Anda di halaman 1dari 27

DEB DILAKSANAKAN PADA HASRAT KERAJAAN UNTUK MENGIMBANGI

KETIDAKSAMARATAAN DAN STRATIFIKASI SOSIAL SUPAYA PERISTIWA


BERDARAH 13 MEI 1969 TIDAK BERULANG. HURAIKAN OBJEKTIF SEBENAR DEB
DAN HUBUNGKAITKAN DENGAN PENGALAMAN-PENGALAMAN SILAM DAN
BENTUK NEGARA IDAMAN BERPANDUKAN TEORI KONFLIK, FUNGSIONALISME
DAN INTERAKSIONALISME.

1.0 PENGENALAN

Menurut Amir Hasan Dawi dalam bukunya yang bertajuk Sekolah dan Masyarakat (2009),
ketidaksamaan berlaku apabila manusia berada dalam alam sosial yang berbeza. Alam sosial
yang berbeza ini merupakan sebahagian daripada elemen masyarakat. Justeru, kesamaan adalah
suatu aspek yang berlaku dalam suatu konteks sosial tertentu sahaja dan ianya jarang berlaku.
Sebaliknya, ketidaksamaan kerap berlaku dan ianya telah menjadikan masyarakat itu dinamik
apabila berlaku usaha-usaha memperjuangkan hak, kebebasan, kesamarataan, kesaksamaan dan
sebagainya bagi mengatasi konflik ketidaksamaan yang ada.

Stratifikasi sosial pula ialah susun lapis secara hierarki struktur masyarakat yang
menunjukkan perbezaan antara individu ataupun kumpulan yang secara umumnya memang
berlaku dalam semua masyarakat (Amir Hasan Dawi, 2009). Setiap individu ataupun kumpulan
dalam setiap lapisan sosial mempunyai keistimewaan dan peluang yang tertentu yang tidak
dimiliki oleh individu ataupun kumpulan daripada lapisan sosial yang lain. Akses kepada
peluang dan ganjaran juga turut berbeza antara mereka yang berada pada lapisan yang berbeza.

Stratifikasi sosial pada zaman moden ini turut dikaitkan dengan perkara-perkara yang
bersangkutan dengan gender, kaum, pekerjaan dan status sosioekonomi. Namun begitu, faktor
jenis pekerjaan dan kedudukan atau status sosioekonomi sebenarnya banyak mempengaruhi
kedudukan seseorang atau kumpulan dalam sesuatu kelas sosial. Secara ringkasnya, contoh
stratifikasi sosial moden boleh digambarkan seperti rajah di bawah (Amir Hasan Dawi, 2009).

1
KELAS ATAS

KELAS MENENGAH

KELAS PEKERJA

KELAS BAWAH

Rajah 1.1: Stratifikasi sosial moden

Kelas atas terdiri daripada mereka yang kaya, sama ada kekayaan dalam bentuk wang
ataupun aset harta, yang diwarisi ataupun diperoleh melalui usaha. Kelas menengah pula
terbahagi kepada dua iaitu pertama, golongan profesional dan pentadbir yang menjadi elit kelas
menengah dan kedua, pekerja kolar putih. Antara pekerjaan yang tergolong dalam kolar putih ini
ialah guru, pensyarah, kerani dan jururawat. Kelas pekerja atau nama lainnya kolar biru pula
ialah mereka yang melakukan pelbagai bentuk kerja manual. Kelas bawahan pula
menggolongkan mereka yang miskin pasif, iaitu yang hanya mengharapkan ihsan pihak lain
tanpa mahu berusaha atau bekerja, penjenayah jalanan, pemabuk dan mereka yang merempat.

Kewujudan stratifikasi sosial sebeginilah antara pencetus peristiwa berdarah 13 Mei


1969. Pada ketika itu, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan
ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu,  memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di
luar bandar. Manakala, orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan
dan bidang ekonomi. Hal ini kerana mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan
perlombongan.

2
Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa
mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina
dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian
daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu
(Ensiklopedia Wikipedia, 2009).

Peristiwa berdarah 13 Mei ini telah menyebabkan negara diisytiharkan darurat oleh
Tunku Abdul Rahman pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan
Persekutuan telah digantung. Dalam masa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah
ditubuh untuk mentadbir negara ketika darurat. MAGERAN diketuai oleh Tun Abdul Razak
kerana Tunku menarik diri daripada mengetuai majlis itu (Ensiklopedia Wikipedia, 2009).

Sepanjang tempoh darurat, MAGERAN telah melakukan pelbagai tindakan untuk


mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Diantara tindakan yang
diambil ialah membentuk satu Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970, bagi
meningkatkan kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah
pelancaran Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti
ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar khususnya dalam kalangan bumiputera (Ensiklopedia
Wikipedia, 2009).

3
2.0 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Mulai tahun 1971, rancangan pembangunan ekonomi Malaysia telah dilaksanakan berpandukan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).
Pada asasnya, DEB adalah bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang
wujud di antara kaum-kaum, wilayah-wilayah, dan kawasan di dalam wilayah yang sama di
Malaysia. DEB merupakan satu pendekatan baru dalam perancangan pembagunan negara.
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru ini adalah memenuhi sifat
dua matlamat utama rancangan ini yang juga dikenali sebagai serampang dua mata.

Matlamat utama pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru ini ialah seperti berikut:

i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan


dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum; dan
ii. Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi (INTAN, 1991).

2.1 Matlamat Pertama: Pembasmian Kemiskinan

Di Malaysia, terdapat dua konsep kemiskinan iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan
relatif (Nair, 2000). Kemiskinan mutlak (absolute poverty) diukur menggunakan Pendapatan
Garis Kemiskinan (PGK) yang diperkenalkan pada tahun 1977. PGK ini mempunyai beberapa
pemberat yang digunapakai untuk menentukan sama ada isi rumah dikategorikan sebagai miskin
atau tidak. Pemberat-pemberat tersebut seperti makanan, pakaian, lain-lain perbelanjaan seperti
sewa dan bahan api, pendidikan, rekreasi dan budaya serta keselamatan (Zainul Arif, 2000).
Kemiskinan mutlak termasuklah kemiskinan tegar dan kemiskinan keseluruhan yang terdapat di
bandar dan juga luar bandar.

