Anda di halaman 1dari 11

Penilaian majikan sekolah sekolab negeri Selangor terhadap graduan Bacelor

Pendidikan/Bacelor Sains dengan Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Arshad Abd. Samad, Rosnaini Mahmud, dan Mokhtar Hj. Nawawi


Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
Tel: 03-89467278; arshad.samadCZvvahoo.com

Fakulti Pengajian Pendidikan di Universiti Putra Malaysia telah melahirkan guru


dalam bidang Pendidikan Sains Rumahtangga.: Pendidikan Sains Pertanian,
Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama, Pengajaran Bahasa lnggeris
sebagai Bahasa Kedua (TESL), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Bimbingan
dan Kaunseling selama 20 tahun. Selain itu, fakulti telah turut menawarkan
program Pendidikan Moral pada tahun 2005. Selain Fakulti Pengajian Pendidikan,
Fakulti Sains juga terlibat dalam pendidikan guru di UPM melalui program Bacelor
Sains dengan Pendidikan. Pada tahun 2009, suatu soal-selidik telah diedarkan ke
pihak pengurusan setiap sekolah menengah di Selangor untuk mendapatkan
maklum balas prestasi graduan tersebut. Soal selidik ini mengandungi 10
pernyataan tentang graduan bidang pendidikan dari UPM dan responden diminta
memberikan respon terhadap pernyataan tersebut menggunakan skala Likert 5
tahap. Sebanyak 302 soal selidik telah dikembalikan dan analisis telah dilakukan
mengikut tahun bergraduat dan juga bidang pengkhususan graduan. Kertas kerja
ini akan membentangkan dan membincangkan dapatan kajian serta memberikan
cadangan berdasarkan dapatan untuk mempertingkatkan keberhasilan pembelajaran
pengajaran program pendidikan guru, terutamanya di Universiti Putra Malaysia.

Pengenalan

Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia telah melahirkan graduan dalam

bidang pendidikan selama lebih 20 tahun dan kini mempunyai bilangan alumni yang antara

terbanyak dalam kalangan fakulti di UPM. Program Bacelor Pendidikan yang ditawarkan oleh

Fakulti Pengajian Pendidikan adalah dalam bidang Pendidikan Sains Rumahtangga, Pendidikan

Sains Pertanian, Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertarna, Pengajaran Bahasa lnggeris

sebagai Bahasa Kedua (TESL), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.

Malah, fakulti ini merupakan fakulti pertama di Malaysia yang menawarkan program program

tersebut. Pada tahun 2005 pula, fakulti ini turut menjadi fakulti pertarna di Malaysia yang

menawarkan program Pendidikan Moral. Selain Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Sains juga

terlibat dalam pendidikan guru melalui program Bacelor Sains dengan Pendidikan, khususnya

untuk matapelajaran Matematik, Kimia, Biologi dan Fizik.

Penyediaan guru merupakan suatu usaha yang mencabar dan ini digambarkan oleh

"
Darling-Hammond (2006a: 302) yang menyatakan bahawa program pengajian bakal pendidik

perlu membantu bakal guru memahami dengan mendalam pelbagai perkara berkaitan

pembelajaran, konteks sosial dan budaya, dan pengajaran serta berjaya memanifestasikan

kefahaman ini dalam bilik darjah yang sernakin kompleks dan melibatkan pelajar dari pelbagai
latar belakang. Oleh itu dan setelah begitu lama terlibat dalam melahirkan guru untuk sekolah

menengah di Malaysia, suatu kajian ringkas dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas dari

pihak pengurusan sekolah atau majikan berkaitan prestasi graduan pendidikan dari UPM. Tujuan

kajian adalah untuk mendapat gambaran kepuasan pihak pengurusan sekolah terhadap prestasi

kerja dan kualiti graduan dalam bidang pendidikan dari UPM yang mengajar disekolah-sekolah

sekitar Negeri Selangor. Negeri Selangor dipilih memandangkan lokasinya yang berhampiran

dengan UPM dan andaian bilangan alumni yang lebih ramai berbanding negeri lain. Kajian yang

dijalankan ini dapat membantu pihak pengurusan fakulti di UPM yang terlibat dalam latihan

perguruan untuk mengenalpasti impak serta keberkesanan graduan mereka dan seterusnya

memberi gambaran terhadap kualiti program pengajian mereka. Kajian tentang keberkesanan dan

prestasi graduan dalam bidang pendidikan telah banyak dilakukan dan melibatkan penilaian

majikan terhadap guru permulaan keluaran institut perguruan (Chee Kim Mang, 2008); penilaian

graduan terhadap program penyediaan perguruan mereka sendiri (Aypay, 2009); dan melalui

pelbagai cara pengukuran seperti yang ditinjau dan dibincangkan oleh Darling-Hammond

(2006b).

Dapatan kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak pengurusan FPP

menentukan sejauh mana alumni FPP telah mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

berkaitan bidang pendidikan semasa bertugas sebagai guru disekolah. Selain itu kajian ini juga

dapat mernberi maklum balas sejauh mana mereka telah memiliki kemah iran insaniah (KI) yang

telah diterapkan semasa pengajian di UPM. Dapatan kajian ini, seterusnya akan membolehkan

pihak pengurusan FPP, UPM membuat penilaian terhadap keberkesanan program pendidikan

guru di FPP. Penilaian program ini membolehkan penambahbaikan dibuat untuk program

tersebut bagi menghasilkan graduan guru yang lebih berkualiti dan berwibawa.

Metodologi kajian
Kajian ini telah dijalankan pada pertengahan tahun 2009 dengan menggunakan soal selidik.

Sebanyak 243 buah sekolah menengah di negeri Selangor telah dilibatkan dalam kajian ini.

Kerjasama pihak pengurusan sekolah atau majikan telah diperoleh untuk mengenal pasti lima

graduan guru UPM di sekolah masing-masing dan membuat penilaian terhadap setiap guru

berkenaan. Bagi tujuan penilaian tersebut, pihak pengurusan sekolah diminta memberi respon

terhadap sepuluh pernyataan dengan menandakan antara 1 hingga 5 dalam skala Likert (l

bermakna sangat tidak berpuashati dan 5 bermakna sangat berpuashati). Daripada 243 sekolah

tersebut, sebanyak 47 buah sekolah atau 19.3% telah mengembalikan borang soal selidik yang

2
teJah diJengkapkan. Bilangan soal seJidik yang diterima dari sekoJah tersebut adaJah sebanyak
302.

Dapatan Kajian
Data deskriptif secara keseluruhan berdasarkan pernyataan soal selidik dipamerkan dalam
Jadual 1 yang berikut:

JaduaJ I. Data deskriptif secara keseJuruhan graduan guru UPM di sekolah menengah sekitar
Selangor berdasarkan pernyataan dalam soal selidik.
Bil Pernyataan N Mill Max Mill SD
Kemahiran Mengajar 296 2 5 4.27 0.662
2 Pengetahuan Dalam Mata Pelajaran yang 297 3 5 4.44 0.602
diajar
3 Sahsiah dan Penampilan Diri 302 2 5 4.46 0.690
4 Sifat Profesional sebagai Guru 302 2 5 4.36 0.724
5 Kemahiran Menguruskan aktiviti Pel ajar 301 2 5 4.26 0.716
6 Inisiatif dalam Tugas 302 2 5 4.28 0.749
7 Sikap Inovatif dalarn tugas 302 2 5 4.02 0.740
8 Sifat kepernimpinan 302 J 5 4.06 0.752
9 Perhubungan dengan pelajar 302 2 5 4.40 0.637
]0 Perhubungan dengan staf lain 302 J 5 4.47 0.699
Keseluruhan 294 2.3 5 4.3 0.559

Secara keseluruhan, pihak pengurusan sekolah atau majikan memberi markah yang agak tinggi
bagi graduan guru UPM dengan min bagi kesemua pernyataan antara 4.02 hingga 4.47.
Dapatan berdasarkan tahun bergraduat. Daripada segi tahun bergraduat pula, data
kajian dibahagikan kepada 5 jangka masa berdasarkan tahun graduan guru UPM bergraduat.
Dapatan kajian mengikut tahun bergraduat yang dipecahkan mengikut 10 pernyataan dalarn soal
selidik dipamerkan dalarn Jadual 2a hingga 2e.

-.

3
~

Jadual 2 (a): Kepuasan majikan terhadap kemah iran mengajar dan pengetahuan dalam c

mata pelajaran yang di ajar mengikut tahun bergraduat

Kernahiran mengajar Pengetahuan dalam mata


Tahun pelajaran yang diajar
Min N S.Piawai Min N S.Piawai
2005 - 2009 4 40 0.716 4.23 40 0.62
2000 - 2004 4.31 75 0.592 4.47 75 0.577
1995 -1999 4.31 58 0.598 4.48 58 0.569
1990 - 1994 4.39 28 0.567 4.46 28 0.637
Sebelum 1990 4.75 28 0.518 4.82 28 0.39

Jadual 2 (b) :Kepuasan majikan terhadap sakhsiah dan penampilan diri dan sifat
profesionalisme sebagai guru mengikut tahun bergraduat.

Sakhsiah dan Sifat profesionalisme


Tahun penampilan did sebagai guru
Min N S.Piawai Min N S.Piawai
2005 -2009 4.17 42 0.73 4.07 42 0.838
2000 -2004 4.51 77 0.719 4.47 77 0.736
1995 -1999 4.4J 59 0.698 4.37 59 0.698
1990 -1994 4.53 28 0.637 4.39 28 0.737 ~
Sebel uml990 4.68 28 0.476 4.86 28 0.356

Jadual 2 (c): Kepuasan majikan terhadap kemahiran menguruskan aktiviti pelajar


dan inisiatif dalam tugas mengikut tahun bergraduat.

Kemahiran mengurus aktiviti


Tahun pelajar J nisiatif dalam tugas
Min N S.Piawai Min N S.Piawai
2005 - 2009 3.95 42 0.763 4.05 42 0.854

2000 - 2004 4.37 76 0.727 4.31 77 0.765

1995 -1999 4.2 59 0.663 4.39 59 0.72


1990 - 1994 4.43 28 0.573 4.25 28 0.752

Sebeluml990 4.71 28 0.488 4.71 28 0.46

4
JaduaJ 2 (d) : Kepuasan majikan terhadap sikap inovatif daJam tugas dan sifat
kepemimpinan mengikut tahun bergraduat.

Tahun Sikap inovatif dalam tugas Sifat kepemirnpinan


Min N S.Piawai Min N S.Piawai
2005 - 2009 3.74 42 0.912 3.74 42 0.912

2000 - 2004 4.01 77 0.716 4.013 77 0.734

1995 - 1999 3.98 59 0.682 3.98 59 0.682

1990 -1994 4.18 28 0.723 4.14 28 0.803

Sebelum 1990 4.47 28 0.508 4.86 28 0.548

JaduaJ 2 (e) :Kepuasan majikan terhadap perhubungan dengan pelajar dan


perhubungan dengan staf lain mengikut tahun bergraduat

Tahun Perhubungan dengan pelajar Perhubungan dengan staf lain


Min N S.Piawai Mill N S.Piawai
2005 - 2009 4.12 42 0_705 4.24 42 0.878

2000 - 2004 4.47 77 0.661 4.53 76 0.774

1995 -1999 4.41 59 0.53 4.51 59 0.626

1990 - 1994 4.47 28 0.576 4.61 28 0.497

Sebelum 1990 4.68 28 0.476 4.68 28 0.612

Kepuasan majikan secara keseluruhan terhadap guru graduan UPM mengikut tahun mereka
bergraduat adalah seperti dalamJjadual 2 f.

JaduaJ 2( f) :- Kepuasan majikan terhadap guru-guru graduan UPM di sekolah sekitar


Selangor secara keseluruhan mengikut tahun bergraduat
Mill N Std Deviation
2005 - 2009 4.04 40 0.676
2000 - 2004 4.36 73 0.564
1995 - 1999 4.3 58 0.494
1990 - 1994 4.39 28 0.509
Sebel urn 1990 4.69 28 0.299

'.

5
Dapatan berdasarkan program. Daripada segi program pengajian pula, respon pihak
:-
pengurusan sekolah terhadap graduan guru UPM daripada program pengajian pendidikan guru

telah turut dianalisis. Secara amnya, respon yang diberikan menunjukkan pandangan positif

pihak pengurusan sekolah terhadap graduan guru UPM. Jadual 3a hingga 3e mempamerkan

dapatan kaj ian secara keseluruhan untuk setiap pernyataan soal selidik secara berdasarkan

program pengajian.

Jadual 3.@}: Kepuasan majikan berdasarkan kemah iran mengajar dan pengetahuan dalam
mata pelajaran yang di ajar mengikut program pengajian

Kemahiran mengajar Pengetahuan dalarn mata


Program pelajaran yang diajar
Min N S.Piawai Min N S.Piawai
BP(TESL) 4.28 32 0.523 4.5 32 0.508
BP(PBMP) 4.51 41 0.597 4.68 41 0.567
BP(Pl) 4.1 10 0.738 4.4 10 0.699
BP(SRT) 4.59 17 0.618 4.65 17 4.926
BP(SP) 4 20 0.795 4.35 20 0.489

BP (B&K) 3.93 15 0.704 4.2 15 0.561


BSDP(K) 4.26 68 0.683 4.38 68 0.647
Nota: BP(TESL) -Bacelor Pendidikan (Teaching of English as Second Language), BP(PMBP)-
Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama), BP(P]) - Bacelor
Pendidikan (Pendidikan Jasmani), BP(SRT) - Bacelor Pendidikan (Sains Rumah Tangga), ~
BP(SP) - Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian), BP(B&K), Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan
Kauseling), BSDP(K) - Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian)

Jadual 3 (Q): Kepuasan majikan berdasarkan sakhsiah dan penampilan diri dan
sifat profesionalisme sebagai guru mengikut program pengaj ian

Sakhsiah dan Sifat profesionalisme


Program penampilan did sebagaiguru
Min N S.Piawai Min N S.Piawai
BP(TESL) 4.28 32 0.772 4.41 32 0.665
BP(PBMP) 4.51 41 0.542 4.54 41 0.596
BP(PJ) 3.9 10 0.876 3.8 10 1.033
BP(SRT) 4.53 17 0.625 4.29 17 0.849
BP(SP) 4.5 20 0.607 4.44 20 0.759
BP (B&K) 4.47 19 0.612 4.37 19 0.761
BSDP(K) 4.43 68 0.719 4.38 68 0.734

6
Jadual 3 [gJ : Kepuasan majikan berdasarkan kemahiran menguruskan aktiviti
pelajar dan inisiatif dalam tugas mengikut program pengajian
Kemahiran mengurus aktiviti
Program pelajar Inisiatif dalam tugas
Min N S.Piawai Min N S.Piawai
BP(TESL) 4.31 32 0.644 4.16 32 0.767
BP(PBMP) 4.44 41 0.634 4.51 41 0.597
BP(Pl) 4 10 0.667 3.7 10 0.823
BP(SRT) 4.35 17 0.618 4.47 17 0.717
BP(SP) 4.15 20 0.813 4.25 20 0.851
BP (B&K) 4.32 19 0.582 4.26 19 0.806
BSDP(K) 4.25 67 0.746 4.28 68 0.770

Jadual 3 Cd) : Kepuasan majikan berdasarkan sikap inovatif dalam tugas dan sifat
kepemimpinan mengikut program pengaj ian

Program Sikap inovatif dalarn tugas Sifat kepemimpinan


Min N S.Piawai Min N S.Piawai
BP(TESL) 3.81 32 0.780 3.91 32 0.777
BP(PBMP) 4.37 41 0.227 4.37 41 0.623
BP(Pl) 3.5 10 0.850 3.5 10 0.707
BP(SRT) 4 17 0.612 3.94 17 0.899
BP(SP) 4.05 20 0.826 3.85 20 0.875
BP (B&K) 4 19 0.745 3.95 19 0.524
BSDP(K) 3.99 68 0.723 4.18 68 0.772

Jadual 3 ill: Kepuasan rnajikan berdasarkan perhubungan dengan pelajar dan


perbubungan dengan staf lain mengikut program pengajian

Program Perhubungan dengan pelajar Perhubungan dengan staf lain


Min N S.Piawai Min N S.Piawai
BP(TESL) 4.41 32 0.665 4.47 32 0.803
BP(PBMP) 4.51 41 0.597 4.63 41 0.536
BP(Pl) 4.1 10 0.568 4.3 10 0.675
BP(SRT) 4.18 17 0.809 4.35 17 0.702
BP(SP) 4.2 20 0.696 4.5 20 0.688
BP (B&K) 4.37 19 0.597 4.42 19 0.607
BSDP(K) 4.49 68 0.611 4.58 67 0.678

Secara keseluruhan, kepuasan majikan mengikut program pengajian adalab seperti dalam Jadual 3
f.

7
~

Jadual 3( f) :- Kepuasan majikan terhadap graduan guru UPM secara keseluruban


mengikut program pengaj ian.
Program Min N Sis. Piawai
BP(TESL) 4.25 32 0.538
BP(PBMP) 4.52 41 0.461

BP(Pl) 3.93 10 0.609


BP(SRT) 4.34 17 0.597
BP(SP) 4.23 20 0.622
BP (B&K) 4.17 15 0.491

BSDP(K) 4.36 66 0.564

Analisis Dapatan Kajian


. Secara amnya, dapatan kajian menunjukkan tabap kepuasan yang tinggi oleh majikan,

iaitu pihak pengurusan sekolah-sekolah di Selangor, terhadap graduan UPM di sekolah mereka.

Daripada sepuluh pernyataan dalam soal selidik, pihak majikan memberi markah 4.4 keatas

kepada empat pernyataan iaitu: Pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar (4.44); Sahsiah

dan penampilan diri (4.46); Perhubungan dengan pelajar (4.40) dan Perhubungan dengan staf

(4.40). Dua pernyataan yang mendapat markah yang terendah iaitu Sikap Inovatif dalam tugas

(4.02) dan Sifat kepimpinan (4.06) masih melepasi markat 4.0. Empat lagi pernyataan diberikan

markah antara 4,26 hingga 4.36.


~
Jika dilihat dari aspek tahun bergraduat, dapatan kajian jelas pihak majikan telah

memberikan markat yang lebih rendah kepada graduan guru yang babaru bergraduat (seperti

tahun 2005-2009) berbanding graduan guru yang telah lebih lama bergraduat (seperti pralsebelum

1990) untuk semua pernyataan soal selidik. Pernyataan yang diberikan markat yang rendah

(iaitu kurang dari 4,0) bagi graduan guru yang bergraduat an tara 2005-2009 adalah: Kemahiran

mengurus aktiviti pelajar (3.95); Sikap inovatif dalam tugas (3,74) dan Sifat kepemimpinan

(3.74). Sebagai perbandingan, graduan guru yang bergraduat sebelum tahun 1990 diberikan

markat antara 4.47 (untuk Sikap Inovatif dalam tugas) sehingga 4.86 (untuk Sifat kepemimpinan

dan Sifat profesionalisme sebagai guru). Perbandingan markat antara tahun graduan guru UPM

bergraduat boleh dilihat dengan jelas melalui geraf yang ditunjukkan dalam Rajah I. Rajah

tersebut menjelaskan bahawa bagi semua pernyataan, secara amnya markat yang diberikan oleh

majikan untuk guru yang bergraduat sebelum 1990 adalah lebih tinggi berbanding guru yang :.

bergraduat pada tahun 2005 hingga 2009. Markat yang lebih tinggi tersebut menunjukkan bahawa

graduan guru UPM yang telab mempunyai lebih banyak masa atau pengalaman disekolab rnampu

8
c,

meningkatkan kualiti mereka sebagai guru yang terlatih serta dapat menyesuaikan diri mereka

dengan tanggungjawab dan persekitaran pekerjaan di sekolah.

5 ~. .... ,,-:-=<

4.5
1:;;S~;':~<;:7.;ry:j~~X!f2~i~~1~~t0~iJ;X~ii:ti:)@~){;gfJ;:h~LS{1/;i?H[~\\:~J4W,gi!Z;'{i{LX2·fjj;,'i;'_~Xi~~}H
.......•......
2005-2009
.•... 2000-2004
ctI
...
..lII:

ctI
4 1995-1999
:2: ~ 1990-1994
- Pra90
3.5

3
2 3 4 567 8 9 10 11
Kenyataan*

Rajah 1. Perbandingan Markat bagi Pernyataan Soal Selidik Mengikut Tahun Bergraduat
* Pernyataan
1- Kemahiran Mengajar, 2- Pengetahuan Dalam Mata Pelajaran yang diajar, 3- Sahsiah dan
Penampilan Diri, 4- Sifat Profesional sebagai Guru, 5- Kemahiran Menguruskan aktiviti Pel ajar,
6- Inisiatif dalam Tugas, 7- Sikap Inovatif dalam tugas, 8- Sifat kepemimpinan, 9- Perhubungan
dengan pel ajar, 10- Perhubungan dengan staflain, 11- Keseluruhan

Dapatan kajian seperti di atas memang dijangkakan kerana guru yang baru bergraduat serta

kurang berpengalaman dengan persekitaran pekerjaan disekoJah memang mempunyai keJemahan

atau kekurangan daripada berbagai aspek termasuk aspek yang dinyatakan dalam pernyataan soal

selidik kajian. Malahan banyak kajian atau sorotan literatur telah dibuat tentang masalah yang

dihadapi oleh guru-guru baharu atau guru permulaan (seperti Mohammed Sani Ibrahim, Mohd

Hasani Dali, Zamri Mahamod & Salleh Abd. Rashid, 2006; Norasmah Othman, Suhaida Andul

Kadir, Abdul Rasid Jamian, Mohamed Sani Ibrahim, Zamri Mahamod & Bhasah Abu Bakar,

2006). Namun, kelemahan, kekurangan atau masalah yang dihadapi graduan guru yang baharu

tersebut boleh diatasi melalui berbagai cara dan pengalaman yang dialami sepanjang mereka

berada dipersekitaran sekolah.

;.
Analisis berdasarkan program pengajian pula turut memberikan maklum balas yang

positif secara keseluruhan daripada maj ikan bagi semua program. Graduan program pengaj ian

tersebut mendapat markat lebih dari 4.0 (yang bermakna majikan berpuas hati) untuk hampir

9
-:,

kesemua pernyataan dalam soal selidik. Program pengajian yang mendapat markat kurang

daripada 4.0 bagi pernyataan tertentu dipamerkan dalam Jadual 4.

Jadual 4. Pernyataan yang diberi markah kurang 4.0 mengikut program pengajian*

Pernyataan Mill N

Kemahiran Mengajar: BP (B&K) 3.93 15


Sikap inovatif dalam tuzas: BP(TESL) 3.81 32
BSDP (K) 3.98 68
Sifat kepemimpinan: BP(TESL) 3.90 32
BP(SRT) 3.94 17
BP(SP) 3.85 20
BP (B&K) 3.95 19
* BP (Pl) dikecualikan kerana hanya terdapat 10 graduan yang diniJai

Rumusan dan Cadangan


Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, boleh dirumuskan secara keseluruhannya, pihak

majikan atau pengurusan sekolah dalam kajian ini berpuas hati dengan atau sangat menilai

graduan program pendidikan Universiti Putra Malaysia apabila memberikan markat purata pada

ill tahap yang agak tinggi. Walaupun, diawal kareer sebagai guru graduan mungkin

mempunyai berbagai kelemahan atau kekurangan (seperti yang dilaporkan majikan untuk

guru yang bergraduat antara 2005-2009), namun keadaan ini boleh berubah kepada yang

lebih baik setelah mereka menimba lebih banyak pengalaman serta dapat menyesuaikan

diri dengan persekitaran pekerjaan disekolah. Rumusan yang serupa juga boleh dibuat

berdasarkan program pengajian, iaitu pihak majikan berpuas hati dengan graduan guru daripada

semua program pengaj ian apabila memberikan rnarkat purata yang agak tinggi.
Walaupun, pada keseluruhannya, graduan guru UPM mendapat markat yang melebihi 4.0

untuk kesemua pernyataan berkenaan namun dua perkara iaitu 'Sikap inovatif dalam tugas'[M=

4.02] dan' Sifat kepemimpinan'[M = 4.06] mendapat markat yang agak rendah berbanding yang

lain harus diberi perhatian. Sebagai penambahbaikan, pemupukan sikap inovatif dalam tugas serta

sifat kepernirnpinan patut diberikan penekanan yang lebih dalam pelaksanaan kurikulum program

pengajian pendidikan di UPM. Perkara ini boleh diperoleh melalui perancangan berbagai aktiviti
inovatif atau tugasan akademik yang dibuat samada secara individu atau berpasukan oleh pelajar.

Selain aktiviti akadernik, kedua-dua perkara tersebut boleh juga dibina atau dipupuk melalui

aktiviti kokurikulurn yang dirancang dengan rapi.

]0
Satu cadangan adalah supaya pihak pengurusan fakulti memperkenalkan program diluar

kurikulum akademik yang mesti diikuti oleh semua pelajar program pengajian pendidikan guru

sebagai salah satu syarat untuk bergraduat. Secara ringkasnya, dicadangkan program ini

dilaksanakan dalam bentuk aktiviti khidmat kemasyarakatan selama satu minggu pada salah satu

tahun pengajian, contohnya pada tahun ketiga pengajian. Sebelum memulakan program ini,

setiap kumpulan pelajar (yang terdiri daripada pelajar berbeza bidang pengkhususan) akan

mengenalpasti lokasi serta bentuk khidmat masyarakt yang akan dikendalikan berdasarkan

masalah dan keperluan lokasi berkenaan. Program ini antara lain boleh melibatkan golongan

susah atau miskin, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, murid sekolah, remaja, orang

dewasa dan sebagainya. Seterusnya setiap kumpulan pelajar akan merancang aktiviti yang akan

dilaksanakan nanti, menentukan bajet serta sumber kewangan untuk menampung keperluan

program serta lain-lain perkara yang berkaitan. Diakhir program setiap kumpulan hendaklah

menyediakan laporan lengkap mengenai program yang telah dilaksanakan. Melalui program

seperti ini, pelajar antara lain akan dapat membentuk sikap inovatif dalam tugas serta sifat

kepemimpinan secara lebih bennakna bagi menghadapi dunia pendidikan yang kian mencabar.

Rujukan
Aypay, A. (2009). Teachers' evaluation of their pre-service teacher training. Educational
Sciences: Theory and Practice. 9,3, 1113-1123

Chee Kim Mang (2008). Kualiti guru permulaan keluaran sebuah institute perguruan: Satu
tinjauan dari perspektif pentadbir sekolah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23, 49-67.

Darling-Hammond, L. (2006a). Constructing 2181 century teacher education. Journal of Teacher


Education, 57,3,300-314

Darling-Hammond, L. (2006b). Assessing teacher education: The usefulness of multiple


measures for assessing program outcomes. Journal of Teacher Education, 57, 2, 120-
138.

Mohammed Sani Ibrahim, Mohd Hasani Dali, Zamri Mahamod & Salleh Abd. Rashid (2006).

Tinjauan literatur guru novis. Dalam Norasmah Othman, Zamri Mahamod & Mohammed
Sani Ibrahim (Ed.) Kesediaan profesionalisme guru novis. Bangi: Fakulti Pendidikan,

UKM.77-82

Norasmah Othman, Suhaida Andul Kadir, Abdul Rasid Jamian, Mohamed Sani Ibrahim, Zamri

Mahamod & Bhasah Abu Bakar (2006). Masalah profesionalisme guru novis. Dalam

Norasmah Othman, Zamri Mahamod & Mohammed Sani Ibrahim (Ed.) Kesediaan
profesionalisme guru navis. Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM. 91-111.

11