Anda di halaman 1dari 18

Kesediaan Membaca

 Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk


menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal.
 Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti
sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di
peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-
peringkat lain yang lebih tinggi.
 Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan
dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi
kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran
bacaan asas.
 Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut
keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang
akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan
keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.
 Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut
keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang
akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan
keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.
 Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi
mintanya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan
bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan
bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan
minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita.
 Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi
keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan
kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.
 Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur
empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia
membaca setelah berumur enam tahun.
 Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran
amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca.
 Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai
jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di
sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan
buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca
berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat
peluang yang sama.
 Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan
membaca sangat penting.
 Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu,
usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-
sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada
kanak-kanak, ibubapa dan guru.”
 Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah
dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam
perkembangan otot-otot tubuh mereka.
 Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu
meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu.
 Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan
sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran
berjalan.
 Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca, Cuma
bentuknya berbeza.
 Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan
perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-
peringkat bacaan seperti yang di bawah:

Aktiviti Perkembangan

Meniarap aktiviti kesediaan membaca


Merangkak aktiviti mendirikan kemahiran asas
membaca
Berdiri aktiviti pengukuhan kemahiran asas
membaca
Berjalan mahir membaca peringkat rendah
Berlari mahir membaca peringkat tinggi
Aktiviti Kesediaan Membaca

 Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan


membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat
bacaan.
 Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran,
kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor,
latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.
 Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga
membaca ayat.
 Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992)
pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid
untuk membaca.
 Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan
membaca adalah sama.
 Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang
mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan
pendengaran.
 Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang
membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke
kanan dan dari atas ke bawah : Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-
aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1
(1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru.
 Tiga kategori aktiviti disediakan, iaitu pengamatan penglihatan,
pengamatan pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata.
AKTIVITI
PENGAMATAN PENGLIHATAN
 Aktiviti Pengamatan Penglihatan
 Menghimpun gambar benda maujud yang berlainan
kategori iaitu haiwan, buah-buahan dan sayur-
sayuran.
 Bahan:
Pelbagai gambar haiwan, buah-buahan dan sayur-
sayuran.
 Aktiviti Guru/ Murid:
 Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan
oleh guru.
 Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan
kumpulan.
 Guru berbincang dengan murid tentang kategori benda
tersebut.
 Murid menyebut setiap kategori benda tersebut sebagai
respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
 Guru memberi arahan kepada murid untuk mengambil
kad gambar dalam kotak dan melekatkan kad itu pada
kertas yang dilekatkan pada papan putih mengikut
kategori seperti haiwan, buah-buahan dan sayur-
sayuran.
AKTIVITI
PENGAMATAN
PENDENGARAN
 Aktiviti Pengamatan Pendengaran
 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi
haiwan.

 Bahan :
 Laptop yang mengandungi pelbagai bunyi haiwan.
 Beberapa kad gambar yang dapat disesuaikan dengan
bunyi-bunyi yang diperdengarkan.

 Aktiviti Guru/ Murid :


 Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita
rakaman.
 Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi
dan murid menyatakan jenis bunyi itu.
 Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan
bunyi yang dinyatakan.
AKTIVITI PERGERAKAN
TANGAN DAN MATA
 Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 1
 Menyambung garisan putus-putus yang telah
dilakarkan pada kertas yang disediakan.

 Bahan :
 Kertas yang mempunyai lakaran garisan putus-putus
pelbagai bentuk haiwan dan benda.
 Pensel.

 Aktiviti Guru/ Murid :


 Murid menyambung garisan putus-putus sehingga
membentuk benda atau haiwan yang dilakarkan.
 Guru bersoal jawab tentang hasil lakaran murid.
Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2
 Menggunting gambar haiwan, buah-buahan, sayur-
sayuran dan benda.

 Bahan :
 Gambar haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan benda.

 Gunting.

 Aktiviti Guru/ Murid :


 Murid menggunting gambar haiwan, buah-buahan, sayur-
sayuran dan benda.
 Guru berbincang dengan murid tentang hasil guntingan yang
telah disiapkan.
Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 3
 Mengamati gambar yang mengandungi objek yang
tinggi, rendah, jauh dan dekat.

 Bahan :
 Gambar pemandangan.

 Aktiviti Guru/ Murid :


 Guru memberi arahan kepada murid untuk menunjukkan
kedudukan objek yang paling tinggi, paling rendah, paling
jauh dan paling dekat.

Anda mungkin juga menyukai