Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) PENDIDIKAN JASMANI DAN

PENDIDIKAN KESIHATAN
(Panduan Penulisan RPH PJ & PK Standard)

A. Fasa-Fasa dalam pengajaran:

- Kelas PJ & PK boleh dibahagikan kepada 4 fasa:


1. Fasa Permulaan / Pengenalan / Set Induksi / Memanaskan Badan
2. Fasa Perkembangan / Gerak Kerja Kelas
3. Fasa Kemuncak / Pertandingan Bersyarat/Permainan kecil
4. Fasa Penutup / Menyejukkan Badan/Gerak Kerja Kendur dan
Kesimpulan/Rumusan

B. Peruntukan Masa yang dicadangkan:

FASA 30 minit 60 minit


Permulaan 5 minit 10 minit
Perkembangan 10 minit 20 minit
Kemuncak 5 minit 10 minit
Penutup 5 minit 10 minit

Catatan: Masa ‘pergerakan’ murid sudah diambilkira.

C. Penulisan RPH Standard:

1. Maklumat Subjek : - Mata Pelajaran


- Tunjang
- Tajuk / Sub-tajuk
- Aktiviti / Kemahiran

2. Maklumat Kelas: - Tarikh


- Masa
- Tahun / Kelas
- Bilangan Murid

3. Penulisan Objektif: PJ – 3 (tiga) Objektif (Psikomotor, Kognitif, Afektif)


PK – 2 (dua) Objektif (Psikomotor / Kognitif)

4. Maklumat Berkaitan: - Kemahiran Berfikir


- Pengalaman Lepas / Sedia Ada
- Penerapan Nilai
- Penggabungjalinan
- Alatan / ABM
PENULISAN OBJEKTIF

Objektif yang hendak dicapai adalah berbentuk tingkahlaku / eksplisit iaitu yang
boleh dilihat untuk dinilai.

1. OBJEKTIF PSIKOMOTOR

3 perkara penting yang perlu diberi perhatian sebagai pra-syarat menulis


objektif psikomotor:
i. Apa - perlakuan yang perlu dilakukan/ditunjukkan oleh murid
ii. Bagaimana - situasi perlakuan tersebut
iii. Berapa – prestasi/pencapaian minimum yang dikehendaki atau syarat
menandakan murid berjaya

Mari lihat contoh-contoh di bawah ini…..

Bil Apa yang perlu dilakukan Situasi perlakuan yang Pencapaian / syarat
oleh murid dikehendaki menandakan murid berjaya
1 Melakukan hantaran paras Tepat kepada rakan sejauh 4 Sebanyak 8 daripada 10
dada meter percubaan
2 Lari ulang-alik 4 kali Sejauh 10 meter setiap kali Tanpa henti / Dalam masa 15 s
3 Lompat skip Sejauh 15 meter Sebanyak 3 kali
4 Melambung dan menyambut Melambung dangan satu Sebanyak 4 daripada 5
pundi kacang tangan setinggi 2 meter dan percubaan
menyambut dengan tangan
yang lain
5 Mengaplikasikan kemahiran Dalam situasi permainan kecil Setiap kali menghantar bola
hantaran lob kepada rakan

Sekarang, mari tulis objektif di atas dalam bentuk pernyataan

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:-

1. melakukan hantaran paras dada tepat kepada rakan sejauh 4 meter sebanyak 8
daripada 10 percubaan.

2. berlari ulang-alik (4 kali) sejauh 10 meter tanpa henti / dalam masa 15 saat.

3. lompat skip sejauh 15 meter sebanyak 3 kali / percubaan.

4. melambung pundi kacang dengan satu tangan setinggi 2 meter dan dapat
menyambut dengan tangan yang lain sebanyak 4 daripada 5 percubaan.

5. mengaplikasikan kemahiran hantaran lob dalam situasi permainan kecil


setiap kali menghantar bola kepada rakan.

2. OBJEKTIF KOGNITIF
Objektif Kognitif berkaitan dengan ilmu atau pengetahuan yang disampaikan kepada
murid dan bagaimana murid dapat menterjemahkan atau mentafsirkan ilmu tersebut
dalam bentuk lisan atau tulisan.

Oleh itu, Kata Kerja yang digunakan dalam pernyataan objektif tingkah laku kognitif
amatlah penting. Kata Kerja ini hendaklah boleh membantu guru menilai (melihat)
sama ada objektifnya tercapai atau tidak.

2 Kata Kerja yang tidak dapat membantu guru


menilai ialah “mengetahui” dan “memahami”. Elak
guna dua perkataan ini.

Sekarang, kita senaraikan 4 kata kerja yang boleh digunakan dalam pernyataan
objektif kognitif.
i. menyenaraikan
ii. menjelaskan / menerangkan
iii. menyatakan
iv. mencipta

Sekarang, mari tulis 4 objektif kognitif dengan


perkataan di atas dalam bentuk pernyataan.

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:-

1. menyenaraikan 3 posisi betul anggota badan semasa melakukan hantaran paras


dada.

2. menjelaskan sekurang-kurangnya 3 kesalahan yang biasa dilakukan semasa


membuat hantaran.

3. menyatakan sekurang-kurangnya 3 alat kebersihan diri untuk setiap anggota


badan iaitu muka, rambut, telinga, gigi dan badan.

4. mencipta 2 pantun empat kerat yang bertemakan ‘Keselamatan Di Jalan Raya’.

Ingat! Elakkan menggunakan frasa ‘dengan teknik yang betul / dengan


cara yang betul’. Frasa ini terlalu umum dan kurang jelas tentang apa yang hendak
dinilai.

Apabila perkataan ‘sekurang-kurangnya’ digunakan, ini bermaksud terdapat


Lebih jawapan daripada bilangan yang dinyatakan. Jika murid dapat memberi lebih
dari yang diminta, maka murid tersebut berada di tahap yang membanggakan.

Jika tiada perkataan ‘sekurang-kurangnya’, maka hanya itulah jawapan yang


ada atau itulah hasil yang diharapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

3. OBJEKTIF AFEKTIF
Dalam penulisan objektif afektif, kita perlu memberi tumpuan kepada 3 perkara iaitu:

i. nilai atau sikap yang hendak dipupuk


ii. tingkah laku yang mencerminkan nilai atau sikap tersebut
iii. situasi di mana tingkah laku itu boleh wujud / dilihat

Mari lihat contoh-contoh di bawah ini …….

Bil Nilai / Sikap yang Tingkahlaku yang mencerminkan Situasi di mana tingkah laku itu
hendah dipupuk sikap tersebut boleh wujud / dilihat
1 Bertanggungjawab Mengemas / menyimpan semua Pada akhir pelajaran
alatan
2 Kerjasama Membantu atau menyokong Semasa membuat latihtubi dalam
kawan perkembangan / gerak kerja kelas
3 Semangat kesukanan Memberi tepukan kepada Dalam permainan kecil
pasukan yang menang
4 Keyakinan diri Mengangkat tagan dan berdiri Semasa sesi perbincangan secara
untuk memberi jawapan kelas
5 Kegembiraan / Riang dan ketawa Semasa / sepanjang melakukan
Keseronokan aktiviti

Sekarang, mari menulis objektif-objektif di atas dalam


bentuk pernyataan

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:-

1. menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menyimpan semua alatan ke


dalam setor di akhir pelajaran.

2. mengamalkan sikap kerjasama dengan membantu atau menyokong kawan


semasa membuat latihtubi kemahiran.

3. menunjukkan semangat kesukanan dengan memberi tepukan kepada pasukan


yang menjuarai permainan kecil.

4. Mempamerkan keyakinan diri dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk


memberi jawapan semasa sesi perbincangan kelas.

5. menunjukkan kegembiraan dengan riang dan ketawa sepanjang melakukan


aktiviti.

Ingat!! Guru perlu wujudkan situasi agar tingkahlaku yang diingini dapat
dipupuk dan dilihat.

Anda mungkin juga menyukai