Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A

SOALAN OBJEKTIF (30 MARKAH)


Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan A, B, C dan D. Pilih satu jawapan
yang paling tepat bagi tiap-tiap soalan.

1. Rajah di bawah menunjukkan Zaman Prasejarah.

Zaman Prasejarah
 Paleolitik
 Mesolitik
 Neolitik
 Logam

Apakah persamaan zaman tersebut?


A. Menggunakan peralatan besi
B. Mempunyai petempatan kekal
C. Belum mempercayai agama
D. Belum mengenali sistem tulisan

2. Senarai di bawah merujuk kepada Zaman Prasejarah.

 Paleolitik
 Mesolitik

Apakah persamaan kedua-dua zaman tersebut?


A. Kehidupan secara berkumpulan
B. Kegiatan perdagangan dijalankan
C. Mengadakan pengkhususan kerja
D. Mengamalkan upacara pengebumian mayat

3. Pengkaji pada Zaman Prasejarah dinamakan…


A. Zoologi
B. Kajibumi
C. Psikologi
D. Arkeologi

1
4. Rajah di bawah merujuk kepada perkembangan dalam Zaman Neolitik.

Zaman Neolitik

Mencipta Perahu

Apakah kesan perkembangan tersebut terhadap masayarakat Neolitik?


A. Pertambahan penduduk
B. Meluaskan tanah jajahan
C. Peningkatan perdagangan maritim
D. Perkembangan pengaruh Hindu-Buddha

5. Antara berikut, yang manakah merupakan cara masyarakat Zaman Paleolitik dan Zaman
Mesolitik menyara hidup mereka?

I. Memungut hasil hutan


II. Memburu binatang
III. Bertani
IV. Menangkap ikan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

6. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem barter?


A. Menjual lebihan barang makanan
B. Memberi barang kepada orang yang memerlukan
C. Menukar barangan dengan barangan lain
D. Menghasilkan barang makanan untuk keperluan

7. Apakah kesan penting daripada kejayaan masyarakat Zaman Logam menghasilkan


peralatan berasaskan logam seperti besi?
A. Dapat mencipta senjata yang lebih berkesan
B. Menggunakan logam sebagai mata wang dalam perdagangan
C. Logam menjadi lambang kekayaan seseorang individu
D. Mampu meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritime

8. Perkataan ‘mudun, madain dan madana’ mempunyai maksud yang sama dengan
perkataan
A. Kemajuan
2
B. Tamadun
C. Pembangunan
D. Kehidupan

9. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri pencapaian ketamaduan?

I. Pengkhususan pekerjaan
II. Agama dan kepercayaan
III. Petempatan kekal
IV. Kekuatan tentera

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

10. Dalam sistem susun lapis masyarakat, golongan manakah yang biasanya berada dalam
lapisan kedua?
A. Raja
B. Pembesar
C. Rakyat biasa
D. Hamba

 Hieroglif
 Cuneiform
 ideogram

11. Apakah persamaan istilah-istilah di atas?


A. Agama awal yang dianuti oleh manusia
B. Bahasa awal manusia
C. Sistem tulisan awal manusia
D. Bentuk kesenian awal manusia

12. Pada peringkat awal, manusia sangat berpegang kepada amalan anamisme. Apakah yang
dimaksudkan dengan konsep anamisme?
A. Mempercayai kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling
B. Mempercayai raja yang memerintah tanpa rasa ragu-ragu
C. Sanggup berkorban demi kepentingan raja dan masyarakatnya
3
D. Kepercayaan bahawa ada banyak tuhan di dunia ini.

13. Antara berikut, yang manakah tergolong dalam tamadun awal manusia?

I. Tamadun Mesopotamia
II. Tamadun Yunani
III. Tamadun India
IV. Tamadun Hwang Ho

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

14. Untuk tujuan pertanian, orang Sumeria telah menebus guna tanah dan membina sistem
pengairan di Mesopotamia. Apakah kesan penting daripada tindakan mereka?
A. Mesopotamia selalu mengalami bencana alam
B. Sistem pengairan tradisional ditinggalkan
C. Penghasilan lebihan makanan
D. Kawasan petempatan yang semakin kecil

15. Antara berikut, yang manakah benar tentang sistem pemerintahan teokrasi yang
diamalkan di Mesopotamia?
A. Raja dianggap sebagai Tuhan
B. Taraf raja dan rakyat adalah sama
C. Rakyat mempunyai kuasa untuk melantik raja
D. Raja dipilih berdasarkan keistimewaan yang ada padanya

16. Apakah sumbangan utama Sungai Nil terhadap perkembangan tamadun Mesir Purba?
A. Memajukan perdagangan
B. Menyuburkan tanah pertanian
C. Menjadi benteng penghalang serangan musuh
D. Memudahkan pelawat mengunjungi negara itu

Bukti sejarah menunjukkan peranan wanita sangat penting


dalam tamadun Mesir Purba.

17. Apakah bukti yang membenarkan pernyataan di atas?


A. Wanita boleh menjadi pembesar kerajaan
B. Wanita pernah dilantik sebagai firaun
4
C. Wanita diharamkan menjadi hamba
D. Kerajaan menitikberatkan kebajikan kaum wanita

18. Apakah kepentingan pokok Papyrus semasa zaman kerajaan Mesir Purba?
A. Digunakan untuk membuat perahu
B. Digunakan untuk membuat bangunan
C. Digunakan untuk membuat senjata
D. Digunakan untuk membuat kerta

19. Golongan manakah yang berada pada lapisan paling atas dalam sistem masyarakat
tamadun Indus?
A. Raja
B. Pembesar
C. Pendeta
D. Bangsawan

Cap mohor buatan Lembah Indus pernah ditemui di


Mesopotamia

20. Apakah yang dapat dibuktikan melalui penemuan di atas?


A. Lembah Indus pernah dikuasai oleh Mesopotamia
B. Hubungan dagang wujud antara kedua-dua tempat
C. Masyarakat Lembah Indus mahir dalam bidang seni
D. Kedua-dua tempat pernah diperintah oleh kerajaan yang sama

21. Mengapakah penemuan patung proto-Siva dianggap penting dalam tamadun Indus?
A. Masyarakat Indus mempunyai amalan agama
B. Masyarakat Indus mahir dalam seni ukir
C. Mempercayai patung ada kuasa ghaib
D. Menggambarkan kekuatan institusi beraja dalam tamadun Indus

22. Antara berikut, yang manakah dua bandar utama di tamadun Indus?

I. Lotahl
II. Harappa
III. Mohenjo-Daro
IV. Sutkagen-Dor

A. I dan II
5
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

23. Perancangan bandar di tamadun Indus terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian
utama dan bahagian kedua. Apakah fungsi bandar kedua itu?
A. Kawasan pentadbiran
B. Tempat ibadat
C. Kawasan pertanian
D. Kawasan perumahan

24. Apakah cara yang digunakan oleh masyarakat di Lembah Indus untuk menghasilkan batu
bata daripada tanah liat?

I. Menjemur dalam panas matahari


II. Menyimpan tanah liat sehingga keras
III. Mencampurkan bahan kimia dengan tanah liat
IV. Membakar pada suhu yang tinggi

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

25. Mengapakah Bandar Anyang semasa Dinasti Shang dilengkapi dengan binaan tembok
yang tinggi?
A. Untuk mengawal jumlah penduduk
B. Untuk menghalang serangan musuh
C. Untuk memudahkan urusan pentadbiran
D. Untuk mengelakkan kemusnahan akibat banjir

26. Antara berikut, yang manakah fungsi golongan hamba dalam Dinasti Shang?

I. Menjadi tentera paksaan


II. Korban dalam upacara penyembahan
III. Melakukan kerja buruh
IV. Menjadi pembantu istana raja

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
6
27. Mengapakah raja-raja Shang dalam tamadun Hwang Ho tidak perlu mendapatkan
pengesahan politik untuk memerintah?
A. Berkuasa mutlak
B. Berpengetahuan luas
C. Berwibawa mentadbir
D. Berketurunan pemerintah agama

28. Bagaimanakah raja-raja Dinasti Chou mendapatkan taat setia daripada pembesar
tempatan?
A. Melalui paksaan dan ugutan
B. Menempatkan tentera kerajaan di semua wilayah pembesar
C. Mengahwinkan pembesar-pembesar dengan puteri raja
D. Memberikan pelbagai jenis hadiah kepada pembesar

29. Apakah fungsi tulang oracle dalam masyarakat tamadun Hwang Ho?
A. Sebagai barang perhiasan
B. Simbol kekayaan individu
C. Menjadi mata wang dalam urusan perniagaan
D. Untuk meramal sesuatu keadaan

30. Antara berikut, yang manakah pembaharuan dalam bidang pertanian yang diperkenalkan
oleh tamadun Hwang Ho?

I. Pembajakan tanah
II. Penyediaan batas
III. Penggunaan baja
IV. Penggunaan peralatan besi

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

7
BAHAGIAN B
SOALAN STRUKTUR (30 Markah)
Arahan: Jawab semua soalan berikut. Tulis jawapan pada kertas soalan ini.

1. (a) Bincangkan empat cara hidup masyarakat pada zaman Neolitik.

i) _________________________________________________________________

ii) _________________________________________________________________

iii) _________________________________________________________________

iv) _________________________________________________________________

(4 markah)

(b) Huraikan empat ciri-ciri utama tamadun awal manusia.


8
i) _________________________________________________________________

ii) _________________________________________________________________

iii) _________________________________________________________________

iv) _________________________________________________________________

(4 markah)

(c ) Apakah peranan penting sesebuah bandar?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(2 markah)

2. (a) Tamadun Mesopotamia ialah tamadun terawal di dunia.Apakah maksud Mesopotamia


dalam bahasa Yunani?
_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(1 markah)

(b) Tamadun Mesopotamia terbahagi kepada kepada tujuh zaman pemerintahan. Berikan
tiga daripadanya.
i) ________________________________________________________________

ii) ________________________________________________________________

iii) ________________________________________________________________

(3 markah)

9
(c ) Nyatakan empat kesan kewujudan sistem tulisan kepada masyarakat Mesopotamia.
i) ________________________________________________________________

ii) ________________________________________________________________

iii) ________________________________________________________________

iv) ________________________________________________________________

(4 markah)

(d) Berikan dua sumbangan tamadun Mesopotamia dalam bidang astronomi.

i) ________________________________________________________________

ii) ________________________________________________________________

(2 markah)

3. (a) Nyatakan dua bandar utama yang terbentuk di Lembah Indus.

i) ___________________________________________________________________

ii) ___________________________________________________________________

(2 markah)

(b) Apakah empat ciri-ciri bandar dalam tamadun Indus.

i) __________________________________________________________________

ii) __________________________________________________________________

iii) __________________________________________________________________

iv) __________________________________________________________________

(3 Markah)

10
( c) Sebuah patung berukir yang ada unsur keagamaan telah dijumpai dalam tamadun Indus.
Namakan patung tersebut.
__________________________________________________________________
(1 markah)

(d) Masyarakat di Lembah Indus telah menjalankan aktiviti perdagangan luar. Apakah hasil
perdagangan yang penting pada masa itu?
i) _________________________________________________________________

ii) _________________________________________________________________

iii) _________________________________________________________________

(4 markah)

BAHAGIAN C
SOALAN ESEI (40 Markah)

Arahan : Jawab semua soalan di bawah. Tulis jawapan pada kertas jawapan yang disediakan.

1. Antara sumbangan besar tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat ialah Kod Undang-
Undang Hammurabi yang telah digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan
Babylon.
(a) Huraikan Kod Undang-undang Hammurabi.
(6 markah)

(b) Apakah kesan-kesan pengamalan Kod Undang-undang Hammurabi kepada tamadun


Mesopotamia.
(4 markah)

11
(c) Selain daripada Kod Undang-undang Hammurabi, huraikan ciri-ciri organisasi sosial iaitu
susun lapis dalam masyarakat tamadun Mesopotamia.
(10 markah)

2. (a) Sistem organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Hwang Ho telah membawa kepada
pengkhususan pekerjaan. Jelaskan pengkhususan pekerjaan dalam tamadun Hwang Ho.
(10 markah)

(b) Huraikan amalan agama dan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho.
(6 markah)

(c ) Berikan empat sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian.


(4 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai