Anda di halaman 1dari 4

Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), juga dikenali Parti Nasionalis Melayu (PNM) telah
ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Negeri Perak. Parti ini merupakan parti politik Melayu
yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah
Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi
masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan
bersuara.

Parti ini adalah parti yang mula-mula sekali menjadikan “MERDEKA” sebagai slogannya, dan
menjadikan warna merah dan putih sebagai bendera untuk parti PKMM. Dengan selogan
“MERDEKA”, PKMM telah berjaya menghimpunkan seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa
mengira agama dan fahaman ideologi. Namun ia tidak mendapat sokongan di
kalangan bangsawan Melayu dan juga kakitangan kerajaan (pro penjajah).

PKMM pada mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi apabila Mokhtaruddin Lasso
dilantik sebagai presidennya yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh
komunis.

PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Kedua-duanya


memainkan perana dalam pucuk pimpinan awal parti itu:

 Yang Dipertua: Mokhtaruddin Lasso


 Naib Yang Dipertua - Dr. Burhanuddin Helmi
 Setiausaha - Dahari Ali
 Bendahari - Arshad Ashaari
 Ahli Jawatankuasa - Ahmad Boestamam

Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan beberapa cawangan di beberapa


buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Melaka dan Singapura. PKMM
menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya
dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan Voice of the People.

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi
tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:

1. API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan


pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO Dato Onn Jaafar.

2. AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun
1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.

3. BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya
ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari
dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar – Kedah,
Selangor – Musa Ahmad, Pahang – Abas, Johar – Kadir dan Negeri Sembilan – Ibrahim
Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin,
Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh
Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5. Hizbul Muslimin. Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar
Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18
Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan
Hizbul Muslimin yang dianggap ‘Parti Islam Merah’ dan merupakan ‘bahaya dari gunung’
kepada mereka.

6. GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Pekerja Melayu SeMalaya . Ditubuh pada tahun 1946 di bawah


pimpinan Abdullah CD . Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8. Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) . Gerakan pekerja pelbagai kaum. Pada
1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib
Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
8. Kesatuan Opera Melayu.

9. Persatuan Pemandu Teksi.

10. PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak
penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11. Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al- Baqir.

Bagaimanapun Ahmad Boestamam telah dapat merenggangkan API dari PKMM di bawah
Mokhtaruddin Lasso dan pengaruh komunisme serta mengeluarkan manifesto yang berasingan
dari PKMM.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung
dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai
presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan
dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan
pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya
bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan
Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada
dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan
kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai
Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Pada hari pengisytiharan dasar-dasar perjuangan PKMM pada 30hb November 1945 ia telah
mengeluarkan lapan (8) resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan sebagai diinspirasikan oleh
rancangan 'Sembilan Perkara 'Parti Komunis Malaya. Di samping itu kegiatan-kegiatan PKMM
yang anti-UMNO dan anti-penjajah sangat dicurigai oleh Kerajaan. Usaha PKKM menubuhkan
Pusat Tenaga Rakyat atau PUTERA iaitu gabungan Parti-parti Politik radikal Melayu dan
kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action atau AMCJA yang
bertujuan menentang Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
semakin membimbangkan pihak kerajaan.
Pada tahun 1947, iaitu sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan
menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan
bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-
AMCJA.
Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan
Rakyat untuk kemerdekaan.
Dengan mengenepikan faktor-faktor perkauman, gabungan PUTERA-AMCJA ini menegaskan
pendiriannya yang anti-penjajahan British dan menentang ciri-ciri yang dianggapnya tidak
demokratik yang masih dibenarkan wujud dalam perlembagaan Persekutuan. PKMM
menegaskan bahawa cadangan-cadangan Persekutuan itu tidak menyediakan Tanah Melayu
sebagai kerajaan yang demokratik dan kuasa yang sebenarnya diberikan kepada beberapa
orang pegawai yang menari mengikut rentak Pejabat Jajahan itu.
Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan
menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.
HARTAL telah berlangsung pada 16 September 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu
mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat
Malaya.
Bagaimanapun pengaruh PKMM tidak kekal lama. Antara sebab utamanya ialah kemunculan
UMNO, parti yang lebih diyakini oleh orang-orang Melayu untuk memperjuangkan nasib
mereka. Sebab-sebab lain ialah kegiatan-kegiatan PKMM yang anti-UMNO dan anti-penjajah
sangat dicurigai oleh Kerajaan. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat
(PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula
dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang Perjanjian
Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, dan telah menolak
Perlembagaan Rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan
Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun
1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) UMNO, Dato’ Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan
komunis di Malaya dengan menggunakan ‘preventive detention‘ iaitu tahanan tanpa
perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),
mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Seramai 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah
ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang
kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Akibat pandangan-pandangan dan pendiriannya yang radikal itu maka Dada hari ini dalam
tahun 1950 kerajaan telah menolak pendaftaran PKMM untuk menjadi sebuah parti politik yang
diiktiraf.

Anda mungkin juga menyukai