Anda di halaman 1dari 8

ASSIGMENT FALSAFAH JXEA1104

Tajuk : Tokoh Falsafah (Al-Ghazali)

Nama : Farah Athirah Binti Mohamed Arifin

No. Matrik : JEA080016

Nama Pensyarah : Profesor Dr . Amran bin

Muhammad

Semesta 1 SESI 2008/2009 Akademi Pengajian

Melayu , Universiti Malaya

PENGENALAN FALSAFAH

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani dan pertama kali di gunakan oleh

Pythogoras iaitu ahli falsafah Yunani dalam abad ke-6 S.M. Daripada sudut epitimologi, kata

tersebut berasal daripada bahasa Yunani iaitu “philos” yang bermaksud “cinta” dan “sophia”
yang bererti “hikmah”. Kata falsafah dalam bahasa Melayu bererti “cinta akan hikmah” atau

“cinta akan kebijaksanaan”. Kini takrif falsafah berbagai-bagai iaitu bergantung kepada sudut

pandangan dan pegangan hidup pentakrifnya. Namun satu takrif kerja (working definition) ialah

falsafah boleh di takrifkan sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu yang berasaskan

renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat hakikat dan

kandungan dalam alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu

kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang di ambil daripada

semua aspek alam wujud atau semesta.

Falsafah juga ialah satu proses mendalami atau mengupas sesuatu perkara hingga kepada

akar-umbinya tanpa melihat secara luaran sahaja. Selain itu falsafah adalah pengetahuan insane

terhadap dirinya sebagai miksokosmos dan falsafah ialah proses pentaakulan ilmu dan seni iaitu

daripada kasar kepada halus, ilmu kepada teori, dan seni kepada amali atau teknologi.

Ilmu falsafah juga mengambil hasil kajian daripada segala ilmu sains dan membuat

kesimpulan yang menghubungkaitkan dan mensentesiskan perspektif pandangan segala aspek

alam semesta yang berbeza-beza untuk menyatakan dalam satu penegasan yang holistik dan

menyeluruh tentang hakikat dan kewujudan alam semesta yang ada ini.

(1)
PENGENALAN TOKOH

Nama sebenar Al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad

bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Beliau dilahirkan di Tusi, Khurrasan, Parsi pada tahun 450H. Al-

Ghazali merupakan perintis awal yang sangat terkenal, beliau yang mendapat gelaran “Hujjatul

Islam” adalah ilmuan yang terulung yang sangat berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan
Islam. Imama Al-Ghazali lebih di kenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu

sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan.

Ayahnya merupakan seorang sufi yang sangat wara’ dan kerjanya memintal dan menjual

benang yang ditenun dari bulu biri-biri. Turut mendedahkan anak-anaknya dengan asas sufi. Al-

Ghazali mempunyai seorang saudara lelaki bernama Ahmad. Pada mulanya beliau mendapat

pendidikan awal di kampungnya sendiri dalam bidang Fiqh dan kemudian meneruskan kembara

ilmu ke Jurjan. Antara ulamak-ulamak terkenal yang beliau pernah berguru ialah Imam al-

Juwaini di Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, Al-Ghazali

diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong kemahiran bermuhadarah

sehingga menjadikan dirinya seorang ilmuan yang terkenal dalam bidang Fiqh, ilmu Kalam, dan

Fajsafah pada zaman tersebut.

Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya

mengembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-

ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu di Baghdad, Al-Ghazali telah di lantik sebagai

Mahaguru Universiti Baghdad.

(2)

HURAIAN FALSAFAH TOKOH AL-GHAZALI

Pandangan Al-Ghazali terhadap falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada enam

aspek penting iaitu matematik, fizik, metafizik(Ke Tuhanan), politik, logik, dan etika(akhlak).

Malah menurutnya Islam tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan

ianya tidak bertentangan dengan Islam sebagaimana dibahaakan di dalam karyanya yang

berjudul “Tahafut al-Falasifah” mengenai fizik dan metafizik yang menyatakan ala mini terurus

dengan sendiri tanpa kawalan. Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang
dipelopori oleh Aristotle dan Plato terhadap nilai keilmuan Islam, namun tidak semua diterima

oleh beliau kerana terdapat sejuzuk dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.

Bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat.

Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan

timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak

dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logik tetapi

yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logik,

hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan ketuhanan atau

metafizik.

Oleh itu beliau telah menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap

kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah Yunani.

Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi jelas terpengaruh akan idea

pemikiran falsafah Aristotole. Maka tidak hairanlah ada antara pandangan ahli falsafah itu

bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh menyebabkan kesesatan dan syirik.

(3)

Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan

dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa

yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani. Al-Ghazali tidak

menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang

lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran

boleh menambahkan keyakinan dan menyemarakkan api keimanan pada hati orang bukan Islam

terhadap kebenaran ajaran Islam.

Justeru itu, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan

kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-
Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran

sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, Al-

Ghazali cuba memaparkan kesalahan dan kepalsuaan bidang pengetahuan yang

bercanggahdengan agama Islam serta bertentangan dengan pendirian umat Islam.

Hal ini menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falsafah

Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak seperti pemikiran

serta permainan logik yang lazim digunakan oleh ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang

oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka teapi kesalahan,

kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang

kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

(4)

Manakala dalam kitab “al-Munqidz Min ad-Dhalal” Al-Ghazali menyatakan bahawa para

Filosof yang menganut pelbagai mazhab dan ynag membawa pemikiran yang bercirikan

kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu golongan ad-Dahriyyah (Aties) iaitu

golonagn yang mengingkari adanya Tuhan. Mereka berkata, alam ini ada dengan sendirinya.

Seperti haiwan yang ada melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, oleh

yang demikian pula halnya dengan ala mini. Golongan ini adalah golongan zindiq.

Golongan yang seterusnya ialah golongan at-Tobiiyyah (Naturalis) iaitu golangan ini

memusatkan perbahasan pada alam fizika, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban

yang mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha Bijaksana. Golongan ini pula berpendapat

setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi. Oleh itu mereka mengingkari adanya hari akhirat,

syurga, dan neraka. Golongan ini juga termasuk zindiq.


Golongan yang seterusnya ialah golongan al-Ilahiyyah (Theis) iaitu golongan yang

muncul dari dua golongan yang telah dinyatakan. Contohnya Sokrates, Plato, dan Aristoteles.

Kesan daripada itu, Aristoteles telah menyanggah pemikiran para filosof sebelumnya, tetapi

beliau sendiri tidak mampu membebaskan diri dari sisa-sisa kekufuran. Namun ilmu-ilmu

falsafah selain yang membincangkan tentang KeTuhanan boleh diterima selagi tidak

bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh Al-Ghazali menunjukkan satu contoh dalam

ilmu matematika yang dapat diingkari kebenarannya.

(5)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Al-Ghazali telah meletakkan tiga aspek pertentangan antara filosof dan

Islam iaitu filosof menganggap qadimnya alam, Tuahn tidak mengetahui peristiwa-peristiwa

kecil yang berlaku di bumi, dan mengingkari kebangkitan semula jasad pada hari akhirat. Dalam

mencari hakikat dan kebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi seorang pengkaji yang

bukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan keilmuan dan merasai dzuq seorang muslim

sejati.

Al-Ghazali dikatakan tokoh yang paling keras menganggap falsafah yang berasaskan

falsafah Yunani itu sebagai sesat iaitu melalui karya beliau Tahafut al Falasifah dan Al Munqidh

al Dalal memperlihatkan asas-asas kesesatan aliran falsafah itu. Jelas bahawa yang menjadi

keberatan sarjana-sarjana Islam yang berusaha menjaga kemurniaan aqiqah dan syariah Islam

ialah aliran falsafah yang bernafaskan falsafah Yunani, sehingga falsafah sedemikian menurut

M.Saeed Sheikh hanya layak disebut falsafah muslim kerana kebetulan dikembangkan oleh ahli-

ahli falsafah yang menganuti agama Islam, tetapi belum mencapai konsep falsafah Islam.
(6)

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan.2008.Falsafah dan Logika Melayu.


Selangor : Synergate Sdn.Bhd.
Hasyim Musa.1998.Falsafah.Kuala Lumpur.
Akademi Pengajian Melayu.
http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id2.hotmel
(7)