Anda di halaman 1dari 2

MODUL AKTIVITI

Nama aktiviti : Komunikasi Sehala Dan Dua Hala

Masa : 30 minit

Alatan : Kertas A4 dan Pen

OBJEKTIF :
1. Menguasai kemahiran komunikasi berkesan yang bermula dengan mendengar
dengan aktif.
2. Memupuk komunikasi dua hala yang berkesan bagi meningkatkan kualiti kerja.
3. Komunikasi dua hala mengelakkan salah faham.

PROSEDUR :
1. Fasilitator mengedar dua keping kertas A4 kepada setiap ahli dan mereka duduk
dalam bulatan.
2. Fasilitator memberikan arahan berikut supaya dilukis oleh ahli. Ahli tidak
dibenarkan bertanya. Arahan diulang dua kali sahaja.
 Lukis satu bulatan.
 Dalam bulatan itu, lukis tiga bulatan kecil.
 Di atas bulatan, lukis sebuah segi tiga.
 Di bawah bulatan pula, lukis sebuah segi empat tepat secara menegak.
 Di kiri dan kanan segi empat tepat itu, buat satu segi empat tepat secara
melintang.
 Di bawah segi empat tepat menegak itu, lukis dua segi empat tepat menegak
sekali lagi dengan hujungnya dilukis satu bulatan.

3. di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama
tetapi kali ini dibenarkan bertanya.

4. peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan


contoh.
5. fasilitator meminta peserta memberikan maklum balas berkenaan perasaan
mereka semasa melukis kali pertama dan kedua.
6. fasilitator berbincang bagi mendapatkan maklum balas dengan memberi fokus
kepada:

FALSAFAH :
1. Kepentingan kemahiran mendengar dalam mewujudkan komunikasi berkesan.
2. Komunikasi satu hala yang menimbulkan masalah

UNTUK MODUL YANG LAIN SILA LAYARI http://kaunselingsmkas.blogspot.com/ <-tekan CTRL dan klik
perkongsian itu satu penghormatan...
Jawapan