Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN BATU MUDA


51100 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN


REKREASI

PERSATUAN MATEMATIK

TARIKH : 6 – 8 DISEMBER 2008


HARI : SABTU DAN AHAD ( 3 HARI 2 MALAM)
TEMPAT : PORT DICKSON DAN MELAKA
PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar dan berekreasi ini bertujuan melatih dan melengkapkan diri pelajar
dengan kemahiran tertentu bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Proses
pembelajaran memerlukan pencerakinan ilmu pengetahuan, aplikasi kemahiran belajar dan
kreativiti. Melalui lawatan ini, pelajar dapat merehatkan minda di samping memperoleh
pengetahuan baru. Setiap pelajar yang ingin melakar kejayaan dan menikmati pencapaian
cemerlang dalam perjuangan perlu bersiap sedia dengan ketahanan fizikal, mental dan
emosi. Selain ini lawatan ini juga membuka minda pelajar terhadap dunia luar yang semakin
maju.

OBJEKTIF

1. Dapat mengaplikasikan segala kemahiran dan ilmu dalam setiap aktiviti pembelajaran
bagi persiapan pelajar mencipta kejayaan.
2. Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari segi akademik seterusnya
mengharumkan nama sekolah.
3. Dapat meningkatkan motivasi diri pelajar dalam menyertai semua program sekolah.
4. Dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang dunia luar.

SASARAN

Pelajar- pelajar dan guru pengiring SMK BATU MUDA. (rujuk Lampiran)

SUMBER KEWANGAN
Segala perbelanjaan lawatan,makanan dan minuman adalah sumbangan daripada ibubapa
sebanyak RM 6400.00
Tambang bas daripada sumbangan PIBG RM 1000.00
KOS / PERBELANJAAN PROGRAM

Perkara Sumber Kewangan Jumlah


Tambang bas Sumbangan PIBG RM25.00 X 40 =RM1000.00
Pakej Lawatan(Bayaran
Pintu Masuk,Makanan dan
Sumbangan Ibubapa RM160.00X40= RM 6400.00
minuman.)

JUMLAH RM7400.00

TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama ( Sabtu)

2.30 petang : Berkumpul di sekolah

3.00 petang : Bertolak ke Port Dickson

4.30 petang : Tiba di Port Dickson.

5.00 petang : Persiapan Barbeque dan Camp Fire

7.00 malam : Aktiviti Games dan makan malam.

10.00 malam : Pulang ke hotel dan Tidur

.
Hari Kedua ( Ahad)

8.00 pagi : Bangun Pagi dan Sarapan


9.00 pagi : Free and Easy
10.00 pagi : Bertolak ke bandar Melaka
12.00 tgh : Tiba di bandar Melaka
1.00 petang : Makan tengah hari
2.00 petang : historical City Tour :
The Stadhuys , Maritime Museum, St Paul Hill dsb.
4.30 petang : Check in hotel
6.30 petang : Jonker Street Night Market & Dinner
10.00 malam : Pulang ke Hotel dan tidur.

Hari Ketiga ( Isnin )


8.00 pagi : Breakfast
9.30 pagi : Tiba di A Famosa Safari
10.15 pagi : Lawatan & Enjoy di Safari
12.00 tgh : Pertunjukkan Gajah , Burung dan pelbagai binatang
1.00 petang : Lunch
2.15 petang : Wild Wild West -Cowboy Show
3.30 petang : Bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
5.30 petang : Tiba di K.L.
PENUTUP
Semoga program yang dirancangkan oleh pihak sekolah ini dapat berjalan dengan lancar
serta dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar. Diharapkan program ini mendapat
sambutan dan sokongan sepenuhnya daripada ahli persatuan, pihak pentadbir dan guru-guru
sekolah ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………. ………………………
(GURU PENASIHAT
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK )
PN GOH MEI FONG

Diluluskan oleh,

.............................................