Anda di halaman 1dari 11

HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING SARI²

HIKAYAT HANG TUAH, 1997

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

A. SINOPSIS
Setelah siap berpakaian, raja Melaka dan pembesar -pembesarnya masuk
menghadap Seri Bentara Majapahit. Pada masa itu, Seri Bentara sedangramai dihadap
oleh rakyat Majapahit. Apabila melihat raja Melaka datang, orang ramai segera minta
diri pulang.
Ketika mereka menikmati hidangan, keadaan di luar tiba -tiba gempar. Rupa-
rupanya Taming Sari yang mengaku sebagaiperajurit tua Majapahit yang mengamuk.
Ramai rakyat terkorban. Raja Majapahit membawa raja Melaka ke dalam istana untuk
menyelamatkan diri. Pintu istana yang tujuh lapis pun ditutup.Keadaan menjadi sunyi
kerana semuanya telah melarikan diri. Begitu juga dengan Patih Gajah Muda.
Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari tetapi Taming Sari kebal. Hang Tuah
berjaya menikamnyatetapi tidak lut. Hang Tuah mencari helah untuk mendapatkan
keris Taming Sari dengan berunding untuk bertukar -tukar keris dan berpakat hendak
mengamuk. Hang Tuah menyatakan keris Taming Sari tidak kukuh dan perlu ditukar
dengan kerisnya.
Taming Sari terpengaruh kemudian bersetuju. Setelah keris ditukar, mereka
bertikaman semula. Taming Sari akhirnya berjaya dibunuh. Betara Majapahit
menghadiahi Hang Tuah keris Taming Sari, pakaian selengkapnya dan anak Sungai
2. Perkembangan

- Taming Sari mengamuk dan membunuh sesiapa sahaja yang dijumpainya.

3. Perumitan

- Hang Tuah membuat helah memperdayakan Taming Sari untuk bertukar senjata
sebelum mereka sama-sama mengamuk. Taming Sari bersetuju. Taming Sari berjaya

dibunuh oleh Hang Tuah dengan menggunakan keris Taming Sari.

4. Peleraian

- Betara Majapahit menghadiahi Hang Tuah keris Taming Sari, persalinan dan anak
Sungai Jemaja sebagai membalas jasanya.
E. LATAR

1. Latar Tempat

- Di istana Seri Betara Majapahit.

2. Latar Masa

- Pada suatu masa dahulu, zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan

Majapahit.

3. Latar Masyarakat

- Golongan istana yang terdiri daripada raja/pemerintah, para pegawai istana, perajurit

dan rakyat biasa.

- Masyarakat Jawa di Majapahit.

- Masyarakat tradisional yang taat setia kepada pemerintah.


F. GAYABAHASA

1. Bahasa istana

- tuanku, titah, baginda, ratu, patik, santap

2. Bahasa Melayu Klasik


- ceteria (anak raja-raja, kesateria)

- manira (aku, kita)

- khambi (kambi, kayu bingkai pada pintu atau tepi dinding)

- memekis (memengkis, memanggil dengan maksud menentang,berteriak untuk


mengejek)
- baling-baling (kincir angin, penunjuk arah angin, alat seupa kincir untuk menjalankan

kapal)

3. Bahasa asing (Jawa)

- peseban (balai tempat menghadap)

- pakannira (pakanira, tuan, engkau)

4. Hiperbola

- Orang mengamuk yang terlalu derasnya, bernyala-nyala seperti api.


G.NILAI DAN PENGAJARAN
1. Nilai Murni

- Rasional

- Baik hati

- Keberanian
2. Pengajaran
a. Kita perlu berani menghadapi musuh apatah lagi musuh yang zalim sebagaimana
Hang Tuah berani menentang Taming Sari.
b. Kita perlu bertindak rasional kerana tindakan yang melulu akna membawa padah.
Taming Sari yang menurut hawa nafsu akhirnya terbunuh di tangan Hang Tuah.
c. Kita perlu mengenang jasa dan tidak mementingkan diri sendiri sebagaimana Seri
Betara Majapahit menhadiahkan keris Taming Sari kepada Hang Tuah, persalinan dan
anak Sungai Jemaja setelah Taming Sari ditewaskan.

Anda mungkin juga menyukai