Anda di halaman 1dari 21

Nama Sekolah

Seperti yang termaktub pada tanggal 01 januari 1989, sekolah ini telah

ditubuhkan kerana Sekolah Kebangsaan Kuala Besut tidak dapat lagi menampung

jumlah murid yang ramai. Setelah bangunan Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II ini

siap sepenuhnya, maka murid dan guru yang menumpang dari Sekolah Kebangsaan

Kuala Besut mula dipindahkan ke penempatan sekolah yang baharu ini.

Nama Sekolah ini diambil sempena kesinambungan dari Sekolah Kebangsaan

Kuala Besut dan disebabkan itu sekolah ini tidak mempunyai pengasas.
Pembukaan dan Perasmian Sekolah

Pada tanggal 01 Januari 1989 bersamaan 23 Jamadil Awal 1409, Sekolah

Kebangsaan Kuala Besut II mula ditubuhkan sebagai sebuah institusi pendidikan

rendah persekutuan. Sebagai permulaan, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II

menumpang dua blok bangunan satu tingkat Sekolah Kebangsaan Kuala Besut.

Enrolmennya pula terdiri daripada pecahan murid-murid dari tahun satu hingga tahun

enam Sekolah Kebangsaan Kuala Besut.

Pada awalnya, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II melestarikan sejumlah 18

aliran, dengan bilangan enrolmen seramai 726 orang murid. Proses pengajaran dan

pembelajaran diimplimentasikan dalam dua sesi, iaitu 09 aliran pada sebelah pagi

manakala 09 aliran lagi pada sebelah petang. Kedua-dua sesi ini masing-masing

melibatkan 361 orang murid pada sebelah pagi dan 365 orang murid pula pada sebelah

petang.

En. Abu Bakar bin Awang telah menjawat jawatan Guru Besar yang pertama,

dengan dibantu oleh En. Ismail bin Ibrahim yang mengisi jawatan Guru Penolong

Kanan. Tenaga pengajar pada ketika ini seramai 29 orang termasuk pihak pentadbir.

Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II turut diisi oleh seorang guru yang mengajar murid-

murid di kelas pemulihan. Seorang kerani telah ditempatkan di sekolah ini untuk

menyempurnakan rutin di pejabat.


Entiti Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II sebagai institusi pendidikan yang

dinamik semakin terserlah apabila pada 02 Disember 1990, sebuah penempatan baru

dibina secara terpisah dari Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, yang sebelum ini

pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II terpaksa berkongsi pejabat, bangunan

serta kawasan dengan jiran tradisi itu. Lokasi Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II yang

baharu terletak di kawasan yang strategik, di antara dua buah sekolah iaitu Sekolah

Kebangsaan Kuala Besut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut.

Senarai nama guru besar yang berkhidmat di SK Kuala Besut II

TARIKH PERKHIDMATAN
BIL NAMA GURU BESAR
DI SK KUALA BESUT II
1 HJ ABU BAKAR BIN AWANG JANUARI 1989 -31.1.1994
2 HJ MOHAMAD @ AWANG BIN MUDA 1.1.1994-13.12.1995
3 EN. MOHD ZAIK BIN HUSIN 13.12.1995-13.11.2000
4 EN. MUHAMAD SHAIDI BIN ISHAK 14.11.2000-13.11.2001
5 EN. RANI BIN AWANG 13.11.2001-28.10.2002
6 PN. HJH MELAH BINTI TAHAR 29.10.2002-10.2.2003
7 HJ. AZMI BIN MAHMUD 11.2.2003-30.9.2007
8 EN. ZAKARIA BIN BOTOK 1.10.2007

Lokasi Sekolah
Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II terletak kira-kira 17 km dari Bandar Jertih ,

1 km dari Pekan Kuala Besut dan 5 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Besut. Sekolah

Kebangsaan Kuala Besut II ini juga terletak di kawasan Pekan Kuala Besut dan
berhampiran dengan kawasan kampung-kampung nelayan seperti Kampung Alor

Pisang, Kampung Teluk Budu, Kampung Getak Seratus, Kampung Pachakan, Alor

Peroi dan juga berhampiran dengan sempadan kawasan Jajahan Pasir Puteh,

Kelantan.

Terdapat 2 buah sekolah yang berjiran dengan sekolah ini iaitu SMK Kuala

Besut dan SK Kuala Besut.

Pelan Bangunan Sekolah


Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II adalah sebuah sekolah yang digredkan

sebagai sekolah gred A berdasarkan jumlah muridnya. Sekolah Kebangsaan Kuala

Besut II adalah sekolah rendah dari jenis Kebangsaan dan sekolah ini adalah sekolah
bantuan penuh kerajaan dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Sekolah ini

juga hanya mempunyai satu sesi iaitu sebelah pagi sahaja.

Sebagai sebuah institusi pendidikan milik kerajaan persekutuan, sekolah ini telah

dilengkapi dengan kemudahan bangunan dan infrastuktur bagi memudahkan kegiatan

persekolah dijalankan iaitu terdapat 6 blok bangunan dan sebuah pondok jaga.

Logo Sekolah
Logo sekolah mempunyai tiga warna iaitu:

Putih : melambangkan kesucian jiwa pelajar-pelajar dan


melambangkan kebersihan sekolah.
Merah : melambangkan semangat yang tinggi untuk mencapai
kejayaan
Kuning : Menyemai sifat saling hormat-menghormati dikalangan
warga sekolah serta mendukung kepercayaan
agama sebagai teras hidup.
Biru : Melambangkan keharmonian dikalangan warga sekolah.

Logo sekolah Kebangsaaan Kuala Besut II mengandungi buku, sijil, perisai,


alunan ombak, dan pancaran cahaya. Simbol buku memberi maksud buku sebagai satu
sumber ilmu yang sangat penting bagi pelajar- pelajar menimba ilmu pengetahuan di
sekolah dan ia juga dijadikan sumber rujukan guru- guru dan juga pelajar. Manakala,
simbol sijil melambangkan segala usaha pelajar bertungkus-lumus untuk belajar hanya
semata- mata ingin mendapatkan kejayaan yang cemerlang. Logo sekolah ini
berbentuk perisai yang membawa maksud mempertahankan prinsip-prinsip
keagamaan, pendidikan dan kewarganegaraan. Simbol alunan ombak pula membawa
maksud kelakuan atau perangai pelajar yang pelbagai ragam . Manakala pancaran
cahaya membawa maksud guru- guru sebagai penyuluh kepada pelajar iaitu memimpin
para pelajar bagi mendapat apa yang dicita- citakan.

1. BUKU
: memberi maksud buku sebagai satu sumber ilmu yang sangat penting bagi murid-

murid menimba ilmu pengetahuan di sekolah dan ia juga dijadikan sumber guru-guru

dan murid-murid.

2. SIJIL

: Melambangkan segala usaha murid-murid bertungkus lumus untuk belajar hanya

semata-mata ingin mendapatkan kejayaan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

3. SIMBOLIK PERISAI / KAPAL LAUT

: Membawa maksud mempertahankan prinsip-prinsip keagamaan,pendidikan dan

kewarganegaraan.

: Melambangkan warga murid-murid di sekolah ini adalah kebanyakan terdiri dari anak-

anak keluarga nelayan.

4. ALUNAN OMBAK

: Membawa maksud kelakuan atau perangai murid-murid yang pelbagai ragam.

: Juga membawa maksud murid-murid di sini biasanya terdiri anak-anak keluarga

nelayan yang telah biasa dengan pelbagai dugaan dalam menempuh dugaan untuk

mencapai kejayaan yang cemerlang.

5. PANCARAN CAHAYA
: Membawa maksud guru-guru sebagai penyuluh kepada murid-murid iaitu memimpin

para pelajar bagi mendapatkan apa-apa yang dicita-citakan.

Cogankata Sekolah
“ Ilmu Pelita Hidup ”

Usaha untuk menimba ilmu bukanlah mencukupi hanya setakat tamat pendidikan
di sekolah rendah dan menengah, malahan ke peringkat yang lebih tinggi lagi untuk
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Cogankata ini dipilih kerana makna ‘ilmu
pelita hidup’ itu sendiri bermaksud kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia
terutamanya pelajar. Hal ini sesuai dengan sekolah iaitu sebagai tempat mencari ilmu
pengetahuan yang utama. ‘Ilmu sebagai pelita hidup’ bermakna ilmu pengetahuan
sebagai penentu masa depan kita sama ada cerah atau sebaliknya. Dan usaha untuk
belajar ini bukan terhad untuk individu tertentu sahaja, tetapi semua orang mempunyai
peluang yang sama bagi mendapatkan ilmu ini. Inilah makna apa yang terkandung
dalam cogankata sekolah dan ditanamkan dalam diri setiap anak didik yang belajar di
sekolah ini. Bak kata lain ilmu adalah satu medium yang amat penting dalam kehidupan
kita.

Lagu Sekolah
“ Gemilang SKKB II ”

Belajar tekun dan berusaha,


Itu asas kami semua,
Disiplin dan amanah setia,
SKKB II sejahtera,

Belajar tekun dan berusaha,


Berbakti pada bangsa dan negara,
Menjunjung peringtah Agama mulia,
Menghormati guru dan keluarga,

Ilmu pelita hidup,


Itulah pegangan kami semua,
Melangkah gagah ke hadapan,
SKKB II gemilang.

Lirik : En. Hamidi Daud

Lagu : En. Zamri Mohd Nor


VISI SEKOLAH
Melahirkan pelajar-pelajar yang
berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkemampuan dari segi
intelektual, jasmani, rohani, emosi selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI SEKOLAH
Mempertingkatkan pencapaian murid dari segi
sahsiah, fizikal dan mental dalam bidang kurikulum
dan kokurikulum melalui program yang dirancang
dan dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
PIAGAM SEKOLAH

Ketakwaan dalam seluruh


tindakan dan perlakuan kami.

Mempertingkatan Prestasi dan Mewujudkan suasana harmoni,


Kecemerlangan pelajar dalam Kerjasama dan Kekeluargaan di
bidang Kurikulum, Kokurikulum kalangan pelajar, guru dan
dan Sahsiah. kakitangan, ibubapa dan

MEMPERKASAKAN KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN DENGAN :

Memberi Perkhidmatan yang Mengenalpasti dan menyelesaikan


cekap dan berkualiti dalam segala masalah pelajar.
suasana yang mesra.

Penghayatan aktiviti budaya ilmu.


CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM
2008

PENGERUSI
EN. ZAKARIA B BOTOK

TIMBALAN PENGERUSI
PN. YAMNA BT. HJ AMIN

NAIB PENGERUSI 1 SETIAUSAHA NAIB PENGERUSI 11


PN. SITI MAS BT. HUSSIN PN. RAHANA BT. YA PN. HJH. ZAITON BT ASHARI

AHLI JAWATAN

PANITIA UNIT ICT PUSAT SUMBER


PENYELARAS UPSR
EN W. ZULKIFLI W. AHMAD PENYELARAS JADUAL PENYELARAS PUSAT
B. MELAYU
WAKTU SUMBER/
PN. W. NURHAZLIZA W. HASSAN GURU MEDIA
PN. ZURINA ABDULLAH
B. INGGERIS PENYELARAS PPSMI PN. ROHANI YUSOF
PN. LAILA BT ABD KARIM PN. NIK ZAILANI PENYELARAS BILIK
MATEMATIK MOHAMAD TAYANGAN
PN. NORIZAN AHMAD
PENYELARAS PN. MAZNAH SALLEH
SAINS
PN. ROSLINA ISMAIL 3M/TRANSISI PENYELARAS
AGAMA ISLAM/JAWI PN. NIK ZAILANI ALAT BANTU MENGAJAR
PN NORAINI CHE ALI MOHAMAD (BBM)
PENDIDIKAN SENI PENYELARAS SISTEM PN. CHE ROSMINA TALIB
EN ABD. SATTAR HJ. IDRIS
E- PENYELARAS
KEMAHIRAN HIDUP
EN ZULKIFLI IBRAHIM
PANTAU/SU.PEPERIKSAAN PERPUTAKAAN
& BANK SOALAN PN. ROHANI YUSOF
K.TEMPATAN & SIVIK
EN AB. AZIZ ABD GHANI EN MOHD AZRUDDIN
ABD AZIZ PENYELARAS NILAM
MUZIK PN. W. ZAITON W. HAMAT
PN. SUHAILA BT ISMAIL
PJK
EN ASMAWADI HUSSAIN
PENYELARAS MAKMAL
KOM.
KIA 2M
PN. ASMAK JUSOH EN MOHD KHAIRUL MAT
ALI @ YUSOF
INTERVENSI
PN. HJH. WAN NORMALA BT WAN
ALI

PRA
PN. ROSILAWATI BT DERAMAN
JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID 2008

PENGERUSI : ENCIK ZAKARIA B BOTOK


Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI : PUAN SITI MAS BT HUSSIN


Guru Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI I : PUAN HAJAH YAMNA BT HAJI AMIN


Guru Penolong Kanan I

NAIB PENGERUSI II : PUAN HAJAH ZAITON BT ASHARI


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA : PUAN YUHAINI BT CHE KOB

JAWATANKUASA

PENTADBIRAN

Pengerusi : PN YUHAINI BT CHE KOB (Skim Baucar Tuisyen)

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN/PROGRAM SUSU

Pengerusi PN HJH AMINAH BT DERAMAN (RMT)

BADAN DISIPLIN /PENGAWAS SEKOLAH

Pengerusi : EN ABD AZIZ B ABD GHANI

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Pengerusi : PN WAN ZAILANI BT WAN ISMAIL

BIMBINGAN DAN KAUNSELING/PENCEGAHAN DADAH

Pengerusi : PN DINA AMIMAH BT DAUD


KESIHATAN DAN KANTIN

Pengerusi : PN ROSILAWATI BT SIDEK (Kesihatan)

KOPERASI/SKIM SIMPANAN/IBADAT

Pengerusi : PN SOPIAH BT MD ZIN (Koperasi)

KESELAMATAN /KEBAJIKAN

Pengerusi : EN ASMAWADI B HUSSAIN (Keselamatan)

LAWATAN LUAR NEGERI

Pengerusi : EN ABDUL SATAR BIN IDRIS

PERANGKAAN

Pengerusi : PN NORAINI BT CHE ALI

SISTEM MAKLUMAT MURID (DATA SMM)

Pengerusi : PN YUHAINI BT CHE KOB

PENYELARAS SISTEM DATA DAN EMIS

Pengerusi : EN MOHD KHAIRUL BIN MAT ALI @ YUSOF

JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM


2008
Sejarah Ringkas Sekolah
Logo Sekolah Terdahulu (1989)

Logo sekolah asal hanya mempunyai iaitu :

1. KUNING : Membawa maksud menyemai semangat komuniti yang

menpunyai sikap kerjasama ,muhibbah dan bersatu

padu.

2. BIRU : Melambangkan keharmonian di kalangan warga sekolah.

3. HITAM : Membawa maksud kejyaaan yang lebih cemerlang untuk

masa depan.

SIMBOLIK LOGO SEKOLAH


1. BUKU : Sebagai satu sumber ilmu pengertahuan untuk kejayaan

masa depan.juga membawa maksud berusaha

bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-

cita yang diidamkan oleh semua murid-muird.

2. OBOR ` : Sebagai satu simbol simbolik untuk menerangi diri dalam

mengahadapi masa depan yang sentiasa dalam

kejayaan.

3. BULATAN 4 : Melambangkan perpaduan yang tinggi di kalangan guru

dan kesungguhan murid-murid untuk terus mencapai kejayaan

: Membawa maksud kesepaduan dalam semua aktiviti dan

mendapat kejayaan dalam akademik dan sukan

permainan.

4. ALUNAN OMBAK : Simbol kepada sekolah yang berdekatan dengan laut dan

murid-muridnya terdiri daripada anak keluarga

nelayan

: Membawa maksud betapa susah payahnya dalam

mencapai kejayaan.
MOTIF DITUKAR

Bentuk lencana asal ini dicipta oleh En. Yusri b. Awang pada tahun 1989 dengan

sebegitu rupa dan ianya telah ditukar kepada yang baru hasil dari perbincangan di

kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah pada tahun 1996.Ianya ditukar kepada

bentuk baru kerana disebabkan oleh perkara berikut :

1. Ketiadaan warna yang lebih menarik untuk pandangan umum dan selaras

dengan warna yang baru lebih menarik dan bentuknya amat bersesuaian dengan

alaf baru.

2. Tiada makna yang lebih mendalam maksudnya terutama pada warna dan

simbol-simbol yang terdapat dalam lencana sekolah yang lama.

3. Bentuk yang lama amat bercelaru dengan rekaannya difahamkan secara

ad-hoc/serta merta.Ini menyebabkan bentuknya tidak menarik.

4. Lencana yang berbentuk baru ini amat menarik dan telah dipersetujui dalam AJK

yang telah dibentuk dari kalangan guru dan pentadbir.Ini juga terhasil dari

pembaikan yang berterusan untuk mempatenkannya sebagai lencana baru

SKKB II.

5. Makna dan maksud yang lebih menyeluruh dan bersepadu dengan pertambahan

warna dan simbol yang baru disusun dengan begitu teliti.

Anda mungkin juga menyukai