Anda di halaman 1dari 7

Kurikulum Pendidikan Seni Berasaskan Budaya dan Persekitaran

( Mc Fee, Degge dan Chalmers )

1. JUNE KING Mc FEE & DEGGE

PENGENALAN
June King Mc Fee Di dalam bukunya, Approachers to Art Education and
Aesthetics, menyatakan tentang pendekatan persepsi luaran yang berakar umbi
dari teori Gestalt mengenai psikologi yang dikaitkan dengan tingkah laku, persepsi
dan antropologi. Teori ini dikaitkan juga dengan hubungan kini dan masa lalu.

June King Mc Fee percaya bahawa Pendidikan Seni :


mampu memenuhi keperluan asas diri manusia apabila seseorang individu
melibatkan diri dalam kerja-kerja seni. Bahawa program pembelajaran yang
bersifat personal kepada pelajar akan lebih bermakna dan berkepentingan jikalau
program yang dilaksanakan itu bersifat terkini dengan kehendak semasa.

MENGGUNAKAN BUDAYA SEBAGAI PLATFORM UNTUK MENGHASILKAN


KARYA SENI

Seni dan budaya dijadikan topik pembelajaran. Gabungan fungsi seni dengan
pelbagai budaya masa kini dan lampau telah mewujudkan pluralism. June King
Mc Fee menggunakan pendekatan pluralism dalam pengajaran dan
pembelajarannya di dalam kelas. Pelajar-pelajar digalakkan menerokai makna
budaya dalam menghasilkan rekabentuk objek. Sebagai contoh, pelajar-pelajar
yang ingin menghasilkan kraf kayu tradisional haruslah terlebih dahulu mengkaji
dan memahami konsep-konsep yang digunakan oleh satu-satu budaya itu untuk
menghasilkan kraf kayu tersebut. Contohnya, dalam ukiran Melayu ada konsep-
konsep yang penting yang perlu dipatuhi semasa menghasilkan rekabentuk corak
dan silat. Antaranya haruslah tidak menikam kawan dan berasal dari satu punca.
Prinsip dan konsep ini haruslah dipatuhi jika hendak menghasilkan ukiran dalam
budaya Melayu. Setelah budaya-budaya ini diterokai dan difahami maka barulah
boleh menghasilkan karya-karya dalam konteks budaya tersebut.
Contoh lain: Pakaian atau costume : juga mempunyai peranan dalam
kebudayaan. Kita lihat setiap budaya di dalam dunia ini, walau seringkas
manapun budaya tersebut umpamanya orang-orang primitif di hutan Papua New
Guinea, tetap ada pakaian mereka yang tersendiri. Orang mengenali budaya
seseorang melalui pakaian.
Pelajar-pelajar digalakkan mengkaji dan mengenali pakaian tradisi mereka.
Contohnya dalam budaya Melayu, pakaian tradisi mereka untuk lelaki ialah baju
melayu dan bersampin sedang orang perempuan berbaju kurung dan selendang.
Apakah sifat-sifat baju melayu itu? Mengapa begitu bentuknya baju melayu ? Dari
mana pengaruhnya? Pertanyaan ini perlulah dijawab dan dibahaskan. Lantas
dengan itu kita tahu sebab musababnya. Pelajar akan mengetahui nilai dalam
budaya melayu melalui pakaian sahaja. Setelah pelajar-pelajar mengenali dan
memahami budaya ini barulah mereka boleh cuba menghasilkan karya pakaian
mereka sendiri. Atau dalam kata lain mereka menggunakan budaya sebagai
platform untuk mneghasilkan karya seni.

Pengaruh kebudayaan terhadap seni.


Pengaruh budaya banyak mempengaruhi hasil-hasil karya seseorang. Sebagai
contoh, bila kita menyuruh seorang pelajar Cina menghasilkan tembikar,
Hasil karya banyak dipengaruhi oleh budaya sekelilingnya terutama dari segi
hiasan dan fungsi tembikar tersebut. Begitu juga setiap bangsa di dunia ini
mempunyai hasil-hasil seni yang dipengaruhi oleh budaya masing-masing.
Bangsa Melayu yang dikatakan antara bangsa yang lembut di dunia, menghasil
hasil-hasil seni umpama ukiran yang bersifat lembut dengan motif-motif flora dan
fauna. Ini adalah kerana lingkungan hidup melayu adalah di longkungi oleh flora
dan fauna, dengan suasan yang aman dan damai. Berbeza dengan bangsa-
bangsa yang selalu berperang, ukiran-ukiran mereka banyak berkisar tentang
peperangan dan kepahlawanan.
Secara ringkasnya pendekatan seni dan budaya digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah untuk:-
i. Mengekalkan seni dan budaya itu sendiri.
ii. Mewujudkan sikap yang positif.
iii. Mewariskan ilmu seni dari satu generasi kegenerasi yang lain.
iv. Memberi karektor
v. Memberi identiti dan status kepada manusia dan individu, institusi
menerusi simbol-simbol yang dikenali.
vi. Memberi kefahaman tentang pengertian sesuatu simbul dan
kepercayaan. Semua agama ada menggunakan simbol-simbol yang
khusus mewakili agama masing-masing.
vii. Sistem politik juga menggunakan simbol-simbol seni untuk mewakili
mereka supaya dikenali dengan konsep mereka yang tersendiri.
viii. Sesetengah budaya menggunakan seni sebagai cermin diri untuk
membuat kritikan atau satira sosial.
ix. Seni digunakan sebagai ekspresi diri untuk interaksi tanpa banyak
menggunakan simbol-simbol, bentuk dan komposisi.

RUMUSAN

Apabila kita merancang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni, perkara-


perkara berikut perlu diambil kira. Antaranya ialah tujuan kita untuk:-
1. Membantu pelajar mengetahui fungsi seni dalam budaya yang
melambangkan sikap dan identiti budaya.
2. Membantu pelajar menghormati dan memahami budaya masyarakat
majmuk.
3. Membantu pelajar mengenali kepentingan pelbagai dimensi seni dalam
pembangunan.
4. Membantu pelajar membezakan, mengasingkan dan menilai simbol-simbol
komunikasi di media-massa serta mengekalkan penilaian yang bebas.
5. Membantu pelajar memahami menggunakan gerak hati, naluri dan kreativiti
dalam seni untuk kepuasan diri.
6. Membantu pelajar memahami interaksi elemen-elemen dalam rekaan yang
menjadi asas nilai estetikaa.
7. Membantu pelajar membezakan diantara tanggungjawab sosial, estetikaa
dan kreativiti individu dalam dunia yang lebih mencabar.
8. Membantu pelajar yang sedia ada berbakat mengenali tanggungjawabnya
kepada masyarakatnya.

2. CHALMERS (1981)

PENGENALAN

Chalmers (1981) telah memperkatakan tentang struktur pembinaan kurikulum Pendidikan


seni. Perancangan kurikulum dibuat berdasarkan rumpun bangsa manusia dari pelbagai
aspek kebudayaan serta perhubungannya di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Struktur perancangan kurikulum ini dinamakan kurikulum Model Etnologi. Chalmers juga
berpandukan kepada pandangan 3 orang tokoh Pendidikan Seni iaitu June King Mc Fee,
Ellen Dissanayake dan Louise Lankford .
PEMBINAAN KURIKULUM MODEL ETNOLOGIKAL

Ada tiga senarai implikasi untuk perancangan kurikulum Pendidikan Seni berdasarkan
model ini iaitu:-

Umum
Pensejarahan

Kurikulum
Pendidikan Seni
(1981)

Penghasilan

1.Umum
Guru perlu mempunyai banyak pilihan untuk mempromosi contoh-contoh estetika yang
sahih. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan model ini suasana
pembelajaran perlu berhadapan dengan persoalan-persoalan etnologikal yang dilakukan
secara perbandingan. Di tahap ini pelajar perlu dijelaskan secara umum tentang peranan
atau fungsi seni dalam masyarakat yang menghasilkan bentuk-bentuk seni itu. Dalam
hal ini kajian tentang seni adalah merupakan kajian tentang sosial yang dilakukan
secara umum dahulu.

2. Pensejarahan
Kurikulum pendidikan seni yang menggunakan pendekatan etnologikal ini perlu
menyediakan tiga bidang kandungan di dalamnya. Pelajar mesti mempunyai pengetahuan
dan latar belakang mengenai:-
 sejarah seni bangsa atau kaum
 tanah air
 antropologi (kajian kemanusiaan)
Penguasaan terhadap bidang ilmu tersebut adalah untuk memudahkan pelajar membuat
perbandingan dan persamaan terhadap sesuatu produk seni dari segi :-
 nilai dan kualiti seni tampak, berdasarkan kontaks sejarah, tempat dan
masa.
 Seniman yang menghasilkan karya seni, dan
 Berdasarkan kontaks falsafah & kritikan seni oleh masyarakat yang
menghasilkan seni tersebut.
Melalui pendekatan ini pelajar dibantu untuk mengkod nilai dan ideologi masyarakat yang
terdapat di dalam sesuatu karya seni itu. Adalah diharapkan melaluinya pelajar akan dapat
menyedari bahawa seni itu adalah sebagai:
a. sumber rujukan
b. perkembangan idea
c. mengenal identiti diri
d. proses pengamatan dan,
e. penilaian
Adalah diharapkan melalui pendekatan ini pelajar dapat mempelajari pelbagai sudut
kebudayaan melalui penghayatan dan apresiasi seni dari sudut sejarah. Selain daripada itu
melalui projek studio pelajar boleh menggunakan pendekatan ini. Hasil karya pelajar
adalah membicarakan aspek yang berkisar dalam masyarakatnya. Pelajar boleh
menggunakan simbol-simbol tertentu untuk menggambarkan penyataannya. Digalakkan
juga supaya pelajar boleh bercerita kepada umum tentang pengalamannya itu. Seni
membantu pelajar mempelajari nilai-nilai sosial dari sudut sejarah.

3.Penghasilan
Untuk memulakan sesuatu karya pelajar perlulah memjawab beberapa persoalan di bawah
ini:
 Apakah bentuk artifak yang perlu dihasilkan untuk mendapat perakuan masyarakat?
 Siapa yang akan memperakui hasil karya kita?
 Sejauh mana kesesuaiannya? Mengapa?
 Apakah nilai seni pelajar dan juga masyarakat sekolah? Mengapa?
Apabila pelajar mampu menjawab soalan-soalan seperti di atas bermakna mereka telah
mengaitkan karya yang dihasilkan itu dengan nilai-nilai yang terdapat dalam
masyarakatnya. Pelajar peka akan hubungan nilai itu dalam masyarakatnya. Seterusnya
mereka akan bertanggung jawab, merasa bangga dan menghormati persamaan dan
perbezaan nilai-nilai tersebut. Kesannya mereka lebih faham akan nilai-nilai di kalangan
masyarakatnya.

RUMUSAN

1. Seni masyarakat menawarkan peluang-peluang kepada perubahan pendidikan seni


yang lebih sosial dan politikal.
2. Imej-imej mesti dikumpulkan dalam bentuk pendidikan masyarakat, digunakan
untuk mempertingkatkan dan memperkayakan persekitaran yang berbeza.
3. Melalui budaya, banyak jenis seni yang digunakan untuk memperkayakan dan
merayakan peristiwa-peristiwa untuk sesuatu kebudayaan utama.
4. Projek-projek studio dapat menggalakkan pelajar bercerita tentang cerita-cerita
penting mereka sendiri.
5. Pelajar-pelajar boleh diminta untuk mencari persamaan-persamaan dan membuat
perbandingan ke atas contoh-contoh seni yang terdapat dalam masyarakat di mana
seniman memainkan peranan yang pelbagai.
6. Pelajar-pelajar dapat meneliti beberapa peranan yang dibincangkan.
7. Disamping menjadi penyampai ilmu, guru patut dilihat sebagai pembimbing dan
fasilitator yang dapat memfokuskan keatas proses dan membantu pelajar dalam
penyelidikan mereka dan pemahaman umum dalam peranan dan fungsi seni.

Anda mungkin juga menyukai