Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN

PENDAFTARAN

UNIT KEMASUKAN & REKOD PELAJAR


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
__________________________________________________
V1/2011
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Aturcara Pendaftaran dan Bengkel Kemahiran Belajar 1

Kod Pakaian 1

Bayaran Pendaftaran 1

Pendaftaran 3

Apa yang perlu saya lakukan? 4

Senarai Semak Pendaftaran 4


1. Aturcara Pendaftaran dan Bengkel Kemahiran Belajar

Butiran aturcara adalah seperti yang dinyatakan berikut:

Masa Keterangan
8.00 – 8.30 pg. Ketibaan Pelajar dan Tayangan Video Korporat
8.30 – 8.35 pg. Bacaan Doa
8.35 – 8.45 pg. Ucapan Pengarah Pusat Pembelajaran
8.45 – 9.00 pg. Ucapan Alu-aluan oleh Presiden/Naib Canselor,
Open University Malaysia (tayangan video)
9.00 – 9.30 pg. Taklimat daripada Bahagian Pendidikan Guru
9.30 – 9.40 pg. Ikrar Pelajar
9.40 – 10.00 pg. Rehat
10.00 – 1.00 tgh. Bengkel Kemahiran Belajar
1.00 tgh. Pendaftaran

Bengkel Kemahiran Belajar adalah penting untuk membantu anda menyesuaikan diri
dan mengikuti pengajian dengan jayanya di OUM. Peraturan akademik yang perlu
diikuti juga akan dijelaskan dalam bengkel ini.

Sehubungan itu, para pelajar di’WAJIB’kan mengikuti keseluruhan aturcara di


atas.

Nota:

i. Sila bawa Panduan Pendaftaran bersama-sama anda semasa ke pusat


pendaftaran yang telah ditetapkan.
ii. Pendaftaran akan dilakukan mengikut giliran. Dapatkan nombor giliran anda
sebelum masuk ke dewan untuk mendengar taklimat.

2. Kod Pakaian

Pakaian sopan dan formal.

3. Bayaran Pendaftaran

Untuk tujuan pendaftaran, anda dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM120


sahaja. Bayaran ini mestilah dibuat sebelum anda datang mendaftar di pusat-pusat
pendaftaran yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat bayaran melalui kaedah-
kaedah berikut:

i. Bayaran tunai melalui bank-bank berikut:

• Bank Islam Malaysia Berhad


Bayaran atas nama : UNITEM
No. Akaun : 14041-01-0053385
(Gunakan slip deposit OUM yang boleh didapati di cawangan-cawangan Bank Islam)

1
Contoh: Slip Bayaran OUM-BIMB :

No. Kad pengenalan


pelajar

Pastikan penerima adalah


‘Universiti Terbuka Malaysia’

ATAU

• Bank Simpanan Nasional


Bayaran atas nama : UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
No. Akaun : 14100-29-00022495-2
(gunakan slip Deposit - Pembayaran bil)

Contoh slip deposit BSN:

No. Kad pengenalan pelajar


Universiti Terbuka Malaysia

ii. Perbankan Internet:

• Bankislam.biz (http://www.bankislam.biz/) untuk pemegang akaun


BIMB.
• CIMB Clicks (http://www.cimbclicks.com.my/) untuk pemegang
akaun CIMB – bayaran bil (pay bills)

Nota: Transaksi melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit


Machine) dan Fund Transfer tidak akan diterima.

2
iii. E-Debit

iv. Kad Kredit:

• Master
• Visa

v. Cek/Kiriman Wang/kiriman pos dibayar kepada UNITEM. Penalti RM50 akan


dikenakan keatas mana-mana cek tidak laku.

vi. Tunai di mana-mana Pusat Pembelajaran OUM.

Nota:

• Pastikan anda menerima resit rasmi setiap kali membuat bayaran dan pastikan
juga kesemua maklumat kewangan anda dikemaskini dalam myVLE OUM.
• Sebarang pertanyaan mengenai bayaran, sila hubungi pegawai di Bahagian
Kewangan dan Perancangan OUM di talian 03-2773 2036/2282/2032.

4. Pendaftaran

Semasa mendaftar, anda diminta melakukan perkara-perkara berikut:

i. Menyerahkan borang UKR 03 dan UKR 13. Lengkapkan sebelum datang ke


pusat pendaftaran.

ii. Bawa salinan asal dan salinan yang telah disahkan bagi Kad Pengenalan, Surat
Perlantikan Jawatan, Surat Pengesahan Jawatan Terkini, Sijil Pelajaran
Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil/ Diploma Perguruan.

iii. Menyerahkan bukti bayaran pendaftaran bernilai RM120.00.

3
Apa yang saya perlu lakukan? Senarai Semak

Sebelum Hari Pendaftaran:

Sahkan Penerimaan
Tawaran Tindakan (√ )

• Terima tawaran secara online


Cetak & lengkapkan borang-
borang pendaftaran • Muat turun & cetak surat tawaran
• Muat turun, cetak & lengkapkan UKR 03
dan UKR 13

Buat bayaran pendaftaran • Sediakan salinan yang telah disahkan


benar bagi perkara-perkara berikut:

SPM, STPM, Sijil Perguruan, kad


pengenalan & surat tawaran.
• Buat bayaran pendaftaran: RM120

HARI PENDAFTARAN
Borang/dokumen yang perlu dibawa/diserahkan
semasa pendaftaran:
Ambil nombor giliran
(8.00 - 8.30 pagi) Borang/Dokumen Asal Salinan

• Slip bayaran pendaftaran

Hadiri Taklimat & Bengkel • Kad Pengenalan


Kemahiran Belajar
• SPM

• STPM
Lakukan Pendaftaran
• Surat Pelantikan Jawatan

• Surat Pengesahan Jawatan Terkini

Ambil Kit Pendaftaran • Sijil/ Diploma Perguruan

• Borang UKR 03 dan UKR 13 yang


telah dilengkapkan
• Tiga keping gambar ukuran paspot

Pertanyaan:

Sekiranya terdapat kemusykilan berhubung perkara-perkara yang telah dijelaskan, anda boleh hubungi
pusat pembelajaran anda (rujuk surat tawaran) atau hubungi:

Unit Kemasukan & Rekod Pelajar


Open University Malaysia
METEOR HOUSE
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2773 2447/2448/2440
Email: admission@oum.edu.my

Anda mungkin juga menyukai