Anda di halaman 1dari 8

JXEA 1104

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH FALSAFAH

IBNU RUSYD

NAMA : MOHD IRUWANDY BIN MAT NOR

NO MATRIK : JEA 080186

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD


Pengenalan

Ibnu Rusyd atau nama sebenarnya Muhammad bin Ahmad bin Muhammad

Ibnu Rusyd. Beliau juga turut digelar sebagai Abul Walied. Namun lebih popular

dengan panggilan nama Ibnu Rusyd. Ensiklopedia Indonesia turut menyebut nama-

nya “Ibnu Rosyid”. Dia menulis “Ibnu Rosyid” dan juga disebut Ibn Rusyd (1126

-1198), di Eropah terkenal sebagai Averroes, salah seorang filsuf Arab yang paling

masyhur, menulis komenter-komenter yang terkenal sekali tentang tulisan-tulisan

Aristoteles; oleh hal yang demikian ia menyebarkan pengetahuan tentang filsafat

Yunani ke Eropah.

Ibnu Rusyd dilahirkan pada tahun 520 H iaitu bersamaan dengan 1126 M

dikota Cordova, Ibu Kota Andalusia, iaitu wilayah Islam diujung barat benua

Europa. Beliau telah meninggal dunia pada hari Khamis iaitu pada tanggal 9

Shafar 595 H. iaitu bersamaan dengan 11 Disember 1198 M. iaitu bertempat

dikota Marakisy, Ibu Kota Marokko, yang merupakan wilayah paling barat dari

Afrika Utara. Usia beliau sewaktu meninggal dunia ialah 75 tahun menurut tahun

Hijriyah, atau 72 tahun menurut perkiraan tahun Masihi. Ibnu Rusyd berasal dari-

pada golongan berilmu dan ternama. Bapa dan datuknya merupakan Kadi di

Cordova. Oleh hal yang demikian, beliau telah dihantar untuk berguru dengan

Ibnu Zuhr yang kemudiaanya telah menjadi sahabat karibnya. Beliau merupakan

seorang ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fakir Mazhab Maliki,

astronomi, geografi, dan ilmuan sains yang termasyhur dan dihormati.


Perbincangan atau pembicaraan Ibnu Rusyd banyak tertumpu pada persoalan

yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya soal-soal yang berkaitan dengan

unsur-unsur ketuhanan. Beliau telah mengemukakan dan memberi idea-idea yang

cukup bernas dan jelas, beliau juga turut melakukan anjakan pembaharuan semasa

membuat hujahan dan huraianya mengenai perkara tersebut. Pemodenan pembaha-

ruan ini dapat dilihat dalam bidang perubatan apabila Ibnu Rusyd memberi pene-

kanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan dan pendapat

yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga di dapati telah mendahului pada

zaman beliau. Beliau pernah mengatakan bahawa demam campak hanya akan

dialami oleh seseorang sekali sahaja sepanjang hayat mereka. Kebolehan dan

kehebatan Ibnu Rusyd dalam bidang perubatan tidak hanya terangkum kepada

perubatan umum sahaja tetapi juga merangkumi pembedahan serta fungsi-fungsi

sesuatu organ di dalam tubuh manusia. Kehebatan ilmu pengetahuan yang dimiliki

oleh Ibnu Rusyd turut menjangkau bidang-bidang yang berkaitan dengan kemasya-

rakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua

golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat

awam. Pembahagian struktur sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian

masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli falsafah terke-

mudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.


Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang yang

telah beliau cerburi, maka tidak syak lagi beliau adalah merupakan tokoh ilmuan

Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran

Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli

falsafah yang pernah hidup pada zaman sebelum atau pun selepas beliau.

Antara karya-karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd ialah

termasuklah “kulliyah fit-thibb”, yang mengandungi 16 jilid, iaitu mengenai

ilmu perubatan secara umum, Mabadil Falsafah ( pengantar ilmu falsafah ),

Tafsir Urjuza yang membicarakan tentang perubatan dan tauhid, Taslul, buku

mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan mengenai

falsafah dan agama, Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil hikmah Wal Syaria

yang meyentuh persamaan antara falsafah dan agama. Siri hasil karya-karya

tersebut menunjukkan betapa pengusaan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang dan

cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan

beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku ( kulliyah fit-Thibb ), telah

diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin iaitu pada tahun 1255 oleh Bonacosa,

iaitu orang Yahudi dari pedua. Kemudian buku itu diterjemahkan ke dalam

Bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang

dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempen-

garuhi ahli-ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Valtaire

dan Rousseua dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd

tetapi juga memperolehi ilham daripada pembacaan hasil tulisan karya-karya

beliau.
Pemikiran Votaire dan Rousseua telah mencetuskan era Renaissance di Perancis

sehingga merubah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang dapat kita

lihat pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya banyak terhutang budi dengan

Ibnu Rusyd kerana dengan kebijaksaan dan dengan hasil pemikirannya, sama ada

secara langsung atau tidak langsung, idea-idea ini telah mencetuskan Revolusi

dan kepada pembangunan pemodenan di benua Eropah. Hasil-hasil daripada

pemikirannya memungkinkan masyarakat disana keluar daripada zaman kegelapan

dan seterusnya menuju ke era pemodenan dan kemajuan industri yang pesat

membangun sehingga pada hari ini. Hospital Les Quizze-Vingt yang juga

merupakan hospital pertama di Paris yang didirikan oleh Raja Louis ke-6

berdasarkan model hospital sultan Naruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya

merupakan hasil daripada idea-idea dan pemikiran Ibnu Rusyh.


Kesimpulan

Selesailah tugasan saya bagi menghimpunkan dan menyajikan riwayat

hidup dan falsafah filosuf islam, Ibnu Rusyd ( Aerroes ). Tokoh ilmuan islam yang

lahir di benua Barat ( Andalusia, sepanyol ), tetapi di dalam tubuhnya mengalir

darah Arab, sedang dalam iman dan pendirian hidupnya seorang Muslim sejati.

Namanya lebih terkenal di benua Barat, pendiriannya lebih dijunjung oleh

Sarjana Barat, dan segala aktivitanya lebih diketahui oleh penyelidik-penyelidik

Europa. Sedangkan di kalangan-kalangan umat seagamanya Islam, namanya tidak-

lah begitu popular dikalangan oleh Al Gazali, Ibnu Siena dan sebagainya.

Kematiannya merupakan satu kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan

dan umat islam di sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda

melainkan ilmu dan karya-karya tulisannya dalam pelbagai bidang seperti

falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, kaji bintang, tatabahasa dan nahu.
BIBLIOGRAFI

1. http://averroes.or.id/2008/05/12/sumbangan-peradaban-islam-terhadap-
filsafat-dan-pengetahuan/
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Rushd
3. http://mediabilhikmah.multiply.com/journal/item/83