Anda di halaman 1dari 8

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27

SK BINJAI JAYA

TINDAKAN TEKS
‫حيم الر حمن الر هللا بسم‬
Wan ‫كاته وبر هللا حمةر و عليكم السالم‬
suhana ‫سلين المرو األنبياء اشرف على السالم والصلوة العالمين رب هلل الحمد‬
‫أجمعين صحبه و أله وعلى‬
‫امري لي ويسر ي صدر لي ح اشر رب‬
‫لي قو يفكح لسلني من عكدة وحلل‬
1) Yg Berhormat Puan Hajah Noriah bt. Kasnon S.M.S, P.J.K,
Wan
suhana Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

2) Yg berusaha TUAN HAJI ABDUL LATIF BIN YAAKOP, GURU BESAR SK


BINJAI JAYA

3) Yg berusaha EN. MOHD YATIM BIN PAAT, YANG DIPERTUA PIBG SKBJ

4) Gpk kurikulum – En. Shakir bin Mohamed Johar


5) Gpk ko-kurikulum – En. Zulkipli bin Sarbini
6) Gpk hem – Pn. Hjh. Hasimah binti Mokhtar

Guru-guru
Ajk-ajk PIBG SKBJ
Ibu bapa

Dan seterusnya

Tuan-tuan & puan-puan yang dirahmati ALLAH S.W.T sekalian

1
Indah berbalam si awan petang,

WAN Berarak di celah pepohon ara;


SUHANA Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

‫حيم الر حمن الر هللا بسم‬


‫كاته وبر هللا حمةر و عليكم السالم‬

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke


WAN
SUHANA hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya
jua, dapat kita dipertemukan dalam MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI
KE-27 SKBJ

Kerjasama masyarakat amnya serta ibu bapa khasnya sangat penting bagi
menjamin tanggapan tentang peranan pendidik serta menjamin kelangsungan
kecemerlangan anak didik. Berpegang pada hakikat pemuafakatan ini, maka pada
hari yang berbahagia lagi diberkati Allah ini, kita sekali lagi berkumpul bagi sama-
sama menjayakan MESYUARAT AGUNG PIBG SKBJ KALI KE – 27.

WAN
SUHANA Bagi pihak jawatan kuasa mesyuarat agung PIBG dan seluruh warga SK Binjai
Jaya, kami mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ahli-ahli jawatan kuasa
PIBG, dan ibu bapa ke majlis ini.

BACAAN DOA
2
ASMIATY Al-Quran diturun sebagai penyuluh,
Membaca dikurnia pahala dan rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Syamsul Afandi Bin Badulzaman.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


ASMIATY

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ust


Syamsul Afandi Bin Badulzaman atas bacaan doa itu tadi.
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
Para hadirin yang dihormati

ASMIATY Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan aluan

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En.
Mohd Yatim Bin Paat, Yang Dipertua PIBG SK Binjai Jaya untuk menyampaikan
ucapan aluan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Mohd Yatim
WAN Bin Paat di atas ucapan beliau tadi.
SUHANA
3
UCAPAN GURU BESAR SK BINJAI JAYA

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya


WAN Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
SUHANA
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Latif
Bin Yaakop, Guru Besar SK Binjai Jaya. Untuk itu dipersilakan Tn. Hj. Abdul Latif
bin Yaakop, Guru Besar naik ke pentas untuk memberi sedikit ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Abdul Latif di atas ucapan itu tadi.
ASMIATY
UCAPAN PERASMIAN
Bunga melati putih dan suci
Harum mewangi di waktu pagi
ASMIATY Ucapan Perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari

Majlis dengan rasa bangga dan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berhormat Puan Hajah Noriah bt. Kasnon S.M.S, P.J.K, Timbalan Menteri
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menyampaikan sepatah dua kata dan
seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BINJAI JAYA
KALI KE-27.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Hajah
WAN Noriah bt. Kasnon S.M.S, P.J.K, Timbalan Menteri, Teknologi Hijau dan Air, di
SUHANA atas ucapan perasmian beliau tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

4
WAN Kelebihan Nabi dengan mukjizat

SUHANA Kelebihan umat dengan muafakat

Pisang sesikat gulai sebelanga


Teruskan muafakat bersama-sama

Demi menjamin kecemerlangan sekolah, peranan PIBG tidak dapat dinafikan


kepentingannya. Peranan ini dapat digambarkan melalui ungkapan :

Agar dapat menokok barang yang kurang,


Agar dapat menggulas mana yang senteng,
Agar dapat menghubung mana yang pendek,
Usang-usang minta diperbaharui,
Lapuk-lapuk minta dikajangi,
Yang singkat tolong sambungkan,
Yang panjang tolong keratkan,
Yang koyak minta ditampal.

Demikian eratnya kerjasama yang sepatutnya dijalin antara pihak sekolah dengan
ibu bapa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil penghargaan sebagai tanda


kenang-kenangan dan menghargai sumbangan ahli-ahli jawatankuasa PIBG SK
BINJAI JAYA yang telah banyak berkhidmat dan memberi sumbangan kepada
sekolah demi meningkatkan mutu dan prestasi sekolah ini.
5
Untuk itu, majlis menjemput ____________________________________ diiringi
oleh ___________________________________________ bagi menyempurnakan
majlis penyampaian sijil dan cenderamata.
Dipersilakan.

ASMIATY Terima kasih di ucapkan kepada ______________________________________

berhampar lapik berlicin daun


bagai lesung dengan antan
purnama pula berganti tahun
jasamu tuan kekal di ingatan

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Ucapan Puan menyerikan majlis


Warga dewan tampak ceria
ASMIATY
Kesudian Puan merasmikan majlis
Bangganya kami tidak terkira

Majlis menjemput __________________________________ diiringi oleh


_______________________________ untuk menyempurnakan penyampaian
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Puan
Hajah Noriah bt. Kasnon S.M.S, P.J.K, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air.

Dengan segala hormatnya majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berhormat Puan
Hajah Noriah bt. Kasnon S.M.S, P.J.K, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau
6
dan Air tampil kehadapan untuk menerima sedikit cenderamata.

Terima kasih diucapkan.

REHAT
tinggi sungguh pohon kelapa
buahnya lebat tidak terkira
ASMIATY hidangan kami tidak seberapa
sudilah kiranya menjamu selera.

Majlis kita berhenti rehat seketika, dijemput hadirin sekalian menjamu sajian
yang telah disediakan.

MESYUARAT AGUNG PIBG


Kota Samarahan Aman Sentosa
WAN Pendidikan Gemilang Misi Utama
SUHANA Dengan tiada melengahkan masa
Kita Mulakan Majlis Utama

Sidangan hadirin sekalian, tibalah kita kepada majlis utama iaitu MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN PIBG SK BINJAI JAYA KALI KE - 27.

Dengan ini, majlis menjemput ___________________________ untuk


mengendalikan mesyuarat agung PIBG pada hari ini.

Dipersilakan.
BERSURAI
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
7
Inilah yang dikatakan,
ASMIATY Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian,


kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat,


Wa Billahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai