Anda di halaman 1dari 3

Sebab Allah haramkan babi

Soalan
Islam telah mengharamkan umatnya daripada memakan daging babi,
apakah falsafahnya dan bagaimana ia boleh dikongsi dengan orang lain?
Jawapan
Sejak manusia pertama dijadikan sudah diperintahkan agar tidak
memakan daging babi. Falsafahnya Allah SWT sukakan yang baik dan
menyuruh manusia pilih yang baik. Oleh yang demikian Allah SWT
melarang umat manusia daripada memakan perkara yang boleh
mengundang mudarat kepada jiwa dan raga.
Setiap suatu yang ditegah daripada memakannya pasti ada sebab
musababnya. Allah SWT tidak menjadi suatu itu haram, melainkan ada
mudaratnya dan menjadikan sesuatu itu halal pasti ada manfaatnya.
Wabak yang sedang hebat menular dan berjangkit tanpa memberitahu
kepada mangsa. Influenza A (H1N1) yang menjadi pembunuh senyap yang
memulakan operasinya di Mexico kini sudah sampai ke negara jiran,
Thailand.
Sebelum ini masyarakat Malaysia hanya menatap dan membaca serta
mendengar mengenai virus ini di samping meluahkan rasa simpati kepada
mangsa. Itu dua minggu lepas tetapi hari ini sudah berada tidak jauh dari
rumah kita (Malaysia).
Seperti mana yang difahamkan oleh para saintis dan pakar-pakar
perubatan bahawa virus ini merebak melalui udara, tidak semestinya di
kampung kita ada babi baru boleh kena. Babi tak ada pun boleh kena, ini
kerana udara yang membawanya.
Virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara
langsung atau tidak langsung. Persoalannya bagaimana manusia dijangkiti
virus ini?
Jawapannya, manusia selalunya dijangkiti Influenza A (H1N1) melalui
hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini.
Namun ada juga kes yang dicatatkan di mana manusia yang dijangkiti virus
ini tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan babi atau
tiada kaitan dengan persekitarannya. Virus ini juga boleh berjangkit
melalui manusia. Kalau begitu keadaannya, penyakit ini sudah ada
vaksinnya? Jawapannya, setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah
jangkitan virus ini.
Islam mempunyai penyelesaiannya, Allah SWT yang menjadikan manusia
dan yang menjadikan selain manusia telah mengharamkan secara qatie
(pasti) bahawa daging babi tidak boleh dimakan.
Firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan
kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan
binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa
terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan
tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka
tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (al-Baqarah: 173).
Ulasan Sayyid Qutub menarik minat saya untuk dikongsikan di sini, beliau
menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi
diperdebatkan oleh sekumpulan manusia… babi itu sendiri bersifat kotor
dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian,
sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-
cacing yang sangat merbahaya.
Cacing yang sangat berbahaya
“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang
cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa
yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain
yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh
mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana
syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan
kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).
Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut.
Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging
babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat
berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh
mendatangkan penyakit kepada manusia.
Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah
terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu
pengetahuan manusia.
Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya
supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal
lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana
sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-
Baqarah: 168).
Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan
bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat
Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir,
Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia
yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.
Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari
sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.
Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan
mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram
hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.

Anda mungkin juga menyukai