Anda di halaman 1dari 2

Sikap Saintifik dan Nilai Murni

Perkara-perkara berikut boleh dilakukan oleh juru latih, guru atau juru pandu edutourism sebagai aktiviti
pengayaan. Perlu dingatkan di sini bahawa kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik
serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar dan keaedah atau aktiviti yang dicadangkan
adalah seperti berikut:

Kerja amali

Kerja amali adalah yang berkonsepkan ``alam semula jadi adalah makmal pengajaran dan
pembelajaran.'' Di sinilah semua pelajar  sama ada yang mengikuti aliran sains dan sastera dapat
mempelajari mengenai alam mengikut tema dan bidang tertentu mengikut acuan nilai saintifik dan nilai
murni.

Sikap saintifik dan nilai murni

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri para pelajar..Sikap dan
nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap saintifik dan nilai murni
seperti berikut:

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

2. Jujur dan tepat dalam merekod danmengesahkan data.

3 Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.

4. Bertangungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.

5. Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam.

6. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.

7. Menghargai keseimbangan alam semula jadi

8. Berhemah tinggi dan hormat menghormati.

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi

10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

11. Berfikiran kritikal dan analitis.

12. Luwes dan berfikiran terbuka.

13. Baik hati, kasih sayang dan ikram.

14. Bersifat objektif.

15. Sistematik

16. Bekerjasama
17. Adil dan Saksama.

18. Berani Mencuba

19. Berfikir Secara Rasional

20. Yakin dan berdikari.

Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada
secara bersahaja atau secara terancang.

Penerapan Unsur Patriotisme

Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme dan nilai kewarganegaraan di
kalangan murid bagi meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. melalui tajuk yang
berkaitan dengan sumber bumi, kekayaan dan kepelbagaian hidupan serta perkembangan sains dan
teknologi di negara kita, semangat mencintai negara dapat diperkukuhkan.

Berikut diberi contoh objektif pembelajaran yang berkaitan dengan penerapan sikap saintifik dan nilai
murni:

Hasil Pembelajaran Sikap Saintifik dan Nilai Murni


Mensyukuri pelbagai sumber tenaga Mensyukuri nikmat yang dikurnikan Tuhan
Mempraktikkan ketetapan dan kepersisan dalam Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan
pengukuran data

Anda mungkin juga menyukai