Anda di halaman 1dari 33

I P G M K A M P U S TEMENGGONG IBRAHIM

J O H O R B A H R U, M A L A Y S I A
Malaysian’s Teacher Education Institute,
Campus of Temenggong Ibrahim
 Satu operasi yang menggunakan minda kita untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan juga
menimbangkan masalah secara berhati-hati.

 Proses mental dalaman yang menggunakan data.

 Pemikiran berlaku pada setiap masa termasuklah masa


semasa kita makan, tidur atau sebarang aktiviti.
 berlaku kerana terdapatnya rangsangan apabila individu
berasa curiga atau berhadapan dengan sesuatu masalah.

 aktiviti kognitif yang bertindak atas rangsangan dan


ingatan kembali dari pengalaman.

 merupakan tafsiran pelbagai rangsangan dengan


membuat penilaian keputusan dan penyelesaian masalah.
1. Pemikiran Mendatar/Lateral
2. Pemikiran Menegak
3. Pemikiran Kritis
4. Pemikiran Kreatif
5. Pemikiran Divergen
6. Pemikiran Konvergen
7. Pemikiran Rekacipta
8. Pemikiran Celik Akal
 juga dikenali sebagai Pemikiran Analitikal yang
diperkenalkan oleh Dr. Edward De Bono.

 sesuatu masalah perlu dilihat daripada perspektif-perspektif


yang berlainan supaya ia mudah untuk diselesaikan.

 Tujuan - merangsang pemikiran kreatif khasnya dalam aktiviti


sumbangsaran.

 4 faktor penting:
i. Mengenalpasti idea-idea dominan
ii. Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan
iii. Melonggarkan cara-cara pemikiran yang terkawal
iv. Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain
Perkaitan Bebas – terdapat banyak idea bebas yang membolehkan
murid-murid berhubung kait dengan konsep-konsep yang dikaji.

Kaedah “Reversal” – menilai keadaan yang biasa secara terbalik.


Penyusunan bagi jawapan betul yang dicari akan menggalakkan
murid-murid lihat dalam cara yang berbeza.

Kaedah Objek Fokal – pemilihan objek secara rawak oleh murid-


murid dan mengaitkannya dengan masalah yang dikaji.

Kaedah Cabaran – konsep “thinking out of the box” digalakkan


dimana murid-murid boleh mencabar cara-cara dalam keadaan yang
sedia ada.

Menganalisa Masalah – memecahkan situasi atau masalah kepada


“fractions”. Maka, seseorang murid dapat menganalisa masalah
dengan meletakkan “fractions” dalam cara-cara yang betul.
 juga dikenali sebagai vertical thinking.

 De Bono menyatakan bahawa pemikiran ini menggunakan


proses-proses akal yang tradisional untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.

 Ciri-ciri:
i. Seseorang mesti betul dan tepat dalam setiap langkah.
ii. Klasifikasi dan label adalah tetap.
iii. Seseorang itu mesti betul setiap masa.
iv. Mengikut urutan yang spesifik.
v. Menumpukan kepada apa yang relevan.
 Membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya
terhadap masalah yang dihadapi.

 Mengikut Nosch (2001) terdapat 3 bahagian dalam pemikiran


kritis:
Bertanya soalan
Cuba menjawab soalan dengan memikirkan tentang jawapan.
Percaya penaakulan seseorang.

 Membenarkan seseorang mengenal pasti isu-isu yang tidak


selari dengan struktur skema dan mencari cara-cara untuk
mengubahsuai skema dengan memasukkan maklumat baru
atau menolak sesuatu maklumat melalui proses penaakulan.
 Ciri-ciri:
 Menilai maklumat atau menyelesaikan masalah dengan membina kemahiran pemikiran dan penaakulan yang diperlukan.
 Menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal melalui cabaran aktif dan penglibatan dalam kursus sepanjang kurikulum.
 Berupaya menganalisa hujah dan justeru menjana tafsiran yang menyakinkan.
 Dapat menilai pandangan sendiri dan juga orang lain.
 Boleh mengenal kepincangan logik, kepincangan metadologi dan andaian-andaian yang tidak diingini.
 Boleh mengaplikasi kriteria divergen dalam analisa kritikal.
 Boleh mengaplikasi penilaian peribadi dan tafsiran.
 Juga dikenali sebagai creative thinking.

 Merupakan pemikiran yang berupaya memikirkan apa yang


belum dapat difikirkan oleh orang lain.

 Ditakrif sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan


idea atau mencipta idea, hasil, metafora, analogi dan definisi,
ataupun mereka cipta sesuatu yang baru.
 Ciri-ciri:
 Menghasilkan idea baru, konsep baru serta fikiran baru.

 Melihat sesuatu dengan cara-cara yang berbeza.

 Melafazkan fikiran dengan cara-cara yang unik dan berbeza untuk melihat sesuatu yang difikirkan.

 Tidak suka untuk mengikuti idea-idea sedia ada dalam persekitaran.

 Memikirkan cara-cara baru untuk menyelesaikan masalah yang wujud.


 Dikenali sebagai Pemikiran Mencapah.

 Tujuan utama Pemikiran Divergen ialah untuk


membolehkan seseorang individu tidak lagi dikongkong
oleh pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada.

 Pemikiran Divergen harus berlaku dalam satu persekitaran


yang spontan dan murid-murid harus diberi peluang untuk
mengeluarkan idea-idea tanpa apa-apa sekatan.
Soalan utama yang boleh menggalakkan Pemikiran Divergen:
i. Bagaimana anda menerangkan sesuatu?
ii. Apakah yang menyebabkan sesuatu?
iii. Apa yang penting tentang sesuatu?

Cara-cara yang boleh digunakan untuk menggalakkan


Pemikiran Divergen:
i. Sumbangsaran
ii. Menyimpan Jurnal
iii. Penulisan Bebas
iv. Pemetaan Subjek atau Minda
 Dikenali sebagai Pemikiran Tertumpu atau Berpandu.

 Didefinisikan sebagai pemikiran yang membawa maklumat


yang tertumpu kepada penyelesaian sesuatu masalah.

 Terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-


idea yang berlainan berdasarkan tema yang tertentu.

 Pemikiran ini sesuai untuk Sains, Matematik dan Teknologi.

 Ia menggunakan cara analisis, kaedah induktif serta


deduktif untuk membuat kesimpulan atau generalisasi yang
menuju ke arah penyelesaian masalahnya yang tunggal.
Soalan utama Konvergen terdiri daripada yang bermula dengan:
i. Apa
ii. Mengapa
iii. Bagaimana

Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan utama


ialah:
i. Menerangkan
ii. Menyatakan
iii. Membandingkan
iv. Membezakan
 Didefinisikan sebagai pemikiran “artistik” di mana individu
boleh menunjukkan kemahiran dan bakat di dalam
pemikiran ini.

 Penting untuk Seni, Pengukiran, Kemahiran Hidup,


Pengajian Tempatan dan Sains.

 Kordinasi pergerakan tangan menggunakan kemahiran


motor yang tinggi.

 Melibatkan kordinasi mata dengan apa yang dibuat oleh


kemahiran tangan.
Individu-individu yang mempunyai kemahiran
Pemikiran Reka Cipta yang tinggi akan menunjukkan sifat-
sifat berikut:
 Kemahiran motor yang tinggi.
 Kemahiran interaksi yang tinggi.

 Boleh mencipta sesuatu yang unik dalam masa yang


singkat.
 Didefinisikan sebagai pemikiran yang melibatkan gerak hati dan
kebijaksanaan.

 Cara penyelesaian masalah seperti yang dikemukakan oleh teori


Kohler.

 Berhubung kait kepada situasi di mana individu-individu mendapatkan


penyelesaian kepada sesuatu masalah dengan secara tiba-tiba dan
dalam keadaan yang tidak terancang.

 Pengalaman ini dikenali sebagai pengalaman “Aha”.

 Pengalaman lepas dan kesediaan individu untuk belajar akan


membantu mereka mendapat penyelesaian masalah dengan cepat
dan efisien.
 Salah satu matlamat utama pendidikan adalah membantu
murid-murid dengan menggabungkan pemikiran kreatif
(untuk menjana idea-idea) dan pemikiran kritikal (menilai
idea) dengan lebih produktif.

 Kedua-dua jenis pemikiran ini adalah penting bagi


membentuk seorang pemikir yang seimbang.
Murid-murid perlu diterapkan dengan pelbagai kemahiran berfikir
untuk membolehkan mereka:
i. Menjalankan tugasan yang tidak dapat diurus oleh mereka secara
sendiri.
ii. Membawa murid-murid ke tahap pencapaian yang membolehkan
mereka menghabiskan tugasan secara sendiri.
iii. Membolehkan murid-murid mencapai kebolehan berdikari.
iv. Membenarkan murid-murid mengarah pembelajaran melalui
pencarian penyelesaian masalah.
v. Membantu menjadikan proses pemikiran murid-murid lebih eksplisit.
vi. Membolehkan murid-murid membentuk hipotesis dan ujian dengan
maklum balas yang serta-merta.
vii. Membantu dalam perbincangan dengan rakan sebaya.
Selain daripada menyemai kemahiran yang asas,guru- guru juga
perlu menyemai kemahiran berfikir tahap tinggi dalam aktiviti
kelas seperti pembuatan keputusan dan peta Kognitif
(memikirkan tentang kemahiran berfikir). Guru-guru perlu
menerapkan kemahiran-kemahiran berfikir berikut:

i. Mencari maklumat
ii. Perasaan ingin tahu

iii. Perasaan mengambil berat

iv. Kebolehan mencermin/refleksi

v. Membuat penilaian rasional


GAYA PEMBELAJARAN
 Konteks psikologi pendidikan: cara seseorang pelajar
memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan
memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman baru.

 Ia adalah hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri


seperti jantina, umur dan personaliti, di samping
pengaruh-pengaruh warisan baka dan persekitaran cth:
cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan
sekolah.

 Ringkasannya, gaya pembelajaran merupakan stail atau


cara belajar seorang individu yang bertindak dengan
persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan
memperolehi maklumat, ilmu pengalaman atau
kemahiran yang diingini.
PENGERTIAN DAN DEFINISI
GAYA PEMBELAJARAN
MENGIKUT AHLI PSIKOLOGI

 Ahli psikologi mahzab konitif: merupakan pelbagai cara


membuat persepsi dan memproses maklumat untuk
membentuk konsep dan prinsip.

 Peterson (1971) : sebagai pendekatan yang digemari


oleh seseorang pelajar.
 Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran
merujuk kepada keadaan di mana murid-murid belajar
dengan cara yang paling optima.Mengikut Dunn (2000),
ramai orang mempunyai kaedah unik untuk mempelajari
bahan-bahan yang sukar.

 Gregorc (1979), gaya pembelajaran sebagai tingkah laku


yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila
menggunakan mindanya berinteraksi dengan
persekitaran,kemudian mengumpul dan memproses
maklumat daripadanya.
FAKTOR- FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI GAYA PEMBELAJARAN
(MODEL DUNN-DUNN)

Rangsangan Persekitaran Rangsangan Emosi

5 Rangsangan Yang
Mempengaruhi Gaya
Pembelajaran

Rangsangan Psikologi Rangsangan Fisiologi

Rangsangan Sosial
Rangsangan Persekitaran
 Unsur utama: cahaya, bunyi, suhu dan reka bentuk
tempat belajar.

Rangsangan Emosi
 Unsur utama: motivasi, keazaman, sikap tanggungjawab
dan struktur.

Rangsangan Sosial
 Unsur Utama: perseorangan, berpasangan, rakan
sebaya, berkumpulan, berpasukan, dan orang dewasa
Rangsangan Fisiologi
 Unsur utama: Persepsi, pemakanan, masa belajar dan
mobiliti atau pergerakan

Rangsangan Psikologi
 Unsur utama: analitik atau global, gerak hati, refleksi, dan
pemprosesan otak kiri (bahasa, matematik, logik, dan
sains) atau otak kanan (muzik, seni,aktiviti kreatif).
JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN
Murnford dan Honey (1986)
-Gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada
jenis: aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.

Murid Aktivis:
-aktif, agresif, sikap tidak sabar
-perasaan ingin tahu, cepat membalas
-gemar mencari pengalaman baru, berdikari
-suka latihan amali, permainan, sukan, kerja praktik,
belajar secara sumbangsaran
Murid Reflektif
-suka memerhati, memikir, membuat refleksi kendiri
-mempunyai idea sendiri,suka mentafsir, suka mencari hakikat
yang sebenar, sistematik,
-suka mata pelajaran spt. sejarah, kajian luar.
-sesuai gunakan kaedah penyelesaian masalah, pemikiran
analitikal

Murid Teoris
-rasional dan logikal,berdisplin serta bersifat objektif , > gunakan
otak kiri
-kurang kreatif, suka mengesan sebab dan akibat sesuatu
perkara berlaku, mendapatkan bukti kukuh sebelum
membuat kesimpulan
-suka sains, logik. Sesuai gunakan kaedah induksi dan deduksi,
bertukar pendapat melalui perbincangan dan membuat analisis
Murid Pragmatis
-suka mencuba idea, teori, dan teknik-teknik baru
-bersifat praktikal dan mementingkan bukti
-percaya perkara yang dapat dilihat daripada mendengar
-suka menggunakan bahan konkrit dalam pembelajaran
-sesuai gunakan kaedah kerja praktik
IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN KE ATAS
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teori gaya pembelajaran mempengaruhi pendidikan dalam
aspek kurikulum, arahan dan penilaian:

Kurikulum
- Pendidik mesti menekankan pada gerak hati, perasaan dan
imiginasi murid-murid dan juga kemahiran menganalisa dan
penyelesaian masalah.
Arahan
- Guru-guru perlu menggabungkan kaedah arahan untuk
menghubungkan keempat-empat gaya pembelajaran Dunn dan
Dunn dengan menggunakan kombinasi elemen-elemen
pengalaman, refleksi, konsepsi dan eksperimentasi.
Penilaian
- Guru-guru boleh menggunakan pelbagai teknik penilaian serta
menumpu terhadap perkembangan ‘seluruh otak’ murid-murid
dalam setiap gaya pembelajaran.
KESIMPULAN
Terdapat keperluan untuk mengkaji kaedah- kaedah
pengajaran guru-guru yang membolehkan murid-murid
belajar dengan baik.Adalah lebih baik jika guru-guru
menilai gaya pembelajaran murid-murid mereka dan
menyesuaikan kaedah-kaedah pengajaran di dalam bilik
darjah yang serasi dengan pembelajaran murid-murid
mereka.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai