Anda di halaman 1dari 5

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

1. Teori Pemprosesan Maklumat R. M. Gagne


Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction
( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia
memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut
teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima
dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan
ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan
jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui
sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor
ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk
mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi
memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan
menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu
pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan,
fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan
fasa maklum balas.

a) Fasa Motivasi- Jangkaan


Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses
pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi
tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan
berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam
mana-mana proses pembelajaran.
Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi
merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi
motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha
belajar.

b) Fasa Tanggapan – Perhatian


Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang
tepat dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan
perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih
serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.
Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid menumpukan
perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang
lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.
c) Fasa Penyimpanan- Kod
Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan
mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh
sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan
tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri
seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.

d) Fasa Penahanan- Stor Ingatan


Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka
pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan
dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor
jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu
sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa
ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa
atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.

e) Fasa Mengingat Kembali- Mencari


Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau
pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.
Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif
dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang
telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.

f) Fasa Generalisasi- Pindaan


Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau
fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali
maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya
untuk situasi yang sama atau serupa.
Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat,
segiempat sama sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat
sisi, maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk
tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisiempat.

g) Fasa Prestasi- Gerak Balas


Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa
ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku
seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila
seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik
sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas
dengan menjawab soalan guru secara lisan.
h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan
Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran.
Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak
balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.
Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi
galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat.
Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus
diberikan pujian oleh guru.

Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne,


beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses
pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan,
ingatan dan lupaan serta pemindahan.

2. Teori Pengajaran Burner

Bruner ( 1973 ), mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui


proses pengkategorisasi iaitu proses pengamatan. Mengikut beliau,
dengan mengkategorikan perkara-perkara dan benda yang mempunyai
ciri yang sama dalam beberapa kelompok, maka kita akan dapat
menjadikan pelajaran dengan lebih sistematik, teratur dan mudah.
Selain itu, dalam mengelaskan haiwan-haiwan yang pelbagai jenis kepada
kelompok-kelompok mengikut habitat mereka akan memudahkan murid-
murid mengamati ciri-ciri haiwan dalam pelajaran di sekolah. Sehubungan
dengan itu, di dalam teori pengajarannya, Bruner menyarankan bahawa :
a) Teori Pengajaran harus menetukan butir-butir pengetahuan sedia ada
yang digunakan sebagai motivasi pelajar.
b) Bahan-bahan pembelajaran harus distukturkan secara sistematik
supaya mudah dipelajari.
c) Teori Pengajaran harus menentukan cara yang palin berkesan untuk
mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah
dipersembahkan dan mudah dipelajari.
d) Teori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas
penilaian akiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam
pelajaranya.
3. Model Taba : Pembentukan Konsep

Mengikut Taba, konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan


banan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai. Dalam hal ini,
Taba mencadangkan satu model yang mengaitkan pembentukan konsep
dengan pemilihan dan memeringkatkan isi pelajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Taba, pembentukan sesuatu
konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat utama iaitu :

a) Peringkat Penyusunan Data 


Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciri-ciri persamaan dan
perbezaanya.

b) Peringkat Pembentukan Konsep


Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri
persamaan supaya menjadi kategori tertentu.

c) Peringkat Membentuk Hukum


Membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan hubungan-hubungan
di antara kategori-kategori yang dibuat dalam peringkat sebelumnya.

d) Peringkat Aplikasi
Penggunaan generalisasi atau kesimpulan baru
Model Pengajaran Taba mengaitkan stuktur pengetahuan dengan proses
perancangan dan pembelajaran. Semasa proses perancangan pelajaran,
perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data,
pembentukan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit
kepada abstrak. Di dalam proses pembelajaran, teknik meningkatkan
daya pemikiran pelajar adalah penting untuk memperoleh dan menguasai
generalisasi atau prinsip yang abstrak.

4. Model Inkuiri
Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan
jawapan atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini
memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk
hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan siasat dan membuat
rumusan atau mendapatkan jawapan. Kaedah inkuiri boleh dikendalikan
berdasarkan salah satu daripada tiga model berikut :
a) Model Inkuiri Sains
Digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains.
Prinsip kajian adalah berlandaskan kepada lima langkah aktiviti soal
selidik yang dihuraikan dalam Model Dewey ; mengenal pasti masalah,
mencari maklumat rumusan, membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan
menilai serta membuat rumusan.
Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan
mengenal pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah.
Peringkat mencari maklumat melibatkan aktiviti mengumpul bahan-bahan
atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Peringkat
membuat hipotesis merujuk kepada cadangan strategi dan cara
menyelesaikan masalah. Peringkat menguji hipotesis merupakan proses
perlaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian, manakala peringkat
menilai dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian dan
membuat rumusan terhadap teknik penyelesaian yang telah digunakan
dalam proses penyelesaian masalah.

b) Model Inkuiri Sosial


Digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang
kemanusiaan dan kemasyarakatan. Proses kajian adalah berlandaskan
kepada aktiviti pemerhatian , temubual atau soal selidik. Model inkuiri
sosial menegaskan proses interaksi sosial. Model ini merangkumi enam
langkah iaitu ; pembentukan masalah oleh pengajar, pembentukan
hipotesis oleh pelajar, menemtukan definisi untuk hipotesis, perbincangan
kesahan hipotesis, mencari sokongan untuk hipotesis dan membuat
rumusan atau kesimpulan.

c) Model Inkuiri Juris Prudential


Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti belajar
Sains lebih berguna daripada belajar Sastera. Proses inkuiri ini adalah
berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.
Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik
inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing
memerlukan guru membimbing murid-murid menjalankan segala proses
kajian. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah
dan juga sekolah menengah. Dalam inkuiri terbuka, murid-murid tidak
diberi sebarang bimbingan.

d) Model Inkuiri Suchman


Model ini diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskam andaian
bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk
menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran
dalam matapelajaran khususnya sains.

Anda mungkin juga menyukai