Anda di halaman 1dari 5

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian.

Aspek-aspek yang dibincangkan ialah perkara utama untuk melakukan kajian mengikut

peringkat yang dirancangkan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah merupakan adaptasi daripada reka bentuk

yang telah digunakan oleh Wiersma (1995) seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.

Peringkat Persediaan: Peringkat Akhir:

Mengenal pasti masalah Menganalisis data


kajian Pengumpulan Data: Menginteperetasi data
Mengkaji sumber kajian Menyemak data
berkaitan Pemilihan sampel Menyemak semula soalan
Menentukan jangka masa Mentadbir ujian kajian dan teori
kajian penulisan menulis dapatan kajian
Menentukan prosuder kajian Mengumpul data
Merangka instrumen kajian Menyemak data

Rajah 3.1 : Komponen reka bentuk kajian

Rajah 3.1 menunjukkan peringkat kajian yang dijalankan oleh penyelidik dan

mengadaptasikan model Wiersma (1995). Peringkat awal, penyelidik akan menentukan

12
jangkamasa kajian. Kemudian merangka prosedur kajian dan merangka instrumen

kajian yang hendak digunakan. Pada peringkat pengumpulan data, penyelidik akan

memilih sampel kajian dan mentadbir ujian penulisan. Kemudian data dikumpulkan dan

semakan data dilakukan. Pada peringkat akhir, data akan dianalisis, diintepretasikan

dalam bentuk yang terperinci, menyemak semula soalan kajian dan teori dan kemudian

dapatan kajian akan ditulis dengan lebih lengkap dan sempurna.

3.3 Sampel Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Gunong

Semanggol yang memperolehi pencapaian pelbagai peringkat. Majoriti responden ialah

pelajar Melayu. Daripada sejumlah 30 orang, 14 orang murid lelaki dan 16 orang murid

perempuan.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan yang bertujuan mengenal pasti dengan lebih dekat lagi

tentang tarap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan memfokaskan

kesilapan ejaan dalam bahan penulisan. Data dikumpul melalui penulisan karangan

gambar bersiri dan penulisan karangan dalam kertas jawapan. Setiap kesilapan ejaan

akan direkod oleh pengkaji dan dapat dikenal pasti kekerapan jenis kesilapan ejaan yang

dilakukan oleh pelajar dalam karangan.

3.5 Tatacara Pemerolehan Data

Semua murid telah diberi ujian bertulis, iaitu mereka dikehendaki menulis karangan

berbentuk gambar bersiri. Panjang karangan tersebut adalah lebih kurang 120 patah

13
perkataan. Di samping itu juga, kertas jawapan peperiksaan pelajar juga diambil untuk

disemak. Tujuan bahan penulisan ini digunakan adalah untuk mendapatkan data yang

berkaitan dengan kesilapan ejaan, dan jenis-jenisnya melalui penggunaan bahasa tulisan

(karangan).

Pengendalian kedua-dua ujian bertulis ini dilakukan oleh guru yang mengajar

Bahasa Melayu Tahun Enam Mawar. Penulisan karangan gambar bersiri diadakan

selama satu jam, mengikut jadual waktu harian, manakala penulisan karangan cerita

diambil samasa peperiksaan akhir Tahun Lima. Kedua-dua bahan penulisan ini diambil

bertujuan mendapat purata kekerapan kesilapan ejaan bagi kedua-dua hasil penulisan

tersebut serta memperoleh ikdeks kebolehpercayaan kedua-dua bahan bertulis itu.

Selain itu, bahan-bahan bertulis itu akan meyakinkan pengkaji bahawa kesilapan-

kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid itu benar-benar kesilapan yang dilakukan

oleh mereka. Hal ini dapat dilihat jika kesilapan-kesilapan ejaan yang dilakukan oleh

sample kajian dalam penulisan pertama berulang dalam penulisan kedua.

3.6 Tatacara Penganalisisan Data

Buku daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1987) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

telah digunakan sebagai panduan untuk menentukan kesilapan-kesilapan yang dilakukan

oleh pelajar. Segala penyimpangan daripada sistem ejaan yang telah ditetapkan dalam

buku itu dianggap melakukan kesilapan. Ini adalah kerana buku ini telah disahkan

sebagai panduan yang tepat tentang sistem ejaan Bahasa Melayu baku. Kesilapan-

kesilapan yang menjadi tumpuan kajian ini ialah kesilapan-kesilapan yang telah

ditentukan jenis-jenisnya seperti berikut:

14
E1 – Kesilapan penggunaan ejaan berdasarkan sistem keselarasan huruf vokal.

Salah Betul
- Bolih - Boleh

- Pereksa -Periksa

- Hurmat - Hormat

- Penoh - Penuh

-Kaseh - Kasih

Penggunaan ejaan yang menyalahi perauran kekecualian keselaranan vokal.

Salah Betul
- Calun - Calon

- Lapuran - Laporan

- Menggembeling - Menggembleng

- Anih - Aneh

- Anika - Aneka

E2 – Kesilapan ejaan kata pinjaman.

Salah Betul
- Plan - Pelan

- Letrik - Elektrik

- Nasionalisma - Nasionallisme

- Faktur - Faktor

- Setor - Stor

15
E3 – Kesilapan ejaan kata terbitan. Contoh:

Salah Betul
- Kedudukkan - Kedudukan

- Kebaikkan - kebaikan

- Memilikki - Memiliki

- Membaikki - Membaiki

- Menggalakkan - Menggalakan

E4 – Kesilapan penulisan kata depan’di’, dan ’ke’

Salah Betul
- Ku ambil - Kuambil

- Bidang-nya - Bidangnya

- Di asuh - Diasuh

- Ke sepuluh - Kesepuluh

- Dimaktab - Di maktab

Kesemua kesilapan yang ditemu dalam hasil penulisan kerangan sample kajian

ditanda dengan menggunakan symbol E1, E2, E3, dan E4 mengikut jenis kesilapan yang

dilakukan. Kesilapan ejaan itu dianalisis mengikut jenis kesilapan ejaan dan data

kesilapan ejaan untuk setiap jenis diperoleh dengan menghitung kekerapan kesilapan

yang dilakukan.

3.7 Kesimpulan

Kesimpulannya dalam bab ini menerangkan cara pengumpulan data. Ia

menerangkan beberapa cara untuk mendapatkan data serta bidang kesilapan yang

dikumpulkan sebagai bahan kajian.

16

Anda mungkin juga menyukai