Anda di halaman 1dari 10

Terbentuknya PNB 1959 merupakan langkah pertama Brunei untuk menuju ke arah

kemerdekaan. Bincangkan.

1. Pengenalan

Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1984 setelah mengalami rentetan

peristiwa-peristiwa yang cukup mencabar dan menguji keutuhan sesebuah negara. Pada abad ke-

19, Brunei menjadi sebuah wilayah yang tenat kerana kehilangan wilayah-wilayah di bawah

rejim Brooke kemudian Brunei berada di bawah sistem residen British sekitar hampir 53 tahun.

Oleh yang demikian, pelbagai langkah yang di ambil oleh masyarakat tempatan terutama

golongan nasionalis dan sultan bagi mencapai kemerdekaan dan salah satunya adalah dengan

Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Maka yang menjadi perbincangan di sini adakah

terbentuknya Perlembagaan Negeri Brunei 1959 ini merupakan langkah pertama Brunei untuk

menuju ke arah kemerdekaan?, Adakah untuk meraih kemerdekaan, sesebuah negara mesti ada

perlembagaan?.

2. Keinginan rakyat untuk merdeka

Secara umumnya, kemerdekaan bagi sesebuah negara adalah untuk melepaskan diri daripada

penjajahan asing. Seterusnya, untuk mendapatkan derajat yang sama dengan negara-negara lain

dan sebanding dengan negara internasional lainnya yang sudah merdeka dan mencapai cita-cita

1
rakyatnya. Dorothy Pickles (1984 : 257) menakrifkan kemerdekaan sebagai cara untuk

mendapatkan kebebasan dengan cara mereka sendiri. Ini beerti dengan adanya kebebasan,

sesuatu masyarakat atau sesebuah negara itu tidak ada halangan dalam kebebasan untuk

bertindak. Hobhouse juga menyatakan bahawa kebebasan yang diberikan perlulah didasari

dengan sesuatu yang membawa kebaikan bersama dan memelihara hak-hak bagi semua orang

mengikut had yang tertentu.

Begitulah halnya dengan Brunei yang ingin melepaskan dirinya daripada British dan

mengembalikan semula hak rakyat tempatan. Dapat disaksikan melalui sistem residen British,

sultan kehilangan kuasanya sebagai pemerintah yang berkuasa mutlak. Sultan perlu mengikut

nasihat British dalam semua urusan melainkan hal yang berkaitan dengan agama. Majlis

Mesyuarat Negeri juga menjadi sebuah badan yang tidak efektif melainkan hanya menjadi “cop

getah”. (Mohd Yusop Damit, 2010 : 146) .Sistem pentadbiran tradisional juga mengalami

transformasi mengikut sistem pentadbiran British. (Sabihah Osman et al, 1995 : 59). Yang jelas

dapat dilihat bahawa residen mempunyai kuasa yang dominan dalam pentadbiran Brunei. Nasib

serupa di alami oleh rakyat tempatan yang disingkirkan kerana dianggap tiada berpengalaman

dan tidak berkemahiran sehingga tidak melayakkan memegang jawatan dalam pentadbiran.

Mungkin secara teori, kelihatan institusi dan pegawai tempatan yang bersifat tradisional masih

lagi dikekalkan namun secara praktikalnya, fungsi asal institusi tersebut telah kehilangan

kuasanya.

2
Maka dari itu, situasi ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerana hak mereka dirampas

sehingga memicu kepada cadangan untuk mengadakan perlembagaan. Brunei ingin melepaskan

diri daripada British dan meletakkan Brunei setara dengan negara lain yang sudah lebih dahulu

meraih kemerdekaan. Brunei ingin mengembalikan semula hak rakyat dan menuju ke arah

berkerajaan sendiri. Sepertimana menurut Dorothy Pickles (1984 : 257), kemerdekaan adalah

sebagai cara untuk mendapatkan kebebasan dengan cara mereka sendiri. Hobhouse pula

menambah bahawa kebebasan yang diberikan perlu didasari dengan sesuatu yang membawa

kebaikan bersama dan memelihara hak-hak bagi semua orang mengikut had tertentu. Ini beerti

bahawa Brunei tidak mahu British menghalang-halangi lagi sultan atau rakyat tempatan untuk

bertindak dan membuat keputusan yang berkaitan dengan urusan negara dan rakyatnya. Oleh

yang demikian, bagi meraih cita-cita ini, sebuah perlembagaan Negeri Brunei telah dibentuk

sepertimana titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulana Al Sultan Sir Muda

Omar Ali Saifuddien Sa’adul KhairiWaddin pada tahun 1953 bagi membebaskan Brunei dari

naungan Inggeris sejak akhir abad kesembilan belas :

“Bahawa pada suatu masa tadinya adalah tujuan dan maksud beta hendak memberikan kepada
rakyat-rakyat suatu perlembagaan yang tertulis dan dengan perlembagaan yang tertulis dengan
perlembagaan itu maka peraturan yang sesuai boleh dibuatkan untuk pemerintahan dan
kemakmuran Negeri Brunei kita.”

(Sumber : Sulaiman Haji Duraman , 1989 : 12)

3. Meraih kemerdekaan dengan Perlembagaan bertulis

Pada dasarnya, wujudnya perlembagaan bagi sesebuah negara adalah sesuatu elemen yang

penting bagi melancarkan jentera pentadbiran sesebuah negara. Oleh yang demikian, hampir

3
kesemua negara moden yang sudah meraih kemerdekaan mempunyai sebuah perlembagaan yang

merupakan asas panduan bagi sesebuah negara untuk menjalankan pentadbirannya.

Perlembagaan dapat memberikan jaminan kesejahteraan dan kebahagiaan seluruh rakyat dengan

mewujudkan sebuah pemerintahan yang adil. (Haji Sulaiman Haji Duraman, 1989 : 2-3). Jika

dilihat di negara-negara lain, penggubalan perlembagaan digubal selepas mereka meraih

kemerdekaan. Sebaliknya, Brunei menggubal perlembagaan bertulis sebelum merdeka, malahan

perlembagaan ini adalah salah satu senjata bagi mengembalikan semula hak rakyat dan

mendapatkan kemerdekaan. Persoalan yang timbul kenapa negara-negara luar boleh meraih

kemerdekaan sebelum mereka mempunyai sebuah perlembagaan tetapi kenapa Brunei tidak

mengalami nasib yang serupa.

Secara rasionalnya, masalah-masalah yang berlaku di negara luar adalah tidak sama

dengan di Brunei. Terdapat negara yang meraih kemerdekaan mesti dengan cara memberontak

atau dengan cara yang lebih radikal sehingga mereka tidak perlu menggubal perlembagaan untuk

meraih kemerdekaan. Berbeza dengan gerakan nasionalisme di negara kita yang memang diakui

berada ditahap yang minima dan tidak sepanas negara lain. Dan, kita juga perlu bersyukur kerana

negara kita tidak ditindas secara kejam sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol

menjajah Filipina. Oleh kerana itulah, cara negara kita meraih kemerdekaan agak unik iaitu

dengan menggunakan Perlembagaan . Dapat diertikan bahawa setiap negara mempunyai cara

yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4
Sudah dimaklumi bahawa Sultan Omar Ali Saifuddien III merupakan pemerintah yang

bijaksana. Baginda ingin meraih kemerdekaan Brunei secara perlahan-lahan dan menyedari

bahawa hal yang penting adalah untuk mewujudkan perlembagaan bertulis untuk memberi

kebahagiaan dan kedaulatan Negara Brunei Darussalam. Menurut Haji Sulaiman (1989 : 3)

bahawa dengan adanya perlembagaan ini setentunya akan memberikan jaminan kesejahteraan

dan kebahagiaan seluruh rakyat supaya dapat mewujudkan pemerintahan yang adil. Maka dapat

dikatakan bahawa perlembagaan itu adalah penting bagi meraih kemerdekaan seutuhnya bagi

sesebuah negara. Ini kerana dengan adanya perlembagaan, ia dapat dijadikan kitab panduan bagi

sesebuah negara untuk menyusun struktur dan organisasi pemerintahan supaya segala aktiviti

negara tidak terkeluar daripada garis-garis panduan yang termaktub di dalam perlembagaan.

Tindakan membuat sebuah perlembagaan sebelum merdeka ini dibuktikan berhasil

membawa Brunei menjadi sebuah negara yang sejahtera dan jarang berlaku pergolakan

sepertimana yang berlaku di negara luar. Jadi hal ini menekankan bahawa kriteria yang perlu ada

untuk meraih kemerdekaan adalah sebuah negara mesti memiliki perlembagaan bertulis.

4. Implikasi Perlembagaan Negeri Brunei 1959 kepada Brunei

Pada 29 September 1959 , Perlembagaan Negeri Brunei dapat direalisasikan sekaligus dengan

permahsyuran Perlantikan Pengganti Raja dan Perlantikan Pemangku Raja. Setelah

perlembagaan ini terlaksana secara tidak langsung ia meletakkan Brunei sebagai negara di bawah

naungan British. Kuasa residen British juga dibubarkan dan digantikan dengan Pesuruhjaya

5
Tinggi British. Pesuruhjaya Tinggi British masih diperlukan khidmatnya dalam Majlis

Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Di raja. Manakala, sultan dan rakyat telah

mendapatkan haknya semula.

Sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Brunei III perkara 4 (1) iaitu

kuasa pemerintah tertinggi dalam negeri adalah terletak di tangan sultan dan sebagai wakil

mutlak menjadi turus negara untuk mengawasi dan menjalankan pemerintahan negara. Jawatan

Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan dan Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berasal dari

rakyat tempatan kembali memainkan peranannya dalam jentera pentadbiran dan dalam Majlis

Mesyuarat Negeri.

Jadi adalah betul pendapat Haji Dzulkiflee (1991 : 39) yang menyatakan bahawa setelah

perlaksanaan Pelembagaan Negeri Brunei 1959, pentadbiran Brunei disifatkan sebagai kemuncak

di dalam pentadbiran moden sesuai dengan dasar dan matlamat kerajaan yang berhasrat untuk

melaksanakan sistem satu pentadbiran yang berkesan. Sabihah Osmal et al (1995 : 134) juga

mengakui kehebatan Sultan Omar Ali Saifuddien III yang berjaya mengembalikan hak rayat

tempatan untuk berpartisipasi, mentadbir dan memerintah negara sendiri bahkan corak

pemerintahannya juga cenderung kepada demokrasi sepertimana yang diharapkan oleh rakyat.

Pencapaian ini nyata memberi kebahagiaan kepada orang ramai kerana hasrat untuk menuju ke

arah berkerajaan sendiri hampir terlaksana.

6
5. Proses Brunei menuju ke arah kemerdekaan

Meskipun dengan pengisytiharan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 itu belum dapat

memberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada Brunei namun ia merupakan satu usaha untuk

mengambil alih kuasa pentadbiran dalam negeri secara bertahap. Ini merupakan peluang bagi

rakyat tempatan belajar untuk menuju ke arah berkerajaan sendiri. Sebelum bebas

sepenuhnya, rakyat perlu mempelajari terlebih dahulu dan memahami selok-belok

pentadbiran. Pendek kata, Perlembagaan Negeri Brunei 1959 ini merupakan tahap pertama

proses pencapaian Brunei untuk mendapatkan kemerdekaan penuh daripada British. Tanpa

adanya Perlembagaan Negeri Brunei ini besar kemungkinan tidak ada perjanjian-perjanjian

atau undang-undang yang membawa kemerdekaan kepada Brunei.

Pada tahap yang seterusnya, beberapa undang-undang mahupun perjanjian dibuat untuk

memelihara hak dan memberi kesejahteraan kepada Brunei. Dalam rangka untuk menjamin

hak kewarganegaraan maka Undang-Undang Taraf Kerakyatan diluluskan pada 1 Januari

1961. Dengan cara ini ia dapat menentukan hak dan keistimewaan rakyat Brunei dan bukan

Brunei seperti dalam pemilihan wakil di dalam majlis negara. (Pehin Jamil, 1992 :90).

Seterusnya diikuti pula dengan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama antara Brunei dan

Great Britain pada tahun 1971, juga membawa telah membubarkan kedudukan Pesuruhjaya

Tinggi dan khidmatnya tidak diperukan lagi apatah lagi hal yang berkaitan dengan

pemerintahan negeri. Tugas Pesuruhjaya Tinggi British hanya semata-mata sebagai wakil

7
bagi kerajaan British. Walau bagaimanapun Brunei belum lagi mempunyai tanggungjawab

berkaitan dengan hubungan antarabangsa.

Sehinggalah, perjanjian 1971 itu dipinda dan Perjanjian 1979 dimeterai, barulah

dikatakan Brunei mengalami kemuncak perjuangan untuk meraih kemerdekaan. Brunei telah

diberi kebebasan sepenuhnya dan penaungan British di negara ini juga ditamatkan setelah

Brunei membuktikan kemantapan politik, pertahanan dan sosioekonominya. Ini

menunjukkan Brunei sudah mampu berdikari sepenuhnya terutama dalam bidang

keselamatan dan pertahanan. Meskipun begitu, hubungan kerjasama dan persahabatan di

antara kedua belah pihak tetap terjalin erat sehinggalah ke hari ini. Dapat dilihat bahawa ,

Perlembagaan Negeri Brunei ini yang memangkin kepada termeterai perjanjian demi

perjanjian untuk membawa negara Brunei ke arah yang lebih baik dan merdeka penuh

berdaulat.

6. Kesimpulan

Secara ringkasnya , Perlembagaan Negeri Brunei 1959 memang langkah awal Brunei

menuju kearah kemerdekaan. Ia merupakan elemen yang penting bagi membina sebuah negara

yang teratur dan aman sejahtera. Apabila Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dilaksanakan, kuasa

sultan sebagai pemerintah dan penentu dasar negara telah dikembalikan . Melalui proses yang

diterangkan di atas, jelas menunjukkan bahawa Sultan Omar Ali Saifuddien III tidak mahu

meraih kemerdekaan secara tergopoh gapah tetapi secara bertahap bagi mempersiapkan secara

8
matang. Semua dasar yang dimasukkan dalam perlembagaan adalah bagi tujuan kepentingan

rakyat secara keseluruhannya di negara ini. Oleh kerana itu juga, Undang-Undang Taraf

Kebangsaan 1961 diluluskan supaya dapat memberi keadilan kepada semua rakyat. Kemudian

setelah perjanjian 1971 dibuat secara automatik Pesuruhjaya Tinggi dihapuskan. Brunei baru

mengecapi kuasa penuh dalam negeri kerana British hanya akan berkuasa dalam hal ehwal luar

negeri dan Pertahanan. Setelah perjanjian 1979 dimeterai, Brunei meraih satu tahap pencapaian

yang cemerlang untuk persediaan mengambil alih tanggungjawab Hal Ehwal Luar Negeri Brunei

khusus penglibatannya di dunia antarabangsa. Secara ringkasnya, Dengan pembentukkan

Perlembagaan Negeri Brunei 1959 telah membawa banyak transformasi sekaligus ia mendorong

kepada pindaan perjanjian-perjanjian yang seterusnya ia membawa Brunei untuk meraih

kemerdekaan pada 1984.

9
Bibliografi

Ajak Mirusin. (1991). Perjanjian-Perjanjian Di antara British dengan Brunei : Satu Kajian
Dalam Proses Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Univeristi Brunei Darussalam :
Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Dorothy Pickles. (1984). Pengantar Ilmu Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri, Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama, Dr., (1992),
Liku-Liku Perjuangan Pencapaian Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pusat
Sejarah.

Haji Awang Mohd.Yusof bin Haji Awang Damit. Dr. (2010). “British dan Pencapaian Brunei
Berkerajaan Sendiri : Mengimbas Hubungan Brunei dan British Sejak Akhir Perang Dunia
Kedua Hingga tahun 1959”. Dalam Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei III 100
tahun hubungan Brunei-British 1906-2006. Bandar Seri Begawan : Pusat Sejarah Brunei.

Haji Duraman Tuah (1997), Pentadbiran Awam Brunei Darussalam Di Period Naungan Dan
Pemerintahan Sendiri : Satu Kajian. Negara Brunei Darussalam: Institut Perkhidmatan
Awam, 1997.
Haji Dzulkiflee Bin Hj. Latif, (1991), Asal-Usul Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Universiti
Brunei Darussalam : Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Haji Sulaiman bin Haji Duraman, (1989). Perlembagaan Negeri Brunei 1959 : Satu Tinjauan
Mengenai Perkembangan Pentadbiran Awam Dan Agama Islam. Universiti Brunei
Darussalam : Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Haji Zaini Haji Ahmad, Dr. (2003). Brunei Merdeka : Sejarah Dan Budaya Politik . Brunei
Darussalam : De'Imas Printing & Trading Company.
Sabihah Osman, Muhammad Hadi Abdullah, Sabullah Hj Hakip. (1995). Sejarah Brunei
Menjelang Kemerdekaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,

Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959.

Undang-undang Taraf kerakyatan Brunei 1961.

10

Anda mungkin juga menyukai