Anda di halaman 1dari 2

Monyet yang Pintar

Binatang – binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa
di tempat mereka. Singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan
raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang – binatang yang lemah sering
menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang – binatang di hutan tersebut mencari jalan
untuk menghapuskan singa itu.

Kambing: Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu

kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi.

Singa: Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu

hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari.

Kijang: Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan

kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya.

Arnab: Tapi bagaimana, kijang?

Monyet: Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama.

Keesokan paginya, monyet pergi menyerah diri kepada sang singa itu.

Singa: Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar?

Monyet: Ma.. ma.. maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik

telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja.

Singa: Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si

bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya.

Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi.

Monyet: Itu dia singa yang mengaku dirinya raja tuanku. (monyet menunjukkan

Bayang – bayang singa di dalam perigi itu).


Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk
membunuh singa yang dilihatnya itu. Semenjak hari itu, binatang – binatang di hutan
tersebut hidup dengan aman dan bahagia.

Anda mungkin juga menyukai