Anda di halaman 1dari 3

SK TAMAN KOTA KULAI 2,

JALAN SRI PUTRI 4/9, TAMAN PUTRI,


81000 KULAIJAYA. TEL/FAX: 076626540

Ruj. Kami : JBA8029/02/01/(1)


Tarikh : 14 SEPTEMBER 2010

PENGERUSI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SK TAMAN KOTA KULAI 2,
81000 KULAIJAYA,
JOHOR DARUL TAKZIM

Puan ,

MEMOHON PERUNTUKAN SARAPAN PAGI DAN REHAT UNTUK CALON UPSR 2010.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon peruntukan seperti berikut bagi menampung kos
sarapan dan makan waktu rehat bagi 157 murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010
pada 21, 22 dan 23 Septtember 2010.

Peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak:


2.1 Sarapan pagi = 157 murid x RM 1.00 x 3 hari = RM 471.00
2.2 Makan waktu rehat = 157 murid x RM 1.00 X 3 hari = RM 471.00
Jumlah = RM 942.00

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Saya yang menurut perintah,

................................................
SK TAMAN KOTA KULAI 2,
JALAN SRI PUTRI 4/9, TAMAN PUTRI,
81000 KULAIJAYA. TEL/FAX: 076626540

UNIT HAL EHWAL MURID


SEKOLAH TAMAN KOTA KULAI 2

LAPORAN HASIL SIASATAN KES PADA 17 OGOS 2010.

NAMA MURID : MOHD ZAKI BIN ZAINUDIN (5 USM)


NAMA GURU : EN ABU BAKAR SELAMAT ( GURU KELAS 5 USM DAN GURU MATAPELAJARAN B. MELAYU).

SIASATAN KES: ADUAN OLEH BAPA MURID IAITU EN ZAINUDIN MENGATAKAN ANAKNYA KENA TAMPAR
SEBANYAK DUA KALI DAN MELIBATKAN LAPORAN POLIS.

Dapatan siasatan di bahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

Bahagian A: Maklumat sebelum kejadian.

M. Zaki ada memberitahu M Syafiq pada 7.20 pagi selepas bacaan doa yang kepalanya pening dan tidak berapa
sihat. Perbualan itu turut didengar oleh Mohd Arif, Mohd Norhazad dan juga Nadirah. Murid berempat ini
memang mendengar dengan jelas perbualan antara M Zaki dan M Syafiq ini.Siasatan mendapati pada peringkat
awal M Zaki tidak mengaku ada berkata demikian, setelah dinasihati oleh Cikgu Hairul Faizal, M Zaki mengaku ada
bercakap kepada M Norhazad yang kepalanya pening bukannya kepada M Syafiq.

Bahagian B: Kes Kejadian.

Semasa P&P di dalam kelas M. Zaki dan M Norhazad sering pandang belakang ke arah M Syafiq bertujuan untuk
berbual tetapi M Syafiq tidak melayan, perbuatan ini dilihat oleh Cikgu Abu Bakar yang sedang mengajar. Cikgu
Abu Bakar memanggil M Zaki dan M Norhazad ke depan dan berkata....Main-main ke? Cikgu Abu Bakar buat
sayang-sayang (mengusap pipi kiri dan kanan M Norhazad) dan menampar serentak sebanyak 2 kali. Cikgu Abu
Bakar membuat perkara yang sama kepada M Zaki dengan buat sayang-sayang (mengusap pipi kiri dan kanan
MZaki) dan menampar sekali menggunakan 2 tangan dan 1 kali lagi menggunakan sebelah tangan. Kejadian
disaksikan oleh semua murid kelas 5 USM.

Pada waktu rehat M Zaki menelefon ibunya untuk memaklumkan bahawa dia tidak sihat kerana pening dan
berhasrat untuk berbuka puasa. Ibunya bertanya mengapa pening? M Zaki menjawab kena tampar dengan Cikgu
Abu Bakar di kelas. Ayah M Zaki tidak berpuashati dengan tindakan Cikgu Abu Bakr lantas ke sekolah untuk
berjumpa dengan Cikgu Abu Bakar.

Bahagian C: Hasil Siasatan 24 Ogos 2010.

Sisatan pada jam 9.00 pagi oleh En Mohd Yahya dan En Hairul Faizal.

Murid yang disoalsiasat semua murid 5 USM :


1. M Zaki Zainudin 2. M Syafiq Selamat
3. M Norhazad 4. M Fizani Jamal
5. Nurul Izzah Shukor 6. Nadhirah
SK TAMAN KOTA KULAI 2,
JALAN SRI PUTRI 4/9, TAMAN PUTRI,
81000 KULAIJAYA. TEL/FAX: 076626540

Dapatan sisasatan adalah seperti di Bahagian A dan B. Siasatan juga mendapati M Zaki sering melakukan perkara
berikut di dalam bilik darjah:

1. Suka berjalan sewaktu P&P dalam kelas terutamanya masa Agama Islam (Pn Siti Janariah) B. Arab (Ustaz Ishak)
dan BM (Cikgu Abu Bakar)

2.Seringkali tidak siap menyalin nota dan tidak membuat kerja rumah untuk matapelajaran Agasma Islam (Pn Siti
Janariah)

3.Suka menganggu murid lain sebagai contoh:


3.1 Tiba-tiba mengetuk kepala M Arif
3.2 Suka meminjam peralatan menulis M Fizani
3.3 Mengetuk meja murid-murid seperti M Arif, M Syafiq dan Nurul Izzah dengan tujuan menggangu mereka
fokus terhadap P&P.

4. M Zaki sering tidak fokus terhadap apa yang diajar oleh guru di dalam kelas dan gemar berbual-bual semasa di
dalam kelas waktu P&P.

Bahagian D: Ulasan GPK HEM: En Mohd Yahya Said.

1. Kejadian menghisap rokok di luar sekolah beramai-ramai antara Oktober 2009 hingga 22 April 2010.

Perkara di atas melibatkan 49 orang murid yang telah membuat pengakuan secara rela hati pernah menghisap
rokok di luar sekolah antara bulan Oktober 2009 hingga 22 April 2010. M. Zaki adalah pengawas sekolah tunggal
yang terlibat dengan perkara di atas. Saya telah memberikan 1 rotan dan amaran terakhir kepada Mohd Zaki agar
menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang tidak elok dan sekiranya berulang kes yang sama di masa depan maka
tindakan lucut jawatan pengawas akan saya ambil.

Tindakan Unit HEM terhadap murid bernama M Zaki. Zainudin.

1. Siasatan oleh saya pada 18 Ogos 2010 untuk mengetahui cerita sebenar hal yang berlaku.

2. Menghantar M Zaki kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling pada hari yang sama untuk diberi bimbingan dan
khidmat nasihat.

3. Menukar kelas dari kelas C iaitu 5 USM kepada kelas B iaitu 5 UIAM berkuat kuasa 2 September 2010 untuk:
3.1 Memberikan suasana pembelajaran lebih mantap dan rakan-rakan yang lebih pintar.
3.2 Memberikan peluang kepadanya mencari kawan dan sahabat baru agar lebih selesa di dalam P&P.
3.3 Memberikan peluang kepadanya membuang segala tabiat yang negatif dan membuat azam baru.

4. Saya tetap percaya yang semua murid-murid SKTKK2 akan berubah sekiranya terus diberikan peluang dan
bimbingan ikhlas guru dan dengan kerjasama erat ibubapa.

Sekian laporan hasil siasatan saya.

...................................

Anda mungkin juga menyukai