Anda di halaman 1dari 25

Jawapan:

Waalaikumsalam. 

Berkaitan dengan‘anxiety disorder’, saya pasti anda sudahpun mendapat bantuan daripada
mereka yang pakar dalam hal ini seperti psychologist atau Psychiatrist. Apa yang pasti untuk
menangani hal ini memerlukan usaha daripada yang empunya diri, iaitu mengelakkan daripada
perkara-perkara yang boleh mengakibatkan simtom-simtom membawa kepada ‘panic attack’ dan
sebagainya. 

Mungkin jika anda  dapat melihat hal ini dari sudut yang positif dan ada rahmat di sebaliknya. Ia
memberi peluang kepada anda untuk lebih banyak melakukan perkara yang tidak pernah terfikir
atau tidak mempunyai masa sebelum ini untuk melakukannya. 

Peluang mendekatkan diri pada Allah, bersolat 5 waktu secara konsisten, belajar mengaji,
berdamping dengan anak-anak dan suami adalah suatu perkara yang anda melakukannya dapat
melakukannya dengan tetap dan secara tidak langsung ia dapat memberikan ketenangan dan
kegembiraan dalam hati.

Ingatlah kata-kata Allah: 

‘Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -Apabila ia
ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil
kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang - Iaitu mereka yang tetap
mengerjakan sembahyangnya;’ Al-Ma’arij, 19-23. 

Daripada ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa solat adalah salah satu daripada cara merawati
kecelaruan kegelisahan. Ibadah solat merangkumi pelbagai aspek zikrullah seperti doa, tasbih,
takbir dan tahmid. Melalui zikrullah yang dibaca secara berulang-ulang ini berdasarkan perasaan
rindu kepada-Nya dapat mendidik jiwa manusia ke arah kebaikan serta menjauhkan jiwa dari
kejahatan selaras dengan kehendak Islam. Cinta yang mendalam ini akan membuat jiwa
seseorang itu tenang dan sentiasa mengingati Allah serta takutkan kebesaran-Nya.

Selain dari itu juga, anda mengakui terdapat perubahan positif pada diri anda, iaitu anda tidak
lagi keluar malam, walaupun ianya disalah anggap oleh sebahagian pihak sebagai kolot, tetapi
apa yang penting..sikap anda ini disenangi suami dan dapat memberikan kesempatan kepada
anda untuk lebih banyak mendekatkan diri dan menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga.
Tiada yang lebih penting tempat seorang isteri selain dari mengharapkan keredhaan suami. Tidak
begitu?

Pastinya solat lima waktu beserta dengan amalan-amalan sunat yang lain lebih digalakkan kita
melakukannya, apatah lagi jika kita suka menambah ilmu dengan pergi ke majlis syarahan atau
ceramah. Jika rasanya sukar untuk melakukan yang sunat, maka sebaiknya ditumpukan pada
yang wajib dahulu. 

Suka saya berkongsi tentang sebuah kisah, pernah diriwayatkan di mana dalam satu majlis,
selepas membaca Quran dan Hadith, tiba-tiba Rasulullah bersabda: Tidak lama lagi akan datang
ke majlis kita ini seorang ahli syurga. Tidak lama selepas itu terdengar suara orang memberi
salam. Itulah suara ahli syurga yang dimaksudkan. Kemudia dia masuk, dia tidak tahu apa yang
dikatakan oleh Rasulullah. 

Ada seorang sahabat yang sangat berminat dengan cerita itu, apabila bersurai, sahabat lain pun
balik tetapi sahabat ini tidak. Dia mengikut sahabat yang dikatakan ahli syurga itu dari belakang
tanpa pengetahuannya. Tujuan sahabat ini adalah untuk melihat apakah amalan ahli Syurga ini
supaya dapat diikuti dan disontohi. Bila sudah sampai ke rumahahli syurga itu, dia memberi
salam, ‘Boleh tak saya bermalam di rumah saudara?’ Silalah. Merekapun sama-sama bersolat
Maghrib, Isya’, makan dan minum. Hinggalah tiba waktu malam. Oleh kerana tujuannya untuk
menyelidiki amalan ahli syurga ini. Beliau tidak tidur sehinggalah waktu Subuh. 

Akhirnya dia pening memikirkan bagaiamana sahabat ini boleh masuk syurga sedangkan dia
hanya mengerjakan ibadah yang wajib sahaja, solat Rawatib pun tidak dilakukan apatah lagi
Tahajjud. Selepas solat Subuh, sahabat itupun memberitahu tujuan beliau bermalam di situ dan
bertanya jikalau ada hal-hal lain yang dilakukan. Tuan rumah itupun menjawab, saudara dalam
hidup saya, bukan sahaja saya tidak berhasad dengki dengan orang, terniat untuk berhasad
dengki pun tidak. (Sila lihat jawapan penun di blog saya)
KUALITI MANUSIA MELALUI SOLAT 

 MEMBACA doa iftitah sebagai muqaddimah adalah sunat yang digalakkan dalam banyak hadith. Antara
doa iftitah itu ialah ikrar, pengakuan dan janji kita kepada Allah s.w.t. bahawa sembahyang kita, amal
ibadat kita, hidup dan mati kita hanyalah untuk dan kerana Allah s.w.t. Inilah pengakuan yang kita
lafazkan di hadapan Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

Signifikan doa ini adalah untuk meletakkan matlamat dan halatuju hidup kita dan segala-galanya adalah
untuk keredhaan Allah s.w.t. Bila sudah ada visi sebegini, kita menolak sebarang bentuk pengagungan,
ketaatan, pematuhan yang berlebihan kepada makhluk melebihi Allah s.w.t. Dengan cara inilah kita
dapat menjaga aqidah kita daripada terbatal, amalan kita terbatal dan juga menipisnya iman dan Islam
kita.

Pengakuan sebegini juga meningkatkan kekuatan kita untuk menghadapi apa jua cabaran dan rintangan
kerana kita hidup dan mati hanya kerana Allah s.w.t.. Tidak ada apa yang kita takuti daripada Allah. Yang
menghidupkan kita dan boleh mematikan kita hanya Allah. Pemberi rezeki, penentu jodoh, ajal dan
segalanya adalah Allah s.w.t. Namun manusia mestilah berusaha untuk mencapai segala yang
diidamkan, kemudiannya berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Hubungan Manusia dengan Allah s.w.t.

Hubungan manusia Muslim dengan Allah secara langsung adalah menerusi solah. Hubungan manusia
dengan Allah secara langsung dan kekerapan berhubung secara formal juga adalah melalui solah.
Justeru, manusia berkomunikasi dengan Allah dan menghadap-Nya sekurang-kurangnya lima kali sehari
semalam.

Solah ialah salah satu cara bagaimana dapat mendekatkan diri kepada Allah dan tiada hijab antara
keduanya. Manusia perlu menjalin hubungannya dengan Allah sebagai satu cara pengabdian diri, untuk
memperolehi ketenangan, salah satu cara bersyukur dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t.

Dengan pahala solah, Allah menghapuskan segala dosa. Ketikamana manusia ruku’ dan bersujud ketika
solah, segala dosa turut gugur bersama.

Solah yang diterima Allah membentuk akhlak yang mulia. Apa tidaknya, ia mendorong sifat-sifat
mahmudah (terpuji) dan membawa hati manusia untuk menyisihkan sifat-sifat mazmumah (terkeji).

Solah diumpamakan sebagai tiang agama. Sesuatu bangunan sekiranya tidak mempunyai tiang,
bangunan itu tidak dapat berdiri dengan sendirinya. Justeru, orang yang tidak memberikan komitmen
sepenuhnya kepada solah, ibarat orang yang meruntuhkan agamanya.

Aqidah
Dengan solah, seseorang manusia Muslim dan bukan Muslim dapat dibezakan. Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang menghadap kiblat kita, bersembahyang dengan sembahyang kita dan memakan dengan
sembelihan kita, maka dia adalah orang Islam yang mempunyai hak yang patut diperolehi oleh orang
Islam dan berkewajipan sama seperti kewajipan seorang Islam”.

Sabda Rasulallah s.a.w. “Meninggalkan sembahyang adalah unsur yang membezakan antara seorang
Muslim dan seorang kafir”.

Orang yang tidak mahu dianggap sebagai bukan Islam, mesti melakukan solah. Ia merupakan kualiti
aqidah yang paling tinggi dengan syarat keikhlasannya suci bersih.

Ikhlas

Apa jua amalan ibadah mestilah diniatkan kerana Allah. Terbatal apa jua amalan kerana ketidakikhlasan,
‘ujub, riya’, sum’ah, dan yang disertakan dengan penyakit-penyakit hati yang lain (Afat al-Qalb). Namun
demikian, peringatan Allah tentang ketidakikhlasan terhadap solah cukup besar. Allah mencela solah
orang yang tidak ikhlas. Allah berfirman:

“Neraka Weel bagi orang-orang yang bersolah; bagi orang-orang yang lalai dan menunjuk-nunjuk”.

Dalam satu hadith dijelaskan bahawa pengertian riya’ terkandung dalam amalan seseorang yang
membaguskan bacaannya di hadapan orang lain dengan tujuan untuk mendapat pujian, perhatian orang
dan penghargaan. Justeru, pembagusan bacaan sembahyang tidaklah boleh dilakukan selain daripada
kerana Allah s.w.t..

Ada di antara kalangan Muslimin yang mengikut ajaran-ajaran sesat tertentu beranggapan bahawa solah
itu cukup dengan niat sahaja tanpa perlu melakukan amalan-amalannya. Fahaman sebegini amat
merbahaya dan merosakkan ‘aqidah.

Cara solah yang terbaik ialah dengan cara mencontohi Rasulallah s.a.w.. Rasulallah bersabda:
“Bersembahyanglah kamu sepertimana kamu lihat aku bersembahyang”.

Rasulallah s.a.w. tidak pernah bersolah hanya dengan berniat. Orang-orang yang bersolah dengan hanya
menggunakan niat adalah orang yang mempersendakan agama Allah dan Rasulallah s.a.w..

Orang yang bersolah tanpa niat, tidak sah solahnya. Di kalangan ulama’ Shafi’iyyah syarat niat ada tiga;
keinginan yang sangat mendalam (qasd), penentuan subjek yang dilakukan (Al-Ta’yin) dan kefarduan
(fardiyyah).

Khusyuk
Kualiti ini memang sukar untuk dicapai. Sepenuh konsentrasi, fokus dan penumpuan perlu diberikan
ketika bersolah untuk mendapat kekhusyukan. Bahkan orang yang belum menjamah juadah yang telah
terhidang diminta untuk menghabiskan juadah dahulu sebelum memulakan solah. Allah s.w.t telah
menegaskan di dalam Al-Quran bahawa solah itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

Dalam konteks kehidupan seharian kita, kualiti konsentrasi perlu diberikan kepada setiap pekerjaan yang
kita lakukan. Orang yang hilang tumpuan atau fokus sukar untuk mencapai kejayaan ataupun sukar
untuk mencapai objektif bagi setiap apa yang dilakukan.

Tempat sembahyang mestilah suci daripada najis. Pakaian sembahyang mestilah bersih. Begitu juga
tempat bersembahyang. Orang yang bersembahyang mestilah bersih fizikal dan rohani. Pakaian solah
mestilah diperolehi daripada sumber yang halal. Kualiti kebersihan sebegini boleh dimanifestasikan
dalam kehidupan seharian.

Kejayaan

Apabila bilal melaungkan azan, solah disertakan dengan kejayaan. Orang yang menunaikan kewajipan
solah dianggap sebagai orang yang menuju kejayaan dan berjaya. Kejayaan juga dikecapi bagi orang
yang khusyuk bersolah.

Imam dan makmum haruslah bangun ketika dilaungkan “hayya ‘ala al-Falah” (Marilah menuju kejayaan).
Frasa ini merujuk kepada satu bentuk arahan dan pematuhan. Jika imam datang daripada belakang,
makmum mesti bangun dan jika imam datang daripada hadapan, maka makmum mesti bersama-
samanya.

Di dalam surah Al-Mu’minun, dijelaskan salah satu sifat orang mukmin yang berjaya, iaitu mereka yang
memelihara sembahyangnya dalam erti kata kekhusyukannya, kebersihannya dari segala aspek,
ketertibannya, pembacaannya; termasuk makhraj, fashah dan tajwidnya dan lain-lain lagi.

Disiplin dan Masa

Seperti yang diketahui, waktu-waktu solah berbeza; terdapat permulaan dan pengakhirannya. Solah
mesti dilakukan mengikut waktu yang diperuntukkan dan mesti disegerakan.

Ini menunjukkan suatu disiplin yang diajarkan oleh Allah kepada manusia iaitu menghargai masa,
ketepatan menunaikan sesuatu janji, mendahulukan berbuat baik dengan kadar seberapa segera dan
juga pengurusan masa yang baik.

Kesihatan

Cara solah yang penuh tertib dan tidak dalam keadaan yang tergesa-gesa merupakan suatu latihan
jasmaniah yang jarang disebut orang. Terdapat hikmah mengenai galakan bersolah tarawih di bulan
Ramadan. Orang yang komited terhadap solah merupakan orang yang sihat.

Kepimpinan dan Kepatuhan

Imam sebagai pemimpin sembahyang dan makmum sebagai rakyat adalah gambaran bagaimana praktik
solah yang mewakili falsafah pemerintahan dalam Islam. Imam mestilah mempunyai kriteria serta kualiti
yang tinggi apabila menjadi imam sembahyang dan begitulah juga pemimpin dalam konteks falsafah
pemerintahan Islam.

Makmum sama sekali tidak boleh mendahului imam sekiranya ia ingin mendapat pahala berjemaah. Ini
merupakan suatu disiplin yang mesti dipatuhi. Sekiranya imam terbatal sembahyangnya, makmum yang
betul kedudukannya di belakang imam mestilah mengambil tempat imam. Sembahyang itu tidaklah
terbubar dengan sendirinya.

Antara kualiti yang harus dimiliki oleh imam solah ialah seperti baik bacaannya, tajwid dan makhraj serta
telah berkahwin. Adalah tidak digalakkan bagi orang yang mempunyai kualiti bacaan yang baik, tajwid
dan makhrajnya berimamkan orang yang tidak mempunyai kualiti tersebut. Begitu juga bagi orang yang
telah berkahwin untuk mengimamkan solah orang yang belum berkahwin.

Kualiti kepatuhan konsep imam dalam solah juga mempunyai signifikan dalam falsafah pemerintahan
Islam. Dalam sembahyang, imam tidak boleh didahului demi untuk mendapat pahala berjemaah.

Sekiranya imam melakukan sesuatu kesilapan dalam sembahyangnya, makmum mesti menegur dan
memperingatkannya dengan menyebut “subhanallah”. Begitu juga dalam konsep pemerintahan Islam.
Pemimpin wajib dipatuhi selama mana tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran
Islam.

Kepatuhan makmum kepada imam dalam solah bukanlah kepatuhan yang membuta-tuli. Seandainya
imam terlupa atau melakukan kesilapan bacaan ayat al-Quran dalam sembahyang, makmum
mempunyai hak untuk memperingatkannya. Sekiranya imam terlebih rakaat sembahyang, makmum
yang menyedarinya tidak perlu menuruti perkara itu tetapi boleh berhenti sejenak dan
memperingatkannya.

Solat melahirkan kerjasama

Orang yang berimamkan seseorang dalam solah mestilah berniatkan solah berjemaah sekiranya ingin
mendapat pahala berjemaah. Orang yang berniat secara bersendirian walaupun ia bersolah secara
berjemaah tidak akan mendapat pahala berjemaah. Solah berjemaah merupakan sesuatu yang amat
dituntut oleh Islam.
Di antara kesempurnaan solah untuk mendapatkan pahala berjemaah ialah kemestian meluruskan saf
(barisan) dalam satu barisan yang lurus, tidak bengkang-bengkok dan merapatkan saf tanpa mempunyai
ruang kosong yang terdedah secara keterlaluan.

Imam disunatkan menegur dan membetulkan perkara ini sebelum memulakan solah, bukannya
membiarkan sahaja para jamaah bersendirian menghadapi perkara ini.

Di negara kita, adalah merupakan sesuatu yang menyedihkan kerana selalu kita dapati sewaktu
sembahyang Jumaat, banyak ruang-ruang kosong yang tidak diisi dalam saf. Rasulallah s.a.w. telah
bersabda yang bermaksud: “Luruskan dan rapatkanlah saf-saf kamu kerana melurus dan merapatkan saf
merupakan setengah daripada kesempurnaan solah”.

Hikmah meluruskan saf dan merapatkan saf adalah untuk membentuk semangat bekerjasama dalam
satu kumpulan dan perpaduan. Jika perkara sekecil sebegini pun tidak dapat kita lakukan, bagaimanakah
kita dapat lakukan sesuatu yang lebih besar?

Solah membentuk satu kesatuan aqidah sesama Muslim, suasana kerjasama dan kemasyarakatan yang
bersatu padu dan ampuh, membentuk tali silaturrahim, berkasih sayang, masyarakat lestari, kesatuan
dalam cara berfikir dan memegang satu ikatan aqidah dan al-Din, satu keimanan dan merasa tidak
senang kalau saudaranya yang lain disakiti, dizalimi dan sebagainya.

Antara adab berjemaah ialah tidak melangkahi atau melintasi orang yang sedang bersembahyang.
Dalam budaya Melayu, melangkahi tanpa meminta izin ketika selesai solah atau setelah selesai solah
adalah sesuatu yang kurang sopan.

Cegah Mungkar

Solah orang yang dimakbulkan oleh Allah terletak pada kualiti peningkatan iman dan solah bertindak
sebagai penawar pencegahan daripada seseorang melakukan kemungkaran dan perkara-perkara keji.
Inilah solah orang yang sempurna dan diterima oleh Allah s.w.t. Ini terkandung dalam firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya solah itu dapat mencegah daripada berlakunya perkara-perkara keji dan mungkar”.

Kalau hendak dinilai kualiti sembahyang seseorang itu, nilailah akhlak dan komitmennya kepada
mematuhi titah perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangannya.

Orang yang kualiti sembahyangnya tinggi, semakin kuat imannya, semakin baik akhlaknya, semakin
tinggi komitmennya kepada Islam dan ia merasa resah gelisah dengan suasana kemungkaran, ia merasa
berat untuk melakukan kemungkaran ataupun kekejian. Inilah tanda orang yang sembahyangnya benar-
benar mengikut kehendak dan diterima oleh Allah s.w.t.

Hamba
Kualiti ini melahirkan perasaan takutkan Allah semata-mata, tidak kepada selain daripadaNya. Manusia
hanya memohon dan bergantung kepada-Nya, terus kepada-Nya lantas menyedari bahawa Allah
Pemberi Rezeki, yang Maha Pemurah, Penyayang dan lagi Mengasihani.

Insan yang berkualiti akan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah, memohon kepadanya, berzikir dan
bermunajat. Amalan-amalan solah nawafil patut dilakukan selalu. Sembahyang istikharah patut
dilakukan ketika menentukan sesuatu yang patut dilakukan dan tidak. Sembahyang Hajat untuk sesuatu
yang dihajati dan diperlukan sangat-sangat. Ini merupakan suatu cara melepaskan diri daripada tekanan
dan menguatkan emosi serta psikologi untuk menghadapi situasi mencabar.

Kesimpulan

Ternyata bagi kualiti orang yang solahnya tinggi, banyak implikasi yang akan terlahir dalam bentuk
tingkah laku, akhlak, perbuatan dan segalanya. Kesemuanya seharusnya dimanifestasikan dalam
kehidupan seharian dan pembentukan sanubari, hati dan jiwanya.

Ia dapat menjalin hubungan yang intim dengan Allah dalam konteks hablum min Allah dan hubungannya
dengan manusia hablum min al-Nas dan alam sekitar dan seluruh alam dan bimasakti.

Orang yang kualiti solahnya baik, akan baik jugalah kualiti imannya, kualiti akhlaknya, kualiti
kehidupannya dan begitulah sebaliknya.
RASULULLAH SAW bersabda: Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya
ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan
agama.

Hakikatnya solat adalah satu suruhan yang mesti dilaksanakan atau disempurnakan oleh setiap umat
Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.

Sayangnya, masih ada di kalangan umat Islam yang tidak langsung mendirikan solat, kalau buat pun, ada
yang melengah-lengahkan waktu solat, melakukan solat secara tergesa-gesa serta tidak khusyuk dan
banyak lagi.

Wartawan, ZUARIDA MOHYIN menemu bual pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ,
Zaharuddin Ab. Rahman bagi mengupas persoalan ini.

Sungguhpun waktu solat itu telah ditentukan, mengapa kita digalakkan agar tidak melengah-
lengahkannya dan apakah ganjaran mereka yang bersolat di awal waktu?

ZAHARUDDIN: Keperluan untuk menunaikan solat di awal waktu jelas daripada hadis yang bermaksud:
“Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu.” (riwayat at-
Tirmizi dan Abu Daud)

Namun ada beberapa ketika yang dibenarkan untuk melewatkan solat seperti jika cuaca terlampau
panas dan berjemaah secara terbuka di luar. Sabda Nabi SAW: Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat
Zuhur, kerana kekuatan panas (matahari) adalah daripada bahang neraka jahanam. (riwayat al-Bukhari).

Namun mungkin keadaan terlalu panas ini sudah kurang timbul kerana kini, kita menunaikan solat di
masjid yang redup dan berhawa dingin.

Bagi menjelaskan ganjaran mereka yang menjaga waktu solat. Rasulullah bersabda: Pada suatu hari
Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang paling utama? Baginda menjawab: Solat
tepat pada waktunya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda: “Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan
melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan
cemerlang. Solat itu berkata: “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku
(menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang
ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan
tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil
berkata: “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya
setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana
dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.” (riwayat al-Tabrani dan
Baihaqi).

Sementara, dalam surah al-Mukmin ayat 8 hingga 11 yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga
amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi
syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.

Perkataan memelihara solat mempunyai pengertian yang cukup luas. Boleh ustaz huraikan?

ZAHARUDDIN: Erti memelihara solat yang termudah adalah menjaga solat fardu lima kali sehari
semalam. Namun, lebih dalam dari itu, penjagaan solat juga menuntut kita untuk mendirikannya dan
bukan sekadar menunaikannya. ‘Tunaikan’ dan ‘dirikan’ adalah dua benda yang berbeza. Tunai lebih
cenderung kepada proses melaksanakannya pada satu-satu waktu dan kemudian ia dikira selesai tanpa
mengira kesan selepas dan persembahan spiritual semasa pelaksanaannya.

Manakala erti ‘mendirikan’ solat pula tidak bermaksud sedemikian, ini kerana kita dituntut untuk
melaksanakan solat secara fizikal dan spiritual lalu berterusanlah kesan solat itu dalam kehidupan
seharian kita.

Perlu sama-sama kita menyedari bahawa yang dituntut semasa solat adalah usaha untuk meyakinkan
yang kita sedang berhadap dengan Allah dan hati kita juga sedang dilihat oleh-Nya. Ini ditegaskan oleh
Nabi SAW yang bermaksud: Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini yakni tidak
fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang
bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke lain. (al-Bukhari dan Abu Daud)

Perasaan inilah yang perlu dibawa hingga keluar solat, maka dengannya kita pasti akan dapat merasakan
setiap tindakan kita dilihat oleh Allah SWT.

Apakah yang dimaksudkan solat berkualiti dan bagaimana memperolehnya?

ZAHARUDDIN: Maksud solat berkualiti merangkumi semua hal-hal yang telah saya nyatakan sebelum ini,
selain itu solat ini juga didirikan berlandaskan ilmu dan bukannya secara ikutan tanpa mengetahui asas
sesuatu pergerakan dan tindakan itu.

Solat bagi mereka yang mengikuti mana-mana ilmuwan dan alim ulama secara ‘lihat, pandang dan
dengar’ sudah tentu sah jika menepati rukun dan syaratnya.

Namun, apabila kita ingin mengulas perihal berkualiti, ia sudah tentu perlu lebih dari sekadar sah. Atas
sebab demikian ia memerlukan ilmu yang lebih jelas tentang dalil-dalil yang disandarkan pandangan
ulama tersebut. Inilah namanya menaiktarafkan tahap ilmu agar pencapaian pahala dan keyakinannya
semakin tinggi.

Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang
tidak didasari ilmu.

Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata: “Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak
dihasilkan daripada kebaikan. (Jami’ Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)

Malah Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki,
seorang daripadanya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu. Lalu Nabi memberi respons,
keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi daripada orang yang beribadat (tanpa ilmu) adalah seperti
keutamaanku dengan yang paling rendah daripada kalangan kamu (sahabat). (riwayat Tirmizi, no. 2685,
5/50)

Syeikh Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah
mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan
bahawa Nabi membandingkan keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah
kemuliaannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)

Inilah juga yang ditegaskan oleh Syeikh Khatib As-Syarbini As-Syafie di dalam kitabnya di mana beliau
menegaskan erti ‘lihat’ dalam hadis Nabi: “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku mendirikan
solat.” adalah ilmu iaitu, sebagaimana aku mengetahui kaedah dan sifat aku solat.

Solat sebegini akan lebih mudah meraih nikmat khusyuk yang merupakan satu kenikmatan spiritual yang
amat bernilai buat kehidupan di dunia dan di akhirat.

Bagaimanakah cara berhikmah untuk mengajak orang mendirikan solat kerana kita tidak mahu perkara
ini dipertanggungjawabkan ke atas kita di akhirat kelak atas alasan segan atau takut mengecilkan hati
mereka?

ZAHARUDDIN: Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to basic). Kita cuba ajak mereka
berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja.
Jangan kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih dahulu iaitu termasuk
mereka yang sedang ingin menasihati. Ingatkan perihal kematian, ia adalah saranan Nabi SAW dalam
hadisnya: “Perbanyakkanlah ingatan kepada perkara yang memutuskan kenikmatan sementara, iaitu
mati.”
Jika penerimaannya baik, boleh diteruskan dengan memberi kefahaman perihal dosa mereka yang
meninggalkan solat, antaranya adalah satu kaki sudah menjadi kafir, sebagaimana disebut di dalam
hadis: “Sempadan antara seorang itu Islam dan kafir adalah jika mereka meninggalkan solat.” Ini bererti,
mereka yang meninggalkan solat dikira sudah separuh badan di sempadan kekafiran yang amat
berbahaya.

Gunakan cara nasihat yang didasari kasih sayang dan ingin membantu, cara lembut sentiasa lebih utama
daripada kaedah yang keras dan menempelak. Kaedah ini juga datang dari al-Quran dan hadis.

Setelah itu, sentiasa galakkan dan bina kemampuan solat orang dituju secara beransur-ansur. Jika sukar,
boleh sahaja minta dia mendirikan satu waktu solat sehari terlebih dahulu dan seterusnya semakin baik.
Insya-Allah.

bismillah hirrahamanirahim..

Asslamualaikum wmthbrkth....

Alhamulillah.......
Kalungan apreasasi untuk Pengacara majlis, barisan panel hakim yang bertunjangkan keadilan,

seterusnya umat Muhammad sekalian.

Firman Allah

Allah mengangkat darjat orang yang berilmu diantara kamu ke beberapa darjat

Justeru ,tampillah saya di podium ini demi melakarkan wacana yang bertemakan .

MASYARAKAT BERILMU MENJAMIN KESTABILAN NEGARA.

Lantas, saya tampilkan dahulu intepretasi yang membina maudhuknya.

Masyarakat berilmu membawa konotasi sebuah kelompok individu yang mempunyai

pengetahuan dan kepandaian,

Menjamin ditakrifkan sebagai memastikan,

Manakala frasa kestabilan Negara membawa maksud, kerajaan  yang utuh dan kukuh.

Secara totalnya, tajuk ini akan memperkatakan tentang, keutuhan Negara dapat dibentuk

andainya kelompok individu mempunyai pengetahuan dan kepandaian yang luas serta

mengamalkannya

Muslimin dan muslimat,

1. ILMU EKONOMI ASPIRASI KEJITUAN NEGARA.

Kemantapan ilmu ekonomi melahirkan sebuah daulah yang aman dan makmur serta bebas

daripada gejala rasuah mahupun spekulasi. Julai 1997, Malaysia membuktikan, minda kritis

ilmuan ekonomi negara mengaplikasikan sistem ekonomi islam lantas membantutkan kejatuhan
ekonomi dasyat yang direncanakan oleh spekulator dunia. Natijahnya, negara kita utuh sehingga

kini.

Firman Allah:

“dan aku menghalalalkan jual beli serta mengharamkan riba”

Konklusinya, dinamika ilmu ekonomi  aspirasi daulah yang aman.

2. ILMU ASTRONOMI NAHDAH GENERASI FUTURISTIK

Astronomi ialah kajian tentang bintang, bulan dan cakerawala. Keajaiban ilmu astronomi

memampukan insan bestari mengkaji dan membangkar rahsia alam. Harun Yahya,saintis Islam ,

dalam laman webnya, memaparkan Era Degenerat , akan berlaku 100 hingga 1037 trillion akan

datang. Bahkan,hasil Revolusi intelegensia memungkinkan kemunculan pelbagai teknologi

terkini seperti setelit, natijah penguasaan dan pembongkaran ilmu astronomi.

Firman Allah

Surah Ar-rahman :5

Matahari dan bulan berputar mengikut putarannya.

Jelas, Ilmu astronomi pemangkin Kesejahteraan Negara.

Sidang saksi bermisi,

3. ILMU MATEMATIK MENCERNA KESTABILAN NEGARA.

Ilmu matematik ialah bidang yang melibatkan kira-kira. Lihatlah bagaimana keunggulan ilmu

matematik Al-Khawarizmi.Teorem Pithagoras diaplikasikan sehingga hari ini sebagai asas dalam
bidang ukur-mengukur seterusnya memungkinkan Menara Berkembar PETRONAS, Eiffel

Tower dan pelbagai bangunan  berdiri  utuh.

Firman Allah:

Konklusinya, ilmu matematik mencerna negara yang mantap.

Sidang saksi bervisi,

4. PERUBATAN MENJAMIN KESIHATAN SEJAGAT

Perubatan ialah ilmu berkaitan kesihatan sejagat. Pengaplikasian ilmu perubatan yang diterajui

oleh Ibnu Sina dengan Al-Kanun Fil Tibb menjadi nahdah kesejahteraan jutaan Filosof dan

intelektual. Hari ini, segala penyakit bagaikan tiada sempadan penawarnya hatta penyakit aids

mampu diubati dengan pokok bintangor ,hasilbumi Negara kita, dengan izin Allah, natijah

penguasaan ilmu perubatan. 

Firman Allah:

Setiap penyakit ada ubatnya

Justeru, ilmu perubatan mampu mewujudkan umat yang berkualiti fizikal dan mental.

