Anda di halaman 1dari 2

Laporan Keseluruhan Jawatankuasa Perasmian dan Penutupan

Secara keseluruhan, Jawatankuasa Perasmian dan Penutupan telah


melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan. Ahli Jawatankuasa Perasmian dan
Penutupan telah ditugaskan untuk menyediakan pelan pergerakan keluar-masuk
kontijen-kontijen perbarisan dan menyediakan gimik perasmian.

Sebelum majlis Kejohanan Olahraga berlangsung segala perancangan


dan persiapan perlu disediakan. Kami mengadakan beberapa kali perjumpaan
untuk membincangan setiap bidang kerja yang perlu kami lakukan. Kami
membahagikan tugasan kepada setiap ahli bagi memudahkan tugasan yang
telah diberikan. Sebarang masalah yang timbul diadakan perbincangan dan
diselesaikan antara kami. Ketua dan penolong juga sering merujuk kepada
pensyarah penasihat kami bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar bagi
melancarkan perjalanan majlis.

Selain itu, raptai keseluruhan majlis juga kami jalankan. Semasa majlis
raptai dijalankan, pelbagai masalah yang dapat dilihat semasa pergerakan
masuk kontinjen. Pergerakan kontinjen juga tidak lancar diawal permulaan.
Kedudukan kontinjen yang berbeza jarak juga kelihatan begitu ketara. Semasa
raptai kali kedua, perubahan dibuat berdasarkan masalah yang timbul. Kami
kemudian mengadakan perjumpaan semula bagi memastikan masalah yang
wujud dapat dikurangkan semasa majlis perasmian dan penutupan.

Semasa hari kejohanan, kami menghadirkan diri seawal 7.15 pagi. Pada
hari tersebut, masalah utama yang timbul adalah kelewatan kotinjen untuk hadir
dan bersedia untuk perbarisan. Setiap kontinjen lewat tiba di padang dan masih
tidak bersedia untuk perbarisan. Keadaan menjadi sedikit kelam-kabut dan tidak
tersusun. Setiap kontinjen kemudian bersedia dalam barisan tetapi agak lewat
menjadikan beberapa ahli yang menjaga kotinjen agak tidak tersusun. Namun
begitu, perbarisan tetap dapat dijalankan pada waktu yang ditetapkan. Semasa
pergerakan masuk pula, terdapat sedikit gangguan dan masalah. Walau
bagaimanapun, perbarisan tetap berjalan dengan lancar.
Selain itu, gimik yang dirancangkan juga dapat dijalankan seperti yang
telah dirancangkan dengan kerjasama beberapa guru pelatih dan ajk lain. Gimik
yang dijalankan berjalan mengikut perancangan dan berjaya mengikut tema
yang ditetapkan. Gimik dan tarian ini adalah antara tugasan kami yang perlu
dilaksanakan. Kami dapat melakukan ini dengan tunjuk ajar dan panduan yang
telah diberikan oelh pensyarah kami Encik Mohamad Ali.

Setelah selesai majlis Perasmian dan Penutupan, kami mengadakan


sedikit perjumpaan untuk menilai dan mengesan kelemahan serta kekurangan
yang telah wujud dalam majlis kami. Kami juga membincangkan perkara yang
dapat dijalankan untuk menurangkan masalah yang timbul.Kami dapat belajar
banyak benda semasa melaksanakan tugas ini. Nasihat dan ilmu yang
dibekalkan sangat berguna kepada kami untuk melaksanakan tugasan yang
diterima. Kami juga masih perlu melibatkan diri dalam pelbagai acara bagi
menyediakan diri dengan ilmu yang diperlukan

Anda mungkin juga menyukai