Anda di halaman 1dari 21

Oleh Ismail Kassan

SINOPSIS

BABAK 1 BABAK 3 BABAK 5

BABAK 2 BABAK 4
BABAK 1
Ripin berkunjung ke rumah Tuk Wali untuk
memberitahu tentang jemputan bersilat di rumah
Haji Kodri. Tuk Wali walaupun demam, dia
manyanggupi jemputan tersebut.
BABAK 2
Tuk Wali membonceng motosikal yang ditunggang
oleh Ripin ke rumah Haji Kodri. Sejurus mereka pergi,
Imam dan Siak kampung datang ke rumah Tuk Wali.
Kedatangan mereka disambut oleh isteri Tuk Wali,
Mak Umi. Siak meluahkan rasa tidak setujunya akan
akiviti bersilat yang dilakukan oleh Tuk Wali,
sedangkan usianya sudah tua, tetapi masih
bergumpal-gumpal dengan orang muda. Bagi Siak,
sepatutnya masa yang ada diisi dengan beramal di
masjid. Mak Umi menyanggah kata-kata itu kerana
suaminya tidak pernah tinggal bersolat jemaah di
masjid. Bagi Imam pula, dia bimbang usia Tuk Wali
berakhir di gelanggang silat.
BABAK 3
Tuk Wali meluahkan rasa marahnya akan sikap cucu
tirinya, Piee yang membuat kecoh di rumah Haji Kodri.
Selepas itu, Mak Umi meluahkan kata-kata Siak dan Imam
kepada suaminya. Bagi Tuk Wali, dia boleh berzikir
sampai mati, tetapi jika ada orang patah kaki, terkehel
atau terkena histeria, dia juga yang akan dipanggil. Tuk
Wali menjelaskan lagi, ketika dia muda dahulu, ketika
zaman darurat, semua orang menghargai akan usahanya
mengetuai orang kampung mengawal kampung. Bagi Mak
Umi, tanggapan berubah kerana suaminya telah tua.
Beberapa detik selepas itu, Ripin dan Mariam, anak murid
kepercayaan Tuk Wali datang. Tuk Wali mahu Ripin dan
Mariam menggantikan tempatnya tetapi mereka berdua
menolak kerana mereka masih memerlukan bimbingan.
Kemudian Tuk Wali menyerahan Keris Ganja Seiras
Naga Berjuang kepada Ripin, tetapi Ripin menolaknya
kerana menganggap dia belum layak menerimanya.
Perbualan mereka terputus apabila dua orang
wartawan, Halim dan Jamil berkunjung ke rumah Tuk
Wali.
 Tuk Wali menceritakan pengalamannya kepada
wartawan itu ketika berhadapan dengan empat orang
perompak di kedai emas. Tidak berapa lama kemudian
Piee pulang. Tuk Wali memarahi Piee kerana masuk
ke biliknya dengan tujuan mahu mencuri. Sesudah
Tuk Wali dan Mak Umi masuk ke dalam rumah,
datang empat pemuda mahu belajar silat daripada Tuk
Wali. Tuk Wali menampar pemuda tersebut kerana
membuat bising di halaman rumahnya.
BABAK 4
Siak datang bertemu Tuk Wali dan memarahi Tuk
Wali kerana menampar cucunya. Pertengkaran mulut
berakhir dengan pergelutan. Mak Umi yang bimbang
akan peristiwa tersebut bergegas ke rumah Ripin.
Ripin datang sejurus selepas itu dan berjaya memulas
tangan Siak. Mak Umi dan Ripin mahu mereka
berdua berdamai, tetapi mereka tetap mahu
bergaduh. Mak Umi segera meminta Ripin
menghantarnya ke rumah anaknya, Berahim.
BABAK 5
Piee datang ke rumah Tuk Wali dan mencuri keris
pusaka kepunyaan Tuk Wali. Perbuatan itu disedari
oleh Tuk Wali menyebabkan berlakunya pergelutan.
Dalam pergelutan tersebut, Piee terikam perut Tuk
Wali, kemudian Piee melarikan diri. Ketika Tuk Wali
mengerang kesakitan, Ripin datang. Ripin bersumpah
mahu menuntut bela atas kematian Tuk Wali.
Apabila Imam dan Siak muncul, mereka menuduh
Ripin membunuh Tuk Wali sebaliknya Ripin
menganggap Siak yang membunuh Tuk Wali.
PEMIKIRAN DAN PERSOALAN
Pemikiran – kegigihan seorang lelaki tua dalam
memperjuangkan seni silat tradisional.
Persoalan - sikap anak muda yang berminat
memperjuangkan seni silat tradisional.
- keprihatinan masyarakat untuk menegur
rakan sebaya.
- tutur kata tanpa dikawal boleh
mencetuskan pergelutan.
WATAK & PERWATAKAN

Tuk Mak Umi


Wali

Ripin dan Imam dan


Mariam Siak
Tuk Wali
Seorang tua yang banyak mengabdikan hidupnya
dalam seni mempertahankan diri
Mempunyai isteri bernama Mak Umi
Bekerja sebagai pencari akar kayu untuk dibuat ubat-
ubatan, meracik, mengurut, mengubati penyakit yang
tidak diterima oleh doktor.
Seorang yang mudah hilang sabar apabila dituduh
yang bukan-bukan menyebabkan dia berkelahi
dengan Siak
Dia mati dibunuh oleh cucu tirinya, Piee ketika
menghalang Piee daripada mencuri keris pusaka
MAK UMI
Isteri Tuk Wali
Bakas tunang Siak
Ketika muda, seorang ahli silat yang hebat
Sering menegur sikap suaminya yang berterusan
bersilat sedangkan usia sudah tua
Ripin dan Mariam
Dua orang anak murid Tuk Wali yang berpotensi
dalam seni silat tradisional
Diberi kepercayaan oleh Tuk Wali untuk meneruskan
melatih anak muda kampung, tetapi mereka menolak
kerana menganggap belum layak
Imam dan Siak
Hampir sebaya dengan Tuk Wali
Mereka menasihati Tuk Wali agar banyak
menghabiskan masa di masjid
LATAR
Latar Masyarakat
Masyarakat menghargai seni silat tradisional
 Cthnya; Tuk Wali menghabiskan sebahagian daripada
usianya dalam seni silat tradisional

Masyarakat kampung yang suka saling menasihati


 Cthnya; Imam dan Siak menasihati Tuk Wali agar lebih
banyak menghabiskan masa di masjid
Latar Tempat
Di gelanggang silat
 Cthya;Tuk Wali bersilat di gelanggang di depan
rumahnya dan berkelahi dengan Siak di tempat
tersebut

Di dalam rumah


 Cthnya; Tuk Wali dan Mak Wali bertengkar di dalam
rumah itu dan di rumah itu juga Tuk Wali ditikam oleh
cucu tirinya Piee
Latar Masa
Pada waktu pagi
 Cthnya; ketika Ripin datang ke rumah Tuk Wali untuk
memberitahu tentang jemputan bersilat di rumah Haji
Kodri.
Pada waktu petang
 Cthnya; Imam dan Siak datang ke rumah Tuk Wali untuk
menasihati Tuk Wali ( melalui isterinya ) agar meninggalkan
seni mempertahankan diri disebabkan usinya telah tua
Pada waktu malam
 Cthya; ketika Tuk Wali mahu menyerahkan keris pusaka
kepada Ripin agar meneruskan usahanya melatih anak muda
dalam seni mempertahankan diri
NILAI MURNI
Keberanian
 Cth; Tuk Wali berani berrhadapan dengan perompak dalam
kejadian kecurian di kedai emas
Semangat bermasyarakat
 Cth; Tuk Wali menerima jemputan Haji Kodri untuk
menghadiri majlis perkhawinan anak kawannya itu.
Kerajinan
 Cth; Tuk Wali mengisi masa dengan aktiviti berfaedah
seperti mengajar bersilat, pencari akar kayu ,meracik,
mengurut dan mengubati penyakit yang tidak diterima oleh
doktor
Patriotik
 Cth; Tuk Wali mengetuai orang kampung mengawal
kampung ketika Perang Dunia Kedua
PENGAJARAN

PEGAJARAN
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai