Anda di halaman 1dari 2

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat

cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan


tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendeketan yang bersesuaian seperti
pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengambilan semula, pemulihan, pengeluaran semula,
pembinaan semula jadi dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula membawa maksud
kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat
Malaysia. Oleh itu, kita haruslah pelihara, sedia berkorban dan mempertahankan bangunan
bersejarah yang sedia ada supaya dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa.

Perkara ini terjadi kerana aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga rakyat
Malaysia. Contohnya seperti Bangunan Sultan Abdul Samad yang dapat kita lihat dari dulu
hingga sekarang yang berkekalan dan tidak berubah. Oleh itu, kita harus berbangga dengan
sejarah negara dan bersyukur kerana menjadi sebagai warganegara Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan aman damai, kita
harus bersefahaman antara satu sama yang lain untuk sama-sama memlihara dan memulihara
bangunan bersejarah supaya di masa hadapan kita akan menjadi negara yang disegani dan
dihormati di persada dunia. Selain itu, kita juga harus bermuafakat dan melakukan kata
sepakat seperti pemimpin berbincang tentang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah dengan rakyat atau pembesar-pembesar di negara kita.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah


juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Aktiviti
seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi
undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Keadaan ini juga
disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi
terhadap peraturan negara.
Patriotisme yang terakhir ialah berusaha dan produktif. Proses pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigh. Kita juga mesti
menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah yang biasanya dilakukan secara bekerjasama berpasukan. Dalam proses
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah
menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini
akan menjadikan warganegara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Kesimpulannya, kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana
mereka sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu, kita mestilah
berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara unutk terus memelihara dan
memulihara bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai