Anda di halaman 1dari 2

Al-Quran tenangkan jiwa,

hilang tekanan

ORANG cemerlang ialah orang yang berjaya menguruskan


kehidupannya dengan baik, dapat mengatasi masalah dan
menghadapi tekanan dengan tabah. Malah, bagi golongan ini
kesilapan dijadikan iktibar, manakala kegagalan dipandang positif
sebagai pendorong mencapai kejayaan.
Tetapi bagi sesetengah pihak, rintangan dan tekanan hidup
dianggap masalah yang tidak berkesudahan, menyebabkan
semakin difikirkan bertambah kusut fikirannya. Bahkan, sekiranya
tekanan dan masalah itu tidak ditangani dengan baik akan
memberikan kesan lebih buruk.
Bagi orang Islam, sejauh mana seseorang itu mampu bertahan
dengan tekanan, selagi itulah ganjaran pahala yang diperolehnya.
Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan
kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan
dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup
sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap
masalah.
Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya
hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan
lalai daripada mengingatinya.
Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya
mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan, iaitu:
  Membaca al-Quran, di samping memahami maknanya. Al-
Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya,
hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan
menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan
hati, fikiran dan jasmani.
  Banyak bertaubat dan istighfar. Bertafakur mengenang dosa,
merenung mengenai diri terhadap segala nikmat yang Allah
berikan kepada kita.
  Mendekatkan diri kepada Allah, mematuhi segala perintah-
Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Contohnya tidak
meninggalkan solat wajib, malah turut melakukan solat sunat dan
selalu mengingati Allah dalam setiap ketika.
  Bersedekah. Harta menyebabkan jiwa tertekan dan memberi
sedekah itu kerana Allah dapat memberikan ketenangan.
Sedekah lebih bermakna ketika seseorang itu berasa sangat
sayang (bakhil) terhadap hartanya. Orang yang bakhil sentiasa
disempitkan hati dan akhlaknya oleh Allah kerna mereka berkira
dengan kurniaan Allah.
  Bijak mengurus. Seseorang itu harus bijak dalam
menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yang ada.
Bahkan Allah mengingatkan kita mengenai beban kerja dan
tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita,
Kita diajar supaya berdoa daripada kerja berlebihan yang tidak
mampu ditanggung.
  Bersangka baik kepada Allah. Kita hendaklah berbicara dan
berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini
kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita
kepada Allah.
  Tawakal, iaitu berserah diri kepada Allah. Menyerah sesuatu
perkara itu kepada Allah selepas berusaha sedaya upaya adalah
sikap yang sangat baik. Seseorang itu harus menyedari Allah
yang mengurniakan rezeki, kekuatan, keinginan dan badan yang
sihat bagi hamba-Nya berusaha meneruskan hidup di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai