Anda di halaman 1dari 3

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM

PERTANDINGAN BOLA JARING


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH ROMPIN 2011

1. UNDANG – UNDANG
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Bola Jaring Antarabangsa
( IFNA ) dan Peraturan-peraturan Am MSSM.

2. PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN


2.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 10 pemain
2.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan dalam peringkat umur yang ditetapkan sahaja.

3. KELAYAKAN PEMAIN
3.1 Bagi peringkat umur Bawah 18 tahun
Pemain yang lahir pada atau selepas 1hb Januari 1994
3.2 Bagi peringkat umur 15 tahun
Pemain yang lahir pada atau selepas 1hb Januari 1996
3.3 Bagi peringkat umur 12 tahun
Pemain yang lahir pada atau selepas 1 hb Januari 1999

PERHATIAN: ( BORANG M01/R01 DAN SALINAN KAD PENGENALAN /


SURAT BERANAK MESTI DISERTAKAN SEMASA PENDAFTARAN
PEMAIN )

4. JENIS PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan berpasukan antara sekolah menengah / rendah daerah Rompin.
4.2 Pasukan – pasukan yang bertanding akan dipecahkan kepada 4 kumpulan. Johan
dan naib johan setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir, seterusnya 2 pasukan
terbaik akan layak ke perlawanan akhir.

5. MASA PERTANDINGAN
Masa Pertandingan ialah 45 minit. Separuh masa pertama 20 minit dan separuh masa kedua 20
minit ( 20 minit / rehat / 20 minit ).

Rehat diberikan tidak melebihi 5 minit.

6. PERTUKARAN PEMAIN
Tiada had bilangan pertukaran pemain bagi sesebuah pasukan asalkan tidak melebihi 10 pemain
yang didaftarkan.

7. KIRAAN MATA
7.1 Pertandingan secara liga : Menang ( 2 mata ), Seri ( 1 mata ), Kalah ( 0 mata )
7.2 Jika terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut:
7.2.1 Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira pemenang.
7.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.
7.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira
menang
7.2.4 Jika masih seri, cabutan undi akan diadakan untuk menentukan pemenang
8. KELEWATAN
Sepuluh minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesuatu pasukan tidak dapat
hadir dengan sekurang-kurangnya 5 pemain akan dikira menyerah kalah dengan sengaja.
Kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 25/0.

9. PAKAIAN
9.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai BIB mengikut Peraturan Gabungan
Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA).
9.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set BIB
9.3 Jika Kedua Pasukan memakai BIB yang sama warna, pasukan pertama yang disebut
dikehendaki menukar BIB

10. BANTAHAN
10.1 Bantahan bertulis yang ditanda tangani oleh pegawai pasukan hendaklah diserahkan
kepada setiausaha pengelola atau wakilnya tidak lewat satu jam selepas perlawanan
tamat dengan bayaran sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus ).
Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya (kecuali
dinyatakan dalam permainan tertentu).
10.2 Jika sesebuah pasukan membuat bantahan, perlawanan selepas itu hendaklah
dijalankan dengan keadaan bermain dalam keadaan bantahan.

11. LEMBAGA RAYUAN


Ahli-ahli juri rayuan terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) daripada
sekurang-kurangnya 3 buah pasukan. Mereka terdiri daripada :
i Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola
ii Penyelia Sukan dan Permainan Daerah (PPD)
iii Pengerusi Teknik Bola Jaring Daerah
iv 2 orang wakil sekolah yang tidak terlibat dengan bantahan/ kes tersebut

12. LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN


12.1 Lembaga ini terdiri daripada :
i. Pegawai Pendidikan Daerah atau wakilnya.
ii. Penyelia Sukan dan Permainan Daerah
iii. Pengerusi Pengelola Kejohanan
iv. Pengerusi Teknik Bola Jaring Daerah
12.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk :
12.2.1 Mengambil tindakan disiplin mengenai murid, guru dan pegawai-pegawai
kejohanan berkenaan dengan semua perkara semasa kejohanan dijalankan
seperti berikut :
i Memberi amaran
ii Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
iii Menyingkirkan daripada kejohanan keseluruhan kejohanan.

13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan Am dan Peraturan Pertandingan ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.

14. HAL-HAL LAIN


Setiap pasukan diwajibkan membawa seorang pengadil bagi setiap kategori umur.
Sekiranya pasukan tidak membawa bersama pengadil, pihak pengelola akan mengenakan
bayaran dendaan sebanyak RM 50 tunai bagi tujuan membayar elaun pengadil luar yang
bertugas dan dibayar semasa pendaftaran.

Anda mungkin juga menyukai