Anda di halaman 1dari 20

1.

0 Pengenalan

Pendidikan Moral adalah satu mata pelajaran yang sukar diajar kerana
ianya melibatkan pengetahuan dan amalan. Oleh itu, seseorang guru
hendaklah menguasai teori-teori moral, pelbagai kaedah dan teknik
mengajar Pendidikan Moral.

Terdapat empat teori moral yang perlu difahami dan dikuasai


oleh guru Pendidikan Moral iaitu teori kemoralan sosial, teori
keperibadian mulia, teori teleologikal dan teori deontologikal. Semua
teori ini, jika dapat diamalkan akan memberi kesan yang menyeluruh
kepada corak kehidupan manusia dalam sesebuah masyarakat.

Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang


dicadangkan untuk menyemai nilai-nilai moral di kalangan murid.
Teknik ini haruslah digunakan secara gabungan untuk mengelakkan
kebosanan di kalangan murid dan juga untuk membolehkan proses
pembelajaran nilai-nilai moral yang lebih berkesan. Antaranya kaedah
main peranan / simulasi, kaedah bercerita, kaedah lakonan, kaedah
perbincangan, kaedah lawatan, kaedah tunjuk cara, kaedah
penyelesaian masalah dan banyak lagi.

Penguasaan yang berkesan di kalangan guru yang mengajar


Pendidikan Moral itu sendiri secara tidak langsung dapat membantu
lagi murid dalam menerapkan nilai murni dan seterusnya menjadi
amalan seharian dan kehidupannya. Ini penting bagi menjamin
kehidupan yang harmonis.
2.0 Teori-teori Moral
2.1 Teori Kemoralan Sosial

Teori Kemoralan sosial ialah teori yang cuba mengaitkan


kepiawaian moral, peraturan masyarakat, dan undang-undang
negara atau alam sejagat dengan konsep etika.

Ia juga menitik beratkan tanggungjawab setiap individu bagi


mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti.

Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan faedah


masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu.

Teori ini sangat berkesan untuk diaplikasikan dalam


kehidupan seharian dan dapat dilihat dari aspek keagamaan.
Setiap perlakuan masyarakat berlandaskan ajaran agama
masing-masing yang boleh dikatakan lebih menekankan
peraturan-peraturan baik yang perlu dipatuhi dan apa yang patut
dijauhi.

Dalam konteks sekolah pula, ianya menjadi asas kepada


setiap pelajar adalah berguna dan sangat penting untuk
mencapai dan mengecapi suasana dan keadaan berdisiplin serta
harmoni di sekolah.

Contohnya,
Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan adat resam
serta pantang larang yang berbeza di antara satu sama lain.
Maka adalah perlu kemoralan sosial bagi menjamin keutuhan dan
keharmonian sesebuah masyarakat.
Kemoralan soisal mempunyai kaitan dengan kepercayaan
kepada tuhan berlandaskan kepada pegangan agama masing-
masing perlulah dihormati oleh semua orang.

2.2 Teori Keperibadian Mulia

Keperibadian Mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan


yang menekankan kualiti terbaik atau istimewa. Lebih bertumpu
kepada penyatuan taakulan dan emosi serta mengelakkan
berlakunya gejala sosial yang tidak sihat.

Mewujudkan insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan


terpuji seperti kejujuran, baik hati, amanah dan lain-lain. Semua
sifat ini akan diperolehi menerusi latihan dan pengalaman
sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan
menyeronokkan.

Menekankan kesederhanaan sikap, tingkah laku dan sifat-


sifat lain serta melahirkan masyarakat yang harmoni dan
sejahtera.

Melakukan sesuatu tindakan bagi menjamin kebahagian diri,


keluarga, masyarakat dan negara.

Teori ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian


kerana lebih menekankan sifat peribadi untuk mencapai
kehidupan yang baik. Individu perlulah mempunyai matlamat
sebagai piawai untuk mencapainya. Ini adalah kerana
pembentukkan peribadi berlaku secara beransur-ansur.

Di sekolah pula guru perlulah memainkan peranan yang


penting dalam mengenalpasti perlakuan murid yang perlu
diteguhkan atau pun diperbetulkan. Hakikatnya setiap murid
mempunyai perlakuan yang berbeza. Ini kerana keperibadian
merupakan warisan dan sukar diamalkan. Tiada istilah rehat
dalam mengamalkan keperibadian mulia, tidak seperti kemahiran
boleh berhenti seketika.

Contohnya,
Seorang murid menolong gurunya membawa buku ke bilik
guru. Murid berkenaan mempunyai Keperibadian Mulia kerana
menolong gurunya tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Keperibadian mempunyai kaitan dengan sifat-sifat terpuji


seperti berhemah tinggi iaitu beradab sopan dan berbudi pekerti
mulia dalam pergaulan seharian.

2.3 Teori Teleologikal

Teori ini berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu


sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan
kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau
kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang
paling ramai.

Hasilnya, ramai manusia akan melakukan tindakan yang


akan memberikan manfaat kepada lebih ramai orang dan ini akan
memberikan keseronokan kepada lebih ramai manusia.

Contohnya,
Tindakan membinaan empangan di kasawan tadahan hujan
merupakan tindakan yang dianggap baik / betul kerana akan
memberi manfaat kepada orang ramai.
Teori Teleologikal mempunyai kaitan dengan kebersihan
mental dan fizikal serta pemikiran yang sihat dan positif dalam
setiap perlakuan dan tindakan demi kepentingan ramai.

2.4 Teori Deontologikal

Teori Deontologikal menyatakan nilai moral sesuatu tindakan


tidak boleh dinilai ke atas kesudahan (hasil / kebaikan yang akan
didapati) kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat
ditentukan hasilnya semasa tindakan / keputusan dibuat.
Semuanya bergantung kepada niat.

Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu itu mestilah juga


dipatuhi oleh orang lain.

Individu itu mestilah bertindak sebagaimana dia inginkan


orang lain bertindak terhadapnya.

Contohnya,
Seseorang itu membunuh orang yang cuba merogolnya.
Niat dia membunuh ialah ingin menjaga maruah diri. Dari segi
undang-undang membunuh adalah salah. Hasil daripada
tindakannya, dia terselamat daripada dirogol.

Teori Deontologikal mempunyai kaitan dengan nilai harga


diri iaitu keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan
dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
3.0 Kaedah-kaedah Dalam Pengajaran Pendidikan Moral

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau


kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang
dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan
perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang
lain.

3.1 Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita ialah satu seni atau kraf naratif cerita dalam
bentuk prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh
seseorang di depan penonton. Cerita berkenaan boleh
dihafazkan, diratibkan, dinyanyikan dengan muzik atau tanpa
muzik. Beberapa langkah persediaan yang dilakukan bagi
memastikan ceritan yang ingin disampaikan berkesan. Salah
satu tujuannya ialah sebagai hiburan dan penerapan nilai moral.

Kaedah ini mempunyai kelebihan jika guru-guru


Pendidikan Moral dapat mengaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Teknik bercerita dapat memotivasikan
murid untuk terus belajar kerana dapat menarik perhatian murid
terhadap topik yang akan disampaikan. Di samping itu, dapat
memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid serta
dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Pembelajaran bertambah lebih bermakna dan menarik


jika cerita tersebut berkait rapat dengan kehidupan murid atau
pun cerita yang melucukan. Pembelajaran yang berlaku melalui
bercerita lebih kekal dan diingati untuk jangka waktu yang lebih
lama. Oleh itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita-
cerita tersebut.
Cerita yang bertemakan moral dapat membantu murid
menghayati nilai-nilai murni. Ini adalah kerana murid belajar
melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam
cerita. Bercerita juga dapat melibatkan pelajar secara aktif dan
dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran
yang berpusatkan murid.

Kesan daripada teknik bercerita ini murid dapat


meluaskan pengalaman jika cerita mempunyai kaitan dengan
kehidupan seharian dan dapat meningkatkan daya kreativiti
murid.

3.2 Kaedah Perbincangan

Kaedah perbincangan dapat menggalakkan murid berintraksi


antara dua hala. Di samping itu, membuka ruang kepada semua
murid memberikan pendapat, pandangan dan saranan yang
bersesuaian. Secara tidak langsung melatih murid berkomukasi
secara lebih berkesan. Kelebihan kaedah ini, guru sebagai
pemudah cara dan murid rasa dihargai kerana diberi peluang.

Kaedah ini mempunyai kelebihannya dari segi


penglibatan diri murid dalam aktiviti kumpulan. Murid perlu
memainkan peranan yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan
serta memberi idea mengenai suatu situasi yang diberikan.
Peranan guru penting, supaya dapat mengagihkan murid
dengan seimbang dengan kebolehan mereka.

Di sini kita boleh latih murid berfikir secara kreatif dan


berani memberikan pandangan walaupun pandangan itu kurang
bersesuaian dengan tajuk. Sikap bertanggungjawab antara ahli
kumpulan dapat diterapkan dengan lebih baik lagi kerana setiap
ahli kumpulan mempuanyai peranan masing-masing.
Contohnya, sebagai ketua, pencatat, pembentang dan
sebagainya.

3.3 Kaedah Lakonan

Kaedah lakonan memberi peluang kepada murid melakonkan


peranan atau cerita yang berasaskan nilai moral. Terdapat dua
cara lokonan iaitu menggunakan skrip dan secara spontan.
Kaedah ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran dan dapat menyuburkan sahsiah murid.

Lakonan tanpa skrip memerlukan murid memahami cerita


dan nilai-nilai yang berkaitan. Guru boleh memberikan tunjuk
ajar atau nasihat jika perlu. Satu perbincangan perlu diadakan
mengenai nilai-nilai yang terdapat dalam cerita yang berkaitan
dan nilai-nilai tersebut sepatutnya dikaitkan dengan gaya
kehidupan manusia.

Manakala lakonan menggunakan skrip memerlukan


murid memahami kandungan skrip. Pelakon perlulah membaca
terlebih dahulu dan melakonkan skrip yang berkaitan. Satu
ringkasan perlu dihasilkan daripada cerita berkenaan.

3.4 Kaedah Main Peranan

Kedah main peranan bermaksud melakonkan seauatu situasi


atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid akan
diberi peranan dan meyuruh mereka bertindak sebagai watak-
watak yang ditentukan dalam situasi yang disediakan. Sesuatu
tindakan perlulah menggambarkan perasaan dan nilai yang
berkaitan.
Kaedah main peranan ini memberi kebaikan kepada
murid-murid. Ini kerana murid melibatkan diri sepenuhnya dalam
pembelajaran. Menggalakkan self-development pada diri
pelajar. Di samping itu membolehkan pelajar berkomunikasi
dengan lebih yakin serta dapat memahami sesuatu konsep
dengan lebih jelas. Lebih bermakna lagi murid dapat memahami
nilai-nilai dirinya sendiri.
4.0 Teknik-teknik Mengajar Pendidikan Moral

Teknik pengajaran adalah merupakan kemahiran atau perkara-perkara


khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Teknik-teknik yang
terdapat dalam sesuatu kaedah perlu dikuasai oleh guru bagi
memastikan matlamat kaedah itu akan terhasil.

4.1 Teknik Dalam Kaedah Bercerita

Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada


suara, penggunaan alatan yang berkaitan dengan cerita,
kemahiran mengekalkan minat murid untuk menyertai ataupun
mendengarnya. Pergerakan tangan, ‘facial expression’ serta
kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu
berlangsung.

4.2 Teknik Dalam Kaedah Perbincangan

Teknik penyoalan yang baik seperti soalan-soalan yang


dikemukan haruslah jelas dan tepat, murid diberi masa untuk
memikirkan jawapan, layanan yang munasabah bagi semua
tindak balas daripada murid dan mempelbagaikan soalan yang
ingin ditanya.

4.3 Teknik Dalam Kaedah Lakonan

Teknik lakonan lebih kepada penhayatan kepada watak yang


ingin ditonjolkan. Kawalan nada suara, mimik muka yang
bersuaian mengikut emosi, penggunaan material yang
bersesuaian dan kedudukan yang bersesuaian untuk murid
yang melihat lakonan.
4.4 Teknik Dalam Kaedah Main Peranan

Teknik main peranan adalah seperti mempelbagaikan nada


suara, kadar percakapan, bahasa yang sesuai mengikut
peranan masing-masing. Penggunaan bahan sokongan seperti
televisyen, filem, mendengar rakaman dan sebagainya
diperlukan untuk mengemukakan masalah kepada murid.
5.0 Cerita yang Bertemakan Moral

5.1 Cerita yang bertajuk Monyet dan Ikan Lumba-lumba dapat


membantu murid Tahun 3 menghayati salah satu nilai moral
yang terkandung dalam sukatan pelajaran Tahun 3.

Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayan yang baik hati.


Dia suka mengembara ke serata tempat. Dia juga sering
membawa bersama seekor monyet kesayangannya.

Pada suatu hari, pelayar itu pergi belayar bersama


keluarganya. Dia juga membawa moyet kesayangannya.
Semasa dalam pelayaran, tiba-tiba angin bertiup kencang dan
laut bergelora. Ribut yang kuat menyebabkan kapal itu karam.

Semua penumpang di dalam kapal itu meninggal dunia


akibat lemas. Hanya seekor monyet yang terselamat. Ia berpaut
pada sebatang kayu.

Ketika monyet terumbang-ambing dipukul ombak yang


besar, tiba-tiba seekor ikan lumba-lumba menghampirinya.

“Wahai monyet, saya akan bawa kamu ke tempat yang


selamat,” kata ikan lumba-lumba.

“Terima kasih kerana selamatkan saya,” kata monyet.

Monyet terus naik ke atas belakang ikan lumba-lumba.


Ikan lumba-lumba membawa monyet menuju ke darat. Sebelum
sampai ke darat, mereka melalui sebuah pulau. Ketika melalui
pulau tersebut, monyet terfikir untuk mempermainkan ikan
lumba-lumba.
“Kamu tahukah, di pulau inilah seorang rakan saya
menjadi raja. Ia memerintah rakyat di pulau ini dengan adil.
Rakyat hidup dengan aman dan gembira. Di pulau ini juga
terdapat makanan yang banyak,” kata monyet.

Ikan lumba-lumba hanya terdiam mendengar kata-kata


monyet. Ia tahu monyet cuba mempermainkan dirinya. Ikan
lumba-lumba tahu pulau itu tidak terdapat manusia ataupun
haiwan. Ikan lumba-lumba ingin mengenakan monyet pula. Ia
membawa monyet ke pulau itu.

“Saya rasa, eloklah kamu tinggal di sini. Kamu tentu


boleh hidup senang-lenang di pulau ini,” kata ikan lumba-lumba.
Ikan lumba-lumba meninggalkan monyet di situ dan terus pergi
dari situ.

Tinggallah monyet keseorangan di pulau itu. Monyet


menangis kerana menyesali kesilapannya. Ia sepatutnya tidak
bercakap yang bukan-bukan kepada ikan lumba-lumba yang
telah menolongnya.

Diadaptasi daripada:
Cerita-cerita moral Edubird.
5.2 Nilai-nilai Moral yang Terkandung Dalam Cerita ‘Monyet dan
Ikan Lumba-lumba’

Terdapat beberapa nilai murni yang boleh diperolehi


daripada petikan di atas. Antaranya, sikap suka membantu
orang yang berada dalam kesusahan. Kedua, jangan suka
menipu, terutamanya terhadap orang yang telah menolong kita.
Ketiga, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, di antara
seorang manusia yang bergelar tuan terhadap monyet
kesayangannya,

Nilai kasih sayang merupakan nilai kepekaan dan


perasaan cinta yang mendalam serta berkekalkan yang lahir
daripada hati yang ikhlas. Kasih sayang ini tidak semestinya di
kalangan manusia semata-mata. Malah lebih luas lagi
pengertiannya. Kasih sayang terhadap haiwan, alam sekitar,
dan kasih sayang terhadap semua mahkluk di muka bumi ini. Ini
adalah kerana kita semua saling memerlukan antara satu sama
lain.

Nilai kejujuran pula merupakan kewajipan bercakap


benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
Manusia yang ikhlas, bercakap benar dan bersikap amanah
akan sentiasa disanjung oleh masyarakat. Amalan bercakap
benar dalam pelbagai situasi seperti perbualan dan pergaulan
dapat mengukuhkan perhubungan.

Nilai kerajinan merupakan usaha yang berterusan penuh


dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Termasuklah kerajinan dalam memberikan pertolongan kepada
sesiapa sahaja yang memerlukan. Usaha yang bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan sesuatu kerja pasti membawa
kejayaan. Dalam memberikan pertolongan atau pun membantu
orang dalam kesusahan jang mengharapkan balasan.
Sebaliknya lakukan dengan ikhlas kerana kita akan mendapat
suatu kepuasan yang tidak mungkin diperolehi oleh orang lain.

