Anda di halaman 1dari 2

SEMESTER 3

TUGASAN ELEKTIF 1 : ANATOMI & FISIOLOGI (PJK)


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH III (21 - 25 MAC 2011)

Arahan :

1. Anda perlu menyediakan tugasan ini secara individu.

2. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda


menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah
dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.

3. Membuat pemerhatian dan mendokumentasikan segala hasil tugasan secara


berterusan berdasarkan tajuk tugasan.

4. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Arial” saiz 12


dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

5. Serahkan tugasan anda yang dikepilkan dalam portfolio kepada Pensyarah


pada 28 Mac 2011.

6. Tugasan ini terhad kepada 6 - 10 muka surat sahaja.

7. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima.

Tugasan : Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat,


berbincang dengan guru dan merekod tentang perkara - perkara
berikut :

Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani

1. Semasa aktiviti memanaskan badan.

a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan sebelum bermulanya sesi


pengajaran dan pembelajaran kelas Pendidikan Jasmani?
b. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan serta
namakan otot-otot yang terlibat sepanjang aktiviti kelas Pendidikan
Jasmani.

c. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain


anggota badan?

d. Nyatakan kesan fisiologi hasil daripada aktiviti memanaskan badan dan


regangan.

e. Daripada pemerhatian anda di sekolah, ambil seberapa banyak gambar


lakuan atau posisi semasa melaksanakan sesi regangan.

2. Adakah keperluan ‘cooling down’ dijalankan dan diberi penjelasan kepada


murid - murid?

3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti


yang dirancang?

4. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran


tersebut.

Tugasan ini merupakan satu bentuk latihan bertujuan memberikan kefahaman dan
pendedahan kepada pelajar tentang tanggungjawab seorang guru Pendidikan
Jasmani. Tugasan ini memberi peluang kepada pelajar membina pengetahuan dan
pengalaman baru tentang aspek keperluan menjaga keselamatan terutamanya
melibatkan penggunaan sistem otot, sistem tulang rangka, sistem neurologi dan
sistem kardiovaskular.

Anda mungkin juga menyukai