Kemiskinan relatif pula ialah kemiskinan yang berpunca daripada ketidaksamarataan


antara kumpulan (inequality between groups). Kemiskinan relatif melihat perbezaan kemiskinan
diantara tiga kumpulan etnik utama iaitu Bumiputera, Cina dan India. Kemiskinan relatif diukur

4
menggunakan nisbah ketidakseimbangan pendapatan diantara pendapatan kumpulan-kumpulan
etnik atau kaum yang tinggal di bandar dan luar bandar. Selain itu, kemiskinan relatif
didefinisikan sebagai jumlah pendapatan yang diterima isi rumah kurang daripada separuh min
atau median pendapatan yang diterima kumpulannya. (Nair, 2000).

Di Malaysia, untuk mengenalpasti golongan termiskin dalam golongan yang miskin ini,
kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘kemiskinan tegar’ atau hardcore poverty ini pada tahun
1989 (Zainul Arif, 2000). Isi rumah itu dikategorikan sebagai miskin tegar apabila pendapatan
bulanannya adalah kurang separuh daripada nilai PGK yang ditetapkan. Tujuannya ialah untuk
memberi penekanan yang lebih akan keperluan asas golongan ini (Nair, 2000).

Antara faktor-faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia ialah:

i. bencana alam seperti banjir dan penyakit yang membawa kemusnahan tanaman
petani;
ii. kejatuhan harga barangan eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia;
iii. saiz isi rumah yang besar dalam golongan yang berpendapatan rendah;
iv. pemilikan saiz kebun yang kecil;
v. terlalu bergantung kepada orang tengah yang selalu mengeksploitasi petani;
vi. kekurangan input seperti baja yang dapat meningkatkan pengeluaran pertanian; dan
vii. corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan kebudayaan (INTAN, 1991).

2.1.1 Program-program Pelaksanaan

Pelbagai usaha telah dijalankan kerajaan untuk menjayakan matlamat DEB ini.
Semua usaha yang dijalankan adalah untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dengan
merangka program-program pembangunan supaya:

i. mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur;


ii. menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan;

5
iii. memberikan peluang kepada mereka yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya berpindah kepada sektor yang lebih lumayan;
iv. mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan bandar
dan luar bandar, dan antara wilayah;
v. memodenkan kehidupan di luar bandar;
vi. mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera;
vii. mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia;
dan
viii. membaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain (INTAN, 1991).

Bagi membasmi kemiskinan, kerajaan telah mewujudkan banyak peluang


pekerjaan termasuk pembangunan yang seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan
antara kaum, kawasan bandar dan luar bandar serta antara wilayah. Bagi membangunkan
kawasan luar bandar yang mundur tetapi berpotensi, kerajaan telah mempergiat
rancangan seperti FELDA, Skim Tanah Rancangan Negeri dan sebagainya. Usaha
ditumpukan di luar bandar kerana hasil banci yang dijalankan kerajaan pada tahun 1970
mendapati jurang yang amat luas terbentuk antara penduduk bandar dan luar bandar
(INTAN, 1991).

2.1.2 Pencapaian Pembasmian Kemiskinan Melalui DEB

Pembasmian kemiskinan oleh kerajaan ini difokuskan kepada bahagian-bahagian


tertentu iaitu antara kawasan bandar dan luar bandar, negeri, dan keperluan asas dan mutu
kehidupan. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan kadar kemiskinan mengikut
kawasan bandar dan luar bandar untuk tahun 1970 dan 1990 (Jadual 2.1). Kedua-dua
tahun ini dipilih kerana pelaksanaan DEB adalah pada tahun 1971 sehingga tahun 1990.
Kemiskinan antara negeri pula dengan dapatan pada tahun 1976 dan 1987 (Jadual 2.2).

6
Jadual 2.1
Malaysia: Kadar Kemiskinan Mengikut Kawasan Bandar-Luar Bandar Bagi
Tahun 1970 dan 1990
1970 1990
Jumlah Kadar Jumlah Kadar
Isirumah Kemiskinan Isirumah Kemiskinan
Strata Miskin (%) Miskin (%)
(‘000) (‘000)

Luar Bandar 705.9 58.7 530.3 21.8

Bandar 85.9 21.3 89.1 7.5


Golongan Termiskin - - 143.1 4.0
Kemiskinan Keseluruhan - - 619.4 17.1

Jadual 2.2
Malaysia: Kadar Kemiskinan Mengikut Negeri Bagi Tahun 1976 dan 1987
1976 1987
Jumlah Kadar Jumlah Kadar
Isirumah Kemiskinan Isirumah Kemiskinan
Negeri Miskin (%) Miskin (%)
(‘000) (‘000)

Johor 77.8 29.0 44.7 11.1

Kedah 131.9 61.0 82.1 31.3


Kelantan 112.7 67.1 70.4 31.6
Melaka 27.8 32.4 11.1 11.7
Negeri Sembilan 35.0 33.0 30.1 21.5
Pahang 44.9 38.9 23.8 12.3
Pulau Pinang 48.6 32.4 28.2 12.9
Perak 146.4 43.0 79.7 19.9
Perlis 17.8 59.8 12.1 29.1
Selangor 48.3 22.9 40.8 8.9
Terengganu 60.7 60.3 49.6 36.1
Kuala Lumpur 12.5 9.0 12.2 5.2

Semenanjung Malaysia 764.4 39.6 485.8 17.3

7
Sabah 58.3 89.0 35.3
Sarawak 95.5 56.5 74.3 24.7
115.9

2.2 Matlamat Kedua: Penyusunan Semula Masyarakat

Dasar pecah dan perintah yang diamalkan British telah mewujudkan jurang antara
penduduk Tanah Melayu mengikut fungsi ekonomi. Kebanyakan orang Melayu bekerja sebagai
petani, pekebun kecil, nelayan dan buruh kasar dengan pendapatan yang tidak stabil dan rendah.
Orang-orang Cina pula tinggal di bandar-bandar dan bekerja sebagai pelombong, peniaga dan
pembalak. Pendapatan orang Cina jauh lebih lumayan berbanding orang Melayu itu sendiri.
Manakala, orang India pula hanya bekerja sebagai penoreh getah di ladang-ladang dan juga
peniaga di bandar-bandar (Bushra Hj. Yusof, dalam Yusof Ismail, 2008).

Dalam usaha kerajaan untuk menyusun semula masyarakat di tanah Melayu, beberapa
strategi utama telah digubal. Antaranya ialah seperti berikut:
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar
melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar;
ii. Membentuk semula masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan
Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum
Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan Bumiputera
dalam kegiatan-kegiatan ekonomi moden;
iii. Menambahkan hak milik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara termasuklah
pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya kaum Bumiputera dapat memiliki
sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat dan bakinya oleh orang bukan
Bumiputera; dan
iv. Menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara
berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan
kaum negara menjelang tahun 1990 (Bushra Hj. Yusof, dalam Yusof Ismail, 2008).

Bagi mencapai tujuan-tujuan di atas, pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai program
dalam sektor ekonomi seperti perindustrian, perdagangan, pendidikan dan sebagainya. Di

8
samping itu, kerajaan turut meminda beberapa dasar dan perundangan negara bagi mencapai
matlamat DEB ini seperti Akta Galakan Pelaburan dan Akta Pelajaran.

Strategi perindustrian dianggap yang terpenting untuk menyusun semula masyarakat


dalam konteks ekonomi. Antara yang dilaksanakan ialah menggalakkan tenaga buruh yang
banyak, penyertaan Bumiputera dalam setiap peringkat pengurusan dan pengeluaran,
perkongsian modal dan lain-lain kegiatan ekonomi berasaskan sumber alam tempatan,
perusahaan berorientasikan eksport dan galakan penempatan perusahaan di negeri-negeri yang
kurang maju seperti Sabah, Sarawak, Terengganu dan Perlis. Agensi-agensi yang menguruskan
skim pemegang amanah ditubuhkan khususnya untuk memajukan ekonomi Bumiputera.
Antaranya ialah Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Sdn. Bhd atau MIEL,
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Pembangunan, Bank Bumiputera dan lain-lain.

MARA berperanan membantu orang Melayu khususnya untuk melibatkan diri dalam
perniagaan kecil-kecilan melalui penyediaan modal dan khidmat nasihat. UDA (Urban
Development Authority) pula bertanggungjawab memajukan bandar dalam usaha untuk
menyusun semula masyarakat dengan mendapatkan tapak-tapak ruang niaga di bandar. Bank
Pembangunan, Bank Bumiputera dan institusi kewangan yang lain pula berperanan memberi
bantuan pinjaman kewangan (Bushra Hj. Yusof, dalam Yusof Ismail, 2008).

2.2.1 Pencapaian Penyusunan Semula Masyarakat Melalui DEB


Secara keseluruhannya, pencapaian strategi penyusunan semula masyarakat ini boleh
dilihat melalui pecahan-pecahan seperti pendapatan dan kadar kemiskinan mengikut kaum,
penyusunan semula corak guna tenaga, penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat dan
lain-lain pencapaian. Jadual 2.3 di bawah menunjukkan peratusan hak milik modal saham dalam
syarikat-syarikat berhad untuk tahun 1971, 1988 dan 1990.

Berdasarkan jadual tersebut, jelas di sini matlamat DEB untuk Bumiputera memiliki 30%
pemilikan dalam syarikat-syarikat dalam negara adalah gagal. Seperti yang kita ketahui, kerajaan

9
menganggar pemilikan pada berakhirnya DEB pada tahun 1990 adalah berdasarkan pecahan
30% (Bumiputera), 30% (pemustautin bukan Bumiputera) dan 40% lagi dimiliki syarikat asing.
Pada tahun 1990, pemilikan oleh Bumiputera hanyalah sebanyak 19.6% dengan 13.6%
daripadanya dimiliki oleh Bumiputera perseorangan. Pemustautin bukan Bumiputera pula
mempunyai peratus milikan sebanyak 56.7%. Baki milikan yang sebanyak 23.7 % pula dimiliki
oleh milikan asing. Sangat jelas disini ekonomi Malaysia ketika itu masih dikuasai oleh kaum
bukan Bumiputera (INTAN, 1991).

Jadual 2.3

Malaysia: Peratus Hakmilik Modal Saham (Nilai PAR) Syarikat-Syarikat Berhad


Bagi Tahun 1971, 1988 dan 1990 (%).

Kumpulan Hakmilik 1971 1988 1990

Pemustautin Malaysia 38.3 75.4 76.3


- Bumiputera 4.3 19.4 19.6
 Bumiputera Perseorangan 2.6 13.0 13.6
 Agensi Amanah 1.7 6.4 6.0
- Bukan Bumiputera 34.0 56.0 56.7

Pemustautin Asing 61.7 24.6 23.7

Jumlah ($ juta) $ 6,564 juta $ 97,971 juta $ 111,273 juta

10
3.0 TEORI KONFLIK

Teori Konflik bermula daripada pandangan asal Karl Marx dan kemudiannya diikuti oleh Max
Weber.  Mengikut Marx, konflik bukan semata-mata sebagai satu cara analisa sosiologi tetapi
merupakan satu cara reformasi sosial.  Teori ini menerangkan bagaimana ketegangan yang
berpunca daripada ketidaksamaan memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan. Teori ini
turut mengkaji bagaimana hubungkait antara konflik dan perubahan berlaku.  Ketegangan dan
konflik akan menyumbang kepada perubahan sosial, yang boleh berbentuk revolusi atau adaptasi
(Amir hasan Dawi, 2009). 

Sementara itu mengikut George Simmel, konflik ialah sesuatu yang semulajadi dalam
sesuatu masyarakat. Lewis Coser dalam Amir Hasan Dawi (2009) pula mengatakan bahawa
sesuatu konflik itu boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam sesuatu
kelompok sosial.  Brinkerhaff and White (1989) merumuskan 3 andaian penting dalam teori
konflik :
i. Konsep dialektik - evolusi bukan proses utama kepada perubahan sosial tetapi konflik
yang menjadi sebab utama menghasilkan perubahan sosial.
ii. Determinisme ekonomi - asas kepada perubahan sosial ditentukan oleh faktor-faktor
persaingan ekonomi
iii. Aktiviti sosial- tugas utama analisis sosial adalah kritikan sosial.

Secara umum, teori konflik juga membincangkan tentang peranan struktur sosial.
Ketidaksamaan selalu menjadi perdebatan dalam pembahagian kelas sosial dalam masyarakat,
konflik, perubahan sosial, kuasa dan ideologi. Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif
konflik dan perubahan. Konflik penting untuk melakukan sesuatu perubahan. Pergeseran yang
berlaku dalam kelas sosial, keluarga dan kumpulan adalah kerana mereka semua mahukan

11
perubahan. Ketegangan dan konflik dalam masyarakat akan menyumbang kepada perubahan
sosial (Samri Sainuddin, 2009).

Marx berpendapat, asas kepada pembentukan masyarakat adalah faktor-faktor ekonomi


seperti tanah, modal, industri dan perdagangan. Penghasilan masyarakat yang baru adalah hasil
daripada perjuangan antara kelas untuk menguasai ekonomi. Faktor-faktor yang berkaitan
dengan pengeluaran ekonomi menjadi asas kepada perubahan masyarakat. Bahagian lain seperti
agama, institusi politik, institusi pendidikan pula menjadi superstruktur masyarakat. Ia dibentuk
dan dipengaruhi oleh struktur asas masyarakat iaitu ekonomi.

Rajah 3.1: Teori Konflik Aliran Marx Tentang Perubahan Sosial

Masyarakat

Perubahan masyarakat adalah berasaskan prinsip dialektik materialisme

Sejarah masyarakat adalah dipenuhi oleh konflik dan pertentangan untuk menguasai ekonomi

Peringkat perubahan makro:

perhambaan  feudalisme  kapitalisme  sosialisme  komunisme

Ciri-ciri kapitalisme yang tidak diingini Ciri-ciri sosialisme yang dikehendaki

 ketidaksamaan  kesaksamaan
 hak milik dikuasai individu  hak milik dikuasai bersama
 konflik sosial  kesejahteraan sosial
 penindasan berleluasa terhadap masa  tiada penindasan kerana tiada pihak
depan dominan
 statifikasi dan kelas sosial yang nyata  tiada stratifikasi dan tiada kelas
 dominasi golongan minoriti borjuis sosial
 dominasi golongan massa proletariat
12
(Amir Hasan Dawi, 2009)

3.1 Teori Konflik dan DEB

Pada awalnya negara kita Malaysia menerima migrasi secara beramai-ramai penduduk
dari negara luar terutama Negara China dan India yang dibawa masuk oleh penjajah British. Ia
telah menyebabkan terbentuknya pelbagai etnik dan budaya sehinggakan menimbulkan
ketegangan antara kaum. Kemasukan beramai-ramai imigran ini atas permintaan British yang
ingin memajukan lagi ekonomi mereka di Tanah Melayu ketika itu akhirnya telah mewujudkan
masalah baru, iaitu komposisi kaum yang berubah mendadak. Sejarah telah jelas menyatakan
bahawa sebelum Perang Dunia Kedua (WWII), orang Cina yang datang ke Tanah Melayu tidak
menetap di sini, sebaliknya hanya mencari kekayaan sahaja. Namun begitu, selepas WWII,
seramai 74.7% daripada sejumlah 2,332,936 orang Cina telah lahir di Tanah Melayu dan
membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu (K. Ratnam, 2001).

Stratifikasi sosial dan susunan masyarakat yang tidak teratur ini adalah kesan dasar yang
diamalkan British. Semasa sebelum hingga awal kemerdekaan, orang Melayu jauh ketinggalan
dari pelbagai segi khususnya ekonomi. Orang Cina menguasai ekonomi sehingga berlaku
pergeseran antara kaum kerana orang Melayu hidup dalam kemiskinan walaupun di negara
sendiri. Kemiskinan ini dengan sendirinya menimbulkan ketegangan antara golongan berada dan
yang tidak berada, tanpa mengira kaum. Masalah jurang dan ketidakseimbangan kaum dan sosio-
ekonomi yang meruncing ini menjadi salah satu faktor menyebabkan berlakunya rusuhan kaum
pada 13 Mei 1969. Konflik yang berlaku antara kaum ini menyebabkan DEB ditubuhkan untuk
menyusun semula masyarakat dan menyeimbangkan ekonomi supaya semua kaum dapat
menikmati keadilan secara saksama. Seperti pendapat Marx yang menyatakan pembentukan
masyarakat adalah disebabkan penguasaan ekonomi.

Bushra Haji Yusof, dalam Yusof Ismail (2008) menyatakan, mantan Perdana Menteri
kedua, Tun Abdul Razak ketika mengulas mengenai pelaksanaan DEB ini pernah berkata:

13
“untuk mencapai matlamat perpaduan negara keseluruhannya,
Malaysia berkehendakan bukan sahaja setakat kadar
perkembangan ekonomi yang tinggi. Dalam usaha memupuk
tenaga bagi menghadapi pembangunan ekonomi yang cepat kita
terpaksa sama sekali menentukan adanya keadaan masyarakat
yang adil, pembahagian pendapatan yang saksama dan peluang-
peluang pekerjaan yang bertambah”.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa konflik yang berlaku di antara banyak pihak ini
telah membantu tercetusnya idea dalam membentuk negara idaman yang dapat menyatupadukan
seluruh kaum seperti sebuah keluarga. Dengan itu, kerajaan telah melancarkan pelbagai usaha
termasuk strategi serampang dua mata yang disasarkan dalam DEB dan memperkenalkan Rukun
Negara sebagai usaha untuk mencapai hasrat negara idaman.

Malaysia sememangnya mengidamkan sebuah negara yang makmur dalam


merealisasikan impian untuk mencapai status negara maju pada tahu 2020. Negara yang maju
haruslah mempunyai masyarakat yang bersatu padu, taraf ekonomi yang seimbang antara kaum
dan tiada lagi jurang kemiskinan antara kaum. Dengan berkonsepkan “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan” itulah, Perdana Menteri Malaysia yang keenam telah mewujudkan
gagasan Satu Malaysia. Gagasan Satu Malaysia ini diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun
Abdul Razak selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009 lalu. Strategi
penubuhannya adalah ‘Rakyat Didahulukan’ iaitu meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan
‘Pencapaian Diutamakan’ untuk mencapai sasaran dan impak yang cemerlang yang berbalik
faedahnya kepada rakyat seluruhnya tanpa seorang pun tercicir daripada arus pembangunan
negara (Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Konsep yang diketengahkan dalam gagasan ini pula mengutamakan rakyat merentasi
seluruh lapisan masyarakat, memastikan perkongsian nikmat secara bersama tanpa dipinggir,
tidak mengetepikan dasar pembangunan Bumiputera, rakyat dan negara mencapai tahap kejayaan
yang diiktiraf. Selain itu, Perlembagaan Negara dan Prinsip Rukun Negara menjadi teras serta
menerima kemajmukan masyarakat sebagai suatu realiti serta rakyat mempunyai hak dan

14
bertanggungjawab kepada negara (togetherness and sense of belonging). Antara lain tujuan
gagasan ini menurut Jabatan Perdana Menteri (2009) ialah:

 Menstruktur semula perpaduan rakyat dan masyarakat Malaysia (Perpaduan


Nasional);
 Meningkatkan nilai dalam kesejahteraan kehidupan rakyat;
 Meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk berkhidmat kepada Malaysia yang
mempunyai satu penyatuan pemikiran;
 Satu semangat perjuangan berlandaskan semangat Perlembagaan Persekutuan;
 Membentuk negara maju dengan mengambil kira keperluan rakyat tanpa mengira
kaum; dan
 Bersedia menghadapi sebarang cabaran terhadap rakyat dan negara daripada anasir
yang boleh memecah belah dan menghancurkan negara samaada dari luar dan dalam
negara.

Kita dapat melihat, sejak Dato’ Seri Najib memulakan tampuk kepimpinannya dengan
satu arah tuju yang cukup jelas. Apa yang diharapkan agar dengan kepimpinan Perdana Menteri
ini Malaysia akan berjaya menjadi sebuah negara idaman sebagaimana yang diimpikan seluruh
rakyat, sekaligus mengatasi konflik-konflik yang ada.

4.0 TEORI FUNGSIONALISME

Teori Fungsionalisme merupakan teori makro dalam teori sosiologi secara umumnya. Teori ini
diasaskan oleh tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim. Tokoh-tokoh ini
kemudian telah menjadi ikutan tokoh-tokoh terkemudian seperti Talcott Parsons dan Robert K.
Merton. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh badan manusia
yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap daripadanya mempunyai fungsi-fungsi yang

15
tersendiri. Menurut tokoh-tokoh Fungsionalisme, setiap bahagian masyarakat mempunyai tujuan-
tujuan dan keperluan-keperluan yang tertentu. Teori ini diberi nama “fungsionalisme” kerana ia
melihat struktur dan fungsi dalam masyarakat. Masyarakat diibaratkan sama seperti organisma
yang mempunyai bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai “struktur” (Amir
Hasan Dawi, 2009).

Sebagai contoh, tubuh manusia mempunyai bahagian-bahagian seperti tangan kiri, tangan
kanan, kaki kiri, kaki kanan, kepala dan sebagainya. Masyarakat pula mempunyai bahagian-
bahagian seperti ekonomi, politik, agama, pendidikan, sosial dan lain-lain lagi. Setiap bahagian
mempunyai tugas atau peranan masing-masing untuk memastikan keseimbangan dalam
keberlangsungan dalam masyarakat. Berdasarkan teori ini, struktur-struktur sosial yang akan
menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat.

Menurut Amir Hasan Dawi (2009) lagi, terdapat tiga andaian utama ahli-ahli
fungsionalisme yang dirumuskan oleh Brinkerhoff dan White (1989) iaitu stabiliti, harmoni dan
evolusi. Stabiliti adalah kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah
masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni pula menunjukkan bagaimana semua bahagian atau
struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi menggambarkan
perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial
kepada pembaharuan.

Teori ini akan mengkaji cara sistem sosial bergerak atau berfungsi. Merton (1957) dalam
Amir Hasan Dawi (2009), telah melihat kesan struktur sosial dan membezakan fungsi ketara dan
fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam aktiviti
sosial tertentu. Fungsi tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak disedari atau
dijangkakan. Sekiranya sesuatu hasil struktur adalah merupakan apa yang dikehendaki dan
diiktiraf dalam sistem, ia telah menjalankan fungsi ketara. Sebaliknya, sekiranya hasilan adalah
sesuatu yang tidak dikehendaki atau tidak dijangka maka jadilah ia fungsi tersembunyi.

Selain itu, Merton juga membezakan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi adalah kesan-
kesan positif daripada struktur sosial manakala disfungsi pula ialah hasilan yang negatif, yang

16
bermaksud struktur telah berdisfungsi. Disfungsi merangkumi aspek-aspek aktiviti sosial yang
menghasilkan perubahan kerana ia mengancam ikatan sosial. Kriteria utama untuk menilai
struktur sosial ialah samada ia menyumbang kepada pengekalan masyarakat atau tidak. Hal ini
terbukti apabila struktur yang dianggap berfungsi adalah yang mengekalkan apa yang sedia ada
dan diharapkan dalam masyarakat sementara yang tidak mengikut kehendak masyarakat
dianggap tidak berfungsi. Perkara yang mengekalkan status quo dikenali sebagai fungsi
manakala yang tidak mengekalkan status quo adalah disfungsi. Teori ini menekankan
kepentingan pengekalan status quo dalam sistem masyarakat.

4.1 Teori Fungsionalisme dan DEB

Menurut pandangan teori Fungsionalisme, ekonomi mempunyai peranan penting sebagai


alat mobiliti sosial. Mobiliti sosial adalah pergerakan daripada satu tahap kelas sosial kepada
tahap kelas sosial yang lain. Menurut Paul B. Horton & Chester L. Hunt (1992), mobiliti sosial
dapat diertikan sebagai suatu gerak perpindahan dari suatu kelas sosial ke kelas sosial yang lain.
Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Jika kita lihat pada masa kini, kedudukan kelas dan
pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti sosial. Peranan ekonomi sebagai mobiliti sosial
sebelum kemerdekaan sangat terhad. Dasar pecah dan perintah (divide and rule) oleh penjajah
Inggeris telah mengekalkan struktur stratifikasi masyarakat di mana anak-anak setiap kaum
masih meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka. Selepas kemerdekaan, peluang-peluang untuk
mobiliti sosial memang nampak ketara.

Penjajah Inggeris yang melaksanakan dasar pecah dan perintah sebenarnya mempunyai
tugas dan peranan masing-masing untuk memastikan dasar yang dilaksanakan itu berjaya. Jurang
perbezaan ekonomi dan sosial dalam kalangan kaum di Malaysia terjadi disebabkan oleh
perlaksanaan dasar pecah dan perintah ini. Kesan daripada perlaksanaan dasar ini telah
mewujudkan dua keadaan iaitu:

17
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang
usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.
2. Inggeris mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan
aktiviti pertanian bagi orang orang Melayu. Tujuannya ialah untuk memastikan bekalan
makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Selain itu, Inggeris telah membawa
masuk pekerja asing untuk mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti
pertanian.

Terdapat beberapa fungsi dasar pecah dan perintah ini. Jika kita lihat, ekoran daripada
perlaksanaan dasar ini telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu khususnya.
Kewujudan dasar ini sebenarnya adalah untuk mengasingkan atau mengelaskan kaum
berdasarkan pekerjaan dan sistem pelajaraan yang berbeza. Peranan dasar ini adalah untuk
mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada bangsa Melayu,
Cina dan India. Disebabkan peranan tersebutlah semua kaum terbesar yang menetap di Tanah
Melayu terpisah samada dari segi interaksi, kerjasama dalam ekonomi dan tiada pergaulan sosial
dalam kalangan tersebut.

Penjajah Inggeris telah memisahkan ketiga-tiga kaum ini dimana orang melayu menetap
di kawasan luar bandar dan menjalankan aktiviti sebagai nelayan dan petani. Bagi orang Cina
pula, Inggeris telah meletakkan mereka di kawasan bandar dan kawasan perlombongan oleh
kerana mereka kebanyakkannya bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah. Orang
India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh. Jika dilihat,
peranan atau fungsi dasar ini telah berjaya dilaksanakan oleh penjajah Inggeris sehingga telah
mewujudkan perasaan curiga-mencurigai antara satu sama lain dan ini telah mencetuskan
peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mewujudkan fungsi ekonomi dan pendidikan
khususnya dalam kalangan kaum Melayu, kaum India dan kaum Cina. Semenjak negara
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih jauh ketinggalan dari
segi ekonomi dan pendidikan. Berdasarkan teori Fungsionalisme, dasar pecah dan perintah ini
tidak dapat menyatukan masyarakat dalam negara kerana mereka telah mengasingkan ketiga-tiga

18
kaum mengikut tempat tinggal dan dari segi sektor ekonomi. Pengasingan ketiga-tiga kaum di
pelbagai tempat telah mewujudkan jurang masyarakat dan pengenalan kaum mengikut fungsi-
fungsi ekonomi. Orang Cina lebih maju ke hadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan
ekonomi kerana mereka tinggal di kawasan bandar dan bekerja sebagai peniaga dan juga
pelombong bijih timah. Bagi kaum Melayu dan India, mereka agak ketinggalan kerana
sebilangan mereka masih lagi mengekalkan aktiviti tradisional iaitu sebagai petani dan bekerja di
ladang-ladang estet. Apa yang dapat disimpulkan disini menurut andaian teori Fungsionalisme,
tidak wujud keharmonian bagi ketiga-tiga kaum untuk mencapai tujuan sebenar iaitu perpaduan.
Selain itu, stabiliti juga tidak wujud di antara ketiga-tiga kaum untuk bekerjasama dan bersatu
membangunkan negara.

Melalui dasar pecah dan perintah inilah akhirnya membawa kepada wujudnya Dasar
Ekonomi Baru. Berdasarkan teori ini, setiap masyarakat telah menjalankan fungsinya sendiri.
Jika kita lihat ekoran daripada dasar pecah dan perintah, anggota masyarakat itu sendiri telah,
menubuhkan Dasar Ekonomi Baru untuk meningkatkan lagi kegiatan ekonomi antara kaum.
Disini wujudnya fungsi badan-badan yang terlibat samada dalam ekonomi, politik sosial,
pendidikan dan sebagainya. Disebabkan itulah diwujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Jika kita lihat dalam objektif DEB itu sendiri, kesemua strategi yang dibuat adalah untuk
mencapai matlamat dari segi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi bagi melancarkan
perjalanan matlamat yang digariskan. Agensi-agensi yang ditubuhkan ini akan memainkan
peranan masing-masing mengikut fungsi yang telah dipersetujui bersama.

Disini dapat dilihat, berdasarkan teori fungsionalisme, masyarakat masing-masing saling


berhubung kait dan saling bantu membantu antara satu sama lain untuk mencapai matlamat.
Dalam erti kata lain, semua pihak menjalankan fungsi masing-masing bagi melengkapi antara
satu sama lain. Begitu jugalah dengan penubuhan DEB yang telah menunjukkan peranan
pelbagai pihak untuk menjayakan objektif DEB itu sendiri. Apa yang dapat diperhatikan
wujudnya perkongsian nilai bersama dalam memakmurkan dan mencapai perpaduan kaum dalam
sesebuah negara.

19
Mengikut teori fungsionalisme, terdapat beberapa perubahan dalam satu bahagian dan ini
akan mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah tercapai titik keseimbangan. Setiap bahagian
mempunyai fungsi-fungsinya dan bekerjasama dengan lain-lain bahagian untuk mewujudkan
kestabilan. Ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 sehingga tertubuhnya DEB, Malaysia telah
berusaha untuk mewujudkan keseimbangan dan kestabilan kaum di negara ini dengan
mewujudkan Gagasan Satu Malaysia. Gagasan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan rusuhan
kaum seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dan mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.
Malaysia dianggap satu institusi untuk menjaga kedaulatan dan keamanan negara secara terus-
menerus. Disebabkan itulah Malaysia telah menjalankan fungsinya iaitu membentuk Gagasan 1
Malaysia untuk membentuk perpaduan di antara kaum.

