Anda di halaman 1dari 6

7 alasan mengapa saintis percaya wujudnya tuhan

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of
Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948
;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor
Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam
Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis
mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap
peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha
pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat
sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin
hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan
adanya Tuhan.

Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan


kepercayaan saya ini.

Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh


membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan
kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan
tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan
gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara
teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan
gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian
anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk
mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan
peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan
adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk
mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10
juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima
yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan
wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya
pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu
sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari
sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada
waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan
membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000


darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika
dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk
memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya
dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan
kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan
terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi


tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan
selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika
bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi
dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi
terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan
ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika
lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya
akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua
kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang
ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam
lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika
atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar
di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan
mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan
alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun
bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan


kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha
bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang
pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya
mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen
dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada
kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua
kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap
pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat
pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri,
serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka
sendiri.

Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-
buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-
bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan
dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat
hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak
kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan
mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan
mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk
mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa
tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari
tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah
bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-
batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan
kehidupan.

Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan


maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon
menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali
kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan
habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka
kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan
mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi
untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan
lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri
kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari
setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan
menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk
yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan
mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam
lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan
sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai
kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan
setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika
yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga
telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk
enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.

Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan


untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga
10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini
adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak
manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah
orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang
keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia
seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit
cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang
diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu
penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di
dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan
diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari
manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya
kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada
semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari
manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia
seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh
dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan
manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi
setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-
benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen.
Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh
menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari
Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu
membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya


dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan
satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau
satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar
penghalang.

Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok


kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan
tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England,
menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan
ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga
telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok
kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di
Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya
kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan
serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri
kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini?
Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada
pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga
bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan
nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada
serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini
telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan
ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan
serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu


sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-
tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari
bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala
rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka
pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan
bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah
segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa
manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga
dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.

Anda mungkin juga menyukai