Anda di halaman 1dari 5

Nama : Muhamad Naim Bin Abd Manaf

I/C : 890919 – 03 – 5223

Matrik : 123383

Kelas : PISMP Sains Semester 3

Laporan Analisis Kajian

Untuk Tugasan Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku (EDU3104),


kumpulan saya telah memilih sebuah kes yang mana situasinya berlaku di dalam bilik
darjah. Secara ringkasnya, kes yang dipilih oleh kami membolehkan kita
mengaplikasikan beberapa model untuk membuat kawalan terhadap kelas.

Secara ringkasan, kes kami berkisarkan seorang pelajar bernama Bob, yang
mana seorang pelajar yang mempunyai kebolehan akademik yang sederhana tetapi
mempunyai sifat – sifat destruptif, iaitu suka menggangu proses pembelajaran di dalam
kelas. Sikap Bob akan menjadi baik apabila diberi perhatian yang lebih oleh guru.

Biasanya guru kelas tersebut akan merasa meluat dengan sikap Bob. Oleh itu
selalunya dia dihantar ke bilik guru besar, atau kekecewaan guru tersebut terhadap Bob
akan diluahkan dihadapan kelas dan dihapadan murid – murid lain. Bob juga selalu
diugut oleh guru seperti ingin menambah kerja rumah ataupun akan menahannya dari
pulang sehingga petang.

Walaupun diancam dengan pelbagai ugutan oleh gurunya, Bob tidak


menunjukkan sebarang perubahan positif, malah berani untuk melawan gurunya. Bob
juga bertindak agresif dengan merosakkan harta sekolah setiap kali timbul masalah
kerana dia merupakan orang yang pertama akan dipersalahkan oleh guru dan pelajar
lain. Tingkahlaku Bob semakin parah apabila menyebabkan rakan sekelasnya patah
tangan apabila dia dituduh mengambil buku rakannya. Akibatnya dia digantung sekolah
Setelah kembali dari penggantungan sekolah, tingkahlaku Bob berubah secara
drastik. Dia langsung tidak mempedulikan orang disekitarnya. Dia hanya duduk
dibelakang kelas, tidak melakukan sebarang kerja dan tidak menggangu lagi orang lain.
Gurunya cuba melibatkan Bob didalam setiap aktiviti yang dilakukan, tetapi Bob akan
sentiasa mengelakkan diri. Lama kelamaan, gurunya hanya membiarkan Bob sendiri
kerana sekurang – kurangnya dia tidak lagi mengganggu pelajar lain.

Apa yang boleh disimpulkan dari kes ini adalah guru kelas tersebut telah
menggunakan pendekatan yang kurang tepat untuk menangani masalah yang berlaku
di dalam kelas, terutama masalah yang ditimbulkan dan melibatkan Bob. Pendekatan
yang kurang tepat ini telah menyebabkan pada akhirnya, Bob mengalami kemurungan
dan gangguan emosi, dimana dia tidak mahu lagi untuk terlibat didalam proses
pengajaran.

Pada pandangan saya, didalam kes yang dikaji kami ini, saya berpendapat
bahawa Model Akibat logikal Dreikurs adalah sesuai diaplikasikan untuk menangani
masalah yang timbul. Punca – punca timbulnya masalah yang diutarakan oleh Dreikurs
adalah mempunyai persamaan didalam kes Bob yang kami kaji ini. Dreikurs
mengatakan punca – punca tingkahlaku bermasalah didalam kelas adalah seperti:

- Mendapatkan perhatian

- Mencabar kuasa

- Membalas dendam

- Mempamerkan kekurangan

Dari apa yang dianalisis berdasarkan kes ini, sikap yang dipamerkan Bob adalah
untuk mendapatkan perhatian, mencabar kuasa dan membalas dendam. Untuk
mendapatkan perhatian, Bob sering melakukan tingkahlaku yang mengundang
kemarahan guru seperti mengetuk meja dangan penselnya, bermain dibelakang kelas
dan membuat bising dengan menggerakkan meja dan kerusinya. Ini kerana guru tidak
memberikan perhatian kepada tingkahlaku yang tidak diingini, tetapi hanya memberikan
perhatian kepada tingkahlaku yang diingini sahaja.

Dalam isu mencabar kuasa, didalam kes Bob kita dapat melihat Bob bertindak
mencabar kewibawaan guru seperti dengan enggan untuk memberikan kerjasama,
degil dan menganggu keharmonian kelas. Tindakan guru kelas Bob yang meluahkan
kekecewaan terhadap Bob dihadapan pelajar lain menyebabkan Bob terasa terpinggir
dan tertekan. Sebenarnya, guru haruslah mengelakkan diri daripada melepaskan
emosi kepada murid – murid terutamanya dikhalayak ramai, supaya murid tersebut
tidak mengalami tekanan emosi. Guru haruslah menunjukkan sikap mengambil berat
tentang masalah yang dihadapi oleh murid.

Membalas dendam tercetus apabila murid tidak menunjukkan salah laku


terhadap dendaan, tetapi dendam terhadap dendam yang dikenakan keatas mereka.
Didalam kes kajian ini, Bob sering menjadi suspek utama dan dipersalahkan atas setiap
sesuatu perkara yang terjadi di dalam kelas, walaupun dia tidak melakukan kesalahan
tersebut. Oleh itu, guru seharusnya menyiasat sesuatu perkara dengan mendalam
terlebih dahulu, walaupun pelajar tersebut biasanya bermasalah. Ini untuk mengelakkan
daripada kita tersalah menjatuhkan hukuman, yang mana mungkin menyebabkan
pelajar itu berdendam.

Akhir sekali, ciri yang ditunjukkan oleh Bob dalam kes ini setelah kembali dari
penggantungan sekolah adalah dengan menunjukkan kekurangan, iaitu memencilkan
diri. Apabila murid gagal mendapatkan pengiktirafan, mereka akan bertindak
memencilkan diri. Setelah sentiasa dipersalahkan dan dipandang serong oleh rakan
sekelas, ia telah menjatuhkan moral Bob. Dalam kes ini, Bob lebih suka bersendirian
dan dan mengelak daripada membuat sebarang gerak kerja kumpulan. Dia mahu tidak
dihiraukan dan lebih selesa dengan dunia sendiri. Untuk mengatasi masalah ini, guru
haruslah mengambil langkah proaktif dengan menarik perhatian Bobdalam aktiviti bilik
darjah dan memberi peluang Bob menunjukkan bakat dan kebolehan mereka. Guru
juga harus menggalakkan rakan – rakan sekelas Bob supaya berkawan dengannya.
Justeru itu, beberapa langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah murid
yang mempamerkan motif tingkahlaku salah seperti Bob ini. Antaranya adalah :

 Guru perlu mengenalpasti motif murid tersebut. Setelah guru dapat


mengenalpasti motif Bob, maka guru dapat merangka tindakan selanjutnya yang
berkesan.

 Memberi kesedaran kepada Bob.

 Bantu Bob untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat sebenar
yang mendatangkan manfaat.

 Menggalak dan membimbing Bob

 Bantu Bob untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkannya.

Dalam menjayakan langkah dan matlamat diatas, guru seharusnya mempunyai


pendekatan yang baik untuk berkomunikasi dengan murid yang bermasalah ini. Antara
yang boleh dipraktikkan dalam masalah Bob ini adalah dengan :

 Selalu berkomunikasi tentang perkara yang positif.

 Galakkan Bob untuk menunjukkan peningkatan bukan kesempurnaan.

 Kenalpasti kelemahan Bob dan bincang dengan Bob cara mengatasi kelemahan.

 Bantu Bob belajar dari kesilapan.

 Percaya kepada kebolehan Bob

 Galakkan murid bekerjasama antara satu sama lain.

 Tunjukkan rasa bangga dengan kerja Bob

 Sentiasa optimis dan bersemangat

 Guna frasa yang memberi galakan dan motivasi


Kesimpulannya, masalah salahlaku dalam bilik darjah haruslah ditangani dengan
bijak oleh guru kerana jika berlaku kepincangan dalam mengurus kelas atau kesilapan
memberi hukuman. boleh menggangu emosi pelajar terbabit. Guru haruslah bijak
mengenalpasti motif yang ingin disampaikan murid agar memberi penyelesaian terbaik
kepada murid – murid. Ini kerana setiap tindakan yang dipamerkan pelajar mungkin
mempunyai alasan tertentu seperti mencari perhatian.

Anda mungkin juga menyukai