Gagasan ini merupakan lambang komitmen dan usaha rakyat untuk mencapai matlamat
negara. Simbol 1 Malaysia merupakan satu jenama pada Malaysia dan menggunakan nombor
satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia. Matlamat akhir 1 Malaysia iaitu perpaduan
nasional juga merupakan wawasan utama pemimpin-pemimpin negara terdahulu yang telah
diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan sepanjang lima dekad kita merdeka. Apa
yang pasti keperluan gagasan ini perlu dipenuhi bagi memastikannya berjalan dengan baik dan
lancar. Sekiranya gagasan ini tidak berjalan dengan lancar seperi yang diharapakan oleh semua
rakyat Malaysia, ia akan menjadi “abnormal”. Disebabkan itulah gagasan ini menghargai dan
menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu
aset yang perlu dibanggakan. Walau bagaimanapun, untuk menjayakan konsep negara idaman
sebegini, setiap pihak perlu menjalankan fungsi masing-masing seperti yang diunjurkan oleh
teori fungsionalisma ini (Jabatan Perdana Menteri, 2009).

20
5.0 TEORI INTERAKSIONISME

Teori interaksionisme ini diperkenalkan oleh George Herbert Mead yang telah mengelaskan
teorinya ini sebagai bersifat mikro. Teori yang dikemukan oleh beliau banyak menyentuh
mengenai peranan individu di dalam sesuatu sistem sosial serta mengkaji bagaimana seseorang
itu bertindak mengikut kemahuan masing- masing di dalam masyarakat. Malah bagi ahli- ahli
interaksionalisme, perlakuan dan tindak tanduk subjektif yang dilakukan oleh seseorang individu
itu perlu dikaji agar dapat diperjelaskan makna-makna perlakuan mereka.

Menurut Blumer (1969), di dalam Amir Hasan Dawi (2009) terdapat tiga aspek yang
penting dalam menghuraikan makna teori interaksionisme iaitu kepentingan memahami makna-
makna simbolik mengikut konteks penggunaannya. Kedua, makna yang simbolik berguna
semasa berinteraksi yang akan menyebabkan sesuatu hubungan bertambah mesra, dan yang
terakhir ialah makna ialah sesuatu yang subjektif. Kita tidak semestinya menerimanya
sepertimana yang diutarakan orang lain, tetapi boleh juga berperanan memberikan makna yang
sesuai. Makna-makna simbolik yang dimaksudkan ialah meliputi perkataan, perlakuan, objek,
bahasa dan sebagainya.

Simbolik yang berkaitan dengan objek pula adalah perkara nyata yang dapat dilihat oleh
semua individu dan bahasa pula adalah simbol lisan untuk seseorang itu berinteraksi di antara
satu sama lain. Selain daripada itu, teori ini juga memfokuskan kepada hubungan bersemuka di
dalam konteks seharian. Ini menunjukkan setiap masa individu akan terlibat di dalam pergaulan
dengan individu lain di dalam kehidupan seharian. Oleh itu, teori interaksioanisme ini adalah
teori yang mementingkan proses interaksi sosial manusia di dalam kehidupan seharian.
Sekiranya kita tidak bersosial kita tidak akan berkelakuan seperti manusia biasa dan mungkin
dianggap tidak waras atau tidak siuman.

21
Terdapat beberapa prinsip yang dapat dilihat di dalam teori ini mengikut Ritzer dalam
Amir Hasan Dawi iaitu:
 manusia adalah tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai
keupayaan berfikir.
 keupayaan berfikir seseorang manusia adalah dibentuk oleh interaksi sosial dan di
dalam interaksi sosial,
 manusia mempelajari makna- makna serta simbol- simbol yang membolehkan
mereka mengamalkan keupayaan berfikir apa yang ada pada diri mereka.
 simbol- simbol membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi di antara satu
sama lain.
 manusia yang berkeupayaan untuk mengubahsuai makna- makna yang mereka
gunakan di dalam aksi adalah manusia yang pandai menginterprestasikan makna
terhadap sesuatu situasi.

5.1 Teori Interaksionalisme dan DEB

Teori ini juga dapat dikaitkan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Seperti mana
yang kita ketahui, pelaksanaan dasar ini adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan serta menambahkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat
tanpa mengira kaum serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia
untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku ketika itu
(www.wikipedia./org/wiki/Dasar).

Sepertimana yang dijelaskan di atas, sejarah pelaksanaan DEB ini dilakukan apabila
berlakunya dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh Inggeris. Pelaksanaanya telah
mengeruhkan perpaduan di kalangan masyarakat di Tanah Melayu umumnya. Ekoran daripada
dasar ini, interaksi di antara bangsa Melayu, Cina dan India adalah terbatas. Hal ini

22
melambatkan usaha kerajaan di dalam mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat. Interaksi
hanya berlaku di antara sesama kaum sahaja dan tidak dapat mewujudkan pergaulan yang luas
dengan kaum lain.
Kesan yang dapat dilihat melalui dasar pecah dan perintah ini ialah melahirkan perasaan
curiga di antara satu sama lain sekaligus menjarakkan perpaduan di antara ketiga- tiga kaum ini.
Ini secara langsungnya akan mewujudkan kesempitan idea dan keterbatasan pergaulan dalam
kalangan masyarakat.Tiadanya interaksi atau komunikasi yang baik ini akan mencetuskan
pelbagai konflik negatif jika berterusan. Contohnya, sebelum pelaksanaan DEB, rakyat di Tanah
Melayu kurang berinteraksi dan lebih gemar mengikut haluan masing-masing sehinggalah
menimbulkan peristiwa yang buruk kepada negara iaitu peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.

Dalam membentuk negara idaman berasaskan kepada konsep teori interaksionisme ini,
pendekatan yang dapat dilihat ialah melalui pemerintahan mantan Perdana Menteri kita yang
kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menerapkan konsep Islam Hadhari. Di dalam
konsep Islam Hadhari ini, terdapat sepuluh prinsip utama yang ditekankan iaitu keimanan dan
ketakwaan kepada Ilahi, kerajaan yang adil dan beramanah, rakyat yang berjiwa merdeka,
penguasaan ilmu penegtahuan, pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif,
kehidupan yang berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan
moral, pemeliharaan alam semulajadi serta kekuatan pertahanan. Kesepuluh, prinsip yang
diutarakan adalah meliputi semua aspek seperti aspek politik, keadilan, ekonomi, perpaduan,
kebudayaan dan lain- lain lagi (www.islam.gov.my/islamhadhari).

Selain itu, sektor awam juga berperanan penting untuk memastikan pengaliran kekayaan
negara dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat dengan pembahagian yang adil dan saksama.
Malah pengurusan sumber tenaga hendaklah dilakukan dalam keadaan yang teratur dan tersusun
mengikut keperluan ekonomi semasa negara. Ekoran daripada penglibatan sektor awam dalam
membangunkan ekonomi negara ianya secara tidak langsung akan mengubah dan mempengaruhi
perjalanan kegiatan ekonomi negara berlandaskan Islam seperti mana yang ditekankan oleh
mantan Perdana Menteri kita yang kelima.

23
Di samping itu, pencapaian keadilan sosial di dalam masyarakat juga dititikberatkan
melalui konsep Islam Hadhari ini. Kekuatan dan kemajuan yang dicapai oleh sesuatu masyarakat
bukan sahaja bergantung kepada pembangunan ekonomi semata-mata malah juga berkait rapat
dengan penyempurnaan keadilan sosial di dalam masyarakat umumnya. Kewujudan muafakat
serta kerjasama di kalangan semua sektor juga membawa kepada wujudnya suasana
permuafakatan di antara semua pihak yang terlibat (www.islam.gov.my/islamhadhari).
pendekatan islam hadhari

Kesinambungan daripada objektif DEB yang ingin mewujudkan perpaduan dan


mengelakkan jurang di antara kaum ini telah diteruskan dengan konsep yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri kita yang keenam Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd  Najib Tun Abdul
Razak dengan konsep 1 Malaysia. Konsep 1 Malaysia ini diperkenalkan adalah untuk
memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia berada di dalam keadaan
yang harmoni dan bekerjasama di antara satu sama lain. Perkara yang ditekankan ialah melalui
aspek hormat- menghormati, keikhlasan dan sebagainya.

Penekanan yang diutamakan kepada rakyat ialah dengan mengutamakan kesetiaan dan
kepentingan kepada negara yang dapat mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
Negara Malaysia merupakan negara untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, budaya
dan sebagainya. Rakyat perlu bersatu padu di antara satu sama lain dan perlu bekerjasama
supaya dapat membangunkan negara. Sesuai dengan konsep yang digariskan oleh Perdana
Menteri kita iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Malaysia juga adalah pemangkin kepada kewujudan negara bangsa yang mana ianya
dapat membina Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai sikap kesaksamaan dan
semangat kekitaan di antara rakyat. Malah sikap yang baik dari pemimpin juga perlu ditekankan
dalam menghayati lapan nilai konsep 1 Malaysia iaitu nilai budaya kecemerlangan, ketabahan,
rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti
(www.pmr.penerangan.gov.my).

24
6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, stratifikasi sosial yang ketara yang pernah berlaku di Malaysia pada awal
kemerdekaan dahulu. Hal ini didorong lagi oleh dasar-dasar British yang kemudiannya telah
menyebabkan berlakunya permasalahan yang pelbagai, khususnya antara kaum di Tanah
Melayu. Dasar-dasar yang diamalkan British ini hanyalah untuk kepentingan ekonomi mereka
sahaja, tanpa mempedulikan kesengsaraan sosioekonomi penduduk asal Tanah Melayu.

British nyata mengeksploitasikan kekayaan hasil Tanah Melayu dengan menggalakkan


kemasukan imigran dari China dan India. Kemasukan imigran ini telah memperbanyakkan
pengeluaran hasil khususnya getah dan bijih timah, yang digunakan British untuk dieksport ke
negara asal mereka. Selain itu, British turut mengenakan cukai atau bayaran kepada pelbagai
barangan dan perkhidmatan seperti cukai tanah. Selain itu, kemasukan imigran ini telah
merubah komposisi penduduk Tanah Melayu, dan akhirnya menimbulkan pelbagai konflik
antara penduduk asal dan imigran.

Teori konflik, fungsionalisme dan interaksionalisme ternyata mampu mengungkap


pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan dasar-dasar British sebelum itu khususnya dasar pecah
dan perintah. Melalui teori-teori ini, dasar-dasar ini akan lebih difahami kerana ianya
menunjukkan dengan jelas apakah yang berlaku dalam aktor-aktor pelaksana DEB khususnya,
dan bagaimana Malaysia boleh mewujudkan negara idamannya selama ini.

25
RUJUKAN

Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjung Malim: Quantum Books.

Bushra Hj. Yusof. (2008). “Dasar Ekonomi Baru”. Dlm. Yusof Ismail (pnyt.). Dasar-dasar
Utama Kerajaan Malaysia. Gombak: A. S. Nordeen.

Ensiklopedia Wikipedia. (2009). Dasar Ekonomi Baru. (atas talian).


http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru (diakses pada 3 Disember,
2009).

Ensiklopedia Wikipedia. (2009). Peristiwa 13 Mei. (atas talian).


http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei (diakses pada 3 Disember, 2009).

Gagasan Satu Malaysia (2009). (atas talian). http://www.1malaysia.com.my (Diakses pada 19


Januari 2010)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2009). Islam Hadhari. (atas talian).
www.islam.gov.my/islamhadhari/slide_menteri.ppt (diakses pada 14 Disember, 2009).

Jabatan Penerangan Malaysia. (2009). Gagasan 1 Malaysia. (atas talian).


http://pmr.penerangan.gov.my (Diakses pada 19 Januari 2010)

K, Ratnam. (2001). Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur. Selangor:
Pustaka Sarjana Sdn. Bhd.

MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. (2009). Gagasan 1 Malaysia: Ucaptama Perdana Menteri.
(atas talian). http://www.mampu.gov.my/pengumuman/29-04-2009-ucapanpm.pdf
(diakses pada 10 Disember 2009)

Nair, S. (2000). Poverty in the new millennium - challenges for Malaysia.(atas talian).
http://www.google.com/search/poverty+in+Malaysia.html (diakses pada 10 Disember
2009).

Teori Fungsionalisme dan Teori Konflik. Dlm. Samri Sainuddin. Pengajian Malaysia: Esei dan
Artikel. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zainul Ariff bin Haji Hussain. (2000). An Overview Of The Concept And Profile Of Poverty In
Malaysia: An Assessment Of The Success Of Poverty Eradication. Workshop On Poverty

26
Eradication In The Context Of Globalisation.
http://www.google.com/search/poverty+in+malaysia.html (diakses pada 10 Disember
2009).

27

Anda mungkin juga menyukai