Anda di halaman 1dari 8

UNIVERSITI MALAYA

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH: AL –GHAZALI

NAMA : ZAITON BINTI ZAKARYA

NO MATRIK : JEA 080158

SESI : 2008/09

NAMA PROFESER: DR. AMRAN MUHAMMAD

NAMA TUTOR : CIK FATMAWATI BINTI SIDIK


AL GHAZALI
Imam al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu

sumbangan beliau terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan tidak boleh dinafikan.

Beliau telah mendapat gelaran “ hijjatul islam “ kerana beliau adalah ilmuan ulung yang

sangat berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama penuh beliau ialah

Abu Hamid al-Ghazali at-Tusi. Al-Ghazali telah dilahirkan pada tahun 450H ( 1058 M ) 1

di sebuah kampung bernama “ Tus “ dalam daerah Khurasan. Ayahnya seorang yang

mencintai ilmu dan seorang ilmuan. Malangnya keadaan hidupnya tidak mengizinkan

beliau untuk mengaji dan mempelajari ilmu. Al-Ghazali mempunyai seorang saudara

lelaki bernama Ahmad. Sejak kecil lagi,beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar

biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Setelah menamatkan

pelajaran fiqah di Tus dan Jurjan, beliau berpindah ke Nisapur. Di sinilah beliau berguru

dengan Imam al-Haramayn al-Juwayni. Beliau telah memperlihatkan kebolehan yang luar

biasa. Di samping itu beliau juga telah mempelajari cabang-cabang ilmu agama, ilmu

falsafah, logik dan lain-lain.

Menurut al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan

iaitu matematik, logik, fizik, metafizik, politik dan etika ( akhlak ). Bidang ini kadangkala

selari dengan agama dan kadangkala tidak. Islam tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu

seperti falsafah Greek asalkan ianya tidak bertentangan dengan islam. Contohnya agama

islam tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran

yang tidah boleh dinafikan selepas ia difahami. Cuma bagi beliau, ilmu tersebut boleh

1
Antara falsafah Islam dan Falsafah Moden Barat ( DBP 1993 ) hlm. 11.

2
menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu

mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan

dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal

fikiran. Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh

Aristotles dan Plato terhadap nilai keilmuan Islam, namun tidak semua diterima oleh

beliau kerana terdapat sejuzuk dari bidang falsafah metafizik yang menurut al-Ghazali

amat bertentangan dengan Islam iaitu qadim alam ini, tidak mempunyai Tuhan terhadap

perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau

jasmani.

Sekiranya kita hendak memahami pemikiran al-Ghazali, kita perlulah melihat

aliran-aliran yang tersebar pada zamannya. Berdasarkan penelitian terhadap keadaan

zamannya, al-Ghazali telah menyatakan bahawa zamannya sedang menghadapi

kemunduran pemikiran dan moral yang tidak dapat dibendung. Al-Ghazali telah cuba

mencari dari segenap sudut sekiranya ada suatu tenaga kekuatan yang positif yang

mampu untuk menghadapi kemunduran tersebut. Namun hal ini menemui kegagalan.

Para tabib yang sepatutnya berjuang untuk menyembuhkan penyakit ini, mereka sendiri

sedang terlantar sakit. Sudah tentu sesuatu yang bukan haknya tidak akan dapat memberi.

Sesungguhnya penyakit telah merebak luas sedangkan para tabibnya sendiri sedang sakit.

Dan manusia hampir binasa.2 Akhirnya berkat daripada kesabaran akal dan ketajaman

fikirannya, al-Ghazali telah berjaya membangunkan kembali tapak falsafah baru dan

kukuh sebagaimana juga beliau telah berjaya demikian dalam bidang tasawuf dan ilmu-

ilmu agama.
2
Al-munqidh min al-dalal ( Damsyiq, 1935 ), hlm. 151.

3
Beliau telah membahagikan aliran-aliran pemikiran yang hidup berkembang pada

masa itu kepada empat golongan iaitu aliran mutakallimin atau ahli ilmu kalam, aliran

falsafah, aliran batiniah dan aliran tasawuf.3.

1- Aliran ilmu kalam dan al-mutakallimun

Ahli kalam merupakan tokoh-tokoh agama yang mencorakkan ajarannya dengan

acuan akal. Tujuan ahli kalam secara khusus adalah untuk mempertahankan

akidah agama daripada serangan ahli bid’ah dan zindiq. Ahli kalam bukanlah

mewakili aliran rationalisme yang bebas. Setelah al-Ghazali mempelajari dan

mengkaji ilmu kalam secara meluas dan mendalam, beliau mendapati bahawa

ilmu kalam itu lebih banyak mudaratnya daripada manfaatnya. Demikianlah

beliau mendapati bahawa ilmu kalam tidak berjaya mencapai makrifat hakiki,

malahan sebaliknya boleh menjadi penghalang ke jalan tersebut.

2- Aliran falsafah / al-falasifah

Al-Ghazali telah menolak aliran falsafah sezamannya dengan membuat kritikan

yang keras dan hebat. Motif kritikannnya bukan sahaja berusaha untuk membasmi

ajaran falsafah yang merosakkan akidah, tetapi kritikannya itu mempunyai motif

atau dorongan yang bersifat falsafah. Beliau merasakan bahawa para ahli falsafah

tidak dapat memelihara kesatuan akal kerana setelah mereka mewujudkan

beberapa syarat pemikiran yang benar dan tepat dalam ilmu logik, mereka tidak

dapat menunaikan syarat-syarat yang diperlukan itu dalam bidang ilmu

ketuhanan.4

3
Al-munqidh al-dalal, hlm. 76 dan seterusnya.
4
Lihat, al-munqidh, hlm. 94; al-tahafut,hlm.45.

4
3- Aliran Batiniah / al-Batiniyyah

Golongan Batiniah merupakan golongan yang bersifat agama dan mempunyai

tujuan politik yang tersembunyi dan dirahsiakan. Mereka menolak dan menafikan

akal dalam apa jua bidang ilmu sebaliknya mahukan semua hakikat itu diterima

oleh Imam yang ma’sum sahaja yang menurut mereka ada pada setiap zaman.5

Golongan ini juga disebut golongan “ Ta’limiah “. Al-Ghazali telah menolak

ajaran ini dengan memberikan kritikan yang tajam. Beliau telah membuktikan

bahawa teori “ Ta’lim “ daripada Imam yang ma’sum itu sendiri terpaksa

menggunakan pemikiran logik untuk membuktikan kebenaran teorinya,

sedangkan pada waktu yang sama ia menafikan nilai logik.

4- Aliran sufi / al sufiyyah

Al-Ghazali telah berusaha melakukan penyelidikan dan kajiannya kepada aliran

ahli tasawuf secara mendalam dan penuh kesungguhan. Akhirnya beliau telah

menhadapi suatu krisis jiwa yang hebat. Beliau telah menyedari bahawa

perjalanan hidup seorang ahli sufi tidak sesuai langsung dengan cara dan

perjalanan yang sedang dilaluinya, yang tertumpu untuk mengejar kemasyuran

dan kemewahan.. Namun, akhirnya beliau berjaya mengubah cara hidupnya dari

akar umbinya. Beliau telah mengetepikan urusan keduniaanya dan usahanya

memburu dunia. Beliau benar-benar menyedari bahawa ahli sufi tidak hanya

setakat mempelajari teorinya sahaja malah mereka memerlukan penghayatan

secara praktis tentang teori tersebut.

5
Dr. Abdur Rahman Badawi dalam kajiannya yang disiarkan dalam ; Abu Hamid Al-Ghazali.

5
Klasifikasi ilmu yang digariskan oleh Al-Ghazali digambarkan dalam bentuk

gambar rajah di bawah.

al-
quran
sunnah
tarikh
Asal sahabat-sahabat

Fiqah
Cabang Hati
Syari'iyah
Bahasa
Pendahuluan Tatabahasa

AL-Quran
Penutup:
ILMU Lain-lain
ubat=-ubatan
matematik
Dicari Dunia astrologi
teknik
Aqliyah
Akhirat Allah dan sifat-
sifatnya
Hali

Dharuri

Rajah 1 : Klafikasi ilmu menurut Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ulum al-Din ( Hassan

Langgulung, 1991 : 119 )6

Hasil Karya Al-Ghazali


6
Falsafah dan logika melayu, Prof. Awang Sariyan, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya ( 2007 ), hlm. 32.

6
Dari semasa ke semasa banyak buku dan kitab yang dikaitkan dengan nama Al-

Ghazali. Kitab-kitab yang ditulis oleh beliau meliputi pelbagai bidang seperti al-quran,

ilmu kalam, usul fiqh, tasawuf, mantiq, falsafah, kebatinan dan lain-lain. Antara karyanya

yang terpengaruh dan dominan ialah Tahafut al-falasifah, ihya’ulumiddin, al-munqidz

min ad-dhalal, miskat al-anwar, maqasid al-falasifah, majalis al-Ghazali, dan al-

mustazhari. Hasil karya beliau sering menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah

iaitu “Tahafut al-Falasifah” yang banyak membongkar pemikiran dan pendirian beliau.7

Kesimpulannya, falsafah al-Ghazali meninggalkan kesan yang amat berpengaruh

dalam diri para intelek Islam. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat islam mencari

kebenaran dengan menjadikan al-quran sebagai sumber utama bukannya melalui proses

pemikiran dan akal semata-mata. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah

ialah al-quran itu sendiri. Kaedah rujukan yang saya gunakan untuk menyiapkan tugasan

ini ialah melalui sumber perpustakaan dan internet.

Bibliografi :

7
Antara falsafah islam dan falsafah moden barat, Mahmud Hamdi Zaqzuq (DBP Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kuala Lumpur, 1993 ) hlm. 13

7
1. Prof. Dr. Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa

Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

2. Hashim Bin Haji Musa, Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika

Melayu, SUATU PENGENALAN. Akademi Pengajian Melayu, Universiti

Malaya.

3. Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1993. Antara Falsafah Islam dan Falsafah Moden

Barat: Suatu Perbandingan Antara Al-Ghazali dan Descartes. Dewan Bahasa

dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai