Anda di halaman 1dari 4

5 LANGKAH MEMBINA KECEMERLANGAN

Langkah pertama

Senaraikan semua subjek yang anda ambil.


Tuliskan gred yang biasa diperolehi atau gred
yang diperolehi pada peperiksaan lalu. Tuliskan
juga gred yang ingin diperolehi (gred matlamat)
dalam peperiksaan sebenar nanti.
Langkah kedua
Kenalpasti mana-mana subjek yang yang gred sekarang dan gred matlamat agak
jauh berbeza jaraknya. Subjek-subjek ini perlu diberi keutamaan untuk dipelajari
semula dan diulangkaji. Jadi, jika mahu bermula, mulakan dengan belajar subjek-
subjek lemah ini.
Langkah ketiga
Untuk subjek-subjek yang perlu diberi keutamaan
ini, senaraikan pula semua topik-topiknya. Kemudian
kenal pasti topik mana yang dirasakan paling lemah.

Langkah keempat
Antara senarai topik  paling lemah ini, pilih topik
yang paling pendek dahulu untuk dikuasai. Apabila
kita mulakan dengan topik yang paling pendek, ia
kelihatan seperti yang paling senang. Jadi keyakinan
diri akan jadi tinggi sedikit. Ia membuat proses
pembelajaran menjadi lebih mudah.
Langkah kelima
Belajar topik-topik itu semasa anda paling aktif dan
bertenaga. Begini. Jika ada dua subjek yang ingin
dipelajari, belajar subjek yang anda lemah dulu. Seperti
yang saya terangkan tadi,  pelajar suka belajar subjek
yang mereka boleh skor dahulu berbanding subjek lain. 
Ini akan membuat pelajar ini rasa letih dan penat semasa
mahu mula belajar subjek yang lemah itu. Jadi, kali ini,
apabila ada masa terluang dan ketika minda dan fizikal
masih cergas, belajar subjek yang dirasakan lemah tadi.

Anda mungkin juga menyukai