Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Melayu H1

Senarai Peribahasa
Maktab Rendah Katolik
______________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI PERIBAHASA

1. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua Orang yang mampu (kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai
kerja deras
2. Ada pasang ada surut Ada untung ada rugi
3. Ada persembahan adalah kurnia Jika berbudi kepada seseorang yang budiman nescaya adalah balasannya
4. Akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba Sesuatu cadangan pekerjaan itu jika ditimbang dan dihalusi lama-lama, semakin elok
keputusannya
5. Alang-alang berminyak biar licin Tiap-tiap pekerjaan yang kita buat hendaklah sampai sudah, jangan separuh jalan
sahaja. (biasanya pekerjaan yang baik)
6. Antan patah, lesung hilang Berturut-turut ditimpa malang
7. Api kecil baik dipadam Basmi kejahatan itu semasa ia kecil lagi
8. Bagai duri dalam daging Hal yang selalu menyusahkan
9. Bagai lebah menghimpun madu Sangat rajin
10. Bagai tali selembar Keputusan yang dibuat berdasarkan perundingan akan berhasil
11. Bagaimana ditanam begitulah dituai 1. Balasan yang wajar
2. Imbalan yang diperoleh sesuai dengan perbuatannya
12. Baru bertatih hendak berlari Membuat kerja melebihi keupayaan
13. Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya Berapa jauh pergi merantau akhirnya balik juga
hinggap di belakang kerbau juga
14. Berjagung-jagung dahulu sementara padi Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang
masak berfaedah
15. Bertanya supaya tahu berjalan supaya sampai Kalau membuat kerja hendaklah dikaji dahulu dan biar sampai selesai
16. Biar rebeh jangan roboh Biar rosak sedikit jangan rosak langsung
17. Direndam tak lapuk, dijemur tak lekang 1. Sangat rajin, tahan bekerja dalam hujan dan panas
2. Tak boleh diapa-apakan
18. Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau Seorang yang nampaknya pendiam apabila bertindak atau melakukan sesuatu,
didapati ia begitu cerdik dan bijak
19. Garam dikulumnya tak hancur Seorang yang pandai benar menyimpan rahsia
20. Gunting makan di hujung Kata-kata yang sopan tapi tajam maknanya
21. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Banyak sama banyak, sedikit sama dikongsi
22. Hilang bahasa lenyap bangsa Apabila sesuatu bahasa itu tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu

1
Bahasa Melayu H1
Senarai Peribahasa
Maktab Rendah Katolik
______________________________________________________________________________________________________________________________________________

23. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi Kalau baik, di mana berada tetap baik
pulau
24. Karam berdua, basah seorang Perbuatan yang tidak adil dan berat sebelah
25. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Peribadi anak dipengaruhi oleh sifat ibu bapanya
26. Kelapa muda tidak berminyak Orang muda belum banyak pengalaman
27. Khabar jauh didengar-dengar, khabar dekat Apa pun berita yang didengar selidik dulu kebenarannya
difikir-fikir
28. Kilat dalam kilau Maksud yang terselindung
29. Kuat lilit kerana simpulnya Kuat kerana bersatu padu
30. Lebih ikan kerana sirip, lebih burung kerana sayap Tiap-tiap pakar ada kelebihan
31. Lihat anak lihat menantu Kalau melakukan sesuatu fikirkan juga kesannya pada orang lain
32. Lulus jarum lulus kelindan 1. Jika pada mulanya tiada dicegah daripada melakukan kejahatan yang kecil-kecil,
akhirnya beransur-ansur pula membuat kejahatan yang besar-besar
2. Sesuatu perbuatan apabila dapat sedikit sahaja mulanya, nescaya didapati hingga
akhirnya
3. Sesuatu pekerjaan yang sukar dapat disempurnakan jika diansur sedikit-sedikit
membuatnya hingga selesai
33. Laksana cembul dengan tutupnya Sesuai benar antara satu sama lain
34. Membujur lalu melintang patah 1. Walau apa terjadi tujuan mesti dicapai
2. Tidak ada yang dapat menghalang
35. Menaburkan benih di tanah yang subur Berbuat baik pada orang yang tahu menghargai budi
36. Meniup api di atas air Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar
37. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi Budi dibalas dengan budi
kita merasa
38. Padi setangkai bernas semuanya Keluarga yang hidup bahagia
39. Pahit dahulu, manis kemudian Yang rumit (sulit) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dalam perjanjian)
supaya senang kemudiannya
40. Pandai menyelam di air dalam Pandai menyesuaikan diri
41. Patah kemudi perahu hanyut Suatu kaum apabila hilang pemimpinnya nescaya kucar-kacir keadaannya
42. Pecah buyung tempayan ada Hilang seorang ada seorang lain pula penggantinya
43. Pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air Sudah siap sedia
44. Pukul anak sindir menantu Orang lain yang dimarahi, orang lain pula yang dimaksudkan
45. Rosak bawang ditimpa jambak Kerosakan seseorang itu disebabkan oleh kelakuannya sendiri

2
Bahasa Melayu H1
Senarai Peribahasa
Maktab Rendah Katolik
______________________________________________________________________________________________________________________________________________

46. Seperti ayam mematuk anaknya Memarahi anak bukan kerana benci tetapi hendak menjadikan mereka manusia
berakhlak mulia dan berguna
47. Takkan lari gunung dikejar, hilang kabus Jangan terburu-bur pada sesuatu yang pasti
tampaklah ia
48. Tegak pada yang datar Berpegang pada yang benar
49. Tempayan yang penuh tidak akan berkocak airnya Orang yang berilmu tidak banyak bercakap
50. Tunduk kepala bukan untuk dipijak Berlembut bukan suka diperbodoh
51. Ukur baju di badan sendiri 1. Tiap-tiap pekerjaan yang hendak dibuat, pilihlah yang layak dan sesuai dengan diri
kita
2. Menilai kemampuan diri
52. Di mana ranting dipatah, di sana air disauk Hendaklah menurut adat-istiadat negeri yang didiami
53. Ikan belum dapat, air sudah keruh, jala sudah koyak Objektif belum tercapai, macam-macam masalah sudah terjadi
54. Hendak mengepal pasir kering Susahnya menyatupadukan orang yang berlainan pendapat
55. Lalang tak dapat menghalang peluru Orang kecil tidak dapat menahan kehendak orang yang berkuasa
56. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke Jika merajuk dan membawa diri sekalipun, seseorang itu akan kembali juga kepada
tepi juga kaum keluarganya
57. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya
58. Orang menunggu perigi bilakah ia mati dahaga Orang yang hampir dengan orang yang berilmu atau kaya tidak mungkin menjadi
bodoh atau susah
59. Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan Menyelesaikan masalah dengan cara bijaksana
patah, tanah dipalu jangan lembang
60. Umpama buah kepayang, dimakan mabuk Sangat disayangi tapi menyusahkan (sesuatu yang disayangi tetapi merosakkan)
dibuang sayang

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai