Anda di halaman 1dari 9

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincang dan menghuraikan tentang hasil dapatan yang telah diperolehi untuk

kajian ini. Kajian ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat melalui kaedah soal selidik

tentang kesilapan ejaan dalam penulisan karangan bagi murid Tahun Enam. Data ini

dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5 dan dihuraikan seperti penerangan

di bawah.

4.2 Profail Responden

Dalam kajian ini, pengkaji melaksanakan kajian kes terhadap 30 orang murid Tahun enam.

Data profail responden diperolehi berdasarkan maklum balas daripada borang kaji selidik

yang diedarkan. Responden teridri dari 11 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan.

4.3 Analisis Kesilapan Ejaan Penulisan Karangan

4.2.1 Soalan Kajian

Soalan Kajian 1 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan jenis kesalahan ejaan

dalam penulisan karangan bahasa Melayu;

18
Jadual 4.1:

Skor kekerapan min dan sisihan piawai

jenis kesalahan ejaan penulsian bahasa Melayu

Kekerapan dan jenis kesilapan E1 E2 E3 E4

Min (x) 3.27 2.03 2.87 2.97

Sisihan Piawai .87 .93 1.14 .85

Jadual 4.1 menunjukkan skor kekerapan min dan sisihan piawai jenis kesalahan ejaan

penulisan karangan bahasa Melayu mengikut kategori. Di dapati skor min kategori

kesilapan perkataan melibatkan sistem keselarasan vokal ( E1), x = 3.27 paling tinggi

berbanding dengan skor min kekerapan kesalahan kategori penggunaan kata pinjaman

(E2), x = 2.03, penggunaan kata terbitan (E3), x = 2.87dan kategori penggunakan kata

depan ‘di’ dan ‘ke’ (E4), x = 2.97. Pun demikian sisihan piawai kategori kesilapan

perkataan melibatkan penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’( E4), sd = .27

menunjukkan taburan kekerapan cenderung untuk menghampiri skor min kesilapan

kategori penggunakan kata depan ‘di’ dan ‘ke’(E4), x = 2.97. Dengan demikian, tidak

terdapat bukti yang mencukupi untuk menyatakan wujud kecenderungan dalam

kalangan murid-murid untuk melakukan kesilapan ejaan melibatkan ejaan perkataan

mengikut kategori sistem keselarasan vokal.

19
4.2.2 Ujian hipotesis

Jadual 4.2 menunjukkan analisis khi kuasa dua mengikut jenis-jenis kesalahan ejaan

perkataan penulisan karangan bahasa Melayu.

H01 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan mengikut sistem ejaan

keselarasan vokal dalam penulisan karangan bahasa Melayu;

Jadual 4.2:

Analisis khi kuasa dua jenis kesalahan ejaan penulisan karangan bahasa Melayu

Kekerapan dan jenis kesilapan E1 E2 E3 E4

Melakukan 1 atau tiada kesalahan 0 11 0 0

Melakukan 2 kesalahan 4 8 17 10

Melakukan 3 kesalahan 18 10 4 12

Melakukan 4 kesalahan 4 1 5 7

Melakukan 5 atau lebih kesalahan 4 11 4 1

Chi-Square(a) 19.60 8.13 16.13 9.20

df 3 3 3 3

Asymp. Sig. .000 .043 .001 .027


Signifikan, p < 0.05

Dari Jadual 4.2 didapati khi kuasa dua, analisis kesilapan ketagori sistem ejaan

keselarasan vokal (E1), x2 = 19.60, darjah kebebasan, df = 3 dengan nilai p = .00

adalah signifikan pada paras p < 0.05. Dengan demikian , pernyataan hipotesis yang

menyatakan tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan mengikut

20
kategori sistem ejaan keselarasan vokal dalam penulisan karangan bahasa Melayu,

ditolak. Ini bermakna terdapat kecenderungan yang berbeza-beza kesilapan ejaan

mengikut sistem ejaan keselarasan vokal dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

Didapati, terdapat kecenderungan sekurang-kurangnyanya seramai 18 orang murid

melakukan tiga atau lebih kesalahan ejaan perkataan melibatkan sistem keselarasan

vokal.

H02 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan mengikut sistem

ejaan kata pinjaman dalam penulisan karangan bahasa Melayu;

Dari Jadual 4.2 didapati khi kuasa dua, analisis kesilapan ketagori yang berkaitan

dengan penggunaan kata pinjaman (E2), x2 = 8.13, darjah kebebasan, df = 3 dengan

nilai p = .043 adalah signifikan pada paras p < 0.05. Dengan demikian , pernyataan

hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan

mengikut sistem ejaan kata pinjaman dalam penulisan karangan bahasa Melayu,

ditolak. Ini bermakna terdapat kecenderungan yang berbeza-beza kesilapan ejaan

mengikut kategori penggunaan kata pinjaman dalam penulisan karangan bahasa

Melayu. Didapati, terdapat kecenderungan sekurang-kurangnyanya seramai 11 orang

murid melakukan lima atau lebih kesalahan ejaan perkataan kategori penggunaan

perkataan pinjaman.

H03 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan mengikut sistem

ejaan kata terbitan dalam penulisan karangan bahasa Melayu;

21
Dari Jadual 4.2 didapati khi kuasa dua, analisis kesilapan ketagori yang berkaitan

dengan penggunaan kata pinjaman (E3), x2 = 16.13, darjah kebebasan, df = 3 dengan

nilai p = .001 adalah signifikan pada paras p < 0.05. Dengan demikian , pernyataan

hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan

mengikut sistem ejaan kata terbitan dalam penulisan karangan bahasa Melayu,

ditolak. Ini bermakna terdapat kecenderungan yang berbeza-beza kesilapan ejaan

mengikut kategori sistem ejaan kata terbitan dalam penulisan karangan bahasa

Melayu. Didapati, terdapat kecenderungan sekurang-kurangnyanya seramai 17 orang

murid melakukan dua atau lebih kesalahan ejaan perkataan kategori sistem ejaan kata

terbitan.

H04 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan penggunaan kata depan

‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan karangan bahasa Melayu;

Dari Jadual 4.2 didapati khi kuasa dua, analisis kesilapan ketagori yang berkaitan

dengan penggunaan kata pinjaman (E4), x2 = 9.20, darjah kebebasan, df = 3 dengan

nilai p = .027 adalah signifikan pada paras p < 0.05. Dengan demikian , pernyataan

hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan

penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan karangan bahasa Melayu,

ditolak. Ini bermakna terdapat kecenderungan yang berbeza-beza kesilapan ejaan

mengikut kategori kesilapan penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan

karangan bahasa Melayu. Didapati, terdapat kecenderungan sekurang-kurangnyanya

seramai 12 orang murid melakukan tiga atau lebih kesalahan ejaan perkataan kategori

penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’.

22
H05 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan kategori sistem

keselarasan vokal (E1) mengikut klasifikasi jantina;

Jadual 4.3 menunjukkan analisis kesilapan ejaan melibatkan perkataan kategori sistem

keselarasan vokal mengikut klasifikasi jantina.

Jadual 4.3:

Analisis kesilapan ejaan perkataan kategori sistem keselarasan vokal (E1)

mengikut jantina

Jantina Min Sd t Sig.

Lelaki 3.13 .74 -.837 .12

Perempuan 3.40 .99


Signifikan, p > 0.05

Didapati, ujian t = -.837, nilai p = .12 adalah tidak signifikan pada paras p > 0.05.

Dengan demikian pernyataan hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan

skor kekerapan ejaan perkataan kategori sistem keselarasan vokal (E1) mengikut

klasifikasi jantina, gagal ditolak. Ini bermakna tidak terdapat bukti yang mencukupi

untuk menyatakan wujud perbezaan kesilapan ejaan perkataan kategori sistem

keselarasan vokal penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid

lelaki dan perempuan.

H06 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan kategori

penggunaan kata pinjaman (E2) mengikut klasifikasi jantina;

Jadual 4.4 menunjukkan analisis kesilapan ejaan melibatkan perkataan kategori

penggunaan kata pinjaman mengikut klasifikasi jantina.

23
Jadual 4.4:

Analisis kesilapan ejaan perkataan

kategori penggunaan kata pinjaman (E2) mengikut jantina

Jantina Min Sd F Sig.

Lelaki 1.94 .80 -.584 .059

Perempuan 2.13 1.06


Signifikan, p > 0.05

Didapati, ujian t = -.584, nilai p = .59 adalah tidak signifikan pada paras p > 0.05.

Dengan demikian pernyataan hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan

skor kekerapan ejaan perkataan kategori penggunaan kata pinjaman (E2) mengikut

klasifikasi jantina, gagal ditolak. Ini bermakna tidak terdapat bukti yang mencukupi

untuk menyatakan wujud perbezaan kesilapan ejaan perkataan kategori penggunaan

kata pinjaman penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid lelaki

dan perempuan.

H07 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan kategori

penggunaan kata pinjaman (E3) mengikut klasifikasi jantina;

Jadual 4.4 menunjukkan analisis kesilapan ejaan melibatkan perkataan kategori

penggunaan kata terbitan mengikut klasifikasi jantina.

Jadual 4.5:

24
Analisis kesilapan ejaan perkataan

kategori penggunaan kata terbitan (E3) mengikut jantina

Jantina Min Sd t Sig.

Lelaki 2.80 1.01 -316 .172

Perempuan 2.93 1.28


Signifikan, p > 0.05

Didapati, ujian t = -.316, nilai p = .172 adalah tidak signifikan pada paras p > 0.05.

Dengan demikian pernyataan hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan

skor kekerapan ejaan perkataan kategori penggunaan kata terbitan (E3) mengikut

klasifikasi jantina, gagal ditolak. Ini bermakna tidak terdapat bukti yang mencukupi

untuk menyatakan wujud perbezaan kesilapan ejaan perkataan kategori penggunaan

kata terbitan penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid lelaki

dan perempuan.

H08 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan kategori

penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ (E4) mengikut klasifikasi jantina;

Jadual 4.5 menunjukkan analisis kesilapan ejaan melibatkan perkataan kategori

penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ mengikut klasifikasi jantina.

Jadual 4.7:

Analisis kesilapan ejaan perkataan

25
kategori penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ (E4) mengikut jantina

Jantina Min Sd t Sig.

Lelaki 2.80 .68 -1.08 .08

Perempuan 3.13 .10


Signifikan, p > 0.05

Didapati, ujian t = -1.08, nilai p = .172 adalah tidak signifikan pada paras p > 0.05.

Dengan demikian pernyataan hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan

skor kekerapan ejaan perkataan kategori penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ (E4)

mengikut klasifikasi jantina, gagal ditolak. Ini bermakna tidak terdapat bukti yang

mencukupi untuk menyatakan wujud perbezaan kesilapan ejaan perkataan kategori

penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ penulisan karangan bahasa Melayu dalam

kalangan murid-murid lelaki dan perempuan.

4.6 Kesimpulan

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa, keputusan kajian kes dan jadual

penerangan memberikan petunjuk bahawa berlaku beberapa perkembangan dalam

kajian.

26