Cerita Monyet dan Ikan Lumba-lumba sangat baik kerana


dapat menerapkan sikap baik hati. Melalui cerita ini dapat
menanamkan sikap kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan
diri sendiri dan orang lain dengan memberikan bantuan serta
sokongan moral secara telus ikhlas. Jika nilai ini, dapat
diterapkan dalam diri murid-murid kita, maka sikap seperti
pentingkan diri sendiri, sombong dan tidak menghormati orang
lain dapat dielakkan. Seterusnya dapat mewujudkan masyarakat
berkeperibadian mulia.
6.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 3, yang
akan menggunakan kaedah bercerita sebagai kaedah yang utama.

PERANCANGAN

BIL PERKARA TINDAKAN


1. Kelas 3 Kenanga
2. Bilangan Murid 35 Orang
3. Tarikh 8 September 2008
4. Masa 60 Minit
5. Bidang Baik Hati
6. Tajuk Monyet dan Ikan lumba-lumba
7. Kemahiran / Tema Prihatin terhadap mereka yang memerlukan
bantuan:
i) golongan yang ditimpa kesusahan
8. Pengetahuan Sedia Di akhir pengajaran dan pembelajaran diharap
Ada murid akan dapat :
i) menghulurkan bantuan kepada golongan
yang memerlukan.
9. Kemahiran Berfikir Menjana idea, mengenal pasti
10. Penerapan Nilai Tolong menolong, kasih sayang, bercakap
benar.
11. Bahan Bantu Gambar, lembaran kerja
Mengajar
12. Strategi Verbal lingguistik, sumbang saran
Pembelajaran

PELAKSANAAN :

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN


/ MASA PEMBELAJARAN
Set Tayangan 1. Guru menayangkan ‘slide’ BBM :
Induksi ‘slide Show’ kepada murid-murid. Power Point
(5 minit )
 “Apa aktiviti setiap ‘slide’ Nilai :
yang kamu tengok” Memberi
 “Siapa yang patut perhatian
lakukan perbuatan
tersebut”

2. Guru mengaitkan dengan isi


pelajaran pada hari tersebut

Langkah 1 Bercerita 1. Guru bercerita kepada murid BBM :


( 15 minit ) - Monyet dan Ikan mengenai cerita teladan Petikan
Lumba-lumba ‘Monyet dan Ikan Lumba- Cerita
lumba’.
Teknik :
2. Guru meminta murid Bercerita
membaca cerita secara :
 kelas
 kumpulan
 individu.

Langkah 2 Perbincangan 1. Guru bersoal jawab mengenai Nilai :


( 20 minit ) Mengenai cerita yang disampaikan Berani
kandungan cerita kepada murid.
KBKK :
 “Cerita ini mengisahkan Mengenal
mengenai apa?” Pasti

 “Apakah kebaikan /nilai Teknik :


murni yang boleh Perbincanga
diperolehi daripada cerita n
ini?”

2. Guru mencatatkan nilai yang


diberikan oleh murid di
papan kapur.

 Tolong-menolong
 Bercakap benar
 Kasih Sayang

3. Guru meminta beberapa


orang murid memberikan
penerangan apa yang
mereka tahu mengenai nilai
murni berkenaan.

4. Guru memberi penjelasan


mengenai maksud sebenar
nilai murni tersebut.

Langkah 3 Menyalin nilai 1. Guru mengedarkan lembaran BBM :


( 15 minit ) murni / mewarna kerja. Lembaran
Kerja
2. Murid diminta mewarnakan
gambar berkaitan cerita
‘Monyet dan Ikan Lumba-
lumba’

3. Murid menyenaraikan nilai


murni yang terdapat dalam
cerita pada ruangan yang
disediakan.

Penutup Rumusan 1. Guru bersoal jawab Teknik :


( 5 minit ) mengenai nilai murni yang Penyoalan
telah dipelajari.

2. Guru membuat rumusan isi


pelajaran pada hari itu.

Catatan refleksi :
 Murid dapat memahami dengan jelas nilai murni yang terdapat
dalam cerita ‘Monyet dan Ikan Lumba-lumba. Murid dapat
memberikan penerangan mengenai nilai murni berkenaan
berdasarkan soal jawab secara rawak yang telah dibuat.

 Seramai 33 orang murid dapat menerima isi pelajaran hari ini,


dua orang murid tidak hadir.

Anda mungkin juga menyukai