Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PEMBAIKAN DAN KECERIAN

MAKMAL KOMPUTER

SK SG SAMAK
36400 HUTAN MELINTANG
PERAK
PENDAHULUAN

Makmal Komputer di sekolah merupakan tempat di mana murid – murid


mendalami ilmu ICT di sekolah. Makmal komputer juga berfungsi sebagai sumber ilmu
kepada murid – murid juga kakitangan sekolah bagi mendapatkan sumber dari internet
juga kemudahan mengunakan komputer dalam tugas seharian.

Walaubagaimanapun kemudahan makmal yang kian uzur,dan perlu pembaikan


menyebabkan penggunaan makmal komputer ini dibawah kemapuan sebenar.Dengan
erti kata lain,banyak kemudahan yang perlu diperbaiki,ditambah juga menambah sedikit
kecerian untuk menjadikan makmal lebih kondusif untuk tujuan pembelajaran.

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon dana sumbangan bagi membaik pulih
serta menambah kecerian bagi makmal komputer SK Sg Samak.

RASIONAL
Rasional Program ini adalah untuk :-

A) Membaiki Penghawa Dingin yang telah rosak.

B) Bembaik pulih sistem pendawaian elektrik dalam makmal agar kejadian litar
pintas tidak sering terjadi.

C) Membaiki kebocoran bumbung makmal.

OBJEKTIF

1. Dengan pembaikan penghawa dingin dalam makmal menjadikan makmal


komputer lebih kondusif. Ini kerana bahagian utama makmal komputer tidak
dilengkapi dengan tingkap yang membolehkan udara dari luar masuk ke dalam.

2. Sistem Pendawaian elektrik di dalam makmal telah mengalami masalah yang


menyebabkan plug lantai di dalam makmal tidak boleh digunakan.Hal ini juga
menyebabkan beberapa buah komputer letak mengalami kerosakan disebabkan
litar pintas.

3. Bumbung makmal mengalami kebocoran dimana apabila hujan lebat turun air
akan menitis dibeberapa tempat didalam makmal.Ada bumbung yang bocor
berhampiran dengan lampu syiling makmal.Adalah dikuatiri jika lambat diperbaiki
mungkin akan mengakibatkan litar pintas yang lebih teruk kepada makmal
komputer.

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

Sepanjang tahun.

PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 1 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan.

SUMBER KEWANGAN

Kami mengharapkan sumbangan dari pihak PIBG,org perseorangan,pihak koporat,Juga


mana – mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan hasrat kami
menambah baik serta mengindahkan makmal komputer.

PENUTUP

Besarlah harapan kami agar program yang kami rancangan ini beroleh sokongan dari
semua pihak agar harapan kami untuk membaik pulih serta menceriakan makmal
komputer ini tercapai hendaknya.
JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PEMBAIKAN DAN KECERIAN
MAKMAL KOMPUTER SK SG SAMAK,
36400 HUTAN MELINTANG PERAK

PENASIHAT
En.Md Ariffin Bin Tabrani
(Guru Besar SK Sg Samak)

En.Mohd Bakeri Bin Dollah


(YDP PIBG SK Sg Samak)

PENGERUSI
Pn.Muhaini Binti Ibrahim
(GK Pentadbiran)

SETIAUSAHA
En.Ahmad Fitri Bin Mohd Sauid
(Guru Penyelaras Bestari)

AJK
En. Sapuan Bin Sanusi
(Guru Pembangunan Sekolah)

En.Ahmad Mahidi Bin Zamzury


(Juruteknik F17)

Disediakan Oleh:- Disahkan Oleh:-

(Ahmad Fitri Bin Mohd Sauid) (MD Ariffin Bin Tabrani)


Setiausaha Guru Besar
Program Pembanguan SK Sg Samak
Dan Kecerian Makmal Komputer
ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM PEMBAIKAN DAN KECERIAN MAKMAL KOMPUTER
SK SG SAMAK

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara RM
1 Baik pulih Penghawa dingin
2 Unit 5 Horse power 1200.00
2 Unit 1 Horse Power 400.00

2 Baik Pulih Pendawaian Elektrik 800.00

3 Pembaikan Bumbung Makmal Komputer 600.00

4 Kecerian Makmal Komputer 300.00

JUMLAH 3300.00