Anda di halaman 1dari 3

Dasawarsa ini, seluruh dunia mengalami krisis bekalan air mentah yang bersih

rentetan daripada masalah pengurusan air yang kian meruncing dari semasa ke
semasa. Hari demi hari, banyak isu berkaitan air yang menjadi topik perbualan
masyarakat sehingga menjadi isu yang hangat dibincangkan di media massa.
Pengurusan air di negara kita khususnya di bandar amat membimbangkan semua
pihak. Kita sebagai masyarakat harus mengorak langkah untuk maju ke hadapan agar
pengurusan air di bandar dapat dipelihara.

Antara masalah yang sering diperkatakan di bandar berkenaan pengurusan air


ialah isu berkaitan sungai. Pembangunan pesat yang berlaku sejak akhir-akhir ini,
secara langsung telah mengugat kedudukan sungai. Pusat-pusat penempatan dan
berbagai bentuk aktiviti komersial telah banyak membangun bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Tidak cukup dengan itu, suasana ini diburukkan lagi dengan
adanya pembangunan yang tidak terancang dan tidak mematuhi peraturan dan garis
panduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
Pembangunan yang tidak terkawal dengan melenyapkan belantara-belantara tebal,
pokok-pokok menjadi gondol, bukit-bukau menjadi rata dan gunung-ganang menjadi
botak telah menjadi salah satu penyebab besar terhakisnya sumber air di negara kita.
Masyarakat sudah mula membelakangkan fungsi dan kepentingan sungai terhadap
kehidupan seharian mereka. Jasa baik sungai tidak lagi dimanfaatkan sebagai
kemudahan kita. Sungai telah disalah pakai oleh kehidupan manusia kini. Kita dapati
ada segolongan manusia yang tidak bertanggungjawab telah mencampakkan sisa-sisa
toksid ke dalam sungai yang boleh membuatkan air tercemar dan amat berbahaya jika
digunakan. Tidak kurang juga yang seringkali membuang sampah-sarap ke dalam
sungai walaupun banyak tong sampah telah disediakan. Air yang telah tercemar boleh
membunuh kehidupan akuatik dan haiwan-haiwan lain yang meminumnya. Hal ini juga
boleh membuatkan penggunanya mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

Selain itu, air yang digunakan sebagai kegunaan harian kita di rumah juga boleh
mengundang masalah jika kita tidak tahu bagaimana hendak menguruskannya dengan
bijak. Kita mungkin tidak sedar bahawa rutin harian kita di rumah boleh mengundang
pembaziran air untuk terus berlaku. Sebagai contoh, kita sering membiarkan air untuk
terus mengalir semasa mencuci pinggan mangkuk dan juga semasa mandi.
Seterusnya, pembaziran air boleh terus berlaku sekiranya sikap suka mencuci baju
dengan muatan yang sedikit dalam mesin basuh di ambil mudah. Penggunaan paip
getah semasa menyiram pokok di halaman rumah dan kekerapan membasuh kereta
juga antara penyebab pembaziran air terus berlaku. Paip yang bocor pula hanya
dibiarkan sahaja bocor tanpa dibaiki.
Sistem perparitan banyak dibangunkan di bandar-bandar bagi mengawal aliran
permukaan dan kualiti air. Sekiranya sistem perparitan tidak dirangka dengan
sempurna, banyak masalah boleh berlaku. Walaupun sistem perparitan bukan punca
utama banjir, tetapi rekabentuk parit masih merupakan punca yang menyebabkan
banjir. Antara masalah yang timbul akibat sistem perparitan termasuklah banjir kilat,
kemusnahan harta benda akibat banjir dan parit yang tersumbat akibat pertumbuhan
tumbuhan air dan sampah sarap. Banyak pihak kejuruteraan menunjukkan sikap tidak
acuh terhadap fungsi sistem perparitan walhal perkara ini boleh mendatangkan
masalah yang besar.

Kita harus mengambil tindakan agar permasalahan tentang pengurusan air di


bandar dapat diatasi. Berbagai kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan kepada
sungai yang telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari segi kualiti air dan
bermacam lagi kemusnahan. Oleh itu, satu program kesedaran masyarakat berbentuk
pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dirangka agar semangat cintakan sungai
boleh dipupuk dari semasa ke semasa. Selain itu, kerajaan perlulah mengkaji dan
mengubal semula struktur perundangan dan mencadangkan pelaksanaan dan
penguatkuasaan satu undang-undang yang menyeluruh dan mengandungi semua
aspek yang lebih berkesan terhadap pelan pengurusan kawasan tadahan dan kawalan
sungai.

Usaha individu amat penting bagi mengurangkan kadar pembaziran air di rumah.
Pengguna perlu memainkan peranan penting dalam sektor memelihara dan memulihara
sumber air serta mengurangkan pembaziran air. Sewaktu di bilik membasuh, jimatkan
air dengan mengelakkan air paip mengalir secara berterusan. Gunakan baldi atau
besen apabila mencuci pinggan mangkuk, makanan dan sebagainya. Ketika memberus
gigi, gunakanlah hanya segelas atau secawan air. Jangan biasakan diri untuk
menggunakan air terus dari mulut pili yang mengalir laju. Seterusnya, tutup paip air
sewaktu memberus gigi atau bercukur agar dapat mengurangkan pembaziran air terus
berlaku. Pendekkan masa mandian pancuran atau pasang kepala pancuran beraliran
rendah. Kurangkan kekerapan mencuci kereta, memadailah mencuci seminggu sekali
atau dua minggu sekali. Belajarlah mengumpul dan menyimpan air hujan. Air hujan
yang dikumpul lebih sesuai digunakan untuk kegunaan tandas, menyiram pokok,
membasuh kereta dan pembersihan di sekitar rumah. Kaedah ini dapat mengurangkan
kebergantungan serta permintaan semasa untuk bekalan air yang dirawat sekaligus
dapat mengurangkan pembaziran air.
Kes banjir kilat di kawasan bandar semakin meningkat disebabkan sistem
perparitan yang tidak terurus. Hal ini boleh menyebabkan banyak kerugian dan boleh
melumpuhkan kegiatan ekonomi di bandar. Pihak kerajaan perlulah memantau dan
menaik taraf parit di kawasan bandar. Sebagai contoh, pihak majlis daerah perlulah
memantau keadaan parit dan memastikan parit dalam keadaan yang baik. Mereka juga
harus menyelenggarakan sistem perparitan setiap hari di mana membersihkan
perangkap sampah di setiap penghujung saluran parit untuk mengurangkan masalah
parit tersumbat serta pencemaran sungai. Langkah seterusnya untuk mengurangkan
masalah banjir ialah dengan membina kolam takungan seperti di hulu sungai dan
merezabkan kawasan lapang. Apabila hujan, air ini akan dikumpulkan di dalam kolam
takungan dan kemudiannya akan disalur keluar. Kita juga boleh merekabentuk paras
tempat meletak kereta lebih rendah daripada permukaan jalan dan persekitaran yang
secara tidak langsung bertindak sebagai kolam takungan. Selain itu, rakyat Malaysia
juga perlulah bersikap prihatin dan bertanggungjawab, contohnya tidak membuang
sampah-sarap ke dalam longkang dan bersihkan parit di kawasan rumah sendiri agar
tidak menjejaskan saliran air.

Air adalah sumber yang penting bagi manusia mahupun negara. Manusia boleh
hidup tanpa makanan, tetapi manusia tidak boleh hidup tanpa air. Tiada alternatif lain
bagi menangani isu masalah kekurangan air. Tambahan pula, Malaysia terlalu banyak
bergantung kepada pendekatan pengurusan bekalan air melalui pembinaan empangan
dan loji rawatan air. Rawatan air amat penting di setiap negara terutamanya di kawasan
yang pesat membangun seperti bandar. Kawasan perindustrian yang banyak di tempat
yang pesat membangun banyak memberi kesan negatif dan secara tidak langsung
akan menjejaskan kualiti air. Jadi itulah pentingnya rawatan air agar setiap orang
berpeluang dapat mengunakan air yang bersih dan berkualiti. Jika air tidak bersih,
kesihatan, tanaman dan makanan akan terjejas dan secara tidak langsung akan
menjejaskan kegiatan ekonomi di Malaysia.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan agar masalah


pengurusan air di bandar dapat ditangani. Tanpa kerjasama yang jitu dari semua pihak,
masalah ini tidak akan dapat diatasi sampai bila-bila seterusnya merugikan dan
menyukarkan keadaan pada masa akan datang. Telah tiba masanya pengurusan
sumber air dilaksanakan secara bersepadu dan holistik dalam memastikan jaminan
bekalan air yang mencukupi berterusan dan menetapi tahap piawaian. Tanamkanlah
tugu keinsafan dan tingkatkanlah kesedaran diri tentang pentingnya air dalam
kehidupan harian kita. Jangan biarkan dunia kita ini kian kontang disebabkan oleh sikap
negatif kita yang keterlaluan.

Anda mungkin juga menyukai