Anda di halaman 1dari 9

Sistem Latihan Dual Nasional- Satu Inovasi Dalam Program PLTV

Wan Azlinda Wan Mohamed


azlinda@uthm.edu.my

1'~ Ghazally Spahat


ghazally@uthm.edu.my
~ f~p{£~
Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah komitmen kerajaan untuk memertabatkan Sistem Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) negara supaya lebih responsif dan berkemampuan sebagai
persediaan menjadi negara perindustrian yang dihormati. Dari prespektif lain, Pegawai Latihan Vokasional
(PLV) adalah barisan hadapan yang bertanggungjawab dalam mengembangkan idea SLDN di pusat-pusat
pengajian tinggi, dan institusi-institusi latihan. UTHM pula telah diberi mandat untuk melaksanakan program
untuk meningkatkan kelayakan professional PLV di Malaysia, bersesuaian dengan peranan penting yang diberi
kepada mereka untuk menjayakan misi nasional ini. Kertas institusi ini akan membincangkan peranan yang
dimainkan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), UTHM untuk menterjemah SLDN, suatu impian yang
menjadi kenyataan. Perkara yang dibincangkan termasuklah inovasi dan ubah suai prosedur dalaman UTHM
berkaitan penawaran dan pelaksanaan sesuatu program akademik; kepercayaan satu agensi kerajaan terhadap
agensi kerajaan yang lain dimana sejumlah dana yang besar perlu berpindah tangan, dan keberanian
meneroka dan melewati sempadan geograji dan politik untuk meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

1 Pengenalan

Pertumbuhan ekonomi yang berterusan di dalam sesebuah Negara bergantung kepada pre stasi,
produktiviti tinggi dan daya saing dalam negeri. Tenaga kerja terampiI dan perkembangan teknologi
adalah ramuan produktiviti sesebuah industri. Oleh itu, tanpa modal insan yang berilmu,
berterampilan dan bermotivasi untuk memanfaatkan teknologi moden dalam mengeksploitasi sumber
daya ekonomi yang terbatas, produktiviti sesebuah negara akan pasti menurun dan tidak
berkemampuan untuk bersaing dalam ekonomi global.
Untuk melahirkan modal insan yang mahir, terampil, produktif dan berdaya saing, kerajaan Malaysia
telah telah mengambil beberapa tindakan untuk membina semula industri dan pertumbuhan ekonomi
yang lebih dinamik melalui latihan semula dan peningkatan tenaga kerja. Seiring dengan permintaan
yang tinggi pada tenaga kerja dalam Rancangan Malaysia ke-8 dan 9, kerajaan lebih menekankan
latihan kemah iran untuk menghasilkan k-pekerja atau k-workers dengan daya saing kelas dunia. Ini
adalah sejajar dengan keperluan dalam mengembangkan dan meningkatkan modal manusia dan
pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan kemahiran di pusat latihan dan institusi akan lebih
menumpukan pada latihan kemahiran.

SLDN atau singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional adalah satu interversi yang telah
diperakukan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Mei 2004~ Cadangan pelaksanaan
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Malaysia bennula pada tahun 2005. 'Dual' bermaksud
latihan di dalam dua situasi pembelajaran berbeza iaitu, tempat kerja sebenar dan institut latihan.
Latihan ini melibatkan usahasama pihak syarikat atau industri bersama-sama institusi-institusi latihan.
Sistem Latihan Dual Nasional ini ini adalah program di bawah tajaan kerajaan Malaysia bertujuan
untuk menyediakan tenaga mahir negara melalui satu kaedah latihan komprehensif yang memenuhi
kehendak industri semasa.

Pegawai Latihan Vokasional (PL V) merupakan aset terpenting dalam menjayakan program SLDN.
Mereka bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan idea SLDN di institusi pengajian tinggi,
institusi latihan dan sekolah. Sehubungan itu, pihak Unit Perancang Ekonomi (UPE) mencadangkan
supaya perakuan Jemaah Menteri terhadap pelaksanaan SLDN diperluaskan meliputi peningkatan
kelayakan professional staf Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) ke peringkat Ijazah
Kedoktoran dalam bidang 'Technical Vocational Education and Training (TVET)'. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah diberi mandat melaksanakan program untuk meningkatkan
kelayakan professional PLY di Malaysia, satu tanggungjawab strategik yang perlu dilaksanakan
dengan bijaksana.

Kertas institusi ini membincangkan peranan yang dimainkan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal
(FPTek), UTHM untuk menterjemah SLDN, menjadi kenyataan di negara ini. Perkara yang
dibincangkan term as ukIah inovasi dan ubah suai prosedur dalaman UTHM berkaitan penawaran dan
pelaksanaan sesuatu program akadenik, kepercayaan satu agensi kerajaan terhadap agensi kerajaan
yang lain dimana sejumlah dana yang besar perlu berpindah tangan, dan keberanian meneroka dan
melewati sempadan geografi dan politik untuk meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

2
t:

2 Matlamat Program

Pembangunan sumber manusia merupakan pembelajaran terancang yang disediakan oleh majikan
secara sengaja ataupun tidak dalam jangkamasa yang ditetapkan bagi tujuan meningkatkan pre stasi
kerja dan perkembangan kerjaya (John, 1996). Program Doktor Falasafah ini direkabentuk untuk
menyediakan peluang pendidikan lanjutan dan penyelidikan dalam bidang TVET dan Kejuruteraan.
Secara konsep, penyelidikan adalah berkaitan dengan tubuh ilmu TVET atau yang berorientasikan
'industrial-based experiment research' dan penyelidikan yang disangkutkan dengan industri untuk
menyelesaikan masalah industri. Penyeliaan kerja-kerja penyelidikan akan dilakukan bersama oleh
kedua-dua ahli akademik dan penyelia industri. Hasilnya ialah sekumpulan tenaga manusia yang
merupakan 'critical mass' di peringkat pengurusan tinggi untuk meningkatkan kapasiti sektor
'Technical & Vocational Education and Training (TVET)' dalam rangka menghasilkan 'k-workers'
berstatus global.

Program ini dilaksanakan bagi melahirkan graduan yang,

Berpengetahuan dan berkemahiran, merancang dan mentadbir-urus organisasi pendidikan dan


latihan berasaskan system dual,

Berkemampuan menjalankan penyelidikan berasaskan aplikasi.

Memiliki sahsiah dan profesionalisma yang tinggi,

Menerajui aplikasi teknologi terkini di peringkat organisasi, dan

Berfungsi sebagai pemimpin yang boleh dicontohi (role model).

3 Ciri Unik Program Khas PhD SLDN

Program inidilaksanakan dengan melibatkan beberapa ubahsuai untuk memenuhi beberapa ciri yang
diperlukan oleh pelbagai 'stakeholders'. Namun demikian, program khas ini dilaksanakan tanpa
berkompromi dengan kualiti graduan yang dihasilkan.

3.1 Penglibatan Pelbagai Agensi

Sekurang-kurangnya empat agensi terlibat secara langsung dalam menjayakan program khas ini. UPE
mewakili pihak Kerajaan Malaysia, memperuntukan dana yang mencukupi. Kementerian Sumber
Manusia (KSM), selaku Sekretariat SLDN menyediakan calon Program Khas PhD SLDN. UTHM,
3
membangunkan dan melaksanakan kurikulum Program Khas PhD SLDN dan University ofBreman
adalah rakan kongsi UTHM di Jerman.

3.2 Latihan di Jerman dan Latihan Dalam Perkhidmatan

Pelajar yang mengikuti program Khas PhD SLDN ini dibenarkan mengikuti latihan di Jerman selama
satu bulan setengah setahun dan diiktiraf sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan dalam tahun tersebut.
Oleh itu pelajar tidak kerugian cuti rehat tahunan mereka dan organisasi pula mendapat pendedahan
antarabangsa melalui staf mereka yang mengikuti program tersebut.

3.3 Program Hujung Minggu

Selama dua semester, pelajar Program Khas PhD SLDN ini akan mengambil beberapa subjek seperti
yang disyaratkan. Umumnya kuliah dan pertemuan dilaksanakan pada hujung minggu, iaitu Sabtu dan
Ahad. Namun demikian sekiranya terdapat keperluan, pertemuan boleh diadakan pada had Jumaat.
Pihakjabatan telah memberi kerjasama sangat akrab kepada UTHM dan telah bersetuju memberi
kelongaran tersebut.

3.4 Honororium Kepada Universiti

Projek ini tergolong sebagai Program Khas.Ia dilaksanakan diluar waktu kerja rasmi. Oleh itu pihak
berkepentingan telah bersetuju untuk membenarkan UTHM mengenakan bayaran tennasuk
honorarium kepada staf mereka yang terlibat menjayakan program ini.

3.5 Insenti Kepada Pelajar, Umur dan "Double Award"

Pelajar program ini layak mendapat beberapa insentif seperti elaun buku, dan elaun tesis. Program ini
turut menerima pelajar berusia melebehi 43 tahun, dan bakal menerima "Double Award" dad UTHM
dan University of Breman.

4
t:

4 Struktur Kurikulum

Kurikulum yang dibangunankan melibatkan tiga komponen penting iaitu, komponen wajib program,
tesis penyelidikan, dan komponen latihan di Jerman

4.1 Komponen Wajib Program

Para pelajar program ini perlu menghadiri pelbagai siri seminar dan wacana ilmu bersama 'graduate
staff' UTHM yang membincangkan pelbagai aspek TVET. Komponen ini amat penting untuk
membolehkan graduan doktor falsafah program ini memiliki segal a keperluan untuk bersaing dalam
mengurus sektor TVET negara supaya terus releven dan berdaya saing. Dari keseluruhan program,
Komponen Wajib Program mewakili 20 jam kredit iaitu, 22% dari keseluruhan jam kredit program
ini. Subjek yang ditawarkan ialah:

Falsafah Sains dan Pembangunan Sosial

Seminar Pembangunan dan Isu-Isu Global

Pembangunan Professional

Rekabentuk Penyelidikan - Kaedah Penyelidikan Kualitatif dan Kuantatif dalam TVET

Pembangunan Kurikulum Sistem Dual

Statistik dalam Penyelidikan

Pengajaran Inovatif

4.2 Tesis

Antara tanda aras yang diterima pakai untuk penetapan keserjanaan pelajar ialah melalui kerja-kerja
penyelidikan. Tesis merupakan 78% dari pemberat keseluruhan program. Kemampuan pelajar
mengadun segala pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman akan diterjemah melaluai karya
penyelidikan bermutu tinggi yang turut mengambarkan ketabahan, dan kebijaksanaan dalam
penerokaan ilmu sebagaimana ungkapan berikut, "Success is going from failure to failure without a
loss of enthusiasm".

5
Tesis, hasil karya penyelidikan pelajar dinilai berdasarkan peraturan akademik sediada di Pusat
Pengajian Siswazah UTHM dan memenuhi kreteria yang ditetapkan oleh Institut Technik Und
Bildung, University of Breman.

Setiap pelajar program ini dibimbing oleh dua orang pembimbing dari UTHM dan seorang dari
University of Breman. Pembimbing yang mewakili UTHM didatangkan dari seluruh tanahair dan
merupakan personiliti penting TVET di Malaysia. Dalam kalangan pembimbing ini ada yang
berpengkalan di UTM, UKM, UPM, UMK, Kementerian Pengajian Tinggi dan UTHM sendiri.
University of Breman pula menyediakan seorang penyelia bagi setiap pelajar. Mereka didatangkan
dari Institut Technik Und Bildung universiti tersebut.

Komunikasi pelbagai hala merupakan pendekatan yang digunakan untuk membolehkan pelbagai
pihak berhubung untuk sesi bimbingan antara pelajar dan penyelia. Dalam hal ini teknologi semasa
amat membantu. Kebanyakan perhubungan dilakukan menggunakan e-mail. Namun demikian,
universiti turut menawarkan pilihan lain untuk tujuan bimbingandan komunikasi iaitu melalui LMS
UTHM, Blackboard, disamping aplikasi teknolagi lain yang boleh diakses secara mudah, cekap dan
murah seperti skype.

