Anda di halaman 1dari 13

NOVEL

HIKMAH
karya
Mohd Faris Ikmal
TEMA
Maksud :
persoalan pokok atau
persoalan utama yang
diketengahkan oleh
pengarang dalam karya
TEMA NOVEL “HIKMAH”

Kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan


anak memberontak dan berubah tingkah laku.

- Amri merupakan anak yang naik dan bertanggungjawab,


namun sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan
kejam menyebabkan dia berubah tingkah laku dan
memberontak dengan membuli dan memeras ugut murid
sekolah yang lain. Amri melepaskan tekanan akibat sikap
ayahnya dengan memeras ugut murid lain.
PERSOALAN
 Perkara-perkara kecil yang terdapat dalam karya
yang berhubungan dengan tema karya.

(a)Kasih sayang ibu terhadap anaknya.


Emak Amri sangat sayang akan Amri dan sentiasa
mengambil berat terhadapnya. Segala keperluan Amri,
sedaya upaya dipenuhinya walaupun dia sendiri berada dalam
keadaan yang lemah.

(b)Tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapanya


Amri sangat sayang dan bertanggungjawab terhadap
emaknya. Dia sanggup mengayuh basikal sejauh sepuluh
kilometer untuk membeli ubat emaknya di pekan.
(c)Tanggungjawab bapa terhadap keluarga
Sebagai ketua keluarga, bapa bertanggungjawab untuk menyediakan
keperluan dan melaksanakan tenggungjawab terhadap keluarga. Novel
Hikmah memaparkan sikap ayah Amri yang tidak bertanggungjwab
menyebabkan Amri berubah tingkah laku dan memberontak serta
keluarganya menjadi porak-peranda

(d)Prihatin dan simpati terhadap insan yang


memerlukan
Sapura dan ayahnya bersimpati dan prihatin terhadap nasib keluarga
Amri. Mereka sekeluarga menghantar emak Amri ke hospital . Selain itu,
Sapura menolong Amri ketika dipukul oleh dua orang pemuda dan
menghantarnya ke hospital kerana cedera di dahi.
WATAK & PERWATAKAN
i. Watak – pelaku
ii. Perwatakan – sifat-sifat yang ada pada
watak seperti ciri fizikal, tingkah laku atau
sikap.
 Di antara watak yang terdapat dalam novel “Hikmah”:
a) Amri
b) Sapura
c) Emak Amri
d) Ayah Amri
Amri
Perwatakan

© Taat dan bertanggungjawab


Amri taat dengan perintah ibunya. Misalnya, emak Amri
menasihati Amri agar bersabar dengan sikap ayahnya. Dia
menuruti nasihat emaknya. Amri juga bertanggungjawab
membeli ubat untuk emaknya walaupun terpaksa mengayuh
basikal sejauh 10 kilometer untuk ke pekan.

© Berdendam
Amri berdendam dengan ayahnya kerana sikap ayahnya
yang tidak bertanggungjawab dan selalu memukul emaknya.
Amri akan berdendam dan melepaskan tekanan dengan
membuli dan memeras ugut murid lain.
©Sedar dan insaf atas kesalahan diri
Akhirnya, Amri sedar dan insaf atas
kesilapannya yang selama ini selalu
memeras ugut dan membuli murid lain.
Kesedaran ini muncul apabila dia telah
diperas ugut oleh dua orang pemuda setelah
membeli ubat untuk ibunya.

©Nakal
Amri membuli murid lain dengan memeras
ugut mereka. Dia melakukan perbuatan ini
kerana ingin melepaskan tekanan ekoran
sikap ayahnya yang tidak
bertanggungjawab.
Sapura
 Berani
Sapura berani mengadukan tentang tingkah laku Amri yang
memeras ugut murid lain. Semua murid di sekolah itu tidak berani
mengadukan perbuatan Amri kepada guru.

 Baik hati
Sapura sangat baik hati. Buktinya dia telah menolong Amri dan
emak Amri dengan menghantar mereka ke hospital bagi
mendapatkan rawatan.

 Tidak berdendam
Sapura tidak berdendam dengan Amri walaupun Amri telah
mengenakannya sehingga terjatuh dalam sawah dan menyebabkan
baju Sapura kotor.

 Pemaaf
Sapura memaafkan Amri yang telah mengenakannya dan menolong Amri dan
ibunya.
Emak Amri
 Penyayang
Emak Amri sangat sayang akan Amri. Buktinya, dia sedaya
upaya menyediakan keperluan kepada Amri walaupun dia tidak
mampu.

 Tabah
Emak Amri tabah menghadapi ujian hidup apabila dia dipukul
oleh suaminya. Selain itu tabah dengan sikap suaminya yang
tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

 Sabar
Emak Amri sabar dengan sikap suaminya yang tidak
bertanggungjawab dan selalu memukulnya.

 Pemaaf
Emak Amri memaafkan ayah Amri walaupun selama ini
suaminya tidak melaksanakan tanggungjawab dan selalu
memukulnya.
Tidak bertanggungjawab
- Dia tidak melaksanakan
tanggungjawabnya
sebagai seorang bapa
dan suami

Bapa Amri

Kejam
- Dia selalu mencederakan
isterinya tanpa belas kasihan
dan meminta wang untuk
berjudi dan membeli dadah.
Latar tempat
Tempat berlakunya sesuatu
peristiwa di dalam karya.
Latar Contohnya: sungai, sekolah, rumah,
dan lain-lain.
masa
Waktu atau
tempoh
masa
peristiwa LATAR
yang
berlaku
dalam
karya.
Latar masyarakat
Keadaan atau citra ditempat
sesuatu peristiwa berlaku.
Kelas Amri Rumah Amri
Amri berbual-bual Bapa Amri meminta wang
dengan Siva tentang daripada emak Amri. Apabila
hukuman yang diterima tidak diberikan wang, ayah
oleh Amri kerana Amri telah menyelongkar
memeras ugut murid gerobok pakaian sehingga
lain. menemukan wang.

LATAR
TEMPAT

Lorong di pekan
Tempat Amri diperas ugut
dan dipukul oleh dua
orang pemuda.

Anda mungkin juga menyukai