Hadirin sekalian,

5. ILMU KEJURUTERAAN MANJANA KEAMPUHAN NEGARA


Kejuruteraan mampu merevolusikan dunia dengan perubahan yang dibawa. Lihatlah hebatnya

dunia hari ini dengan besi yang berterbangan di udara, suara dan wajah yang didengar dan dilihat

beribu batu jauhnya, pedati yang bertukar kepada lrt, natijah ilmu kejuruteraan.

Firman Allah,

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib

mereka.”

Jelasnya,ilmu kejuruteraan menjana pembangunan globalisasi.

Sidang hadirin,

6. ILMU TELEKOMUNIKASI NUKLEUS UMMATUN IZZAH

Telekomunikasi ialah perhubungan meliputi telefon,internet dan komputer. Kewujudan gentian

optic,jalinan megamaya akan merapatkan silaturrahim umat Muhammad seterusnya menjana

integrasi.

Firman Allah,

“Tidak beriman seseorang itu sehingga mereka saling mengasihi saudara mereka sebagaimana

mereka mengasihi diri mereka sendiri”

Tegasnya,Kecanggihan ilmu telekomunikasi mampu melahirkan perpaduan unggul.

Saudara saudari,

7. AL-QURAN TERAS SEGALA ILMU UNTUK MENCORAK KESTABILAN NEGARA


Al- Quran ialah kitab yang termaktub segala ilmu di dalamnya dan  tiada sempadan .

Penghayatan ilmu al-quran ternyata mampu melahirkan masyarakat yang dinamik, efektif dan

futuristic. Sejarah membuktikan penguasaan dan pengaplikasian  ilmu al-quran  melahirkan

intelegensia seperti Ibn Rusd, Ibn Sina dan  Ibn Batutah.

Sabda Rasullullah

Telah aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, selama kamu berpegang padanya, nescaya tidak

akan sesat selama-lamanya.Kitabullah dan sunnah Rasullullah.

Sesungguhnya, betapa indah dan cantiknya  masyarakat al-Quran yang pasti menjamin

kemantapan Negara.

Kesimpulannya.

1. ILMU EKONOMI ASPIRASI KEJITUAN NEGARA.


2. ILMU ASTRONOMI NAHDAH GENERASI FUTURISTIK
3. ILMU MATEMATIK MENCERNA KESTABILAN NEGARA.
4. PERUBATAN MENJAMIN KESIHATAN SEJAGAT
5. ILMU KEJURUTERAAN MANJANA KEAMPUHAN NEGARA
6. ILMU TELEKOMUNIKASI NUKLEUS UMMATUN IZZAH
7. AL-QURAN TERAS SEGALA ILMU UNTUK MENCORAK KESTABILAN NEGARA
INSAN YANG BERKUALITI
Kualiti dari segi makna menurut kamus Dewan Bahasa ialah sesuatu yang
tinggi nilai dan mutunya . Dalam Islam pun Allah swt dan Rasulnya
menggalakkan umat Islam melakukan sesuatu perkara samada pekerjaan
di dunia, lebih-lebih lagi urusan Akhirat dengan sebaik mungkin. Ini
digambarkan oleh Allah dalam Al-qurannulkarim.

Dengan firmanNya di dalam surah al-Mulk yang berbunyi,


‫ الذى خلق الموت الحياة ليبلوكم ايكم احسن عمال‬. ‫تبارك الذى بيدك الملك وهو على كل شيء قدير‬
‫ور‬######################################################################################################################‫وهو العزيز الغف‬
Ertinya : Maha suci Allah yang ditangannya lah segala kerajaan dan dia
maha kuasa atas segala sesuatu. Ialah Allah yang menjadikan mati dan
hidup supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang paling baik
amalannya dan dia maha perkasa
lagi maha pengampun – surah almulk 1-2

Daripada keterangan ayat di atas, jelaslah kepada kita sesungguhnya Allah


menjadikan kita hidup. Sampai ketikannya, dimatikannya pula sebagai
ujian kepada kita sejauh mana kehidupan kita di atas muka bumi Allah.
Adakah benar- benar menjadi hambanya yang beriman dan beramal soleh
dan apakah kita cuma berlakon dan bersandiwara?. Sekiranya manusia
kagum dan memuji kita, namun pada hakikatnya disisi Allah, amalan kita
tiada nilainya seperti debu yang diterbangkan angin.
Antara salah satu syarat agar amalan kita berkualiti dan diterima Allah
adalah dengan mengikhlaskan ibadat kita kepada Allah swt dan
berkualitinya sesuatu ibadat yang kita lakukan tidaklah memadai dengan
berbekalkan ikhlas semata-mata, ianya perlulah mengikut prosidur atau
syarat dan rukun sesuatu ibadat yang hendak kita lakukan agar ianya
benar-benar mengikut kehendak Allah dan Rasulnya. Semuanya ini tidak
akan kita ketahui jalan dan caranya melainkan setelah kita terjun ke
medan belajar ilmu agama dan menghayatinya.

Manusia yang berkualiti menurut acuan agama adalah insan yang dapat
menggabungkan urusan dunia dan akhiratnya menurut kehendak agama.
Ungkapaan yang biasa kita dengar iaitu ,
‫ حبل من هللا وحبل من الناس‬artinya, Hubungan kita dengan Allah dan hubungan
kita sesama manusia.

Malahan, Islam sangat menitik beratkan soal hubungan sesama Islam


sebagaimana amaran daripada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw
terhadap sesiapa yang tidak ambil peduli nasib saudara seagamanya
dengan sabdanya,
‫لمين فليس منهم‬###############################################‫امر المس‬###############################################‫من لم يهتم ب‬
Ertinya, Barang siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan kaum
muslimin, maka tiadalah dia daripada golongan mereka.

Malahan hikmah difardukan solat jumaat, seminggu sekali dalam keadaan


berjamaah adalah untuk mencernakan dua hubungan , pertamanya
hubungan kita dengan Allah di dalam solat jumaat tersebut dan juga
hubungan sesama Islam, apabila dilakukan secara berjemaah.

Di dalam hadis yang lain pula, Rasulullah ada bersabda ‫اس‬##‫ الن‬#‫افضل‬
‫اس‬################################################################################################################################‫انفعهم للن‬
Ertinya, Sebaik-baik manusia ialah mereka yang terlebih banyak memberi
kemanfaatan kepada manusia yang lain.

Perhatikanlah maksud daripada hadis ini ialah, Islam mengiktiraf


sumbangan seseorang itu samaada dari segi material, buah fikiran,
seperti buku-buku yang bermanfaat, pendidikan yang melahirkan insan
bertaqwa dan apa jua gerak kerja yang menbawa kepada pembangunan
insan samaada rohani mahupun jasmani.
Berbanding dengan amalan ibadat yang tertentu kepada kepentingan
individu, adakalanya hendaklah ditinggalkan apabila ianya bertembung
dengan kepentingan umum seperti tuntutan jihad apabila musuh telah
menyerang sesebuah negara Islam. Maka di saat itu ibadat sunat seperti
berzikir, iktiqaf di masjid dan sebagainya hendaklah wajib ditinggalkan
untuk sama-sama mempertahankan negara daripada pencerobohan
musuh.

Dan apabila kita membicarakan tajuk insan berkualiti, tentu sekali kita
tidak dapat lari daripada membicarakaan konsep modal insan ataupun
dalam arti kata yang lain manusia yang berkemahiran, berketerampilan
dan menghayati tuntutan nilai-nilai agamanya seperti ikhlas, benar, jujur
dan bersunguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dalam
keadaan istiqamah.
Modal insan yang melahirkan insan berkualiti ini bukanlah perkara baru
dalam Agama kita. Ianya telah diterajui oleh junjungan besar kita Nabi
Muhammad saw dengan sabdanya yang berbunyi,
‫دكم اذا عمل ان يتقنه‬##############################################################################################‫ان هللا يحب اح‬
Ertinya: Sesunguhnya Allah kasih kepada seorang kamu, apabila ia
melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan penuh
kemahiran.
Namun realiti yang berlaku, tidak sebagaimana anjuran daripada hadis
diatas. Umat Islam masih ketinggalan dari sudut kemahiran dan
kepakaran. Kita masih lagi bergantung keadaan negara-negara bukan
Islam dan tidak kurang juga urusan kerja yang dikendalikan orang Islam
tidak bermutu dan sambil lewa, yang akhirnya permintaan masyarakat
beralih angin kepada syarikat bukan Islam.

Jika di kedai-kedai, lain pula ceritanya. Kerap kali kita dengar ada
segelintir sikap peniaga Islam yang sombong dan layanan yang ‘hendak
tak hendak’ kepada pelangannya.
Berbeza dengan cara layanan kedai bukan Islam yang memuaskan hati
pelangan. Inilah beberapa contoh kegagalan umat Islam dalam
memahami tuntutan nilai agama Islam. Tetapi nilai tersebut diambil pakai
oleh orang-orang bukan Islam. Amatlah rugi, pusaka yang ditinggalkan
oleh junjungan besar kita nabi muhaammad saw tidak dipraktikkan di
dalam kehidupan kita umat Islam.

Amatilah corak kepimpinan khalifah Umar bin Abdul Aziz, walupun beliau
memerintah cuma dua tahun lima bulan sahaja namun keagungan dan
kemasyhuran beliau tidak ada tolok bandingnya selepas keagungan
khulafa Arrasyidin yang empat.

Diceritakan daripada beberapa tokoh ulama semasa pemerintahan Umar


Abdul Aziz, serigala tidak mengganggu kambing ternakan. Tetapi apabila
berlaku suatu malam, segerombolan kambing diterkam oleh serigala,
maka tahulah mereka yang khalifah telah mati melalui tanda-tanda
bahawa serigala telah mengganggu ternakan mereka.
Cerita tentang keadilan dan kejujuran beliau ialah pada suatu malam,
beliau didatangi oleh seseorang di atas suatu urusan kenegaraan. Maka
beliau menghidupkan lilin daripada harta kerajaan namun apabila beliau
ditanya tentang urusan peribadi, beliau memadamkan lilin tersebut dan
menggunakan lilin yang lain, apabila ditanyakan kepada beliau, mengapa
dilakukan sedemikian rupa? Katanya, “Sebentar tadi engkau menanyakan
urusan kerajaan, maka aku gunakaan lilin daripada harta kerajaan. Tetapi
apabila engkau bertanya urusan peribadi, haram bagiku untuk
mengunakan lilin daripada harta kerajaan.

Untuk melahirkan pasukan tentera yang kuat, bukan sahaja jumlah ramai
yang menjadi ukuran dan persenjataan yang moden. Tetapi, tentera yang
terlatih dan berdisiplin juga adalah penting. Dalam erti kata yang lain,
tentera yang berkualiti sebagaimana pemimpin agung Salahuddin al-
Ayubi, memastikan tentera yang di hantar ke medan jihad adalah mereka
yang istiqamah mengerjakan solat tahajud. Ini bermakna untuk meraih
kemenangan, tentera Islam memerlukan kekuatan rohani dan jasmani
serta pendampingan yang kuat dengan pertolongan daripada Allah swt.
Jumlah yang ramai belum tentu menjamin kemenangan kepada sesebuah
pasukan tentera.

Demikianlah serba sedikit tentang maksud insan yang berkualiti dalam


Islam. Sama-samalah kita terapkan dalam diri dan jiwa kita dengan nilai-
nilai mulia dan terpuji serta istiqamah dalam semua amal ibadah kita, agar
menjadi muslim sejati serta berkualiti.
Boleh Berjaya di Dunia & di Akhirat?
Tidak ada muslim/muslimah yang celik cara berfikirnya yang tidak mahu berjaya dalam
kehidupan, sama ada di dunia ini yang bersifat sementara apatah lagi di akhirat yang kekal abadi.
Ia juga adalah hasrat setiap insan walaupun tidak menjadi seorang muslim, kerana kejayaan
adalah sesuatu yang manis dalam kehidupan manusia.

Namun kejayaan yang ingin dikecapinya itu perlulah mengikut prosuder dan pantang larang
agama Islam, iaitu tidak menyalahi konsep matlamat tidak menghalalkan cara, berapa banyak
cara yang dilakukan oleh muslim untuk meniti sesuatu kejayaan, tetapi ianya tidak memenuhi
kriteria matlamat agama, maka ia tidak dikira sebagai kejayaan kerana mengenepikan nilai-nilai
agama Islam yang murni.

Para ulama yang mewarisi ajaran Nabi Muhammad s.a.w. banyak meninggalkan kaedah,
pendekatan serta cara terbaik untuk seseorang muslim/muslimah meniti kejayaan sebenar
menurut acuan agama, mereka dianggap sebagai pengamal ajaran-ajaran Islam dan
mencontohkannya kepada umum dengan bentuk yang cukup sempurna, jauh dari sebarang
penyelewengan, bidah, tahayul dan khurafat, kerana ini semua menggagalkan konsep matlamat
tidak menghalalkan cara.

Seseorang muslim/muslimah menurut Imam Syahid hasan al-Banna akan sentiasa berada di
tangga kejayaan, apabila memiliki faktor-faktor berikut :

* Menganut dengan akidah Islam yang tulen, jauh dari sebarang unsur syirik, kufur dan fasiq.

Iaitu akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menitik-beratkan hujah yang diceduk daripada al-
Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad yang sohih, Ijmak dan Kias yang bukan sahaja menjadi
rujukan dalam persoalan hukum syariat Islam, malah dalam perkara yang berkaitan dedngan
akidah.

* Beribadat dengan konsepnya yang betul berdasarkan elemen ilmu, kerana sesuatu ibadat itu
tidak akan diterima tanpanya.

Setiap muslim/muslimah perlu mengetahui matlamat Allah jadikan mereka bukan untuk berfoya-
foya tanpa tujuan hidup, malah mereka dicipta hanyalah untuk tunduk beribadat kepada Allah
SWT tanpa perlu adanya perantaraan manusia atau objek-objek lain yang boleh disifatkan sebagai
syirik kepada Allah.

* Memiliki ketajaman daya berfikir.

Akal fikiran yang dianugerahkan Allah SWT merupakan satu anggota dalam tubuh manusia yang
wajib dipelihara, iaitu dipelihara hingga tidak memikirkan pada perkara-perkara yang tidak
menguntungkan Islam, kerananya juga manusia akan disumbatkan dalam api neraka jika
sekiranya seseorang itu tidak menghidupkan fungsinya yang sebenar untuk berfikir pada
memajukan Islam.

* Memiliki tubuh badan yang semaksima sihat untuk diwakafkan kepada Islam.

Islam amat mementingkan kesihatan tubuh badan yang maksimum daripada setiap
muslim/muslimah, kesihatan tubuh badan bukan sahaja untuk menggunakannya pada membantu
mereka yang mengharapkan bantuan kebajikan dan sebagainya, malah yang paling penting untuk
melaksanakan tuntutan amal-amal ibadat yang difardukan oleh Allah SWT.

Ibadat tidak sahaja dalam bentuk melaksanakan solat, haji, puasa dan lain-lain, tetapi juga
mengerahkan tenaga untuk menuju ke rumah Allah bagi menunaikan solat berjemaah, bergotong-
royong mengurus ibadat korban, mengurus jenazah, membersihkan alam sekitar seperti kawasan-
kawasan masjid dan surau dengan tubuh badan yang sihat, ia dikira sebagai mewakafkan tenaga
dan tubuh badan pada jalan Islam.

* Memiliki akhlak Islam yang jitu.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud : Yang paling
sempurna iman di kalangan orang-orang yang beriman adalah yang paling sempurna akhlaknya.

Akhlak merupakan elemen penting dalam diri setiap muslim/muslimah, tanpanya ia tidak
bermakna menjadi seorang muslim yang telah berjanji kepada Allah untuk menjadikan segala
agenda hidup dan mati kerana-Nya seperti yang diungkapkan dalam solat lima kali sehari
semalam.

Akhlaklah yang membezakan antara sesorang muslim dan bukan Islam dalam meneraju
kehidupan berdasarkan ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. yang dicontohkan menerusi Sirah baginda.

Akhlak yang jitu ialah memperlihatkan keluhuran budi pekerti terhadap Allah, Rasulullah, para
alim ulama, kedua-dua ibu bapa, adik beradik, orang-orang yang lebih tua, jiran tetangga, sesama
manusia, alam sekitar, terhadap haiwan, pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya akhlak
tidak boleh dibuat-buat dengan sengaja tanpa rangsangan daripada diri sendiri yang lahir daripada
sanubari yang diikat dengan ajaran agama Islam.

* Bijak menjaga/mengurus waktu dengan baik.

Pengurusan waktu yang baik akan menjadikan muslim berkualiti dengan nilai-nilai kehidupan
yang positif, iaitu menggunakan masanya pada perkara-perkara dan di tempat-tempat yang baik
yang disukai Islam seperti sentiasa menjadikan masjid dan surau sebagai destinasi persinggahan,
selain daripada menunaikan solat fardu berjemaah, diikuti pula dengan penglibatan kelas-kelas
fardu ain.

* Memanfaatkan segala apa yang dimiliki untuk kepentingan awam.

Islam sering dan sentiasa menganjurkan kepada penganutnya agar mencurahkan segala apa yang
ada pada mereka untuk dikongsi sama dengan saudara-saudara seagama seperti ilmu, kepakaran
bagi melahirkanb insan muslim yang boleh dicontohi oleh kaum lain.

* Berusaha untuk berdaya saing dalam segenap bidang dan lapangan.

Umat Islam tidak boleh berbangga dengan kejayaan yang dicapai pada tahap tertentu sahaja,
malah memperkasa diri dengan meneroka bidang-bidang yang difikirkan perlu bagi memenuhi
tuntutan fardu kifayah seperti bidang astronomi, maritim dan lain-lain.

* Mampu untuk berusaha mencapai sesuatu matlamat.

Ia juga satu pendekatan yang memperlihatkan kemampuan umat Islam berusaha mencapai
sesuatu matlamat semaksimum mungkin yang belum diterokai oleh mana-mana pihak, seperti
matlamat mahu melahirkan usahawan mantap, maka usaha ke arah itu perlu dilakukan walaupun
menghadapi cabaran yang sukar.

* Bersistematik dalam segenap urusan harian sebagai seorang muslim/muslimah sejati.

Umat Islam perlu membuktikan bahawa kehidupan mereka terancang dan teratur mengikut
jadual, penuh dengan agenda, aktiviti, tugasan yang bersistematik hingga mampu mencairkan
golongan bukan Islam yang menyanjung, menghormati sekali gus menjadikan mereka cenderung
untuk meniru cara kita yang menampilkan pelaksanaan tugasan dan urusan dengan baik.

Sesungguhnya Islam mampu menawan dan memaut hati manusia-manusia sesuai dengan lafaz
Islam yang memberi maksud menyelamat.

Anda mungkin juga menyukai