Anda di halaman 1dari 4

Sukatan Pelajaran: 

1.1 Melakukan pergerakan motor kasar.

1.1.1 Lokomotor dan bukan lokomotor.

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 


Bermain alat perkusi dan membuat pergerakan dengan bimbingan guru. Mengetuk
alat perkusi seperti kastenet, kerincing, loceng, kayu tik tok dan tamborin dengan
bimbingan serta arahan dari guru.

Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid akan dapat;

1. Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan jasmani melalui;

a) Pergerakan asas – menguatkan pergerakan motor kecil.

b) Menari dan membuat pusingan – mengekalkan keseimbangan badan dan


menggerakkan motor kasar.

c) Tumpu perhatian – dapat menumpukan perhatian terhadap bunyi arahan yang


diberi oleh guru.

2. Menerapkan sikap bekerjasama dan saling bantu membantu semasa aktiviti


“bunyi dan tari” dilakukan. Ianya juga dapat meningkatkan konsep kendiri dengan
berkongsi bersama rakan.

3. Mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti dan membina disiplin
diri misalnya ketika menunggu giliran.

Kemahiran Sedia Ada: 


Murid telah dan pernah melakukan pergerakan motor kasar dan halus secara asas
tanpa iringan muzik seperti menggerakkan kepala, tangan dan kaki.

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 


1. Memegang alatan muzik dengan betul.

2. Bermain alat muzik dengan arahan guru iaitu mengetuk, menggoncang dan
menepuk dengan menggunakan kestenet, tamborine dan triangle.
3. Membuat pergerakan mengikut bunyi yang dihasilkan.

4. Melakukan aktiviti pergerakan kecil yang diberi nama “Bunyi dan Tari”.

5. Murid yang bermain alat muzik akan menukar posisi dari bermain ke bahagian
menggerakkan tari supaya semua murid dapat merasakan semua peranan iaitu
bermain dan membuat pergerakan seperti menari.

Bahan Bantu Mengajar: 


Kastenet, kerincing, loceng, kayu tik tok dan tamborin

Set Induksi: 
Aktiviti memanaskan badan secara asas seperti kemahiran sedia ada iaitu
pergerakan memanaskan badan dan murid akan mengikut arahan guru untuk
melakukan aktiviti memanaskan badan dari kepala ke kaki tanpa iringan muzik.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 


Murid-murid melakukan aktiviti dengan menggunakan kemahiran iaitu senaman asas
atau pergerakan asas.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid: 


Melakukan pergerakan motor halus dan kasar.

1. Murid–murid diperkenalkan dengan aktiviti yang akan dijalankan dan alatan


perkusi dan cara bermain dengan betul.

2. Guru akan menerapkan tentang disiplin, kerjasama, tumpuan perhatian, peraturan


aktiviti dan arahan dari guru.

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: 


Langkah Pertama

1. Murid dipecahkan kepada dua kumpulan.

2. Sebuah kumpulan mengendalikan alat perkusi dan satu kumpulan lagi akan
membuat pergerakan mengikut bunyi yang dihasilkan oleh rakan mereka.

3. Guru memodelkan cara bermain alat Perkusi.


4. Guru menunjukkan pergerakkan senaman yang juga merupakan gerakan tarian.
 

Langkah Kedua

1. Guru memberi arahan dan murid diminta melakukannya sambil guru turut
bersama-sama melakukannya.

2. Bimbingan dipudarkan setelah murid dapat menguasai pergerakkan dan


memahami arahan guru.

Langkah Ketiga

1. Murid dibiarkan melakukan dengan sendiri aktiviti “Bunyi dan Tari”.

2. Guru turut bersama-sama melakukan pergerakan kerana ia merupakan senaman.


 

Latihan dengan Bimbingan: 


1. Guru membimbing murid semasa melakukan aktiviti tersebut.

2. Guru akan menunjuk cara yang betul dengan melakukan demonstrasi kepada
murid.

3. Guru membantu murid yang kurang mampu melakukan secara sendiri.

Latihan Kendiri: 
Murid dibiarkan melakukan sendiri aktiviti setelah diberi bimbingan.

Penutup Pengajaran: 
Murid melakukan aktiviti penyejukkan badan dengan bimbingan guru dan di dalam
bulatan.
Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan: 
1. Murid akan dapat mengawal pergerakan motor halus dan motor kasar dengan
lebih baik.

2. Murid juga akan lebih berkeyakinan dan mempunyai semangat untuk melakukan
senaman kerana senaman yang diiringi muzik pastinya menghiburkan.

3. Murid dapat memotivasikan diri sendiri dan semangat bekerjasama semasa


menjalankan aktiviti bersama rakan mereka.

Anda mungkin juga menyukai