Anda di halaman 1dari 17

Ketaksamaan Peluang

Pendidikan:
Murid Pemulihan
Bersama :
Encik Mohammad Ashraff bin Abd Rahman
Kanak-Kanak Istimewa
Kenapa ada di kalangan kanak-kanak yang perlu lebih usaha untuk mempelajari
sesuatu?. Bagaimana pula dengan kanak-kanak boleh belajar namun sukar untuk
belajar dan lebih berminat kepada aktiviti diluar kelas? Kanak - kanak ini perlukan
pendekatan lain yang lebih kreatif, individual, praktikal dan lebih khusus dengan itu,
perkara ini menjelaskan bahawa mereka adalah kanak-kanak istimewa.
Kanak-kanak ini oleh jadi mengalami ketidakupayaan fizikal, mengalami masalah
kesukaran dalam pembelajaran atau masalah tingkah - laku atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun kanak-kanak ini memiliki potensinya sendiri. Kategori kanak-kanak
ini terdiri daripada:-
1. Terencat akal (mental retardation)
2. Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities)
3. Kecelaruan Komunikasi ( Communication Disorders)
4. Ketidak upayaan Fizikal (Physcal Disabilities)
5. Bermasalah Tingkah-Laku ( Behavior Disorders - emotional disturbance)
6. Ketidakupayaan Penglihatan (Visual Impairment)
7. Ketidakupayaan Pendengaran (Hearing Impairement)
8. Kepandaian luar biasa (Exceptional Gift)
Apakah Punca Semua Ini?
Terdapat dua faktor high-risk yang dikategorikan sebagai :-
1. Risiko Biologikal
Risiko Bilogikal merujuk kepada kondisi yang diagnosiskan sebagai
gangguan perubatan (medical disorders) seperti Down's Syndrome.
2. Prenatal Period
Penyakit yang memberi kesan negetif kepada kesihatan si ibu semasa
mengandung seperti Rubella, CMV virus (Cytomegalic Inclusion Disease),
Herpes Simples, AIDS, Diabetes dan Toxemia.
Penggunaan ubat kimikal tertentu, penggunaan alkohol, penggunaan
dadah dan juga kekurangan zat makanan.

ii. Chromosomal Disorders


iii. Metabolic Disorders
iv. Birth Complication
Contoh Murid Pemulihan
Disleksia
Dispraksia
Autisme
Syndrome Down
Disleksia
Menurut buku "Apa itu Disleksia-Panduan untuk Ibubapa & Guru",
Disleksia berasal drpd gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud
'kesukaran' dan 'lexis' bermaksud bahasa dan secara literalnya, disleksia
bermaksud "kesukaran berbahasa" (Ott,1997). Kanak-kanak ini bukan
sahaja bermasalah dalam pembacaan, tetapi juga ejaan, penulisan dan
beberapa aspek Selain itu, kanak-kanak ini juga mengalami masalah dari
segi ingatan dan konsentrasi, kemahiran matematik dan pengurusan diri.
Atau secara khususnya kanak-kanak disleksia biasanya mengalami
masalah:-
1. Fonologi
2. Mengingat perkataan
3. Penyusunan bersiri
4. Ingatan jangka pendek
5. Kesedaran sintak.
Namun demikian kanak-kanak ini memunyai IQ
seperti kanak-kanak normal dan kebanyakkan mereka
mempunyai kecerdasan yang tinggi. Cuma mereka
hanya bermasalah dari segu kemahiran
membaca/menulis. Sehubungan dengan itu
pendekatan yang khusus perlu untuk pembelajaran
kanak-kanak ini seawal usia untuk menyediakan
peluang dan masa depan mereka.
Dispraksia
Dispraksia berasal dari kata “Dys” yang maksudnya
tidak mudah atau sukar dan “praxis” yang bermaksud
bertindak, melakukan. Nama lain Dispraksia adalah
Development Co-ordination Disorder (DCD),
Perceptuo-Motor Dysfunction, dan Motor Learning
Disability. Pada zaman dulu lebih dikenali dengan
nama Clumsy Child Syndrome. Menurut penelitian,
gangguan ini kadang diturunkan dalam keluarga dan
gejalanya berkait rapat dengan gangguan lain yang
hampir sama seperti disleksia.
Dispraksia mungkin juga dianggap ADD (Attention
Deficit Disorder), ADHD (Attention Deficit
Hyperactivity Disorder) atau Discalculia iatu :
kesukaran untuk memahami konsep-konsep dalam
matematik. Padahal sebenarnya, dispraksia
mencakupi masalah yang lebih luas dan bervariasi.
Gejala – gejala Dispraksia
Pada anak usia 3 – 5 tahun (usia pra sekolah)
- Aktiviti motorik/fizikal yang sangat tinggi termasuk menghayun-hayunkan kaki
dan menghentak-hentakan kaki ketika duduk, bertepuk tangan atau menari.
- Tangan mengembang ketika berlari.
- Kesukaran mengayuh pedal basikal beroda tiga atau mainan serupa.
- Kemahiran motor halus lemah, seperti sukar memegang pensil atau
menggunakan gunting.
- Mengalami kesulitan berbahasa yang terus menerus.
- Kurang memberi respon terhadap arahan-arahan lisan.
- Lewat berguling, merangkak, berjalan.
- Sukar melangkah, memanjat, menyusun puzzle, mempelajari kemahiran baru
dan lewat perkembangan bahasa.
- Sukar mengungkapkan perkataan dengan jelas dan sukar menggerakkan mata
sehingga lebih suka menggerakkan kepalanya daripada menggerakkan matanya.
Pada anak yang lebih besar (usia sekolah)
- Kesukaran dalam berkata-kata mahupun mengekspresikan diri.
- Sebahagian anak dispraksia terlalu sensitif terhadap sentuhan.
- Sukar mengingat arahan dan menyalin tulisan dari papan tulis.
- Tidak dapat menangkap konsep seperti : “di bawah”, “di atas”, “di
dalam” atau “di luar”.
- Mengalami kesukaran dalam memakai baju, mengikat tali kasut
dan menggunakan garpu atau pisau.
- Keseimbangan badan yang lemah, sukar belajar naik basikal.
- Kemampuan membaca yang rendah dan tulisan tidak kemas.
- Sebahagian anak dispraksia mengalami articulatory dyspraxia
yang menyebabkan mereka mengalami kesulitan dalam bercakap
dan mengeja.
Autisme dan Ciri-Cirinya
> Tidak menghiraukan orang lain

> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

> Lebih suka bermain sendiri

> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

> Lambat bercakap

> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)

> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti
orang dewasa

> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan

> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan
berpusing dan memutar objek

> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di
luar kawalan

> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

> Tidak boleh duduk diam

> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti
mengamuk, marah-marah, agresif

> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
Syndrome Down (SD)
3 Jenis Sindrom Down
- Trisomy 21 (95%)
- Translocation (4%)
- Mosaicism (1%)
Kesemua kanak-kanak dengan SD
mengalami kelambatan pertumbuhan secara
keseluruhan
Umur biologikal tidak sama dengan umur
akal (jurang 3-4 tahun)
Ciri-Ciri SD
Mereka juga mungkin mempunyai komplikasi perubatan
lain:
Kelainan jantung(50%)
Masalah mengeluarkan perkataan(Speech
ProductionDifficulties) –paling ketara
Sistem pencernaan (Imperforated Anus)
Komplikasi pada penglihatan contohnya Rabun Jauh (Short
sighted), nystagmus, cataract
Komplikasi pada pendengaran – “Glue Ear”
Kanser Darah contohnya leukemia (1%)
Penyakit Alzheimer’s
IQ di antara 35 - 70
Tingkah Laku Kanak-Kanak SD
Mempunyai kesukaran berkomunikasi
Mempunyai kesukaran mengurus diri – umur biologikal & umur akal juga
latihan di rumah mempengaruhi
Sistematik yang biasa disalah fahami sebagai degil
Lambat di dalam proses melakukan sesuatu aktiviti
Kerapkali bercakap bersendirian seolah-olah berkomunikasi dengan
seseorang
Dari segi emosi, mempunyai perasaan serta memahami setiap perbualan
Mempunyai pemikiran yang mudah & sukar memikir secara abstrak atau
berbeli-belit
Menuntut apa yang dijanjikan kepadanya
Kanak-Kanak SD yang telah menjalani Program Pemulihan (Occupational
Therapy, Speech Therapy & Physio-Therapy) dapat mencapai lebih dari kanak-
kanak SD yang tidak menjalani program tersebut
Perlu dikawalselia dan kawasan mesti selamat. Mesti memastikan pintu pagar
rumah sentiasa dikunci.Contoh kes-kes yang hilang
Mesti dilatih menjaga maruah diri & memberitahu apa yang tidak boleh
dilakukan. Umpamanya memakai tuala semasa mandi
Dasar dan Pengenalan Pendidikan Khas bagi
Murid Pemulihan
Program yang dijalankan berlandaskan kepada perkara-
perkara berikut:
Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
Akta Pendidikan ( Pindaan) 2002
Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1987
Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran
Malaysia [ Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP),
Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat
Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas 1.
Program Pemulihan Khas
Program ini merupakan satu program yang disediakan bagi membantu
pelajar mengatasi masalah belajar yang khusus dalam penguasaan 3M.
Murid yang dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M
pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini
dilaksanakan hampir semua sekolah rendah.

Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas
Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan Instrumen
Penentu penguasaan IPP3M/ IPP2M. IPP3M terbahagi kepada IPP3M1
untuk murid tahun 1 dan IPP3M untuk murid tahun 2 IPP3M3 untuk
murid tahun 3.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran adalah dengan menggunakan
sistem pengasingan sementara (Withdrawal).

Anda mungkin juga menyukai