Anda di halaman 1dari 3

PERMAINAN BOLA TAMPAR

SEJARAH BOLA TAMPAR DI DUNIA

Terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan berkaitan dengan asal usul bola
tampar. Ianya dikatakan berasal dari Itali pada zaman pertengahan. Akan tetapi
permainan ini telah diadaptasikan oleh orang Amerika dan mereka menjadikan
permainan ini sebagai permainan mereka. Permainan ini juga dimainkan di Jerman
pada tahun 1893 dan dikenali sebagai Faust Ball. Pada tahun 1895, William G. Morgan
telah melakukan pembaharuan ke atas permainan ini dan mencipta permainan bola
tampar.

Versi lain mengenai asal usul permainan bola tampar ialah suatu permainan
yang dikenali sebagi Minton yang dibawa ke Amerika Syarikat pada tahun 1895 oleh
David McConnaughy Jr. Permainan ini mempunyai persamaan dengan permainan
Morgan yang dipanggil Mintonette tetapi mempunyai perbezaan dari satu segi iaitu
menggunakan satu bet untuk menghantar bola melintasi jaring.

William G.Morgan

Versi yang paling popular dicipta oleh William G. Morgan iaitu pengarah jasmani
Y.M.C.A di Holyoke, Massachussets pada tahun 1895. Idea membangunkan satu jenis
permainan rekreasi ini timbul kerana jenis permainan rekreasi yang sesuai untuk lelaki
berusia adalah terlalu kurang, berat atau memerlukan terlalu banyak alatan dan ruang.
Bagi menghasilkan permainan yang baru ini, beliau menggunakan permainan tenis
sebagai dasar. Ketinggian jaring dinaikkan kepada enam inci dari lantai. Bola yang telah
dipam dgunakan untuk menggantikan bola tenis yang kecil dan tangan digunakan bagi
menggantikan raket. Pada mulanya tiub bola keranjang (bladder) digunakan tetapi
ianya terlalu ringan dan perlahan. Bola keranjang juga digunakan tetapi terlalu besar
dan berat. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah ini dan akhirnya satu
syarikat sukan iaitu A.G. Spaulding telah diminta menghasilkan sebiji bola yang sesuai
untuk permainan ini. Bola yang dihasilkan ini dinamakan Mintonettee sebelum namanya
ditukar kepada bola tampar sehingga kini.

Permainan Mintonettee ini ditunjukkan di gimansium Maktab Springfield pada 7


Julai 1896. Morgan membawa dua pasukan yang mempunyai lima pemain untuk setiap
pasukan dan menunjukkan permainan ini di khalayak ramai. Semasa permainan ini
dimainkan seorang ahli fakulti Maktab Springfield iaitu Alfred T.Halstead memberi
komen bahawa permainan ini memerlukan pemain menampar bola berulang-alik
melintasi jaring dan menyatakan bahawa permainan itu perlu dipanggil Bola Tampar.
Cadangan itu diterima oleh Morgan dan mulai pada hari itu, nama Mintonettee ditukar
kepada Bola Tampar.

SEJARAH BOLA TAMPAR DI MALAYSIA

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang
dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan
lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap
pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali
berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan
melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan


memerlukan pemaain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan
dalam permainan ini.
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang.
Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan,
Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR

Pada peringkat awal, peraturan dan alatan bola tampar adalah mudah. Akan
tetapi pengubahsuaian berkenaan berat dan tekanan bola dilakukan selaras dengan
peredaran zaman. Interpretasi undang-undang juga berbeza daripada guru kepada
guru yang lain. Saiz gelanggang adalah bergantung kepada ruang yang ada dan
bilangan pemain untuk setiap pasukan adalah berbeza-beza. Pemain-pemain tidak
bergilir-gilir mengambil kedudukan dan tiada halangan berkenaan sentuhan jaring,
mengjangkau melintasi jarng atau berlari di bawahnya.

Apabila permainan ini semakin popular, ia mula diperkenalkan ke seluruh dunia


oleh pegawai-pegawai Y.M.C.A. Pada tahun 1910, permainan ini diperkenalkan di
Filipina dan Negara China; negara Jepun (1913) ; Siberia dan tentera Poland (1915);
Uruguay (1916); Brazil dan Latvia-Estonia (1919); Negara Syria (1922) dan kepada
banyak negra Eropah selepas Perang Dunia Pertama. Pihak Y.M.C.A. adalah
bertanggungjawab untuk permulaan dan promosi bola tampar bukan sahaja di Amerika
Syarikat tetapi ke seluruh dunia.