4.3 Komponen Latihan di Jerman

UPE menetapkan program khas ini periu dilaksanakan oleh universiti tempatan bersama universiti di
Jerman. Komponen latihan di Jerman pula merupakan prasyarat untuk membolehkan kerjasama
program khas ijazah kedoktoran UTHM - University of Breman dilaksanakan. Hal ini tidak sukar
untuk difahami kerana banyak bahan ilmiah dan literatur berkenan dual system boleh diperolehi di
Jerman. Namun demikian, seperti yang banyak dibincangkan, dual sistem bukan semata-mata teori,
atau teknik ajaib, ia lebih merupakan terjemahan sistem sosial terhadap program latihan. Dual sistem
adalah fenomena kompleks yang boleh diperolehi melaluai penghayatan yang mendalam. Tanpa
sebarang keraguan, untuk memahaminya sesoarang itu periu tinggal dan menjadi sebahagian dari
sistem itu sendiri, di Jerman.

5 Pelaksanaan Program

Program PhD ini ditawarkan kepada 30 orang Pegawai Latihan Vokasional (PL V) yang mempunyai
kelayakan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana, Pegawai-pegawai yang terlibat dibahagikan

6
kepada tiga (3) kohort dimana pada tahun 2005 enrolmen pelajar adalah seramai 10 orang. Kohort
kedua seramai 10 orang memulakan sesi pengajiannya pada tahun 2006 dan kohort ketiga juga
seramai 10 orang PLY memulakan pengajian pada tahun 2007.

Program PhD ini dikendalikan oleh UTHM dengan kerjasama University of Breman, Jerman. PLY
akan menjalankan penyelidikan dan juga kerja-kerja ilmiah serta projek yang telah dipersetujui
bersama oleh UTHM dan University of Breman. Secara konsep, penyelidikan adalah berkaitan
dengan tubuh ilmu TVET atau yang berorientasikan 'industrial-based experiment research' dan
penyelidikan yang disangkutkan dengan industri untuk menyelesaikan masalah industri. UTHM
bertanggungjawab untuk menyelia kerja-kerja yang dilaksanakan oleh PLY yang terlibat dalam
program PhD ini bersamarn-sama dengan Universiti of Breman. Kemampuan PL V dalam
menghasilkan output yang berkualiti mengenai pendidikan latihan vokasional di Malaysia merupakan
faktor kritikal dalam merealisasikan program SLDN.

Pengajian program ini akan dikendalikan melalui "Penyelidikan dan Kaedah Kerja Kursus Separuh
Masa Berstruktur" dalam tempoh minimum 6 semester. Namun demikian pelajar dibenarkan untuk
memanjangkan tempoh pengajian tidak melebihi dari 9 semester.

Pengajian di UTHM yang meliputi pelaksanaan kesemua Komponen Wajib Universiti, dan
menjalankan kerja-kerja penyelidikan mengambil masa selama enam semester lazim. Pelajar perlu
rnanjalani internship di Jerman selama tiga bulan sepanjang mengikuti program khas ini. Bagi
mengunakan sepenuhnya kepakaran penyelidikan staf dan penyelia di Institut Technik Und Bildung,
University of Breman, internship pelajar dilakukan sebanyak dua kali. Internship pertama dilakukan
semasa pelajar mengemukakan proposal penyelidikan dan internship kedua dilakukan semasa fasa
analisis dan penulisan laporan.

6 'Lesson Learned'

Program khas ini telah dilaksanakan mulai tahun 2005. Usaha meningkatkan daya saing negara adalah
proses berterusan dan perlu dilakukan dengan bijaksana. Dengan sumber yang semakin terhad, adalah
amat wajar untuk memperbaiki mana-mana kecacatan dengan segera. Program Khas PhD SLDN ini
mengajar kita,

7
6.1 Bajet

Pihak UPE dan KSM telah menenjukkan komitment tinggi daJam usaha menjayakan program ini.
Kepercayaan dan kesungguhan tersebut diterjernah dengan menyelurkan keseluruhan budget Program
Khas PhD SLDN kepada UTHM sebaik program bermula. Peruntukan tersebut meliputi keseJuruhan
kos program khas PhD SLDN untuk tiga kohort yang berupaya menampung seramai 30 pelajar,
Kerjasama erat dan persefahaman antara KSM, UTHM dan UPE telah berjaya menyeJesaikan
pelbagai keranah birokrasi berkaitan pengurusan kewangan yang rumit Jagi sensetif. Kepimpinan
yang kuat dan berpandangan jauh telah menjadi pendorong kepada kejayaan peJaksanaan peringkat
berikutnya.

6.2 Kepimpinan

Kepimpinan yang kuat dan berpandangan jauh merupakan prasyarat penting untuk menjayakan
program ini. Sekalipun tidak dinafikan sumbangan penting pelbagai pihak untuk menjayakan program
PhD SLDN, namun Japoran ini berbesar hati untuk merakam penghargaan tinggi kepada, Mantan
Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kemeneterian Sumber Manusia, Dato' IR Wan
Seman Wan Ahmad, Mantan NC UTHM Dato Prof Dr Ismail b Bakar, Mantan TNC (A) UTHM Dato
Prof Ir Dr Zainai Mohamad yang teJah berusaha gigih merealisasikan hasrat nasional ini.

6.3 Calon Berkelayakan

Program khas ini dirancang untuk 30 peJajar. Sekalipun mempunyai kepimpinan berpandangan jauh,
dan disokong dengan budget yang kuat, KSM dan agensi latihan lain kekurangan calon untuk
menyertai program ini. Kohort pertama sahaja yang berjaya memenuhi kouta 10 peJajar. Kohort kedua
memperlihatkan pengurangan kepada 9 pelajar dan kohort ke 3, hanya mampu menyediakan 3 pelajar
mengikuti program khas ini.

6.4 Penyeliaan

Pembimbing adalah faktor kritikal kepada pelajar ijazah kedoktoran. Sekalipun disokong dengan
teknologi canggih, pertemuan secara konvensional dimana pelajar bertemua pembimbing mungkin
sukar untuk ditandingi. Terdapat begitu banyak perkara yang boleh diperbaiki berkaitan penyeliaan
pelajar yang diselia oleh beberapa penyelia di pelbagai lokasi.

8
6.5 Kadar Kelulusan

Sehingga kini hanya dua pelajar kohort pertama yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya.
Berbaki dua semester lagi, lapan pelajar lain masih bertungkus lumus menyiapkan penulisan mereka.
Dengan kembali bertugas di pejabat dan menyandang post penting di organisasi, menyiapkan tesis
adalah tugasan cukup mencabar. Hakikatnya tidak seorang pelajar pun tamat pengajian dalam enam
semester seperti dijangkakan, walaupun disokong dengan pelbagai insentif dan keistimewaan.

7 Rumusan

Program ini merupakan satu program yang unik yang telah di bina oleh Fakulti Pendidikan Teknikal,
UTHM bagi membantu Malaysia menyedia tenaga pakar dalamSLDN. Beberapa perkara telah
dicapai dan cabaran besar sedang menanti di hadapan. Dengan SLDN menjadi antara intervansi
penting RMKI0 untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing
pembentukan tenaga pakar dengan kelayakan, pengetahuan dan pengalaman yang tinggi ini adalah
satu keperluan strategik dan perlu diberi keutamaan.

Rujukan

Dual System Project. (2001). The Dual System Project: Think dual- go dual in training. Getting
Malaysia ready for the K-economy. Kuala Lumpur: DSP, Malaysia / GTZ, Germany.

John, P.W. (1996). Human Resource Development. London: British Library

ML VK. (200Sa).lmplementation of the National Dual Training System - guides and rules. (2nd ed.).
Putrajaya: ML VK. .

Unit Perancang ekonomi (2006). Rancangan Malaysia ke 9, 2006-2010. Unit Perancangan Ekonomi.
Jabatan Perdana Menteri. Putrajaya.

Unit Perancangan Ekonomi (2001). Rancangan Malaysia ke 8. 2001-2005. Unit Perancangan


Ekonomi. Jabatan Perdana Menteri. Putrajaya.