Anda di halaman 1dari 1

UNTUK SUAMIKU YANG TERSAYANG….

Hayatilah bait-bait puisi ini….


Kerana ianya adalah kata-kata dari hati Umi.

Wahai suami bergelar ayah


lindungi zuriatmu dengan kasih sayang
marah berpada dengan kenakalannya
jangan hamburkan kata-kata nista
Kerana kata-katamu adalah doa
yang tiada hijabnya.

Wahai suami penyambung zuriat


berilah perhatian kepada kaum kerabat
eratkan silaturrahim
bantu yang memerlukan
ziarah yang mendapat kemalangan.

Wahai suami pemegang amanah


hormatilah isterimu
Jangan pandang seperti lalat
berilah perhatian, sentuhan dan kasih sayang
Jika ada salah silapnya
Jangan sakiti hatinya
Fikir cara terbaik membentuknya.

Wahai suami pelindung kasih


cintailah isterimu sepenuh hati
dialah ibu kepada anak-anak
Penjaga harta dan rumah tangga
teman paling akrab
tempat berkongsi suka duka.

Wahai suami tonggak keinginannya


keluarga
Bersoleklah untuk isteri
Sucikan diri dan hati Jangan butakan hatimu
merdukan suara pada kecantikannya
dengan madah dan seloka pada pengorbanannya
Ulangi yang isterimu suka setialah pada kalimat
jangan remehkan "Kau adalah isteriku".
Terima kasih untuk segalanya .......
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang
ke-6