Anda di halaman 1dari 27

OLAHRAGA( PECUT )

PENDAHULUAN
Sejak bertahun–tahun dahulu lagi sukan olahraga ini diamalkan oleh manusia untuk
menilai kekuatan dan keupayaan seseorang individu menerusi perlakuan melompat,
berlari dan membaling. Ini kerana sukan melibatkan aktiviti fizikal yang berasaskan
persaingan dan seandainya seseorang individu itu dapat menguasai tiga kemahiran asas
iaitu melompat, berlari dan membaling akan dianggap sebagai seorang yang mempunyai
kedudukan yang tinggi didalam masyarakat dan pemerintah.
Selain itu, sukan olahraga ini juga digunakan oleh kaum lelaki khususnya untuk
mencapai kekuatan yang di impikan. Ketiga-tiga kemahiran yang diamalkan oleh
manusia ini di perkembangkan lagi dari masa ke samasa mengikut kesesuaian zaman
dan seterusnya menjadi sukan yang dipertandingkan sehinggalah pada masa ini.
Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk menilai dan menentukan siapakah yang
lebih pantas apabila berlari, melompat lebih tinggi dan melempar lebih jauh dari pada
orang lain.
Sukan olahraga ini telah pun wujud sebelum zaman masihi lagi terutamanya di
zaman Greek kuno iaitu sukan Olimpik kuno.Sukan olahraga ini juga merupakan salah
satu acara pertama yang di pertandingkan di sukan olimpik moden yang pertama kali
diadakan di Athen pada tahun 1896.Satu pertubuhan telah di wujudkan untuk
memantau,membuat peraturan-peraturan olahraga iaitu IAAF (Pertubuhan Olahraga
Amator Antarabangsa) yang memantau olahraga sehinggalah ke peringkat
antarabangsa.Olahraga ini juga terdapat pelbagai bentuk tetapi matlamat dan
objektifnya adalah sama dan terus- menerus diperkembangkan.
Apa yang perlu kita tahu bahawa sukan olahraga ini merupakan satu eleman yang
sangat penting didalam sukan olimpik kuno sehingga lah ke sukan Olimpik moden.Sukan
olahraga ini dikaji oleh para penyelidik untuk memahami dengan lebih mendalam dan
sepesifik bagaimana manusia melakukan pergerakan dan seterusnya bagaimana aktiviti
sukan olahraga ini berperanan kepada peningkatan keadaan tubuh badan seseorang
individu.
Selain itu hasil dari penyelidikan dan pemerhatian para penyelidik dalam
peningkatan keadaan tubuh badan seseorang individu dalam aktiviti sukan ini telah
menjadi asas untuk prestasi yang paling optimum untuk sukan olahraga ini.

1
OLAHRAGA( PECUT )

SEJARAH
Sejarah berlari pecut merupakan acara terawal dalam pertandingan olahraga
yang dicatatkan. Semasa sukan olimpik Greek kuno hampir keseluruhan acara adalah
acara berlari pecut, manakala pada zaman sukan Olimpik moden sukan Olimpik kuno
adalah merupakan bahan rujukan utama dalam pertandinan berlari pecut yang diadakan
oleh golongan bawahan dan bangsawan.
Salah satu acara pecut yang diadakan yang pernah dicatatkan ialah perlumbaan
yang diadakan di Kent, England pada tahun 1754. Pada abad ke-19 dan acara pecut ini
menjai popular.Perkembangan acara pecut ini dihalang oleh ketiadaan undang-undang
dan peraturan piawai dan prosedur permulaan serta tiada keseragaman dalam
penjagaan masa yang tepat.Ini menjadi satu masalah kepada pelari untuk menentukan
mana satu cara masa diambil yang dapat diterima oleh semua pelari.
Setelah kajian dan pelbagai cara digunakan maka persetujuan dibuat untuk
menjadikan permulaan berdiri sebagai permulaan yang sangat baik dan sesuai
digunakan dan cara ini dipersetujui oleh semua pihak.Cara yang digunakan ialah
meletakkan kaki hadapan pada garis permulaan,manakala kaki belakang berada pada
15-20 cm daripada garisan. Tubuh badan pelari akan dicondongkan sedikit kehadapan
sehingga pada sudut 90 darjah ataupun selari dengan padang.

SENARAI PELAIR PECUT DUNIA


100M LELAKI
NAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA
Usain Bolt 9.58 16.08.2009(Berlin) JAMAICA
Tyson Gay 9.69 16.08.2008(Shanghai) USA
Asafa Powell 9.72 02.09.2008(Lausanne) JAM

100M WANITA
NAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA

Florence Griffith Joyner 10.49 16.07.1988(Indianapolis) USA


Carmelita Jeter 10.64 20.09.2009(Shanghai) USA
Marion Jones 10.65 12.09.1998(Johannesburg) USA

2
OLAHRAGA( PECUT )

200M LELAKI
NAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA
Usain Bolt 19.19 20.08.2009(Berlin) JAM
Michael Johnson 19.32 01.08.1996(Atlanta) USA
Tyson Gay 19.58 30.05.2009(New York City) USA

200 PEREMPUAN
NAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA
Florence GriffithJoyner 21.34 29.09.1988(Seoul) USA
Marion Jones 21.62 11.09.1998(Johannesburg) USA
Merlene Ottey 21.64 13.09.1991(Bruxelles) JAM

400M LELAKI
NAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA
Michael Johnson 43.18 26.08.1999(Sevilla) USA
Harry Reynolds 43.29 17.08.1988(Zurich) USA

400M WANITA
NAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA
Marita Koch 47.60 06.10.1985(Canberra) GRD

Jarmila Kratochvilova 47.99 10.08.1983(Helsinki) CZE

PELARI PECUT NEGARA


LELAKI

Acara Record Athlete Negeri Tempat Tarikh


100 Meter 10.30s Watson Nyambek Sarawak B. Jalil, K.L 15/07/1998
200 Meter 20.92s Dr. M. Jegathesan Selangor Mexico City 15/10/1968
(Olympic)
400 Meter 46.41s Mohd Zaiful Z. Abidin K. Lumpur Brunei DS 20/07/2001

WANITA
Acara Record(s) Athlete Tempat Tarikh
100M 11.50 G.Shanti K.Lumpur 07/05/93
200M 23.37 G.Shanti Fukuoka,JPN 22/07/98
400M 52.56 Rabi Abdul Salam Manila PHL 3/12/1993

LARI PECUT
Definisi:

3
OLAHRAGA( PECUT )

Lari pecut bagi sukan olahraga didifinisikan sebagai acara yang berlari dengan
pantas.Larian pecut ini bergantung kepada beberapa factor iaitu jarak,rintangan
angin,permukaan balapan,jenis kejohanan dan seterusnya taraf atlit itu sendiri.Larian
pecut terbahagi kepada tiga iaitu 100 meter,200 meter dan 400 meter. Larian ini juga
merupakan acara yang dibuat tanpa sebarang bantuan dan kebolehan berlari dalam
kadar tertinggi.
Untuk berlari dengan pentas seseorang atlit perlu mempunyai kemahiran,fikiran dan
kebolehan yang baik terutamanya bakat semulajadi.Terdapat dua faktor yang penting
untuk dikuasai oleh atlit-atlit pelari pecut di mana factor ini menentukan kepantasan
larian iaitu kelajuan jarak langkah dan kaki semasa berlari.Atlit juga perlu mempunyai
kordinasi yang baik,kelenturan badan yang tinggi dan keupayaan untuk merehatkan diri
semasa berlari.
Seseorang atlit mempunyai jarak optimum yang berbeza-beza dan dipengaruhi oleh
panjang kaki,kekuatan dan mobiliti bergerak.Seorang atlit mempunyai jarak langkah 1.5
hingga 2 meter pada larian pecut.Jarak langkan ini dapat dipertingkatkan melalui
kekuatan pergelangan kaki,lutut,dan sendi pinggang.Selain itu motivasi dan ransangan
juga sangat penting untuk meningkatkan prestasi seseorang pelari pecut.

PANDUAN KHUSUS

Berikut akan didedahkan secara khusus bagi setiap acara yang tergolong dalam
kategori lari pecut. Walaupun secara umumnya kita telah ketahui tentang aspek-aspek
larian pecut, adalah perlu kita mengetahui dengan lebih mendalam beberapa perbezaan
antara ketiga-tiga acara pecut tersebut.

1. Acara 100 Meter.

Acara 100 meter adalah dianggap sebagai acara yang boleh menentukan
manusia ataupun individu yang terpantas dalam sesuatu kejohanan atau negara
ataupun wilayah, malah di dunia secara tidak rasmi. Acara ini dianggap sebagai acara
yang diminati ramai dan yang paling istimewa, khususnya dikalangan peminat olahraga.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah bagi mereka yang menceburkan diri dalam sukan

4
OLAHRAGA( PECUT )

olahraga ini akan didedahkan dengan acara ini. Oleh kerana masa yang diambil untuk
menamatkan acara ini terlalu cepat dan pantas, maka segala aspek larian perlu
diberikan perhatian oleh setiap pelari.
Boleh dikatakan semua peserta ataupun pelari 100 meter memberikan tumpuan
utama kepada acara memulakan larian, iaitu aspek yang paling penting dalam acara ini.
Ini adalah disebabkan permulaan ini boleh menentukan kedudukan setiap pelari. Pelari
akan melonjak daripada blok permulaan sebaik sahaja menerima isyarat yang diberikan
oleh pegawai pelepas. Selepas itu pelari akan memecut dan mengekalkan pecutannya
sehingga ke garisan penamat. Sebelum memulakan larian, para peserta akan
menumpukan perhatian kepada isyarat yang diberikan oleh pegawai pelepas. Pada
waktu inilah para pelari akan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk memulakan
larian mereka sebaik sahaja pistol dibunyikan. Para pelari ataupun peserta hendaklah
sentiasa peka dengan pegawai pelepas yang berkemungkinan melepaskan isyarat awal
ataupun lewat.
Peringkata dalam larian pecut biasanya bermula dengan pecutan ataupun
lonjakan dari blok permulaan. Selepas itu barulah pelari memulakan larian yang akan
membawa kepada peningkatan kelajuan sehinggalah kelajuannya mencapai ke tahap
maksimum sehingga sampai ke garisan penamat. Peringkat ini akan digunakan oleh
pelari yang terlatih dan berpengalaman, manakala pelari-pelari baru lebih gemar
mengekalkan kelajuan yang sama sepanjang larian, kecuali apabila dicabar oleh pelari
lain. Seorang pelari itu seharusnya menumpukan perhatiannya kepada lariannya sendiri
dan tidak terpengaruh dengan mudah gaya atau corak gaya larian peserta/pelari lain.

Dalam acara lari pecut 100m, larian boleh diklasifikasikan kepada empat fasa, iaitu:
1. Mulaan.
2. Penambahan kelajuan ( pick-up )
3. Pelajuan (acceleration )
4. Kelajuan Maksimum.

1. Mulaan.

5
OLAHRAGA( PECUT )

Untuk fasa ini, pelari akan berusaha dengan seberapa cepat yang mampu untuk
menukar posisi lariannya dari pegun kepada aksi larian iaitu dengan lonjakan yang
sebaik mungkin. Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa
cepat yang boleh.

2. Penambahan Kelajuan ( Pick – Up )]


Dalam fasa ini, iaitu dalam jarak lebih kurang tujuh hingga lapan langkah yang
pertama. Fasa ini dinamakan penambahan kelajuan (Pick-up), kerana posisi yang
digunakan oleh pelari nyata berbeza dengan fasa memulakan larian. Selain daripada itu,
terdapat variasi berlebihan dalam kelajuan pada langkah-langkahnya dalam jarak
pendek lebih kurang 9 meter sesaat.

3. Pelajuan ( acceleration )
Dalam fasa yang ketiga ini, kelajuan pelari akan bertambah dalam lebih kurang
30 ke 35 meter selepas fasa yang kedua.

4. Kelajuan Maksimum
Pada fasa ini pelari akan berlari pada tahap kelajuan maksimum dan
mengekalkan rentak larian pada tahap tersebut.

Acara 200 Meter.

Dalam acara 100 meter pelari hanya perlu berlari mengikut lorong yang lurus
dari awal hinggalah ke akhirnya. Pelari hanya perlu mengekalkan teknik lariannya
semata-mata. Ini berbeza dengan larian dalam acara 200 meter dan 400 meter. Dalam
acara ini, selain harus mempunyai kekuatan, kepantasan dan penumpuan, pelari juga
memerlukan pengawalan dan keseimbanagn badan serta kemahiran berlari semasa
melalui selekoh.

Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha yang sepenuhnya
tetapi dalam keadaan terkawal.Perbezaan yang paling ketara antar acara 100 dan 200
meter adalah daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan

6
OLAHRAGA( PECUT )

mengekalkan kelajuan yang tinggi merentasi jarak yang lebih jauh berbanding 100
meter. Untuk acara 200 meter, atlet perlu memperolehi teknik larian yang betul pada
bahagian selekoh kerana jarak berlari di atas selekoh lebih kurang 100 meter.
Permulaan untuk acara 200 meter adalah hampir sama dengan permulaan 100
meter, kecuali blok permulaan yang harus diletakkan pada sudut 90 darjah daripada
garisan permulaan, bukan daripada garisan lorongnya. Gaya dekam pula sering
digunakan dan dianggap sesuai untuk acara ini.
Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa yang digunakan oleh setiap
pelari. Empat fasa tersebut adalah seperti berikut:
1. Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas untuk
acara ini. Pada permulaan ini, pelari yang berlari dilorong paling luar akan
kelihatan berada pada kedudukan paling hadapan , walaupun pada hakikkatnya
jarak larian adalah sama.
2. Kemahiran berlari di selekoh seharusnya dikuasai oleh pelari 200 meter. Caranya
adalah, atlet/pelari akan condong kesebelah selekoh dan memusingkan sedikit
tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri. Ini akan menolong seluruh badan
atlet bergerak dalam gaya yang lebih berkoordinasi. Sekiranya kemahiran ini
tidak dikuasai, ianya akan menyebabkan pelari lebih mudah tergelincir keluar.
3. Selepas melepasi selekoh pelari akan berlari dilorong lurus yang jaraknya lebih
kurang 100 meter. Ini bermakna perlari perlu mengimbanagi semula badannya
supaya keseimbanagan tengah badan dapata diperolehi semula. Dalam situasi
ini, pelari menghadapi keadaan yang sukar, kerana gaya larian terpaksa diubah
suai. Pada saat ini perlu menggunakan kaedah larian 100 meter iaitu berlari pada
tahap kelajuan yang semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun kebanyakan
pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak dapat mengekalkan
kelajuan yang tinggi sepanjang lariannya.
4. Lorong lurus 100 meter adalah bahagian yang memerlukan kemantapan dan
kekuatan mental yang tinggi. Sebaiknya pelari perlu mengekalkan kelajuan
lariannya supaya kepantasan tertinggi dapat dicapai sehingga ke garisan
penamat, dengan kata lain pelari menigkatkan kadar pecutan untuk menuju ke
garisan penamat. Manakala cara menamatkan larian 200 meter adalah sama

7
OLAHRAGA( PECUT )

dengan 100 meter, iaitu menghulurkan bahagian dada pelari kehadapan seboleh
mungkin.

Acara 400 meter.

Ramai yang menganggap bahawa acara 400 meter tergolong dalam acara jarak
sederhana dan bukannya termasuk dalam kategori acara pecut. Pada hakikatnya, acara
ini adalah termasuk dalam acara pecut, walaupun mempunyai cara larian yang agak
berbeza dengan 100 dan 200 meter.
Disebabkan jarak larian yang berbeza dengan acara 100 dan 200 meter, pelari
seharusnya dapat merancang lariannya dengan baik. Ini adalah disebabkan, seorang
pelari tidak mungkin dapat mengekalkan larian dan berlari pada kelajuan yang sama
sepanjang jarak tersebut, pelari harus dapat mengawal penggunaan tenaganya supaya
mampu berlari pada kelajuan yang optimum dan memecut pada jarak tertentu. Dalam
perlumbaan, pelari seharusnya dapat mengukur kekuatannya berbanding dengan pelari
lain.
Bagi memudahkan larian, kita bahagikan jarak 400 meter ini kepada dua
peringkat, iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari hendaklah
memperuntukkan masa yang wajar untuk setiap jarak pada kedua-dua peringkat
tersebut. Misalnya, pada jarak 200 meter pertama masa yang diperuntukkan selama 20
ke 25 saat dan begitu juga pada jarak 200 meter terakhir, iaitu selama 20 ke 25 saat
juga. Perancangan yang sebegini akan memudahkan pelari menentukan tahap
kelajuannya pada jarak tertentu.
Biasanya pelari 400 meter akan cuba untuk mendapatkan suatu permulaan dan
larian yang baik pada selekoh yang pertama, larian yang selesa pada lorong lurus yang
pertama, meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua, diikuti meningkatkan kelajuan
pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat.
Berlari pada jarak ini, pelari seharusnya dapat mengawal dan mengekalkan
lariannya walaupun dalam keadaan yang tertekan, samaada dari pelari yang lain
ataupun dari mana-mana pihak. Sebagai kesimpulan, menggunakan strategi larian yang
bersesuaian terutama dalam acara pecut seperti 400 meter adalah perlu, dan amat
penting. Ini adalah disebabkan oleh faktor asas bahawa adalah tidak mungkin seseorang

8
OLAHRAGA( PECUT )

pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan lariannya pada kelajuan yang sama
sepanjang jarak tersebut.

BLOK PERMULAAN DAN ATURAN PENGGUNAAN.

Blok permulaan adalah suatu alat yang digunakan oleh pelari dalam kesemua
acara pecut. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan dan membantu pelari dalam
membuat permulaan. Blok permulaan adalah merupakan gabungan besi dan keluli yang
direka untuk tujuan ini. Penggunaan blok permulaan dalam acara pecut adalah penting,
kerana blok akan memberikan bantuan dalam lonjakan dan tolakan kepada pelari
sekaligus membantu pelari menghasilkan permulaan yang baik. Para pelari juga
diingatkan supaya menggunakan blok permulaan ini dengan baik tanpa mendatangkan
sebarang kecederaan.
Berikut adalah secara ringkas tentang panduan atau aturan penggunaan blok
permulaan. Perkara ini penting untuk mengelakkan setiap peserta dari kecederaan
ataupun melakukan kesilapan yang menyebabkan rentak permulaan dan larian yang
kurang memuaskan.

a. Pelari hendaklah meletakkan blok permulaan pada tempat dan kedudukan yang
sesuai bagi diri mereka. Pelari hendaklah memastikan agar blok dalam keadaan
yang baik dan dipasang dengan baik dan ketat supaya dapat digunakan dengan
berkesan dan selesa.
b. Jarak blok daripada garisan permulaan hendaklah mampu memberi keselesaan,
imbangan dan kecekapanm mekanikal kepada pelari semasa berada terutamanya
pada kedudukan sedia.
c. Jarak antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan adalah di antara
30 hingga 50 cm, manakal jarak di antara bahagian belakang dengan hadapan
bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan.
d. Pelari hendaklah dapat menentukan kaki mana yang akan digunakan untuk
memijak bahagian belakang blok dan kaki mana pula yang akan diletakkan pada
bahagian hadapannya, sesuai dengan keselesaannya.

9
OLAHRAGA( PECUT )

e. Apabila bermula pada lorong lurus seperti acara 100 meter, blok permulaan
hendaklah diletakkan di tengah lorong. Manakala di lorong lurus, blok hendaklah
diletakkan di sebelah luar lorong dengan cara tangen kepada garisan permulaan.
Melalui posisi ini, atlet boleh berlari lurus dalam jarak beberapa langkah yang
pertama.

PANDUAN UMUM LARI PECUT

Lari pecut ialah acara jarak dekat yang terdiri daripada acara 100m, 200m, dan
400m yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobic untuk membuat larian
sepantas yang mungkin. Dua factor asas mempengaruhi kepantasan seseorang pelari
iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah.

A. ARAHAN PERMULAAN
 Untuk semua acara sehingga 400 meter termasuk 400 meter, arahan untuk
memulakan perlumbaan adalah “ke garisan, sedia, bang”

B. TEKNIK MULA LARI PECUT


 Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Untuk pertandingan
masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan
blok permulaan.
Gaya Berdiri
 Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas
pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling
digemari di sekolah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan.
Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan
rasmi.

1.Persediaan
 Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ‘ke
garisan’ diberi.

10
OLAHRAGA( PECUT )

2. Ke garisan
 Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada
garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira
30-40 cm dan mengimbangkan badan.
 Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
 Condongkan badan ke hadapan.
 Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan
kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di
hadapan.

3. ‘Sedia”
 Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
 Bengkokkan lebih lutut kaki hadapan.
 Kaki belakang tolak ke tanah.
 Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun
tiupan wisel.

4.’Bang’ atau ‘mula’


 Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNK LARI PECUT


Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:
1. Fasa permulaan.
2. Fasa larian
a. Fasa pecutan
b. Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c. Fasa larian di selekoh

3. Fasa penamat.

11
OLAHRAGA( PECUT )

Fasa Permulaan
Bukan semua atlit adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah berbeza.
Walaupun terdapat banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:
1. Gaya Peluru [Bullet/Bunch/Kangaroo Start]
2. Gaya Sederhana [Medium Start]
3. Gaya Panjang [Elongated Start]

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 1/2 tapak.
b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
2. Gaya Sederhana
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Memulakan larian dengan Blok

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan capat.


Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat
gaya yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam
Payne,1985).

Gaya memulakan larian juga melibatkan tiga gaya :

1. Gaya peluru
 Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan. Blok
hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak
dari bahagian hadapan blok hadapan.

12
OLAHRAGA( PECUT )

2. Gaya sederhana
 Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garisan permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3. Gaya panjang
 Blok hadapan diletak dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Penempatan Blok Permulaan yang Lebih Tepat

Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice to


championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang lebih tepat. Cara ini
melibatkan ukuran panjang kaki.

Nilai dicari Cara mengira Keputusan (in/cm)


Panjang kaki Dari Trochenter ke tanah
Penempatan blok hadapan Panjang kaki___x 0.55
Jarak antara blok Panjang kaki___ x 0.42

Penempatan blok di selekoh

 Acara larian 200m dan 400m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu
penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100 m. Blok
diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke
garis dalam lorong supaya bahagian dalam blok adalah tangent kepada garisan
dalam.

Fasa Pecutan

 Selepas arahan pelepas ‘ke garisan; diberi, pelari mengambil tempatnya di blok
permulaan.

Kedudukan tangan

13
OLAHRAGA( PECUT )

 Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu.Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain,
diletak di belakang garis mula.

Kedudukan kepala dan leher


 Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari ‘torso’. Mata pandang ke
hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan ‘sedia’ diberikan, pinggul diangkat
tinggi dan badan condong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki

 Selepas ‘bang’ atau tembakan pistol, pergerakan di hadapan (bukan ke atas)


dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.

 Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke


hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan
90°darjah.

 Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di
antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke
hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan

o Fasa pecutan di antara jarak 30 meter dan 60 meter.Dalam lari pecut,pecutan


berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai
pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar
pecutan akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang
atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 – 18
meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang
lebih rendah dari kelajuan maksimum.

14
OLAHRAGA( PECUT )

Teknik Larian di Selekoh

o Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa ‘centritugal’.
Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk mengimbangkan
kuasa ‘centritugal’ seorang pelari seharusnya merendahkan badan kearah dalam.
Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah
ke dalam.

Teknik Penamat

o Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10
meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m
untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut
sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian
ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan seperti yang ditunjuk dalam
rajah dengan mengangkat ke atas dan menarik tangan ke belakang.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM ACARA LARI PECUT.


Prinsip-prinsip mekanik yang terdapat dalam acara lari pecut adalah seperti berikut;

15
OLAHRAGA( PECUT )

a). Pergerakan ( motion )


b). Halaju ( Velocity )
c). Pecutan ( Acceleration )
d). Halaju Resultant ( Resultant velocity )
e). Daya ( Force )
f). Pusat Graviti ( Pusat Of GravitY ).

a. Pergerakan
Pergerakan didefinisikan sebagai pertukaran tempat atau kedudukan. Ia adalah
dalam satu bentuk yang relatif. Pergerakan terdapat dalam berbagai jenis, tetapi dalam
acara pecut terdapat dua jenis iaitu, Pergerakan “Linear” dan “Angular”.

Pergerakan Linear.
Pergerakan badan dalam satu garisan yang lurus dan ia bergerak dalam
kepantasan yang sama, jarak dan arah yang sama. Oleh sebab itu, seseorang pelari
pecut mestilah memperolehi putaran kaki yang baik.

Pergerakan Angular
Pergerakan badan dalam paksi yang tetap. Pergerakannya dibahagikan kepada
yang sama dan yang tidak sama. Pergerakan badan dikatakan sama apabila jarak yang
sama di habiskan dalam masa yang sama. Ianya tidak sama apabila jarak yang tidak
sama dihabiskan dalam masa yang sama.
Pergerakan seseorang pelari pecut tidak sama, kerana dari 30 meter hingga 70
meter adalah dalam keadaan acceleration, dan dari 80 meter hingga 100 meter berlaku
decelartion.

b. Halaju
Halaju didefinisikan sebagai kadar pergerakan sesuatu objek dalam satu arah,
dan diukur dalam meter per saat.

c. Pecutan ( acceleration )

16
OLAHRAGA( PECUT )

Pecutan bagi sesuatu objek yang bergerak ialah kadar perubahan halaju. Ianya
akan diukur dalam meter per saat.

d. Halaju Resultant.
Dalam mengambil langkah larian seseorang, pelari menggunakan dua jenis
halaju pada badannya serentak, iaitu daya mendatar dan menegak. Pergerakan
‘component’ tidak selalu berlaku pada sudut tepat, tetapi ia juga boleh digunakan untuk
sudut-sudut ‘obtuse’ dan ‘acure’.

a mendatar
b menegak
c halaju resultant

e. Daya.
Daya adalah kesan badan terhadap sesuatu.Pergerakan dalam olahraga boleh
dihasilkan apabila daya digunakan. Tetapi, besar kemungkinan boleh terdapat daya
tanpa pergerakan. Dalam lari pecut, punca utama daya ialah daripada pergerakan
dalaman otot-otot pelari. Manakala bahagian luar boleh dibahagikan kepada ;

a. Tarikan ke bawah oleh gravity.


b. Tolakan ke atas oleh halangan tanah.
c. Halangan udara.

f. Kuasa Graviti.
Kuasa Graviti adalah kuasa menarik benda ke arah pusat dunia.
Pusat Graviti : ialah titik pada badan, di mana berat keseluruhan badan ditumpukan.
Adalah lebih baik jika seseorang pelari menetapkan laluan pusat gravity seberapa
mendatar yang boleh.

LATIHAN ANSUR MAJU

17
OLAHRAGA( PECUT )

A. Latihan mendorong

1) Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.

2) Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.

3) Larian bayang-bayang; secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi


berlari untuk mengelekkan diri disentuh.

4) Lari berganti-ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan.

B. Larian teknik pecut

1. Berlari dengan melangkah panjang.

2. Berjalan dengan lutut tinggi; dalam kumpulan, mengangkat lutut.

3. Berjalan dengan lutut tinggi, dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.

4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kakii diluruskan.

6. Berlari menyepak ke belakang.

7. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

8. Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan90


darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

18
OLAHRAGA( PECUT )

C. Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan

 Melonjak untuk jarak

 Melangkah panjang (Bounding)

 Melonjak dan melangkah melepasi halangan

 Melompat memusing, mendekam dan memecut.

 Berpasangan :Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

LATIHAN UNTUK LARI PECUT.


- Di samping teknik larian yang betul , seorang pelari mesti mengamalkan/menjalani
latihan tertentu untuk memantapkan larian dan daya pecutan. Beberapa kaedah
ataupun aktiviti yang dijalankan khusus untuk pelari pecut, di samping untuk acara
olahraga yang lain. Kaedah latihan tersebut adalah :
1. Berlari setempat sambil mengangkat kaki setinggi yang boleh dan tangan
dihayunkan dengan pantas mengikut gerak kaki.
2. Berlari pecut samaada berpasangan ataupun bersendirian ataupun
berkumpulan dalam jarak tertentu seperti 20 hingga 300 meter.
3. Berlari biasa untuk 20 meter, kemudian memecut sejauh 30 ke 50 meter.
4. Berlari sambil mengejar pasangan yang kedudukan asalnya sejauh 30 meter.
5. Berlari pecut secara berulang-alik. Bermula dengan pecutan 20 meter,
kemudian diikuti dengan 30, 40, 50 meter dan seterusnya.

19
OLAHRAGA( PECUT )

6. Berlari pecut untuk beberapa jarak di selekoh, dengan penekanan diberikan


kepada aspek mencondongkan badan, sesuai untuk latihan 200 dan 400 meter.
7. Berlari ke suatu jarak tertentu kemudian berhenti dan melakukan latihan fizikal,
kemudian lari lagi untuk jarak tertentu dan berhenti untuk melakukan latihan fizikal,
dan berlari pecut seterusnya untuk jarak tertentu dan lakukan latihan fizikal semula.
Kemudian berlari lagi untuk kembali ke kedudukan asal.

SPRINT DRILLS
1. Ankling Step Over The Shin
2. Straight Leg Run
3. High Knee Stepping
4. High Knee Skipping
5. Butt Kick
6. Impulse Step
7. Sprinting Lunges
8. Speed Stepping
9. Backward Strides
10. Butt Kick With Command 1,2,3
11. Straight Leg Fast Leg

Teknik Larian

Sebagai acara yang jaraknya agak jauh,sudah tentu ianya memerlukan gaya dan
strategi serta bentuk larian yang berbeza dengan acara pecut jarak dekat seperti 100
dan 200 meter. Seseorang pelari yang menyertai acara ini harus patuh pada gaya,
bentuk dan strategi larian agar mampu menghasilkan kejayaan atau prestasi yang baik,
dan pada masa yang sama dapat mengelakkan dari sebarang kecederaan.

Antara cara larian dalam acara 400 meter ini adalah seperti berikut:
1. Pelari hendaklah menggunakan bahagian hujung tapak kaki dan bukan
keseluruhan tapak kakinya.
2. Pelari hendaklah mengangkat lututnya setinggi yang boleh.

20
OLAHRAGA( PECUT )

3. Pelari hendaklah berlari mengikut rentak, teknik dan perancangan larian


sendiri tanpa terpengaruh dengan larian peserta yang lain, kerana dia
sendiri yang tahu teknik dan kemampuan yang akan digunakannya.
4. Pelari hendaklah mempunyai keyakinan, ketahanan mental dan
konsentrasi untuk berlari dalam acara ini.
5. Pelari hendaklah bersedia mengikut latihan dan mematuhi segala tunjuk
ajar dan panduan yang diberikan oleh jurulatih, serta mematuhi aturan
dan undang-undang yang ditetapkan bagi acara ini.

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PESERTA.

Setiap peserta, sebelum didedahkan dengan teknik larian yang betul, para
peserta selalunya melakukan pelbagai kesalahan. Kesalahan-kesalahan ini jika tidak
diperbetulkan akan mengganggu pelari semasa melakukan pecutan.
Antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh setiap pelari, adalah seperti berikut:

1. Berlari Di Atas Tapak Kaki.


Sekirannya pelari melakukan cara ini, ianya akan mengganggu
pecutan pelari tersebut. Ini adalah disebabkan oleh berat badan
pelari menghalangnya untuk terus memecut.

2. Hayunan Tangan Menyilang Badan.


Semasa melakukan pecutan pelari seharusnya menghayunkan tangan
selari dengan badan, supaya pelari dapat memecut dan bergerak dengan
lebih selesa. Hayunan yang menyilang badan akan mengganggu pelari dan
akan menyebabkan pelari tidak selesa.
3. Memandang Ke atas.
Semasa melakukan larian pelari hendaklah membrikan tumpuan
sepenuhnya kepada lariannya sambil terus memandang ke
hadapan. Pelari tidak seharusnya berlari sambil mendongak
ataupun memandang ke atas. Ini akan menyebabklan peserta
melakukan beberapa kesilapan lagi yang akan mengakibatkan

21
OLAHRAGA( PECUT )

peserta lain terganggu dan memasuki lorong peserta lain.

4. Berlari Tanpa Melakukan Hayunan.


Berlari tanpa menghayunkan tangan tidak memberikan sebarang
kelebihan. Kaedah atau cara ini, iaitu berlari dengan hanya meluruskan kedua
tangan ke bawah lebih membebankan pelari tersebut.

PERMAINAN KECIL YANG MELIBATKAN LARI PECUT.

Permaian kecil yang berbagai bentuk boleh di adakan dalam Pendidikan Jasmani
yang bertemakan lari pecut. Ini adalah perlu untuk kegunaan para pendidik semasa
melaksanakan latihan dan program pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama aktiviti
permaianan kecil ini adalah untuk memudahkan pelajar mempraktikkan teknik berlari
yang telah mereka pelajari. Dalam perkara ini, secara tidak langsung guru dapat menilai
pembelajaran para pelajarnya dengan memerhatikan perlakuan mereka semasa
melakukan setiap aktiviti permainan kecil.
Antara permainan kecil yang dijalankan sesuai dengan tema lari pecut adalah
seperti berikut:-
a. Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat.
b. Lari ulang alik ataupun lari kutip mata.
c. Nombor sama berlari (bulatan).
d. Pukul berapa Datuk Harimau ?
e. Belalang, belatuk.

Kesemua aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan berpandukan pada arahan dan
pemantauan daripada guru, supaya pelajar dapat memberikan mutu permaianan serta
teknik yang baik digunakan oleh para pelajar.

UNDANG-UNDANG LARI PECUT.

22
OLAHRAGA( PECUT )

Setiap acara ataupun jenis sukan olahraga yang dipertandingkan, ianya


mempunyai undang tertentu. Undang-undang tersebut akan menentukan bahawa setiap
keputusan ataupun hasil dari setiap acara itu dapat diterima dengan baik oleh semua
pihak. Untuk acara lari pecut, ianya tidak terkecuali daripada undang-undang tersebut.
Antara undang-undang yang khusus untuk lari pecut adalah seperti berikut:
a. Blok permulaan hendaklah kukuh dan selamat digunakan, dan diperbuat
tanpa spring yang boleh membantu pelari.
b. Sebelum acara dimulakan, peserta hendaklah terlebih dahulu
memanaskan badan. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang
kecederaan.
c. Semasa berada di garisan permulaan, pelari ataupun peserta tidak
dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan
garisan, sama ada dengan tangan ataupun kaki.
d. Apabila memulakan larian dengan gaya dekam, kedua-dua tangan
hendaklah menyentuh tanah.
e. Setiap peserta ataupun pelari hanya dibenarkan melonjak dari blok
permulaan selepas pistol pegawai pelepas dibunyikan. Peserta yang
melonjak sebelum isyarat diberikan adalah dikira batal.
f. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan batal sekali sahaja.
SAekiaranya ia melakukan untuk kali yang kedua, ianya akan dibatalkan
terus.
g. Dalam perlumbaan yang melibatkan lorong, peserta hendaklah berlari
mengikut lorong asalnya dari awal hingga akhir perlumbaan.
h. Pemenang ditentukan dengan mengambil kira peserta yang dapat
mencecahkan torsonya ataupun bahagian hadapan dadanya pada pita
penamat/garisan penamat.

PERATURAN 143 IAAF (Pakaian, kasut dan Nombor Peserta)


Kasut
 Peserta boleh bertanding berkaki ayam atau dengan memakai kasut pada
sebelah atau kedua-dua belah kaki. Tujuan memakai kasut dalam pertandingan
ialah memberi perlindungan dan kestabilan kepada kaki dan kasut, bilangan

23
OLAHRAGA( PECUT )

mempunyai cengkaman yang baik pada tanah. Bagaimanapun, kasut demikian


tidak harus dibuat sedemikian sehingga memberi bantuan tambahan, dan tiada
spring atau perkakas dalam sebarang bentuk boleh dipasang pada kasut. Tali
kasut boleh meliliti bahagian kekura kaki dibenarkan.

Bilangan Paku
 Bahagian tapak dan tumit kasut harus dibuat supaya boleh memasang sehingga
11 paku. Sebarang bilangan paku sehingga 11 boleh digunakan tetapi lubang
paku tidak harus melebihi.

Dimensi Paku
 Apabila satu pertandingan dikendalikan di atas permukaan sintetik,bahagian
paku yang terkeluar dari tapak kasut tidak harus melebihi 9mm kecuali bagi
acara lompat tinggi dan merejam lembing yang tidak harus melebihi 12mm.
Paku-paku ini semaksimumnya harus mempunyai diameter 4mm.Bagi
permukaan bukan sintetik,panjang maksimum paku ialah 25mm dan diameter
maksimum ialah 4mm.

Peraturan 121 Penjaga Masa

1. Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek.

2. Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua
penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah seorang
merupakan Ketua Penjaga Masa.

3. Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengan garis penamat. Jika boleh
mereka ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan
berada di atas bangku bertingkat.

4. Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa


menentukan masa untuk setiap peserta.

Peraturan 160

24
OLAHRAGA( PECUT )

1. Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10 saat
lebih panjang. Contoh 10.11 s dibaca sebagai 10.25s.

2. Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat.

3. Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh diambil:

a. Jika dua daripada tiga masa adalah sama,maka masa yang sama itu
adalah masa rasmi. Contoh:: 10.9, 10.1,10.1, masa rasmi 10.1 saat.

b. Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah adalah
masa rasmi.Namun begitu, jika salah satu terlalu beza dengan dua masa
yang lain, maka masa itu tidak boleh dikira.

Contoh: Jam 1 Jam2 Jam3

11.6 11.5 11.2

(11.2 tidak dikira, masa rasmi = 11.6 )

Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan.

c. Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa

,maka masa yang lebih panjang diterima sebagai masa rasmi.

25
OLAHRAGA( PECUT )

RUMUSAN.

Acara pecut merupakan acara yang sentiasa menjadi tumpuan dalam mana-
mana kejohanan. Para penonton akan merasa puas dengan hasil yang mereka tontoni,
manakala jurulatih akan dapat kepuasan daripada hasil yang telah dipraktikkan oleh
para pesertanya. Justeru itu, para peserta seharusnya cuba untuk mempraktikkan
segala yang telah dicurahkan oleh pihak tertentu.
Dalam hal ini, dengan terhasilnya kerja ini, yang berkaitan dengan kaedah dan
teknik larian pecut jarak 100 meter, 200 meter dan 400 meter, kita akan dapat
mengenali dan memahami dengan lebih jelas lagi tentang sukan olahraga khususnya
acara pecut.
Dalam acara lari pecut ini, kita dapat aplikasikannya kepda tiga acara yang
berbeza pada jarak, teknik larian dan kekuatan fizikal. Pada keseluruhannya, lari pecut
memerlukan beberapa kombinasi mantap yang diperlukan oleh setiap pelari semasa
melakukan larian. Kombinasi tersebut adalah penumpuan minda atau pemusatan minda
terhadap acara yang disertai, kekuatan fizikal, ketahanan mental serta daya pecutan
yang semaksimum mungkin.

26
OLAHRAGA( PECUT )

BIBLIOGRAFI

1. Ahmad Wafi,1996. Olahraga – Balapan, Siri Teras Sukan,


Cetakan Pertama, Goodmark Enterprise: Kuala Lumpur
2 Helen Tan, 1996. Manual Olahraga, Junjuara Publicatioan: Kuala
Lumpur.
3. Sidhu N.s., 1980. Panduan Latihan Olahraga, Kuala Lumpur.
4. Henry J. Montoye et. Al.1996. Measuring Physical Activity and
Energy Expenditure, Human Kinetics. Kanada.
5. Buku Peraturan Pertandingan Sukan, Majlis Sukan Sekolah- Sekolah
Malaysia.
6. Buku Panduan, 1998 – 1999. Kesatuan Olahraga Amator Malaysia.
(KOAM).
7. Teng Boon Tong, 1989. Panduan Pengajaran Olahraga, Longman
Malaysia, Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
8. Olahraga Balapan, Siri Mengenal Sukan, Dihasilkan atas kerjasama British
Athletic Federation, Edisi Bahasa Inggeris (Asal) 1994.
10. Ratal Wirjasantosa, 1984. Supervisi Pendidikan Olahraga,
Universitas Indionesia, Indonesia.

27

Anda mungkin juga menyukai