Anda di halaman 1dari 5

c 


  
  Wednesday, June 15 @ 00:56:17 MYT
 

Fasilitator dapat menjalankan aktiviti dengan berkesan apabila dia tahu dan mengamalkan
kemahiran yang perlu ada pada diri fasilitator.

Apabila memperkatakan berkenaan kemahiran, fasilitator perlu mempunyai ilmu


pengetahuan terlebih dahulu. Dan sebelum berilmu, mereka perlu memiliki kehendak atau
motivasi. Steven Covey di dalam bukunya Seven Habit of Highly Effective People
menegaskan perkara ini. Zaini Ujang pula menambah, sebagai seorang Muslim, kita perlu
berpegang pada kuasa Tuhan serta ketentuan yang sudah ditetapkan. Prinsip hidup berlandas-
kan pegangan agama sahaja yang dapat mengawal pemikiran dan emosi supaya bertindak
rasional dengan pertimbangan yang adil pada diri dan orang lain. Menurut Peter Shephard di
dalam bukunya Whole Brain Thinking and Learning, paradigma pembelajaran terdiri
daripada: What I am learning: Concepts Why it is so: Principles How I feel about:
Attitudes/Values/Need How I apply: Techniques/Methods How well I apply: Skills/Standard
Apabila diteliti perkataan how, ia mempunyai kaitan dengan perasaan, sikap, nilai dan
kehendak ataupun keperluan. How juga membawa maksud bagaimana hendak
melakukannya. Ia juga berkait dengan teknik dan kaedah. How juga sebenarnya berkait
secara langsung dengan kemahiran.

Oleh itu, kemahiran menggunakan kaedah dan teknik yang betul sahaja akan membawa
kejayaan dan kebahagiaan. Ia sekaligus memenuhi keperluan membina sikap yang positif
berasaskan nilai-nilai murni. Fasilitator perlu berkemahiran dalam pelbagai bidang. Ini
penting kerana melibatkan kemahiran merancang, mengurus, berfikir, me-laksana, memantau
serta menilai.

Kita sering mendengar orang ber-kata, sekiranya gagal merancang bermakna kita merancang
untuk gagal. Oleh itu, fasilitator perlu mahir bagi menyenangkan, memudah-kan dan
akhirnya mempercepatkan proses pembelajaran bermakna. Setiap fasilitator perlu memiliki
kemahiran generik. Walau apapun peranan pendidik, yang paling penting adalah kemahiran
asas pedagogi ataupun kemahiran makro dan mikro.

Antara strategi memantapkan kemahiran fasilitator dalam proses pemudahcaraan adalah


seperti berikut: 1. Mengendali Latihan dalam Kumpulan (LDK) Sesiapa sahaja yang
berminat menjadi fasilitator profesional perlu me-ngumpulkan sebanyak mungkin
pengalaman menjadi ahli dalam aktiviti LDK sama ada di peringkat sekolah, institusi
pengajian tinggi ataupun di tempat kerja. Pengendalian LDK perlu selaras dengan semua
kumpulan yang direka bentuk dalam suatu program sama ada program pengayaan,
pencegahan dan pemulihan. Penyelarasan dan keseragaman penting pada peringkat awal bagi
memastikan matlamat dan objektif adalah jelas, realistik, signifikan dan relevan dengan
kumpulan sasaran. Satu sesi perbincangan, perancangan dan kursus induksi ataupun sekadar
taklimat menjadi penting bagi menjamin kelancaran pe-ngendalian LDK.
Induksi umum selalunya dijalankan sebelum program bermula. Manakala perbincangan
diadakan secara berterusan sebelum setiap sesi bermula. Ia diketuai oleh seorang ketua
fasilitator. Ini penting bagi menjamin keselarasan dan keseragaman serta mendapatkan
maklum balas perkembangan LDK sama ada boleh berjalan seperti yang dirancang ataupun
sebaliknya. Ini bertujuan mencari alternatif bagi menangani situasi dengan lebih berkesan.
Isu-isu berbangkit dapat dikenal pasti pada peringkat awal bagi mengesan kekuatan dan
kelemahan daripada pihak ahli kumpulan dan juga pihak fasilitator.

2. Kemahiran Komunikasi Interpersonal Prasyarat menjadi fasilitator adalah suka


berkomunikasi dengan orang lain. Hidup ini dikatakan hidup sekiranya kita berkomunikasi
dengan orang lain. Bahasa adalah saluran komunikasi bagi membantu menyampaikan segala
yang apa yang terlintas di fikiran dan apa yang tersemat di jiwa. Namun apa yang lebih
penting sebelum bersuara adalah indera lain yang berfungsi sebagai pengantaraan daripada
mata menghantar mesej ke minda dan seterusnya mentafsir sebagaimana yang diarah oleh
panca indera lain. Akhirnya, mata dan hati menggerakkan anggota lain supaya berfungsi
sebagaimana yang diarahkan. Seorang pendengar yang setia tidak semestinya boleh
menguasai kemahiran mendengar. Fasilitator pula bukan sahaja perlu mendengar dengan
aktif tetapi menguasai seni mendengar serta kemahiran mendengar secara reflektif.

3. Mendengar Secara Aktif dan Reflektif Mendengar adalah satu kerja dan perlu mempunyai
seni. Komunikasi menjadi lebih berkesan dengan orang yang setia mendengar. Tidak dapat
dinafikan, bukan semua orang boleh menjadi pendengar yang baik. Matlamat utama
mendengar adalah mendengar secara aktif dan reflektif. Mendengar dengan aktif dan
reflektif melibatkan proses pengesahan maklumat yang diterima itu betul dan tepat. Ini dapat
memastikan penerima faham apa yang ingin disampaikan oleh penutur. Menjadi pendengar
yang aktif dan reflektif bukan bermakna hanya mengangguk sahaja dengan apa yang
dikatakan oleh penyampai. Fasilitator tidak boleh jadi NATO (no action talk only) dan juga
NALO (no action listen only) dalam proses memudah cara.

a. Pendengar yang bersaing Pendengar yang sentiasa mencari peluang hendak menyampuk.
Fasilitator jenis ini menunggu berlakunya kesilapan ataupun timbulnya hujah yang lemah
dan bertentangan. Dia nampak tekun mendengar tetapi dia sebenarnya menunjukkan
perasaan tidak sabar hendak bercakap.

b. Pendengar yang tekun ataupun mendengar secara pasif Pendengar ini benar-benar
berminat mendengar dan memahami pandangan orang lain. Fasilitator yang mengamalkan
gaya ini ter-masuk dalam golongan terlalu bersikap terbuka dan menjadi NALO. Dia berjaya
meminjamkan telinga dan menganggap sudah berjaya mendengar dan memahami tetapi pasif
dan tidak cuba mengesahkan kebenaran maksud mesej itu.

c. Pendengar yang aktif dan reflektif Kaunselor dan fasilitator perlu menguasai kemahiran ini
kerana mendengar secara aktif dan reflektif dapat menjamin komitmen bagi mencari
kebenaran. Orang yang mempunyai panca indera yang sempurna boleh memanfaatkannya
sebaik mungkin. Ia banyak ditentukan oleh indera telinga kerana kesungguhan mendengar
membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan melihat sesuatu dengan mata
hatinya. Keprihatinan pada penutur memberi peluang kepada pendengar bersikap terbuka
dengan meminta pengesahan dan penjelasan kepada apa yang didengar. Sebelum memberi
maklum balas, pendengar yang reflektif memikirkan cara terbaik bagi mengurangkan risiko
penolakan dan penentangan kepada diri sendiri dan ahli kumpulan. Proses meminta
penjelasan, pengesahan dan maklum balas ini memberikan kelebihan kepada ciri-ciri
pendengar yang aktif dan reflektif. Fasilitator dan kaunselor yang mengendalikan sesi perlu
mantap dan mendisiplinkan diri supaya menjadi pendengar aktif dan reflektif.

4. Kelebihan aktif dan reflektif

a. Fasilitator lebih mudah meyakinkan ahli kumpulan supaya terus memberi kerjasama
sekiranya mampu menunjukkan dirinya sedang mendengar dan memberi perhatian
sepenuhnya kepada bahasa lisan ataupun tanpa lisan yang ditunjukkan sama ada sedar
ataupun tidak.

b. Kita mudah mengecam kepincangan dalam perbincangan dan pelaksanaan aktiviti


kumpulan.

c. Apabila kita memahami pandangan orang lain secara tepat, kita sebenarnya membantu
mereka mencari dan melihat kepincangan yang ada dalam diri mereka dan bertindak dengan
lebih efektif. Kita sendiri lebih memahami pandangan orang lain dengan lebih tepat dan
mendorong kita meneliti kepincangan diri sendiri.

d. Kita mudah mengenal pasti bahagian-bahagian yang dipersetujui bersama supaya


bahagian yang tidak jelas keputusannya dapat dicari alternatif penyelesaiannya.

e.Refleks kepada apa yang kita dengar antara satu sama lain dapat membantu kita memberi
peluang meningkatkan kepekaan ke atas perbezaan tahap yang wujud antara kita. Ramai
orang seronok apabila kita memaklumkan apa yang kita faham berkenaannya.

f.Kita perlu mendengar dengan aktif dan reflektif sebelum memberi perakuan dan
persetujuan kepada suatu keputusan. Penjelas-an diberikan atas dasar membuktikan kita
faham apa yang ingin disampaikan. Pertimbangan kepada alternatif juga memberi peluang
kepada ahli berasa pendapat mereka didengar dan di-ambil kira. Ini memudahkan proses
membuat keputusan dan mengelakkan salah faham.

5. Halangan dalam Proses Mendengar Halangan dalam proses mendengar perlu dilihat
daripada aspek penyampai, pendengar dan faktor persekitaran.

a. Penyampai Nada suara yang tidak jelas sama ada sebab semula jadi kerana kecacatan
seperti sengau ataupun kesihatan kerana batuk dan sakit tekak. Bercakap terlalu laju, panjang
dan tiada intonasi suara yang kurang jelas menyebabkan pendengar hilang tumpuan dan isu
tidak dapat difahami. Mesej terlalu kompleks antara pendapat dan perasaan bercampur aduk.
Asyik menyatakan lupa fakta ataupun hilang isi dan tidak menunjukkan dalam konteks
sebenar ataupun tidak relevan dengan topik perbincangan. Bahasa lisan dan tanpa lisan yang
bertentangan, tidak selari atau-pun kongruen seperti mengatakan sedih ataupun marah tetapi
senyum. Menggunakan bahasa dialek ataupun istilah yang tidak jelas.

b.Pendengar Tiada tumpuan dan fikiran melayang. Perasaan terlalu ingin bercakap sehingga
menyekat proses pendengaran. Tidak sabar hendak menyampuk dan memberi pandangan.
Ghairah menyusun dan mendengar hujah bagi memberi pandangan sendiri semasa orang lain
sedang bercakap. Memilih apa yang hendak didengar sahaja dan mengabaikan perkara yang
sedang diperkatakan. Terlalu cepat membuat tafsiran, menilai dan membuat hukuman ke atas
orang yang bercakap ataupun mesejnya. Tidak menunjukkan minat hendak meminta
penjelasan dan pe-ngesahan apabila pendengar tahu dia sendiri tidak faham apa yang
disampaikan oleh penutur.

c.Persekitaran Keadaan fizikal yang tidak kondusif: Suasana bising dan panas menghalang
proses komunikasi daripada berjalan dengan baik. Psikologi: Keadaan tegang dan
mencemaskan apabila berlaku pertelingkahan pendapat, pengalaman dan perbezaan nilai.

6. Tabiat Mendengar yang Efektif Tidak prejudis: Menerima tanpa syarat, tidak menghukum
ber-dasarkan perbezaan jantina, bangsa, keturunan dan agama. Jangan anggap kita serba
tahu: Semasa sedang mendengar, jangan sekali-kali kita mengatakan kepada diri sendiri, V
aya tahu perkara ini... tentu akan jadi macam ini... macam itu...V. Kita sebaik-baiknya
mendengar cerita sepenuhnya. Jangan membuat keputusan melulu. Jangan takut: Apabila
kita ikhlas ingin mendengar dan mem-bantu, kita tidak perlu takut. Minta penjelasan, semak
persepsi, bertanya bagi mengelakkan daripada tersalah tafsir. Jangan terlalu berani: Terlalu
berani membuat keputusan pada maklumat yang didengar mungkin mengundang padah.
Jangan melatah bagi membela. Maklumat tambahan perlu dicari sama ada menyoal penutur
ataupun orang yang paling rapat. Elakkan bertindak bagi pihak penutur.

7.Tabiat Mendengar yang Negatif

a. Tidak peka pada perasaan orang lain Kita ingin cepat rasa berjaya mengendalikan orang
sehingga gagal memahami perasaan mereka. Kita terlalu ingin menunjuk kita faham tetapi
belum cukup bukti yang jelas. Ini berbahaya kerana kemungkinan besar kita silap membuat
perancangan dan tindakan. Prasyarat hendak menjadi pendengar yang efektif dan reflektif
perlu peka pada perasaan orang lain. Kita perlu meminta penjelasan, buat semakan persepsi
malah sekiranya mempunyai ke-mahiran kaunseling, gunalah kemahiran refleksi isi, refleksi
pengalaman dan refleksi perasaan.

b.Gagal memberikan komitmen bagi memerhati dan mendengar Kita mungkin memberi
peluang orang lain bercakap dan memberi pendapat tetapi pada masa yang sama kita asyik
melakukan sesuatu yang tiada kaitan seperti menulis ataupun menyusun buku. Lebih dahsyat
lagi sekiranya kita menyatakan, V wak cakap sahaja. Saya sibuk ni, saya dengar sambil buat
kerja.V Tidak membuat catatan Catatan bukan bermakna menulis panjang lebar di atas
kertas di hadapan penutur. Cuma catat satu ataupun dua isi bagi me-mastikan pendengar
tidak terlupa bagi tujuan meminta penutur memberi penjelasan dan pengesah kepada apa
yang diperkata-kan.

c. Memotong cakap orang Apabila dikemukakan soalan, beri peluang orang yang bertanya
menghabiskan soalannya. Jangan sesekali menjawab ataupun memberi pendapat secara
melulu serta mengikut fikiran dan perasaan yang tidak relevan dengan isu sebenar. Tunggu
sebentar dan minta penjelasan kepada soalan yang dikemukakan bagi mengelakkan salah
faham. Elakkan daripada melabel penutur dengan kenyataan yang salah.
*. Panduan Mendengar dengan Aktif dan Reflektif

a. Dengar daripada awal: Sediakan diri secara fizikal dan mental supaya dapat mendengar
dengan aktif dan reflektif.

b. Gunakan hubungan mata dan prihatin dengan gerak geri orang yang bercakap: Elakkan
daripada asyik melihat jam ataupun benda-benda lain di sekeliling. Kedudukan yang sedikit
ke hadapan ke arah penyampai dan menganggukkan kepala sebagai isyarat kita mendengar
dan memahami apa yang dikatakan.

c. Ungkap semula kata-kata penutur: Kita perlu mengungkap semula kata-kata penutur
dengan menggunakan ayat sendiri bagi memastikan kita memahami maksud sebenar apa
yang ingin disampaikan.

d. Tunjukkan empati: Cuba tunjukkan kita empati dan jangan menilai. Kita boleh diterima
dan dihormati sekiranya kita me-nunjukkan perasaan empati yang sejati. Kita sendiri perlu
kongruen menunjukkan keserasian antara kata-kata dan gerak geri.

e. Minta penutur mengulang sekali lagi: Apabila kita keliru dan tidak faham, beritahu kepada
penyampai secara jujur yang kita tidak faham dan minta dia mengatakan sekali lagi dengan
cara lain. Minta penjelasan bagi tujuan menyemak persepsi pada mesej yang ingin
disampaikan.

f. Elakkan soalan yang tidak mengharapkan jawapan: Maklum balas yang diberikan dalam
bentuk persoalan sebenar sekadar meluahkan perasaan dan tidak mengharapkan jawapan.
Sebagai fasilitator yang peka, kita perlu mengelakkan daripada menjawab soalan yang tidak
mengharapkan jawapan.

g. Elakkan respon melulu: Jangan memberi respon melulu tanpa membuat interpretasi
berkenaan apa sebenarnya yang tersirat.

? ?
? 
? ? 
??
?? ?

  ?
?
 ??
??
? ?

 
  !     "#$
?