kawasan khas.
Tanda ‘Dilarang Merokok’ hendaklah dipatuhi.
Pastikan laluan ke arah alat pemadam api dan alat pencegah kebakaran yang lain tidak
terhalang.
Alat pemadam api yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dengan segera ke
Jabatan Keselamatan.
Kebakaran kebanyakannya berpunca daripada kelalaian atau cara kerja yang tidak
mengikut peraturan. Semua bahan sisa hendaklah dibuang dengan cara yang selamat.
7
Sebarang kebakaran biar kecil sekalipun yang berlaku di kawasan syarikat mestilah
dilaporkan oleh pekerja kepada penyelia.
8
PERATURAN MENYELAMATKAN DIRI
Tutupkan semua pintu dan tingkap (ini mencegah api daripada merebak).
Pastikan semua pekerja-pekerja keluar daripada bangunan dengan selamat.
Matikan semua suis bekalan elektrik sebelum meninggalkan bangunan.
Melapurkan diri di tempat perhimpunan di hadapan Rumah Pengawal.
Semua Penyelia dan ketua jabatan hendaklah membuat pemanggilan nama untuk
menentukan yang hadir dan siapa yang tidak.
Beritahu kepada Pegawai Kebakaran atau Pegawai Keselamatan jika ada pekerja
yang hilang semasa kebakaran supaya tindakan menyelamat dapat diuruskan oleh
Kumpulan Mencegah Kebakaran GSL Water atau BOMBA.
Tunggu isyarat selamat daripada BOMBA atau Pegawai Kebakaran sebelum
memasuki semula ke dalam bangunan.
9
Laporkan segera kepada penyelia / foremen sebarang keadaan litar elektrik yang
kurang selamat, seperti wayar longgar, sambungan litar pintas atau petak elektrik
yang terbuka.
Hanya pekerja-pekerja yang diarahkan atau layak sahaja dibenarkan memasuki
bilik suis bilik transformer / alatubah.
Kebakaran elektrik boleh dipadamkan dengan menggunakan pemadam api ABC
atau CO2. Sekiranya berlaku kebakaran elektrik, pencilkan bekalan kuasa jika
boleh kemudian baru padamkan kebakaran.
10
PERATURAN KESELAMATAN MENGANGKAT DAN MEMBAWA
Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit.
Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat
terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu
kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum
tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di
antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki
batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik
ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di
dalam sistem perubatan yang menyeluruh.
11
o Fikir. Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang
logik. .
o Tindakan segera ini adalah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota
badan.
o Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami
pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera. Jika pertolongan cemas itu
pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah
untuk pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda.
o Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat
mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan.
12
RENJATAN ELEKTRIK
Elektrik adalah merbahaya, oleh itu berhati-hati ketika melakukan kerja yang
berkaitan dengan elektrik seperti pemasangan, pembaikan, menguji dan sebagainya. Kejutan
elektrik belaku apabila seseorang tersentuh punca bekalan hidup, iaitu arus elektrik mengalir
melalui badan manusia.
13
o Berlaku kerosakan pada kelengkapan peralatan elektrik.
o Longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan
di kawasan leher, dada ataupun pinggang.
o Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah
jika diberi melalui mulut.
14
RESUSITASI
1. Look, listen
and feel for
breathing or pulse
is absent, open the
airway
16
KESIMPULAN
17
perkhidmatan dan tahap bantuan yang perlu disediakan oleh sistem. Sistem yang dicadangkan
mesti mudah digunakan, mengandungi maklumat OSH yang komperhensif, boleh
disepadukan dengan perisian penjadualan kerja, dan menyediakan platform untuk pengguna
berkongsi pengetahuan.
18