Anda di halaman 1dari 12

Karangan Biografi: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.
Bapanya bernama Sultan Abdul Hamid Shah, manakala ibunya ialah Mak Cik Manjalara
berketurunan Siam.
Tunku Abdul Rahman menerima pendidikan pertama di Maktab Sultan Abdul Hamid dan
di Penang Free School ketika berumur 8 tahun. Pada tahun 1920, beliau telah melanjutkan
pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Cambrudge, England.
Beliau pernah bekerja sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Sungai
Petani. Tunku Abdul Rahman juga pernah dilantik sebagai Pengarah pelajaran negeri Kedah.
Pada tahun 1951, Tunku dilantik memegang jawatan Presiden UMNO. Tunku juga
Berjaya mengabungkan MCA dan MIC dengan UMNO sehingga wujud Parti Perikatan. Parti inilah
yang telah menyatupadukan rakyat Tanah Melayu.
Tunku telah berjaya meminta Kerajaan Inggeris member kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada tahun 1957. Beliau diberi gelaran ‘Bapa Kemerdekaan’. Beliau dilantik menjadi
Perdana Menteri pertama untuk mentadbir Malaysia selepas merdeka.

Autobiografi: Aku Sebuah Basikal

Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang
tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji
kecantikanku.
Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa
sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua
orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku
semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam
itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat
mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Autobiografi: Aku Sehelai Baju


Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan
pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku
menunjukkan RM 350.00.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda
memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka
semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku
berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga
terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan
tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan
sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau bendaku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah
terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia
almari usang.

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air


Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung


Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu


Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing


Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang


Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi


Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing


Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai


Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu
yang susah

Indah khabar daripada rupa


Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah


Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit


Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah
mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak


Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua


Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima
akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-


senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan


Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk


Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit


Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan


Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan
hilang pula.

Biar mati anak, jangan mati adat


Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.
Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

MENGGUNAKAN PERKATAAN GARIS BETUL


Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1 I Hubungan saudara kembar itu jati hingga ke hari ini.


II Orang tua itu ialah penduduk jati kampung ini.
III Ukiran itu merupakan ciptaan yang jati .
IV Kawasan khatulistiwa dipenuhi dengan hutan Kayu jati.
A II dan IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II,III dan IV sahaja

2 I Saya belum berminat untuk berpindah buat semasa ini.


II Filem semasa dahulu, sangat diminati oleh orang sekarang,
III Dia tiada di rumah semasa saya menelefonnya.
IV Televisyen Malaysia banyak menyiarkan rancangan hal ehwal semasa.
A I d dan II sahaja
B IIIdan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

3 I Kalau semangat kita lemah, kita tidak akan dapat mencapai segala cita-cita.
II Keropok yang telah digoreng itu menjadi lemah kerana tidak disimpan dalam tin.
III Badannya terasa lemah kerana dia tidak berselera makan selama beberapa hari.
IV Sikapnya yang lemah itu telah memikat hati penduduk di kampung itu.
A I dan 11 sahaja
B I dan iii sahaja
C I, iii dan IV sahaja
D I,11,111, dan IV

4 I Kampung itu bergelora akibat diancam oleh gajah liar.


II Perasaan Mak Limah bergelora semasa menanti kepulangan anaknya yang bertugas di
sempadan.
III Kebanyakan pemimpin kita mempunyai semangat yang bergelora untuk
memperjuangkan
nasib anak bangsa.
IV Nelayan tidak digalakkan turun ke laut ketika laut bergelora.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C II, iii dan IV sahaja
D I, ii, III dan IV

5 1 Segi sampul surat itu telah terkoyak sebelum disampaikan kepada penerimanya.
II Kepalanya benjol kerana terhantuk pada segi dinding.
111 Bingkai gambar itu ada lapan segi.
IV Polis menyaman pemuda itu kerana telah melakukan kesalahan dari segi undang-
undang
lalu lintas.
A, II dan IV sahaja
B iii dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D ii,iii dan IV sahaja

6 I Ahli gusti itu membaham lawannya sehingga pengsan.


11 Harimau itu membaham kambing yang sedan" makan di pinggir hutan.
111 Penjual ubat itu membaham kaca di hadapan orang ramai.
1V Ombak yang mengganas itu membaham kapal yang sedan" belayar.
A. II sahaja
B III sahaja
C II dan IV sahaja
D I, 11 dan III sahaja

7 I Suhu di kawasan pergunungan sentiasa kesejukan.


II Banyak binatang ternakannya mall kesejukan.
iii Makanan itu menjadi kesejukan kerana tidak tertutup.
IV Pemuda itu kesejukan kerana terlalu lame bermain di sungai.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D II,ii dan IV sahaja

8 I Karangan bunga yang indah itu digubah oleh Puan Maznah.


II Pakaian itu digubah oleh seorang pereka fesyen yang terkenal.
III Lagu yang sering berkumandang di radio itu digubah oleh seorang pencipta lagu
tanahair.
IV Kedudukan perabot di dalam rumahnya digubah dengan teratur.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D 1, II, III dan IV sahaja

9 I Seorang yang mempunyai paras yang cantik belum tentu mempunyai perangai yang
baik.
II Paras raksa pada termometer turun naik mengikut suhu.
1II Dia membeli baju yang tidak sama paras dengan badannya.
IV Gambar itu digantung sama paras dengan ketinggian saya.
A II dan IV sahaja
B 1, II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

10 I Kebanyakan orang tua yang hidup melarat telah dimasukkan ke rumah kebajikan
II Saya tidak melarat untuk mengangkat almari yang beret itu.
III "Percakapan awak itu sudah melarat, saya tidak sanggup mendengarnya lagi," kata
Fatimah.
IV Penyakit yang dihidapinya sudah melarat kepada orang lain di seluruh kampung.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D . II, 111 dan IV sahaja

11 I Ketua kampung itu memerah golongan belia di kampungnya untuk membina sebuah
jambatan.
II Emak memerah kelapa untuk mendapatkan santannya.
III Budak itu memerah telinga untuk mendengar percakapan kawannya.
IV Abang memerah otaknya untuk menghadapi ujian itu.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

12. I Ramai pendatang asing tinggal di Malaysia.


II Mereka sering diganggu makhluk asing .
III Ikan asing itu sedap rasanya.
IV Dia merasa asing di tengah-tengah keluarga baru itu.
A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

13. 1. Majalah itu baru keluar dari pasaran.


II. Bas baru itu luas ruang duduknya.
III. Inilah cara-cara baru menangkap ikan.
IV. Emak baru datang sekejap tadi.
A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja

14 l. Engsel pintu sudah longgar.


II. Hasratnya unluk melanjutkan pclajaran kian longgar.
III. Baju yang baru dibeli itu longgarsedikit.
IV. Bersahabatan mereka kian longgar.
A. I, dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. I, II, IIIdan IV

15 A. Letupan bom tadi jelas kedengaran hingga ke sini.


B. Adakah kamu kedengaran Puan Laili akan datang ?
C. Sebagai pelajar kedengaran kamu mestilah tepat.
D. Betul lima kedengaran suara orang minta tolong.

16 A Negara kita bebas daripada isytihar wabak taun


B Helang itu terbang bebas di udara sambil bermain angin.
C Banduan-banduan bebas lard dari penjara hari ini.
D. Keretapi itu bergerak bebas di atas landasan baru.

17 A. Patuhilah para peraturan sekolah kamu.


B. Para buku ini sangat baik untuk pelajar.
C. Para peserta yang mengambil bahagian diminta bersedia.
D. Mereka adalah para barisan penyanyi muda.

18. I. Amin seorang penuntut yang baik.


II. Kereta yang baik itu dicuri orang.
III. Cuaca hari ini sungguh baik.
IV. Ubat baik ini sesuai untuk awak.
A. I dan II
B. III dan IV
C. II dan III
D. I dan III

19. I. Saya mengucapkan selamat jalan kepada Datin Ella.


II. Sudah lama buai hadapan rumah itu tidak jalan
III. Apabila berada di jalan raya hendaklah berhati-hati.
IV. Jangan jalan di atas rumput di kawasan padang ini.
A. I dan III
C. l dan IV
B. Il dan IV
D. II dan III

20. 1. Azlin tinggal bersama dengan neneknya sejak kecil.


II. Perkara-perkara yang kecil tidak perlu dibincangkan lagi.
III. Abang ZuI ketawa kecil apabila melihat telatah adik-adiknya.
IV. Walaupun badannya kecil tetapi suaranya garau.
I dan II sahaja.
I II dan llI sahaja
II III dan IV sahaja
I II. III dan IV sahaja

21. I. Tiap-tiap insan tidak sunyi daripada kesalahan.


II. Kampung Bam amat sunyi pada waktu malam.
III. Dalam sunyi di keluar dari situ.
IV. Sekiranya awak sunyi datanglah ke rumah saya.
A. I dan II sahaja
B. I II dan III sahaja
C. I III dan IV sahaja
D. II IIIdan IV sahaja

22. I. Hati ayam sedap j ika dimasak kicap.


II. Ibu susah hati kerana abang belum balik.
III. Apabila berjalan mesti hati.
IV. Isterinya hati dengan kakaknya.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja

23. 1. Rumah besar itu masih kosong.


II. Amin mendapat markah kosong dalam Matematik .
III. Cawan yang kosong itu masih di atas meja.
IV.Jawatan kerani itu kosong buat sementara waktu.
A.1, II dan IV sahaja
B. 1, III dan IV sahaja
C.II, III dan IV sahaja
D. 1, II, III dan IV
24. I Setiap orang mesti menepati janji.
II. Bapa mengutarakan dua janji kepada Timah.
III. Janji itu telah ditandatangani oleh kedua pihak.
IV. Abang janji akan pulang segera.
A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. 1, II dan III sahaja
D. 1,11, III dan IV

25. I. Encik Rahim telah hilang kepercayaan terhadap orang gajinya.


II. Dalam kemalangan itu Salim telah hilarg ingatan.
III. Cincin di jarinya telah hilang pagi tadi.
IV. Bunyi enjin itu semakin jauh semakin hilang.
A. I, II dan 111 sahaja
B. 1. III dan IV sahaja
C. II, 111 dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV sahaja

26. A. Sudah sepuluh tahun Adli menjadi anak angkat Encik Jasmi.
B. Jika kita angkat pandangan kita akan lihat langit yang gelap itu.
C. Jangan cuba angkat mulut bila kita tidak suka kepada orang lain.
D. Angkat mata adalah kesukaan saya.

27. A. Buah durian itu telah turun dari pokok dengan banyaknya.
B. Kakinya telah turun ke bawah bila berjalan.
C. Apabila dia marah darahnya akan menjadi turun.
D. Dengan serta merta dia turun dari pokok kelapa itu apabila dipanggil oleh ibunya.

28. A. Encik Chan membelah sebiji buah tembikai.


B. Air sungai yang melempah itu telah membelah jalan.
C. Jalan Chow Kit itu membelah Jalan Keramat untuk pergi ke Ulu Kelang.
D. Persengketaan di antara Ali dengan Abu menyebabkan rumahnya membelah-belah.

29. I. Setiap petang ibu memetik bunga melur di taman.


II. Abang sedang memetik gitar.
III. Ibu memetik makanan dipantai
IV. Penceramah itu memetik kata-kata daripada buku saikologi itu.
A. I dan II B. I dan IV C. 1, II dan IV D. Kesemuanya

30. I. Paras air di sungai itu makin meningkat.


II. Paras Puteri Gunung Ledang itu telah memikat hati Sultan Mahmud.
III. Paras badan saya semakin naik walaupun saya tidak makan.
IV. Perhiasan yang dibelinya tidak paras dengan wajahnya.
A. I dan II B. II dan III C. I dan IV D. kesemuanya

31. I. Abang saya menuntut di luar negeri buat mesa sekarang.


II. Penuntut itu menuntut "anti rugi daripada pemandu yang melanggar motorsikalnya.
III. Pekerja-pekerja itu menuntut kenaikkan gaji daripada majikannya.
IV. Pelanggan itu menuntut sekilo gula di kedai Pak Abu.
A. I dan III B. II dan III C. I, II dan III D. Kesemuanya

32. I. Ayah membeli sebentuk tali


II. Dia terjumpa sebentuk cincin di tepi jalan raya.
III. Antara kotak itu bentuknya hampir sama.
IV. Halimah dan Yusni mempunyai bentuk muka yang hampir sama.
A. I, II dan III B. II, III dan IV C. 1 dan III D. Kesemuanya

33. I. Faridah hanya menerima sekeping kad harijadi sahaja.


II. Beberapa keping roti telah habis dimakan oleh Ah Leng.
III. Zainab meminjam dua keping buku di perpustakaan.
IV. Beberapa keping papan telah reput dimakan anai-anai.
A. I, II dan IV B. I dan III C. III dan IV D. Kesemuanya

34. I. Zainiah sedang makan dua ulas nangka.


II. Mutu memberi seulas cempedak kepada adiknya.
III. Kassim membeli seulas tembikai
IV. Seulas daripada pisang nangka itu sudah dimakan tikus.
A. I sahaja B. I dan II C. I, II dan III D. Kesemuanya

35. I. Nora berjaya dalam pelajarannya walaupun dia dari keluarga yang susah.
II. Susah senang biarlah kita tanggung sendiri.
III. Dalam pertandingan itu kakinya menjadi susah keduanya.
IV. Dia memang susah hendak datang ke rumah saya sebab tiada kenderaan.
A. I sahaja B. I dan II C. I, II dan IV D. Kesemuanya

36. I Nasir memelihara sepasang burung merpati.


II Masara membeli sepasang kasut di kedai.
III Air laut biasanya pasang pada waktu pagi.
IV Rogayah mengayakan sepasang anting-anting belian.
A. I sahaja B. II dan III C. IV dan II D. Semuanya

37. Terpencil dalam petikan di atas bermaksud ............


A. persekitaran
B. pedalaman
C. pusat bandar
D. sempadan

38. A. Penjual air gerai di tepi jalan itu gamat kerana terlalu ramai pelanggan.
B. Suasana di bandar Sri Aman menjadi gamat apabila seekor buaya telah membaham
salah seorang penduduk di situ.
C. Padang permainan itu gamat dengan anjing-anjing liar.
D. Kelas 6 Hijau gamat dengan gelak ketawa.

39. A. Beberapa pasang rantai seduran emas itu kepunyan Melati.


B. Sepasang tingkap rumahnya di gantung langsir buatan Itali.
C. Air laut pasang pada setiap petang.
D. Bapa membuka sepasang tayar keretanya kerana pancit.

40. A. Bosnia dijangka akan bergolak lagi apabila pengganas Serb mengganas.
B. Kucing itu sentiasa bergolak dengan anjing liar itu.
C. Keluarga Pak Leman bergolak kerana menghadapi masalah kewangan.
D. Tugas seorang anggota polis cawangan jenayah sentiasa bergolak dengan bahaya