Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN PERMAINAN BOLA TAMPAR

Peraturan yang telah diubahsuai membantu pemain pada semua


peringkat yang sesuai dengan kehandak mereka. Berikut antara peraturan yang
telah dibuat bagi permainan bola tamper dan diseragamkan pada semua
peringkat. Antaranya:-

UKURAN GELANGGANG
Permainan enam pemain dimainkan oleh dua pasukan, setiap satu pada
petak gelanggang 9.1m yang dibahagikan oleh jaring. Kebiasaannya, dalam
permainan bola tampar belia, dua pasukan tiga pemain bermain pada petak
4.6m. Penggunaan saiz gelanggang boleh diubahsuai bergantung kepada
kehendak setiap pasukan tetapi mestilah sama saiz pada kedua-dua bahagian.
Berikut merupakan beberapa saiz gelanggang yang disarankan untuk
permainan bola tampar:-
 Gelanggang 6m x 6m untuk empat lawan empat
 Gelanggang 4.6m x 4.6m untuk tiga lawan tiga
 Gelanggang 3.6m x 3.6m untuk dua lawan dua
 Gelanggang 9.1m x 9.1m untuk enam lawan enam (biasa dalam setiap
permainan)

PENANDAAN GELANGGANG
Semua kawasan yang menandakan kawasan ialah 5cm lebar. Bola yang
jatuh di atas garisan adalah bola dalam, dalam permainan bola tampar. Jadi,
semasa menandakan ukuran ukuran gelanggang, ukur dari luar garisan. Pita
plastik yang dibuat khas untuk gelanggang bola tampar boleh didapati daripada
kedai-kedai sukan dan syarikat-syarikat pengedar bola tampar. Sekiranya
pasukan menggunakan garis serangan, letakkkan kira-kira 3m daripada jaring
pada setiap bahagian gelanggang.
KETINGGIAN JARING
Jaring membahagikan gelanggang di tengah, dan ketinggian bergantung
kepada kemahiran mengikut peringkat yang berlainan sama ada kanak-kanak,
belia dan sebagainya. Jaring yang tinggi membuatkan pemain mengumpan dan
memukul bola lebih tinggi dan lembut. Untuk pemain-pemai baru, ini
menghasilkan permainan yang lebih lambat dengan lebih voli dan sentuhan
kepada setiap permainan. Menggunakan jaring yang tinggi dalam latihan akan
memberikan pemain lebih masa untuk bergerak dan bertindak terhadap bola.
Untuk permainan belia, jaring diletakkan di antara 1.9m dan 2.4m, bergantung
kepada ketinggian pemain yang paling tinggi dan umur pemain-pemain.
Ketinggian jaring yang sederhana dalam belia kanak-kanak ialah 1.98m. Lihat
jadual 6.1 untuk ketinggian jaring.

BOLA
Bola tampar saiz lima adalah yang paling biasa untuk semua peringkat
bola tampar, daripada kanak-kanak kepada remaja dan seterusnya dewasa.
Untuk umur yang rendah dan pemain dewasa yang baru, USVBA
mencadangkan bola yang lebih ringan dengan impak yang lebih rendah. Berikut
adalah saiz bola yang sesuai bagi setiap peringkat umur.

PERALATAN PEMAIN
Peralatan individu pemain adalah kurang mahal dan mudah diperolehi.
Berikut adalah senarai yang diperlukan bagi menjamin keselamatan pemain
semasa bermain:-
 Pakaian seragam – pakaian seragam boleh daripada seluar pendek dan
kemeja-T atau kemeja lengan panjang. Sebilangan pemain suka
berlengan panjang kerana dapat melindungi serta mengurangkan
kesakitan apabila mengambil bola pada lengan. Pakaian seragam
selalunya diperlukan untuk pasukan sekolah atau kelab-kelab yang
diberikan secara percuma atau dengan diskaun.
 Kasut – kasut bola tampar atau gelanggang sudah memadai. Kasut untuk
berlari tidak sesuai kerana ia tidak memberikan sokongan yang lateral.
Kasut bola tampar mestilah selesa dan dipakai sebentar sebelum dipakai
untuk aktiviti yang lasak. Kasut yang baik menyokong lengkungan dan
menggalas tumit dan jari.
 Pad lutut – pad lutut ada dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kebanyakan
diperbuat daripada busa atau getah yang dibalut dengan bahan elastik
yang lembut. Pad patut muat dan selesa untuk masa yang lama. Oleh
kerana pad direka untuk melindungi lutut, pad lutut ini membuatkan
sentuhan atas lantai lebih mudah kepada atlet-atlet muda. Sekiranya
kedai tempatan tidak menjual pad lutut, pemesanan melalui majalah atau
katalog adalah amat mudah.

PERMAINAN BOLA TAMPAR


Bola tampar belia dimainkan dengan tiga pemain pada satu bahagian dan
sekurang-kurangnya dua pengganti. Pemain-pemain yang tidak memulakan
permainan akan bermain sama banyak dengan pemain yang memulakan
permainan, kerana setiap orang berputar ke dalam dan ke luar dalam permainan
dan tiada pemain yang khusus pada satu kedudukan. Penggantian adalah tidak
terbatas, dan setiap pemain yang memasuki perlawanan, bermain melalui tiga
putaran sebelum berhenti berehat. Apabila menjalankan permainan empat lawan
empat atau enam lawan enam, terdapat had dalam penggantian dan beberapa
kali pemain-ppemain boleh memasuki perlawanan itu.
Dalam permainan bola tampar belia, tiga pemain atas gelanggang
menempatkan kedudukan mereka supaya seorangpemain berada di bahagian
depan separuh gelanggang (gelanggang hadapan) dan dua pemain lain berdiri di
belakang (gelanggang belakang). Dalam bola tampar enam orang, pemain
ditempatkan agak sama, untuk melindungi kawasan gelanggang hadapan dan
belakang. Rajah 6.2 menunjukkan kedudukan servis dan asas terima yang
digunakan untuk memulakan perlawanan dalam bola tampar dewasa dan belia.
Perlawanan bermula dengan satu pasukan menservis bola di atas jaring
ke pasukan lawan. Pasukan lawan cuba menerima servis itu dengan
menggunakan hantaran lengan hadapan atau langkah sangga mencungkil
kepada pengumpan (sentuhan pertama), yang mengumpan kepada penyerang
(sentuhan kedua), yang cuba memukul bola ke dalam gelanggang lawan
(sentuhan ketiga). Walaupun tidak salah untuk memukul bola melepasi jaring
pada sentuhan pertama atau kedua, pemain-pemain tahu bahawa mengawak
kombinasi tiga pukulan itu membenarkan pasukan mereka mengumpan bola ke
atas untuk serangan yang lebih afektif. Selepas servis, pemain-pemain boleh
bergerak ke mana-mana kedudukan yang disukai. Selepas servis, permainan
diteruskan sehingga bola terkena lantai atau pemain dari mana-mana pasukan
membuat kesalahan (contohnya, memukul bola ke luar garisan atau ke jaring).
Pemain berputar satu kedudukan (arah jam) apabila pasukan mereka
memperoleh servis untuk kali pertama dalam perlawanan).
Dalam perlawanan enam pemain yang biasa, pemain-pemain yang
bermula dari gelanggang belakang tidak dibenarkan untuk mengadang atau
menyerang di hadapan garis serangan. Peraturan gelanggang belakang ini tidak
digunakan dalam bola tampar belia.
Dalam bola tampar belia, pengganti memasuki perlawanan selepas
pemain atas gelanggang telah melalui setiap kedudukan, sekali. Selepas setiap
perlawanan, pasukan boleh mengambil masa keluar selama 30 saat dalam
perlawanan untuk membincangkan strategi atau membuat pertukaran.
PENCABULAN
Bergantung kepada sistem skor yang digunakan, pasukan yang
melakukan salah satu daripada kesalahan-kesalahan berikut akan didenda satu
mata atau diketepikan (servis diberikan kepada pasukan lawan). Pengadil
memula serta memberhentikan perlawanan membuat keputusan terakhir atas
semua peraturan permainan.
 Bola terkena lantai
 Bola dipegang, dibawa, dibaling, diangkat atau ditolak secara tidak
sah
 Pemain menyentuh jaring
 Kaki pemain melepasi garis tengah ke dalam gelanggang lawan.
Sekiranya sebarang bahagian badan pemain di atas paras
pinggang, menyentuh gelanggang pasukan lawan, itu juga satu
kesalahan.
 Pemain yang menyentuh bola dua kali berturutan (pengecualian –
apabila melakukan adangan, pemain boleh mengadang dan
kemudian menyentuh bola semula sebelum ahli pasukan yang lain
menyentuhnya).
 Pasukan menyentuh bola lebih daripada tiga kali berturutan
(kecuali semasa mengadang; lihat poin sebelumnya)
 Bola jatuh diluar gelanggang atau menyentuh objek di luar
gelanggang.
 Pemain memijak garisan semasa membuat servis.
 Pemain menyerang atau mengadang bola apabila bola berada
sepenuhnya dalam gelanggang lawan sebelum bola disentuh oleh
pasukan penyerang. Sekiranya sebarang bahagian bola melepasi
jaring, pasukan lawan boleh menyentuhnya.
PENGADIL
Pengadil menguatkuasakan peraturan permainan di samping memastikan
pemain-pemain bermain mengikut peraturan. Pemain-pemain atau jurulatih yang
malakukan sebarang kesalahan boleh menyebabkan pasukan mereka diberi
penalti secara individu atau berpasukan:
 Membuat kenyataan atau kelakuan yang biadap atau kasar.
 Terlibat dalam kelakuan yang mengganggu atau mengalih
perhatian semasa perlawanan daripada luar gelanggang
 Menjerit, berteriak, atau menepuk tangan pada pasukan lawan
yang sedang bermain atau cuba untuk memainkan bola.
Pengadil boleh memberi amaran kepada jurulatih atau pemain (kad
kuning) tentang kelakuan yang tidak mempunyai semangat kesukanan.
Pengadil juga boleh mendenda jurulatih atau pemain (kad merah) denagn
memberikan mata kepada pasukan lawan atau diketepikan jika berterusan
melakukan kesalahan yang tidak senonoh. Akhirnya pengadil boleh
mengeluarkan jurulatih atau pemain daripada gelanggang atas kelakuan
yang keterlaluan.

Anda mungkin juga menyukai